KISAH MON

Assalamualaikum kepada pembaca Fiksyen Syasya. Aku harap korang semua sihat hendaknya ya. Okay bagi sesiapa yang ingat lagi kisah “Histeria di Seri Iskandar” haaa! Kali ni aku nak cerita pasal kisah Mon kena histeria masa semester 1. Tak seram pun kisahnya, tapi baca jelah.

Aku ada cerita dekat kisah sebelum ni yang Mon ni jiran sebelah bilik aku. So kisah ni terjadi ketika kami diawal semester 1 dekat kolej Kekwa 2. Sebelum kes histeri ni terjadi kat Seri Iskandar, sebenarnya dekat Lendu tengah hot taw kes ni. Citernya begini…

Pada hari Jumaat dalam waktu malam, Kolej sebelah kitaorang ni ada buat wayang pacak, siapa join dapatla kupon. Kupon tu la penentu aku duduk lagi kat kolej ataupun tidak. Aku ngan roommate aku Liya dan Kin pun jalan kaki la pergi kat kolej sebelah. Dalam 3 minit je berjalan kami pun sampai. Masatu wayang pacak live Maharaja lawak Mega, memang rugi la tak tengok kan. Kami pun duduk la kat atas rumput yang basah lagi tajam. Dalam pukul 9:00 malam tu show dah start. Selang 30 minit atau kurang, si Liya dapat call daripada seseorang. Muka Liya yang mulanya ceria terus berubah serius. Aku yang kat sebelah macam pelik la, susah taw nak tengok si Liya ni serius. Lepas call tu aku tanyala “apasal?” tapi Liya kata tunggu habis semua baru dia citer. Aku pun sabar la menanti.

Settle tengok wayang pacak, kami pun jalanla kaki ke kolej kami. Tapi masa dah nak sampai ke kolej kan, aku peliklah apasal ramai budak lelaki datang kat kolej kitaorang ni, ada kenduri ke? Tak mungkin.

Aku usha jela dorang semua pergi ke surau kolej Kekwa. Aku ngan roommate aku pun sibuk la jugak berjalan kat tepi surau tu nak intai apa ada kat tingkap kan. Pastu aku tengok ada 2-3 orang AJK Kolej tengah pegang Mon. Mon masatu memang tengah meracau, aku tak tahula apa dia membebel masa tu. Yang aku ni pulak dah berdebar satu macam, yelah aku first time duduk asrama kot! pastu terus dapat experience macamni fuhh. Kami cepat-cepat naik tangga, masuk bilik lepastu baca Surah Yassin beramai-ramai.

Tak silap aku dalam pukul 2 pagi jugak settle kes Mon ni. Tapi kan korang… Citer ni tak berakhir kat sini taw, cerita sebenarnya aku baru nak cerita haha

Pada hari Ahad iaitu waktu malam dalam pukul 10:00 or 9:00 macamtu. Aku, Liya ngan Kin macam biasala lepak dalam bilik buat hal masing-masing. Aku sebab Isnin ada quiz so aku study kat meja belajar. Tiba-tiba aku dengar ada orang menjerit kat bilik sebelah, lepastu aku dengar bunyi pintu terhempas kuat.

Kitaorang macam tergamam jap taw lepastu Liya bagi isyarat then kitaorang pun mula sambar sweater ngan kain batik buat tutup kepala sekali sambar Surah Yassin. Dah macam ghostbusters kami ni. Kitaorang pun keluar terus pergi bilik sebelah. Aku nampak AJK kolej dah pegang sorang budak ni. Aku panggil dia Nis la, aku tak ingat nama dia apa. Nis tengah meniarap atas katil time tu, aku tercari-cari gak, mana Mon? tapi takde. Dalam bilik tu Nis sorang je.

Akak kolej terus suruh aku baca surah Yassin depan muka Nis. Uish, nak tak nak aku gagahkan diri jugak walaupun tengah kecut. Aku pun duduk depan Nis, lepastu gila la aku tertengok mata dia pulak, serius merah gila mata dia. cepat-cepat aku tengok surah Yassin, then mula start baca.

Tengah kusyuk membaca tu, tiba-tiba sorang akak ni mintak aku ngan Kin pergi baca surah Yassin dekat sepanjang laluan koridor sampaila ke surau sebab dorang nak bawak Nis turun. Aku ngan Kin pun start la baca dari koridor sampai ke surau.

Bila dah sampai surau kan, aku terdengarlah ada bunyi kecoh kat dalam surau tu, aku tengok ada budak perempuan tengah meracau kat situ, 3-4 orang pegang dia pun macam tak jalan, kuat benar! Rupa-rupanya yang tengah meracau tu Mon. korang bayangkan dalam seminggu 2x dia terkena histeria! Penat woo. Aku ngan Kin pun tolongla apa yang patut. Nis pun dah dibawa turun, ustaz pun dah datang. Dan bermulalah sesi soal menyoal antara ustaz dan makhluk dalam badan Mon dan Nis tu. Daripada perbualan dorang tu, rupa-rupanya dorang dah berkenan dengan Mon dan Nis ni. Tapi aku tak ingatla apa yang ustaz tu tawarkan kat makhluk tu sebagai tukar ganti. Bila dua-dua dah sepakat baru la makhluk-makhluk tu lepaskan dorang. Dan malam tu kami berkampung tidur ramai-ramai kat surau.

So esok tu, aku nampak ada dua tiga orang ustaz tengah pagar kawasan kolej kami. Kebetulan time tu aku lepak dengan kak Su. Oh ye, kak Su ni roommate Mon dan Nis, aku tak cerita langsung pasal dia ekk haha. Aku tanyala kak Su, macammana dorang boleh kena histeria malam tu? So kak Su pun citerla. Malam tu, Mon dengan Nis sibuk bukak website pasal kes histeria kat Lendu. Lepastu kak Su dengar dorang cakap tiba-tiba dorang rasa sedih. Lepas rasa sedih tu terus dua-dua tak sedarkan diri. Gitulah sedikit perkongsian daripada kak Su. Walaupun tak seram sangat tapi ni memang pengalaman yang aku paling tak boleh lupa la. Sebab tu bila korang baca “Histeria di Seri Iskandar” korang tengok aku macam kental je kan. Apa-apa pun aku bersyukur diberi pengalaman sebegini, supaya aku sentiasa beringat dan jaga kelakuan aku, lagi-lagi di tempat orang. Sekian itu sahaja, Assalamualaikum.

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 1]
sya

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.