Kisah praktikal di Hospital di Perak

Assalamualaikum dan hai pembaca2 fiksyen shasha. Terima kasih admin sebab siarkan cerita pertama aku dalam ni. Cerita seram bagi aku tapi taktau la seram atau tidak pada pandangan pembaca yang lain. Ok aku malas nak buat intro panjang2 sebab aku pun tak suka baca cerita yang intro saja dah setengah page.

Nama aku Ira. Kisah aku ni berlaku masa aku praktikal dekat sebuah hospital di Perak. Sebut je hospital, mesti banyak kisah2 seram kan. Untuk pengetahuan pembaca juga, hospital ni terkenal dengan kes2 bunuh diri, terjun bangunan hospital. Orang Perak tahu la kot hospital mana.

PART 1

Ok kisah ni terjadi time aku kena shift malam. Malam memang akan ada 5 student yang akan bertugas dan beberapa orang juru xray yang jaga setiap bilik xray. Bilik xray bukan satu je. Ada di wad kecemasan, bilik xray utama, bilik xray special (kalau ada kes je), dan bilik ct scan. 4 bilik xray ni je yang guna pada waktu malam. Dan lagi satu xray portable yang juruxray kena pergi wad ke wad. Time ni aku kena bertugas kat bilik xray utama which means aku dgn sorang lagi kawan dan juru xray. Kitorang bertiga lepak kat bilik rehat berhampiran dengan front kaunter yang nurse akan letak form xray kat situ.

Kebetulan aku tengah makan, dan nak basuh tangan lepas makan tu. Aku terus keluar pergi ke bilik xray utama. Untuk pengetahuan korang, bilik xray utama ada satu bilik persediaan yang menghubungkan bilik xray special . tempat tu memang untuk buat persediaan xray special. Dan ada singki dalam tu. Masa aku masuk nak basuh tangan tu, aku terserempak dengan sorang lagi juru xray yang sepatutnya dia bertugas di bahagian kecemasan. Disebabkan ada dia kat situ jadi aku tak la seram sangat nak basuh tangan.

Aku pun tegur dia. “Eh, abang nas, bukan ke abang nas kena jaga kat emergency? Takde patient ke kat sana? Jauh benor basuh tangan sampai sini. Sana takde air ke ape.” Tapi dia diam tak cakap apa2, dan teruskan basuh tangan dia. Aku yang baru masuk pun dah siap basuh tangan. Tiba2 je bulu roma aku naik time tu, aku buat2 taktahu terus keluar pergi kat bilik rehat balik. Time tu tak ada patient lagi, so aku ajak kawan aku ni jalan2 pergi kat emergency sekaligus nak tanya abang nas.

Sampai je kat emergency tu, abang nas ada kat bilik xray tengah duduk2 tengok youtube sebab time tu takde patient. Aku tanya abang nas, “Eh laju abang nas jalan. Tadi baru je jumpa tengah basuh tangan kat bilik persediaan tu kan. Basuh tangan jauh2 buat ape. Sini kan ada sinki” abang nas terus buat muka pelik.“kamu ni kenapa ira, aku kat sini je dari tadi. Kejadahnya aku nak pergi basuh tangan sampai kesana.

Tak percaya tanya la abang mirul ko tu ha” aku pandang abang mirul, dia angguk. Aku buat muka tak percaya. Dia kata tadi ada patient bila masa dia nak keluar. Ko datang ni baru patient kurang. Sambil dia tunjuk skrin komputer yang keluar gambar2 xray. Aku tengok masa kat skrin tu, yup memang time tu diorang tengah ada kes. Ah sudah dah tu siapa yang aku tegur kat dalam bilik persediaan tu? Tapi syukur sebab dia tak kacau aku. Dia Cuma duduk diam basuh tangan je. Kalau tak memang aku tak sedar apa dah kot. Tapi kak ain ada cerita, benda2 kat sini jarang tunjuk diri dia tapi dia suka menjelma jadi staff lain.

PART 2

Okay kisah kedua ni tak lah seram. Tapi mencanak jugak la bulu roma kan. Ada satu hari ni aku kena kerja double shift. Sebab nak ganti hari yang aku mc. So aku kerja shift pagi dan malam. Shift pagi tu aku ikut kak shafa pergi buat xray kat wad. So keadaan patient tu sedih sangat. Wayar banyak kat badan. Patient tu dah duduk wad tu dah lama so aku ngn yang lain dah biasa buat xray untuk dia ni. Nama patient tu nina (bukan nama sebenar). Okay, dah settle buat xray kitorg pun turun sambung kerja kat bilik utama pulak. Skip je ape yang aku buat. Sampai la masa pukul 3 aku balik. So aku taktau la kan ape yang jadi petang tu.

Malam tu aku masuk macam biasa pukul 10 malam. Macam biasa malam kurang patient so aku lepak je kat bilik rehat sambil tengok movie. Sampai la pukul 1 lebih, yang lain dah tertidur tunggu call je kalau ada kes. Aku tak boleh nak tidur plus kat dalam bilik tu sejuk sangat so aku lepak kat luar ambik angin malam. Nak dapatkan line fon pun ye jugak. Time tu ada jugak nurse2 lalu lalang so takde la rasa sorang sangat. Kat satu lorong betul2 tepi bilik rehat ni, ada satu bangku so aku duduk situ. Kat situ lampu suram2 je penghujung lorong tu gelap. Kat situ keras jugak sebab selalu kalau kes terjun bangunan hospital ni memang diorang akan jatuh betul2 depan bilik tu. Tapi aku buat biasa je sebab kita tak kacau dia pun.

Tiba2 tengah ralit main fon, aku terpandang kat belah gelap tu. Ada orang tangah berjalan menghala ke arah aku. Aku fikir mungkin nurse atau doktor takpun pelawat yang nak jaga family ke. Tapi makin dia dekat baru aku perasan, dia patient yg aku kenal. Nina, yes nina. Kat badan dia dah takde wayar2 macam aku tengok sebelum ni. Tapi muka dia pucat sangat. Aku pandang je dia mana dia nak pergi, mungkin dah sihat kot. Tapi terfikir jugak mustahil doktor lepaskan dia. Aku pun fikir positif je la yang mungkin dia dah ok. Dia nak jalan2 sebab lama sangat duduk atas katil.

Bila dah hilang dari pandangan, tiba2 ada bau busuk yang teramat sangat macam bau bangkai. Aku dah tak tahan bau tu aku terus masuk. Masuk dalam tengok2 kak shafa dah bangun sebab dapat call ada kes. Kak shafa pun juruxray yg kena on call malam tu. Aku terus cerita kat dia pasal nina. Dia terkejut. Mana kamu jumpa nina tu? Aku tunjuk kat jalan tepi bilik rehat ni. Dia cakap kamu jangan main2 ira. Aku pun balas yang aku tak main2. Pastu baru dia cerita kat aku yang nina tu dah meninggal petang tadi. Terkejut aku dengar. Habis yang aku nampak tu siapa? Kenapa dia muncul depan aku? Macam2 bermain dalam fikiran time tu. Last2 kak shafa tenangkan aku taknak jadi pape.

Okay tamat la dua kisah yang tak berapa nak seram. Ada lagi kisah lain. Kalau aku tengok komen positif aku post lagi ye. Okay assalamualaikum. Terima kasih kerana sudi membaca.

8 comments

  1. Tabahnya awk kan. Klu saya lah mungkin dah menangis kut. Tapi normal lah kan? Nama pun hospital, x sah klu xder cerita seram. Share lah lg cerita…. Nak thu jgk hospital mana. Sat gi nak google jap…hehe

  2. Share lah lagi..sy caya citer ni betul sebab logik tu ada..tak sama ngan mac amin tu mcm panjang sgt je..kdg mcm rekaan je..jgn marah peminat mac amin..hehe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *