Kisah Nenek Salmah

Assalammualaikum admin Fiksyen Shasha dan pembaca. Pertama sekali aku nak ucap terima kasih jika cerita aku disiarkan. Selama ini aku hanya membaca kisah korang dalam diam. Jadi sekarang izinkan aku bercerita tentang kisah yang seram yang pernah aku lalui di rumah nenek aku. Maaf ya pakcik makcik abang adik yang tidak senang membaca kisah aku ini. Aku masih budak sekolah.
.
KISAH PERTAMA :

First, aku nak bagi korang bayangkan rumah nenek aku macam mana. Rumah batu besar dan di belakang pokok tebal tebal ( durian, manggis dll ) . Dan di sebelah rumah yang baru hendak dibina untuk aku dan sekeluarga.

Aku teruskan, aku ingat lagi masa tu bulan 12 dan cuti sekolah berlangsung riang ria. Aku dan seorang abang dihantar ke rumah nenek untuk menyambut cuti sekolah di sana. Mulanya aku sangat gembira, tetapi sejak perkara ini berlaku, aku dari seorang yang ceria bertukar kepada pendiam kerana sesuatu dipendam.

Kisah ini berlaku apabila aku tidur bersama nenek di dalam bilik utama di rumah itu. Setiap pukul tiga pagi, nenek mempunyai aktiviti pelik iaitu memakai telekung dan memegang lilin sambil badan menghadap ke tingkap. Bayangkan. Pada mulanya aku ingatkan yang nenekku mahu menunaikan solat tahajud. Tetapi sangkaan aku salah kerana nenek berdiri statik sehingga subuh. Apabila subuh menjelma, nenek akan bersuara seperti ini ” aku pergi dulu, kau tunggu aku ” dan nenek tunduk lalu keluar dari bilik pergi entah kemana. Aku jadi takut, tetapi tidak berani untuk memberi tahu sesiapa.

KISAH KEDUA :

Dahulu nenek aku mempunyai jiran merangkap sahabat karibnya. Aku namakan dia ( cik mer) . Pada suatu hari, abang aku keluar untuk membeli air batu campur di hujung kampung. Jadi aku berduaan dengan nenek di rumah. Apabila aku sedang makan di dapur, aku dengar nenek aku berbual dan aku menyahut kerana aku ingatkan yang dia berkata kepada aku. Rupanya tidak, aku kedepan dan memerhati nenek menggangguk tangan dan kepala berulang kali sambil memanggil nama cik mer. Sedangkan cik mer sudah meninggal. Alfatihah. Aku pun keluar melalui pintu dapur dan tidak berani masuk rumah sehingga abang aku pulang. Hehehe jahatkan aku tinggalkan nenek aku macam tu Allahu. Yang peliknya, bila abang aku balik nenek aku terus okay. Siap tanya keropok losong yang dikirim ada ke tidak. Takpe, aku diam. Lama lama aku yang gila.

KISAH KETIGA :

Waktu itu musim buah, rambutan pulasan memang lebat kat depan rumah. Aku memang rambang mata melihat buah buah yang tidak dipetik. Aku memanggil nenek supaya menolong aku mengait ( ke menjolok? What ever ) . Lalu nenek pun menyuruhku mengambil pengait di belakang rumah. Aku terus ke belakang dan apabila aku sampai, rambutan dah banyak kat bawah. Aku pun serius tercengang gila waktu tu. Aku memberanikan diri untuk bertanya. Nenekku hanya menjawab ” kesian cucu tok (nenek) nak makan, tok suruh kawan tok ambikkan tadi ” . Aku diam lagi kalini. Aku pun makan buah sambil kepala memikirkan apa yang dah jadi kat nenek aku.

KISAH KEEMPAT :

Kisah ni berlaku seminggu sebelum aku dan abang mahu pulang ke rumah kami. Waktu itu pukul 12:52 minit pagi. Aku rasa hendak terkencing. Biasanya abang dan nenek aku belum tidur dan masih berbual di kedai makan maklong yang terletak di hadapan rumah nenek. Rumah nenek dalam keadaan gelap dan aku mula berlari anak ke dapur. Sampai di ruang tamu, aku lihat di dapur seperti bayangan nenek aku tengah duduk di meja makan sambil memerhatikan aku yang hendak ke tandas di dapur. Entah kenapa hati aku mengatakan yang itu bukan nenek. Aku terus masuk ke bilik, mengambil telefon dan call abang aku. Ya nenek ada kat depan, tapi siapa kat dapur? Ya Allah aku dah tak tahan.

KISAH KELIMA :

Kisah ini hari terakhir aku dirumah nenek. Hari itu adalah hari Ahad, jadi seperti biasa nenek akan ke pasar untuk membeli barang dapur ditemani abang aku dan pakcik chot ( abang kpd nenek aku ) . Waktu tu siang hari dalam pukul 11-12 macam tu. Aku kat ruang tamu menonton tv, tiba-tiba aku terdengar orang bagi salam, suaranya macam nenek aku. Aku pun jawablah. Tapi aku pelik kenapa nenek aku tak bukak pun pintu, bayang abang kesayangan aku pun tak nampak. Aku waktu tu dah tak sedap hati. Aku diam aku baca apa yang patut, dan
TIK TIK TIK.
Bunyi kaca tingkap diketuk perlahan. Aku selak sedikit langsir, korang nak tau apa aku nampak?
YA ALLAH YA RABBI APAAAAA NI????
Seorang wanita tua bermuka buruk berbaju dan berselendang putih memandang aku dengan marah. Aku waktu tu memang tak tau nak buat apa, aku masuk bilik tengah ( bilik ni lagi brhantu, nanti ada masa aku ceritakan lagi) , aku bukak kipas kuat kuat dan baca ayat qursi kuat kuat. Aku pelik kenapa aku jadi berani waktu ni. Aku jenguk, yah wanita tua tu masih berdiri lagi. Aku cuba lelapkan mata dan aku berjaya. Selepas itu, aku dikejut nenek untuk makan tengah hari.
Hari itu aku nekad nak ceritakan tentang apa yang aku alami kat nenek, nenek hanya ketawa dan cakap tu lah kawan dia masa korang semua tinggalkan tok.

Maaf ya jika tak seram, aku tak pandai nak bermain dengan ayat, apatah lagi mereka cerita. Kalau ada waktu terluang, aku ceritakan lagi pengalaman aku. Alhamdullilah, selamat hari raya

Maira

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 2 Average: 5]

33 thoughts on “Kisah Nenek Salmah”

  1. tunggu..sebentar lagi pasti ada jejaka tampan berrambut kacak berbaju merah yg dah bertukar menjadi miow komen..jaga2 dan nantikan..lagi seram siot

    Reply
    • eh biar la nak komen pon…susah kan kau ke?menjadi masalah buat kau ke?tetiba pulak dengki bagai…ingat da baca story kat FS ni ada la dpt pengajaran..rupenya tak…masalah betul

      Reply
  2. Cerita lagi plissss… x kisah la seram atau x, asalkan kisah benar… layanĀ² pd waktu mlm yg hening mmg boleh buat bulu roma meremang.. haha

    Reply
  3. gila kalo aku tue lari dah tak pun pengsan sampai berbuih mulot hahahaha…mula2 sipi2 jer dy bg last2 kuar jugak rupe dy…
    nnti sambung lagi

    Reply
  4. cu ni sekolah menengah ke rendah? bagus penceritaan cu..walaupon ringkas tp ada jugak unsur seram.. btw, perkataan yg sesuai ialah mengait, betul da tu cucu.. umur nenek ko tu bape tahun cu? nenek kpd nenek pon ada gak bilik seram, dan ada jugak cerita seram tersendiri..tp nenek lebih suka membaca dr bercerita.. keep it up cu…

    Reply
  5. Rumah mak lang aku dulu mcm ni la. Ada misteri dia dan masa tu satu taman tgh kecoh pasal toyol dgn hantu raya. Dan aku jenis yg boleh rasa dan nampak masa tu. Maklang ak xda anak. So cuti sklh dia pinjam kami 4 beradik pergi tido rumah dia. Ak terpaksa pergi sbb rumah sendiri pun lebih kurang je. Seram. Teman tidur aku pun pergi jd ak kena pergi jugak la. Mula2 aku je rasa. Lps tu nampak. Bertabah la sorg2. Sbb klu cerita kakak aku gelakkan je. Lps kakak aku pun kena, ceritanya mmg jd drama la. Kami sepakat buat plan nak balik esoknya. Esok tu pulak hujan. Gigih berlari dalam hujan pergi pondok telefon kat kedai depan paksa ayah datang ambil haritu jgk. Mmg tak tunggu dah. Basah kuyup balik tu masuk ikut tingkap secara rahsia. Sampai harini maklang aku tak pernah tau. Dia ingat ayah aku rindu anak2 dia sbb tu x sampai seminggu pun dah mai ambik

    Reply
    • I pun kena jugak waktu mak saudara pinjam kami pergi rumah dia. Yang tak seronoknya, I tengah bendera merah waktu tu so lagilah I nampak. Kat keliling rumah ada. Dalam bilik belajar, kat luar tingkap, dok main cak- cak. Tak seronok langsung. Bila kejut mak saudara I, terus dah takde apa-apa dah. Sejak hari tu, memang takkan stay sampai malam kat rumah tu.

      Reply
  6. Best cerita awak. Errr just nak tanya.. Nama awak memang ‘Maira’ ke dik? Bukan apa.. Termasuk awak… Dah dekat 5 orang ‘Maira’ dah dalam ni. Akak ni tak kisah pun awak nak guna nickname tu… Tapi kalau ada yg datang kecam awak sebab nama ‘Maira’ tu. Mohon tabah ye dik. Sebab musuh ‘Maira’ tu ramai dalam ni….muahahahahahaha

    8/10 untuk cerita awak ni.

    Reply
  7. Oleh kerana kau masih bersekolah, abg maafkan dik. Asalkan abg faham dan ada unsur2 seram dalam penceritaan sudah memadai. Plus, kau nampak secara visual pulak tu bukan main rasa2 kehadiran je. So abg harap kau rajinkan diri untuk sambung kisah yang seterusnya.

    Reply
  8. Agak2 org ke x erk kwn nenek maira tuu…sbb pelik gak duk luar tingkat smpai nk subuh…huhu….kenapa tak ikut je pegi pasar time tu..sbb kan dh thu something wrong dlm umah tuu…nanti cerita laa pasal bilik tu yaa…citenya baik sgt…teruskan berkarya ye

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.