Assalamualaikum kepada readers FS. Aku nak share sikit kisah aku dengan adik tunggal aku yang bernama Dedek. Dedek ni adalah panggilan manja daripada nama adik. Sebelum aku start cerita pasal dedek ni, aku kenalkan dulu siapa aku. Aku anak perempuan sulung dan mempunyai seorang adik lelaki yang aku gelar Dedek. Kami cuma 2 adik-beradik je dan beza umur aku dengan Dedek 16 tahun dan sekarang umur Dedek dah 7 tahun. Okey, stop setakat tu. Kisah yang aku nak story ni kisah seram Dedek yang dah terbuka hijabnya sejak kecil dan dia selalu cerita pada aku apa yang dia nampak.
Let’s begin the story. Aku dengan Dedek tidur di bilik masing-masing. Sejak Dedek umur 4 tahun, dia telah dipisahkan tidur berseorangan dan bila Dedek takut, akulah yang akan jadi peneman dia tidur. Kakak misali la katakan. Pernah satu malam tu, dalam pukul 12 malam macam tu la, Dedek ketuk pintu bilik aku sambil nangis. Bila aku buka je pintu, terus Dedek peluk aku. Aku tanya la kenapa, dia cakap ada budak muka tak ada nak kawan dengan dia. Ajak dia main. So, bila Dedek ni tak layan permintaan benda tu, benda tu marah Dedek. Dedek cakap budak tu berlari ke hulu ke hilir dalam bilik Dedek sambil jerit.
Dedek ni jadi takut la sebab benda tu mengamuk bagai. So sebagai kakak yang tak berapa berani dan penakut ni, aku ajak Dedek tidur dengan aku. Bila aku baru je nak pejam mata, Dedek bisik kat aku “Yong, benda tu ikut Dedek. Dia ada kat almari Yong, tengah tengok kita.” Mau terbuntang biji mata aku Dedek cakap macam tu. terus aku bangun buka lampu. Cuak beb. Pandang sekeliling, syukur tak ada. Aku tanya Dedek, ada nampak tak lagi. Dedek geleng. Dah hilang la tu. Aku decide nak tidur dalam cerah je tapi aku tak boleh sebab aku selesa tidur dalam gelap. Puas aku pusing ke ke kiri ke kanan, tak lelap juga. Aku bangun dan tutup lampu dan aku baring sebelah Dedek.
Tak sampai 5 minit aku baring, Dedek kejut aku. Kau tau Dedek cakap apa? “Yong, budak tadi tu nak kawan dengan Yong. Dia ajak Yong main. Yong nak main tak?” Masa tu aku rasa dah nak hangin kot. Terus aku marah Dedek, “tak payah nak layan budak tu boleh tak? Dedek tidur sekarang. Yong tak nak dengar apa apa.” Bukan apa, bila Dedek asyik cakap benda macam tu aku pun dah start takut la. Lepas tu Dedek cakap budak tu merajuk dan dia keluar tembus dinding.Pehhh, macam nak tercabut jantung aku ni sebab berdegup kuat sangat. That night, aku tidur berteman lampu sampai ke pagi.
Pernah dulu satu hari tu, Dedek main dekat kolam ikan kat depan rumah. Dia seorang je kat situ tapi yang aku peliknya dia main kejar-kejar. Kejap Dedek macam kena kejar, kejap Dedek macam kejar orang. Aku perhati je dari tingkap dalam rumah. Tak lama lepas tu, aku nampak Dedek bercakap seorang diri. Aku pun pelik la. So, aku keluar dan pergi dekat Dedek. Aku tanya la, Dedek main apa. Dia cakap main kejar-kejar dengan Mimi. Aku tanya mimi tu siapa? Sebab aku tak nampak sesiapa pun kat situ dan setahu aku jiran aku ni tak ada budak nama mimi.
Lagipun, kalau mummy dan papa aku keluar kerja, dorang takkan benarkan adik aku keluar seorang diri. So, kawan yang selalu ada dengan dia adalah aku sendiri ataupun bibik aku. Tu jela kawan Dedek. Berbalik pada cerita tadi, dia cakap mimi tu kawan baru dia. So aku tanya la mana kawan dia tu. Nak tahu Dedek cakap apa? Tu sebelah Yong. Takkan tak nampak?. Ya Allah, besar betul dugaan yang kau berikan. Terus aku pandang sebelah aku dan syukur tak ada apa-apa. Tapi, bulu roma aku dah terpacak. Terus aku grab tangan Dedek masuk dalam rumah. Masa tu Dedek asyik pandang belakang je then dia lambai-lambai kat Mimi tu la kot. Susah beb, ada adik yang hijab terbuka ni. Aku pun ikut takut sekali sedangkan dia steady je layan benda alah tu.
Untuk pengetahuan korang, mummy ngan papa aku tak percaya benda karut ni. Apa pun Dedek beritahu, dorang mesti cakap Dedek cuma berkhayalan je. So start dari situ la Dedek cuma akan mengadu dengan aku apa yang dia nampak. Mummy dan papa memang yang jenis busy. Kalau dah keluar kerja pagi, nak malam baru balik. Mummy dengan papa aku ni pula jenis tidur awal. Yelaa, letihkan kerja seharian.
So, dalam pukul 10 malam macam tu dorang akan tidur. Korang jangan fikir mummy dengan papa aku tak caring dengan anak-anak. Dorang sangat caring and loving tapi cuma satu je. Dorang tak pernah percaya apa yang Dedek cerita dan aku cerita bila aku nampak Dedek macam pelik. Mummy dengan papa aku jenis hidup style modern dan tak pernah percaya benda tahyul macam ni.
Okey, aku nak cerita ada satu story yang seram shit bagi aku. Masa tu aku tengah buat assignment dalam bilik sambil layan lagu. Lepas tu Dedek masuk sambil senyum-senyum. Tapi bukan kat aku okey. Aku tanya kenapa senyum, dia cakap dia senyum dekat kawan aku. Terus aku bangun dari kerusi dan tengok sekeliling. Wehh, nak nangis kot bila adik aku cakap macam tu. Aku cakap, mana aku bawa balik kawan. Aku seorang je kat bilik. Lepas tu Dedek cakap, “Dedek ingat kawan Yong sebab dia tengok Yong buat kerja sekali.” Nak gugur jantung aku weh time tu. Terus aku tarik tangan Dedek dan pergi bilik bibik dan ajak bibik tengok movie kat hall. Masa tu mummy dan papa tak ada, dorang pergi oversea. So tinggal la kami bertiga. Bibik aku ni dah tahu kalau aku dah heret dia lepak sekali mesti aku dah takut sangat. Dia pun tahu yang Dedek ni boleh nampak something.
Alright, ni last story aku pasal Dedek. Kalau aku nak cerita pasal Dedek ni, sampai bila pun tak habis sebab setiap hari ada je yang Dedek ni nampak. Kejadian ni berlaku 2 minggu lepas, masa ni waktu pagi dan cerita ni bibik aku yang cerita. Bibik aku hidangkan nasi goreng untuk Dedek sebelum Dedek pergi sekolah. Setiap pagi memang papa akan hantar Dedek ke sekolah dan bila tengahari, Dedek akan balik dengan van sekolah. Masa tu, papa dengan mummy belum turun breakfast lagi. Dedek ni jenis bangun awal, dan pukul 6 pagi dia dah bangun untuk breakfast. So, masa bibik tengah hidangkan nasi goreng untuk Dedek, Dedek minta la bibik sediakan 1 lagi pinggan. Bibik tanyalah untuk siapa? Sebab mummy dan papa belum turun lagi.
Dedek cakap untuk kawan dia. Kawan dia lapar sebab dah 2 hari tak makan. Bibik pun serba salah la nak bagi nasi goreng sebab bukan orang pun. Hantu kot. Bibik buat tak tahu je la dengan request dedek tu. Tak lama lepas tu, Dedek cakap “nah, habiskan nasi goreng ni.” Dalam pinggan tu ada lagi half nasi goreng yang dedek makan. Bibik aku punya takut, terus dia cabut duduk dekat hall. Kemudian, adik aku pun follow bibik duduk kat hall juga. Tak lama lepas tu Dedek cakap kat bibik yang kawan dia dah habis makan. Bibik boleh dah la kemas pinggan tu. Bila bibik pergi tengok kau tahu apa jadi? Bukan setakat nasi je habis, roti bakar yang bibik letak atas meja tu pun habis. Tak mungkin la Dedek nak makan sebabnya lepas bibik aku blah dari situ, Dedek pun follow dia.
Bukan setakat tu je kisah seramnya, banyak lagi la yang dedek ni boleh nampak. Aku tak payah susah-susah nak baca cerita hantu, tanya je Dedek semua benda dia cerita. Memang menguji semangat betul la. Tapi,setakat ni dulu la aku cerita. Kalau FS publish cerita aku dan feedback korang baik, aku akan story lagi. Sekian dari Kak Yong.
- hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
?????
Best cerita ni.Share lagi nanti
wah best sambung lagi k
Adik saya pon macam dedek jugak dan mak ayah kami tak percaya sampai lah satu hari ni mak saya sendiri yang terkena, baru dia percaya dan hantar adik saya pergi jumpa ustaz. Kak yong sabar ye.
Alahai. Kalau la aku ade adek mcm ni, mahunya tak lelap mata aku nak tido. Mana taknya, baru nak lelap da ade org tegur itu la ini la. Tp papepun, cerita ni superb.
Comel jer dedek tu…
Penyayang bdknye, siap share bekpes lg…
Kesian kakyong ngan bibik, sila bertabah yer…
hahahhaha, tak leh blah,,
comel kan..hahhaha…jenuh la hari2 nak hadap dedek kalo camni
kak yong yang baik. ada ciri bakal ibu mithali. boleh mintak no.? hehe
sambung lagi yongggg.
Memang best cerita Dedek ni. Teruskan!
hehe
Terbaik lh Kak Yong…Akak seorang kakak yg tabah menempuhi sebarang dugaan…Sye harap Kak Yong bail selalu dn menempuhi hariĀ² dgn bail…Good Luck Kak Yong!
Suke cite dedek nie… nanti ckp kat dedek kami suke bacer citer kisah die n kawan2 die tu k…. tp kami suke baca je r… x yah r knal kan…. huhuhu apapon kak yong mmg kakak yg superb…
admin bukan pernah publish ka?
kak yong smbung cerita lagi pleaseee
best cerita kak yong…mesti kak yong penat kan nak layan dedek nie
terbaik kak yong… sudi kah jadi ibu kpada anak2 sy???