Kisah Nenek dan Aku

Hi Fiksyen Shasha. Aku dah lama sebenarnya tak buka website ni. Tapi baru-baru ni, rajin pulak nak buka and bertambah rajin nak share story.

Actually, cerita ni terjadi masa tahun 2011. Masa tu umur aku 11 tahun. Aku ni, setiap kali cuti sekolah, mesti ada menyibuk dekat rumah makcik aku di Kuala Selangor. Aku memang suka duduk umah dia sebab dia takde anak kecik, so aku ni dah macam anak emaslah kiranya. Dia pun suka aku duduk sana sebab boleh temankan dia.

Kebetulan pulak, arwah nenek aku nak join sekali, nak tengok-tengok anak menantu dia. So aku dengan nenek pun duduklah rumah dia.

Ok malam pertama, tak ada apa jadi. Kitorang macam biasa je borak-borak masa tengah makan malam. Makcik aku ni, anak dia semua tinggal dekat tempat lain. So tinggallah dia sorang. Suami dia dah meninggal. Memang sunyi habis rumah tu. Bayangkan, rumah dia ni dahlah tepi hutan, hujung sekali and tinggal bertiga je dekat rumah tu. Kiri kanan jiran ada, tapi macam takde.

Takde apa-apa terjadi sepanjang dua malam kami tidur dekat sana. Tapi… bila malam ketiga, ada benda pelik berlaku.

Aku dengan nenek tidur dekat ruang tamu, makcik tidur dekat bilik. Yelah, nenek ni mana suka tidur dalam bilik kan? Dia nak atas lantai, sejuk katanya. Aku pun ikutkan jelah, lagipun bilik kosong semua dekat bahagian dapur, memang sunyi gila beb.

So dalam pukul 10, semua dah masuk tidur, tinggal aku je dekat luar, tengah layan cerita lewat malam. Aku tak tidur sebelah nenek. Aku tidur depan tv, depan pintu utama. Nenek pulak tidur jauh sikit dari aku. Ke dalam sikit, dekat-dekat dengan dapur.

Punya aku rilek tengok tv sampai kul 12 lebih, pastu aku dengar ada orang bercakap. Aku abaikan je dulu sebab maybe tersalah dengar, pastu aku dengar lagi. Aku pandang sekeliling, gelap benau. Lampu dapur lak cam samar samar ayam je, so aku dah seriau sikit. Aku buat taktahu, walaupun hati dah seram sejuk.

Pastu aku dengar lagi. Kali ni aku cam suara tu. Tu suara nenek. Aku pandang kat arah nenek, yang tidur belakang aku, masa tu sumpah aku dah berdebar gila.

Aku nampak dia baring, tapi mata dia terbukak pastu pandang siling. Mulut dia tengah macam berborak dengan sesorang. Aku punyalah berdebar tengok dia. Tak ,masalahnya, ko cuba bayangkan, tengah tengah gelap yang cuma cahaya tv je ada, tetiba ada orang tengah terbukak mata pastu sembang sapa entah.

Aku masa tu tak berani pandang atas. Aku takut benda lain yang aku nampak. Pelan pelan, aku tutup tv pastu selubung badan aku dengan selimut. Smpai subuh aku takleh tidur.

Ok, pastu esok pagi, aku pegi pasar dengan makcik, nak buat makan tengah hari. Aku cerita benda tu kat dia, dia tak percaya. Bila aku yakinkan dia, dia kata biasalah tu orang tua, bukan ada apa pun. Aku pun, hmmm yelah.

Malam seterusnya pulak menjelma. Masa ni, aku dah lupa sikit pasal kejadian malam semalam sebab yelah, tah tah nenek aku ngigau. Masa maghrib, aku solat dekat luar. Memang aku buat semua benda kat luar, pakai baju jelah tak haha.

Masa tengah baca doa, nenek aku yang tengah bezikir atas sejadah dia, tiba2 macam marah. Aku pandang dia, muka dia dah berkerut, tahan marah.

Aku tanya, atok kenapa. (aku panggil dia atok) Dia jawab , “hang tolong halau depa ni sat”. Aku pelik lah, siapa pulak ni? lipas ke apa? aku jawab balik, “apa benda tok?”.

“Tu yang dok bergayut atas penyidai tu. Depa dok kacau aku”. Dia tunjuk kat penyidai baju yang ada roda, tepi dia. Makcik aku ni tukang jahit, so dia ni banyak lah penyidai baju. Aku dah meremang satu badan dah. Dah lah masa tu aku bedua je ngan nenek, maghrib lak tengah sunyi. Makcik aku pun solat, tapi kat bilik. Masa ni aku sumpah rasa seriau. Kat penyidai tu memang ada baju je tapi dia nampak ada benda lain bergayut. Tak payah cakaplah apa benda yang bergayut tu, korang mesti faham.

aku cakap “ish atok ni, toksah merapu lah, mana ada apa apa”. Dia diam je tapi dia bebel bebel dalam loghat utara, walaupun masih berzikir.
Kadang2 dia marah, “jangan bergayutlah!!!”

Aku diam je walaupun aku takut. Macam ya allah, walaupun aku tak nampak, apa kena semua niiii.

Lepas isyak, dah solat solat semua tu, aku siap siap lah nak mandi. Masa ni, makcik aku dah kat luar, borak ngan nenek. Masa dorang dok borak tu kan, aku dengar nenek aku cakap camni.

“Masa aku berak petang tadi, depa dua ada belakang aku. Sebok panggil2 aku, aku nak cebok pun payah”

Ya allah, sekali lagi aku rasa nak pitam. jamban makcik aku ni, jenis cangkung, bila ko cangkung, ada space lagi kat belakang tu. So bila aku fikir balik, “benda” tu ada belakang dia masa berak, aku takut gila.

Masa tu aku nak g mandi dah, pastu perut pulak rasa nak berak. Dugaan apa ni. Tandas sumpah kat hujung dapur. Makcik aku tergamam, dia pandang aku, aku pandang dia.

Akhirnya, aku mandi gak tapi tak sampai 3 minit, aku dah chaw hahah kerbau pun kerbau, janji aku tak jumpa dua ekor tu.

Pernah sesekali, nenek pernah pesan kat aku, “hang tengok2lah sikit kat jamban tu, depa dua suka dok kacau aku kat situ,”. Sejak dari tu, aku dah trauma berak kat jamban makcik aku. Kalau nak berak pun kan, aku letak baldi ke segela benda lah kat belakang aku, biar tak kosong. Sebab nenek aku kata, kalau kosong, dia ada bercangkung gak kat belakang. Tiap 2 saat, aku asyik pandang belakang je bila melepas tu.

kadang2, dia ketawa sensorang lah, macam ada orang hiburkan dia. Benda ni jadi malam malam je tau, siang2 takde.

Bila malam2, dia tengah tidur, aku susah tidur, biasalah anak muda. Aku akan dengar budak berlari dari arah dapur sampai depan pintu. Aku lak tidur depan pintu utama( sliding door), jadi bunyiknya, ya allah, kuatlah. Pernah aku dengar tapak kaki kecik tu, berheti tepi kepala aku. masa tu mulut aku dah berbuih baca al fatihah banyak kali, segala surah aku belajar dekat sekolah, doa lepas makan, doa nak belajar semua aku baca.

Banyak kali lah dalam satu malam tu, sampai satu tahap, aku tak tahan, aku lari tidur ngan makcik aku kat bilik. Rasa bersalah tinggalkan nenek, tapi aku budak lagi kot time tu.

Bila makcik aku dah perasan semua ni, dia bagitau makcik pakcik aku dan berkumpul.

Sebenarnya, lepas makcik aku cita kat makcik pakcik aku yang lain, termasuklah mak aku, paklong aku kata dulu nenek aku ada 2 orang anak dia meninggal masa baby. umur 1 ke 2 tahun camtulah, Bila kitorang tanya bentuk dia macam mana, nenek aku kata bentuk baby. Setiap malam, dua orang baby tu panggil dia balik. sambil nangis2. Nenek aku taktahu balik pegi mana, sebab tu dia marah. Kadang2, dia dengar baby tu menangis tengah malam macam lapar susu, sebab tu lah dia bangkit memalam.

Aku tak cakap pape pasal kejadian aku tu kat makcik pakcik tapi aku rasa seram dan sedih jugaklah. Nenek aku pernah menangis, dia kata dia rasa berdosa sebab pernah lupa pasal dua arwah anak dia tu.

Pastu kan, 2 minggu ke 3 minggu lepas tu, nenek aku sesak nafas lepas tu meninggal. Masa tu aku kecik, so aku cuma menangis je bila dia dah tak ada. Lupa terus pasal benda tu. Hmmm oklah tu je, sebenarnya ada lagi yang menganggu tapi lain kali k aku cerita? bye bye

Mintak maaflah kalau tak seram eh, bagi aku, seram. Hehe.

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

gingerbread
Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

14 comments

  1. Selalu mcm tu lah..org yg nak meninggal ni sering nampak roh2 yg lain or suddenly dia punya memory flashback tahap manusia paling genius

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.