Assalamualaikum saya ucapkan kepada semua geng FS. Akhirnya pengalaman saya waktu bekerja di restoran fastfood tu dah published. Thanx again kat team FS.
KISAH SEBELUM INI: RESTORAN FASTFOOD
Kepada yang bagi feedback tu. Yang komen dengan cara penceritaan saya tu, sebenarnya yang tu saya tulis agak serius sikit. Kali ni saya santai-santai pulak ya? Kat dalam penulisan yang lepas ada saya mention nak cerita pengalaman jadi rider, so hari ni saya kongsikan dengan anda semua. KPI seram tu yang penting!!
Kisah 1.
Masih di store yang sama lagi. Sebab kat sini je saya jadi rider lepas tu dah pindah store lain x jadi rider lagi dah. Mula-mula dapat keluar store hantar order tu, saya kena follow senior staff tuk tunjuk cara yang betul nak deliver order. Hari pertama je dah kena buli. Derang bagi saya motor yang boleh masuk gear sampai gear dua je, pastu lalu pulak kawasan kubur (dah la kawasan perkuburan ni famous dengan kes pembunuhan yang kena k***t-k***t tu pesalahnya dikebumikan). Sabar je la. Bayangkanlah gear dua dari mula smpai la kat store balik, bila lalu kat kawasan kubur tu, mahunya tak laju saya bawak. Meraung-raung la enjin motor tu kene paksa! Punyalah teruk kene buli. Tapi saya ni penyabar orangnya.
Lepas dah pandai buat sendiri, saya dah tak payah lagi follow staff senior. Waktu delivery habis tepat jam 11 malam, so kalau ada customer call lepas 11 malam memang harapan la nak dapat makanan yang dipesan. Satu hari saya dapat order kat taman M*****. Lepas tengok map saya pun agak-agak je la taman yang mana satu, start motor terus jalan. Yang adventure nya rumah lot. Payah sikit sebab number berterabur tak macam rumah taman senang nak cari. Cari punya cari tak gak jumpe-jumpe. Masa tu last order, masuk dalam lebih kurang jam 10.50 malam. Tengah pusing-pusing tu, lalu la kawasan padang. Nampak beberapa budak tengah main bola. Budak-budak dalam lingkungan umur 6-7 tahun.
Punyalah fokus nak cari rumah sampai tak boleh nak fikir, apa kejadahnya budak kecik main bola malam-malam camni? Tak marah ke mak ayah dia? Apa buruk benar perangai orang kita? (ala-ala gaya pengulas rancangan kat ntv7 dulu). Dah lepas dari padang tu baru terfikir. Tapi sebab risaukan nanti customer complaint, tak sempat nak rasa takut or seram. Sampai jumpa satu pakcik ni.” Fuhhh selamat!!”, Getus saya dalam hati. Boleh saya tanya jalan. Pakcik ni gayanya macam orang baru balik surau. Berkain pelikat, pakai ketayap dan berbaju melayu warna krim kalau tak silap sebab dah malam. Agak gelap la kawasan tu jadinya. Lagipun lampu jalan dia sikit punya jauh jarak antara satu dengan yang lain.
Saya pun bagi salam dan tanya alamat rumah berkenaan. Pakcik tu pun bagi tau la jalan mana, masuk simpang apa semua dan saya pun boleh agak kat mana. Lepas ucap terima kasih saya pun jalan tapi saya terlupa kertas order tu saya tak ambik kat tangan pakcik tu. Baru jalan depan sikit ,saya tengok side mirror nak cari pakcik tu, sekali harammm!! Takda dah pakcik tu. Saya pusing, sebab saya yakin pakcik tu masih ada, lagipun kat situ takda rumah, simpang pun takda sebab lepas kawasan padang.belum jauhpun saya bergerak dalam 4-5 langkah je. Tapi takda jugak. Time tu saya dah tak pikir panjang dah saya terus bawak laju-laju, habis segala bumper jalan tu saya langgar je. Bergegar-gegar box delivery kat belakang. Tapi masih lagi mengikut jalan yang pakcik misteri tu tunjukkan tadi. Alhamdulilahh ada makcik lambai-lambai dan memang dia yang order makanan tu. Saya minta maaf kat makcik tu sebab lambat, nasib baik dia pun ok.
Saya cakap saya terlupa amoun yang makcik tu bagi. Resit pulak melayang ditiup angin (terpaksa tipu) tapi kuranglah dari rm50 yang pasti. Makcik tu bagi je saya rm50 dan suh saya keep the change. Baru nak berbunga-bunga hati ni dapat tips lepas ketakutan jumpe pakcik misteri tu, makcik tu cakap kat saya macam ni, “berani betul adik ye masuk sini sorang-sorang. Kalau makcik order kat ****** ke kat ****** (company fastfood lain) ke derang hantar makanan kat sini selalu kalau dah malam-malam macam nie mesti berdua, takpun berempat sampai 2 biji motor!”. “Kenapa makcik? Banyak peragut ke sini?”, Soal saya balik. Sengal betol kepala otak saya macam tak boleh fikir kenapa. “Bukan, malas pulak makcik nak cerita. Nanti kamu tu balik hati-hati. Dah lewat ni..”, pesan makcik tu. Lepas tu baru saya terpinga-pinga dan rasa takut tu datang. Disebabkan dah takda pilihan, saya redah je la. Saya pasang surah yassin dari hp pastu lekat kat telinga dalam helmet, then saya lenjan sampai kat restoran. Nasib baik tak jumpa apa-apa. Kalau tak, ke hospital la jawabnya..
Lepas saya tanya-tanya kat kawan-kawan lain, barulah saya tau kenapa kalau time malam tapi ada order dari taman ni, sorang rider pun taknak hantar. Gile kejam sebab tak bagitau awal-awal tempat ni camane. Banyak yang dia orang share. Macam kawan saya ni pernah kena ,masa nak hantar order tu dia tengok alamat, dia yakin gila yang tu perumahan lama yang takda orang duduk. So dia confirm dengan customer balik betol ke alamatnya. Dia call number yang ada kat resit. Customer confirm balik memang betol. Then kawan saya ni dengan gigih la pergi lepas tu meroyan sorang-sorang. Benganglah member sebab memang rumah lama yang takda orang duduk tu tempatnya. Dah la member ni takda kredit nak call customer, sudahnya dia balik restoran marah-marah. Dia cakap dia nak marah customer sebab prank dia.
Sekali call balik number tu, ada akak ni jawab, “nombor yang anda dail tiada dalam perkhidmatan”. Berkali-kali call num yang sama dan jawapannya tetap sama. Alahaiii buat hal betol lah!! Tadi masa nak pergi ada je number tu dalam perkhidmatan. Siap bercakap lagi dengan owner. Apalagi manager call centre trace balik operator mana yang ambil order. Sekali operator tu dah balik lama. Tah sapa yang ambil order tapi kat resit nama dia. Sistem semua ada id kot camna dia boleh hack!! Last-last number tu kami minta centre block je. Biar padan muka momok tu tak dapat order lagi..
Kisah 2.
Macam biasa la kalau dapat order lewat-lewat masuk, tak ramai yang suka nak pergi. Dia orang dah malas nak keluar atau memang derang penakut, tu saya tak pasti. Nama je lelaki dia orang ni tapi tu lah masalahnya. Satu hari tu hari perayaan kaum cina. Yang dia orang celebrate dengan bakar tanglung tu. Saya dapat order dari sebuah taman kat belakang hospital. Order masuk dalam pukul 11.10 mnt tapi bukan centre yang hantar. Customer call sendiri kat restoran. Mula-mula manager taknak ambik sebab dah lebih masa, tapi bila dia tanya saya boleh hantar ke tak, saya cakap dekat je pun. Memang dekat je so manager terus la proceed. So lepas siap-siap semua order dia, saya pun hantar.
Masa ni taman ni belum maju lagi. Bukan mcam sekarang siap ada shop lot, taman baru kat bahagian depan n belakang sekali. Dulu hutan n semak je. Jalan pun tak terang macam sekarang. Rumah dia tak susah nak cari. Lepas siap hantar, saya pun balik lah sebab dah dekat pukul 12 masa tu. Kerja rider closing kena cuci semua motor sebelum balik takut nanti tak sempat n lambat. Masa otw balik tu, saya diberhentikan oleh sekumpulan haaa ni tak tau la remaja ke kanak-kanak ke. Tapi orangnya tak tinggi, lebih kurang tinggi pinggang orang dewasa tapi cutting badan tough je semua. Mereka semua ni tengah melintas jalan yang saya nak lalu tu. So maksudnya saya nampak mereka dari tepi. Ramai jugak lebih dari 20 orang. Ada 2 orang yang jaga barisan tu dari kiri dan kanan saya tapi membelakangkan saya. Mereka bawa tanglung tu yang jenis tergantung punya tapi ikat dengan kayu.
Macam mana saya nak terang kan ya? Macam kayu panjang satu hasta, hujungnya diikat dengan tanglung tergantung. Macam tu lah tp yang tu belum pelik lagi. Yang peliknya pakaian mereka ni macam tau tak jenis baju hujan yang ada sekali penutup kepala tu? Tapi ni jenis kain, kalau baju hujan tu jenis plastik/getah ke camtu la dan bende tu labuh sampai jalan. Semua orang tu pakai benda yang sama siap ada tutup kepala. Cuma yang jaga kiri kanan tu warna kelabu, yang jalan berbaris tu warna coklat tak silap saya. Saya fikir mungkin tu tradisi dia orang. So sebab tu la jalan ramai-ramai agaknya. Lepas habis derang melintas jalan saya pun nak beredar. Sempat saya jeling ke mana arah mereka. Rupanya ramai-ramai tu tengah daki ada bukit belakang kawasan perumahan tu, dah la semak samun macam hutan kat situ. Gelap lagi pulak tu, dia orang semua hanya guna lampu tanglung tu je sepanjang jalan.
Saya cuma positif je masa tu;mungkin ada tokong ke kat situ so saya pun balik dan tak fikir apa-apa. Lepas abis kerja dah jadi tradisi kami semua akan makan kat satu kedai mamak ni sebelum balik rumah. Masa makan tu, saya cerita la kat dia orang apa yang saya jumpa. Saya cakap comel je semua beratur ikut barisan. Salah sorang kawan saya; Yusri tanya, “yang baju labuh kaler coklat tu bukan selalu ada time upacara kematian dia orang ke? Tapi x la labuh mana kalau tak silap aku. Kalau iye pun mmg pakai baju tu masa bakar tanglung, dia buat ape panjat bukit belakang tu? Setau aku bukan ada ape pun belakang tu hutan je..”. Saya cuma diam je. Ada jugak saya bertanyakan orang hal ni. Ada yang cakap baju tu memang ada yang pakai masa upacara bakar tanglung. Tapi yang berarak ramai-ramai tu derang tak pasti. Lagi tak pasti siap panjat bukit masuk hutan bagai tu. Tak tau nak react camne. Saya diam aje. Nasib baik lagi sebab tak nampak muka.
Kisah 3.
Hari tu hari yang malas buat saya sebab dari pagi lagi saya dah diserang migrain. Ikutkan hati nak je saya ambil mc ,tapi tak sampai hati. So saya kerja la tapi banyak back up kitchen. Tak banyak hantar order pun. Malam tu pulak busy, maklumlah awal bulan memang busy sikit. Tak lama lepas tu, manager saya jerit nama saya suruh hantar order. Saya pun keluarlah tengok kat mana nak hantar. Sekali yang pending ada satu je, kat taman m***** lagi. Taman yang sama macam kisah 1 kat atas. Tapi ni jalan 1 so tak payah masuk dalam-dalam. Kalau jalan 3 dan seterusnya memang kena masuk dalam. Saya tengok jam pun baru pukul 9.30mlm, awal lagi.Saya pun siapkan barang dia, dan keluar hantar. Cari motor delivery takda pulak, terpaksa bawak motor sendiri.
Sampai simpang taman tu saya masuk and cari rumah.Cari punya cari punya cari, tak jumpe jugak. Saya call customer sampai habis kredit tak jugak jumpa. Lepas tu lalu satu brader naik 125z saya tahan. Saya bagi salam, dia jawab (dalam hati ckp ooo islam rupenya). Saya pun cerita la nak pergi mana semua. Kedudukan saya masa tu dgn brader tu kat tengah-tengah jalan dalam lorong tu. Cuma saya nak naik, dia nak turun. Brader tu pakai baju TNB, baju dia cam kotor-kotor sikit. Technician agaknya. Tapi saya tak nampak muka brader ni lagi sebab dia pakai helmet cermin dia tutup muka. Kami borak-borak pasal rumah tu kat mana semua lepas tu brader tu bagi phone dia suh call. Masih lagi brader tu tak angkat cermin helmet dia.
Masa nak call tu, saya tekan-tekan phone dia tak menyala pun. Ishhh, brader ni biar betol, bateri kong tapi suh guna. Agak-agakla nak kenekan orang pun. Saya nak jaga hati punya pasal saya pas balik phone tu kat brader tu. Saya cakap takpa la bang, saya cuba cari sendiri. Terima kasih banyak-banyak. Elok saya pas kat tangan dia, tangan sebelah dia angkat visor helmet. Benda ni saya tak tau la sama ada imaginasi saya atau memang muka brader tu camtu tapi memang buat jantung saya macam nak berhenti berdegup sekejap. Brader tu pakai spek, muka dia dari atas kening belah kiri terbelah sampai dagu belah kanan bawah. Terbelah yang bukan parut, just terbelah terkoyak cuma takda d***h meleleh je.
Masa ni saya terus masuk gear satu dan bawak motor x pandang belakang dah. Jantung saya punyala laju. Masa ni saya terus fikir orang ke hantu yg aku nampak ni? Kalau orang saya mintak maaf sangat-sangat, saya bukan nak kutuk kejadian tuhan, saya cuma terkejut je. Lepas tu nampak satu akak ni lambai-lambai depan pagar rumah dia. Saya berhenti. Saya tanya ada order ke? Dia kata ada. Mula tu dia macam nak marah. Saya cepat-cepat minta maaf. Dia cakap, “engkau dari tadi akak nampak ke hulu ke hilir. Akak panggil-panggil kau jalan je terus. Berpuluh kali kau lalu, lepas tu tadi kau berhenti kat bawah. Kau macam bercakap dengan orang. Akak ingat kau cakap telefon. Sebab takda orang pon kat sebelah kau. Lepas tu akak terus panggil kau lambai cepat-cepat sebab kau macam nak laju je akak nampak”. Whattt? Akak x nampak ke saya tengah borak dengan abang naik 125z tu kak? Biar betul!!
“Ooo yang saya berhenti tu saya tanya ada abang tu. Padahal dah dekat ngn rumah akak rupanya. Sebab abang tu pun tak tau jalan, saya redah je r.” Saya terangkan kat akak tu. Akak tu buat muka pelik. “Kau tanya abang mana? Mana ada orang kat situ. Akak nampak kau kat situ memang macam bercakap, tapi kau sorang je la! Atau kau maksudkan kau cakap dalam telefon dengan orang?”, tanya akak tu lagi nak kan kepastian. Haaa sudahhh!! “Saya cakap telefon kak..!”, saya malas nak panjang-panjang. Saya malas buat diri saya ni jadi lagi takut. Lepas ambil duit dari kakak tu saya terus balik restoran. Badan terus lemau. Kak Ya ada tanya, masih migrain lagi ke masa saya dah sampai store.S aya geleng je.” Abis tu kenapa muka pucat je? Kau nampak hantu?”, tanya Kak Ya lagi. Saya geleng lagi. Saya malas nak cerita. Nanti semua rider taknak hantar order kat situ. Saya masuk kitchen macam biasa. Edi(kawan rapat) cuma pesan, “balik nanti cerita tau?”. Dia memang faham saya kalau ada yang tak kena kat saya tu dia dah tau dah.
Balik tu saya cerita kat Edi. Edi kata kiranya saya ni kuat jugak. Kalau kena kat budak perempuan lain rasanya pengsan terus. Saya diam je, badan macam letih sangat. Edi ni xda kenderaan, so memang balik hari-hari saya hantar. Malam tu lepas makan saya suruh Edi hantar saya balik. Saya suruh dia pakai je motor saya. Saya pesan esok kalau aku nak motor aku call je kau. Edi pun tak banyak bunyi. Sampai rumah terus rebah kat sofa. Housemate cakap saya demam, badan panas gila. Esoknya saya mc 2 hari sebab demam. Kalah jugak saya akhirnya. Dia tanya kenapa. Dia pun sibuk tanya Edi kenapa tapi dua-dua tak cerita. Kalau diberi pilihan, saya taknak nampak or alami bende-bende macam ni sebenarnya. Sebab saya tau saya bukan kuat mana pun. Tapi tulah, bukan boleh pilih-pilih.
Ada orang cakap momok suka kawan dengan saya. Ada orang cakap saya ada saka (melampau betol cakap camtu!) Ada jugak yang cakap saya mungkin ada penarik yang buat benda-benda tu attract kat saya. Sejujurnya saya tak tau nak respond camane. Kalau saka tu rasanya belum ada lagi salah silah keluarga yang ada benda tu. Macam ustaz tu cakap lah. Mungkin saya bertuah kot.Sampai ke hari ni alhamdulilah sebab masih belum diduga dengan dugaan yang melampau lagi dan mintak dijauhi. Memang banyak experience yang dalam kategori seram berlaku sepanjang hidup saya sampai sekarang. Kisah rumah sewa yang saya duduk ni pun banyak. Nanti saya ceritakan.
Sekian perkongsian saya untuk kali ini.Kalau nanti ada masa insyaAllah akan saya kongsikan pengalaman lain pula. Assalamualaikum.
- Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Follow Whatsapp FS KLIK SINI
Gaya penceritaan hang ni best lah.. Kemas je.. Jangan lupa plak share pasal rumah sewa tu..
setuju. thumbs up!
please tulis lagi.
kau ada masa depan cerah boleh jadi penulis.
karya kau nanti konfem orang suka.
Dah 3 bulan jadi rider foodpanda…bila kerja waktu malam lalu kawasan gelap memang rasa meremang bulu roma
Perghh .. kau ni memang famoz ayat “DERANG”…
keep it up ..teruskan bekarya ..
Bagus cter ko…sng nk phm jln cter..
Cter lg tau…?
aku tunggu next story brada
aku pn rasa ko ada penarik yg sebabkn diorang suka kacau..
Hantu pun pandai order fast food…isk…siap hack system..hantu betul!
Dominos ni
sy dpat rasa penulis ni baik orgnya..hehehe..anyway, cerita bagus, n seram..part abg rider naik 125z tu..haha
best! best! tulis lagi.. tough btol eh kau.. siap jadi rider anta umah xde orang..uishh.. tulis lagi~~
Yg hntar rumah tadak org tu…kwan dia kan?? Dia cerita balik ja..hehehehe…✌✌
Kawasan perkuburan ni famous dengan kes pembunuhan yang kena k***t-k***t tu pesalahnya dikebumikan = kubur mona fendi..area tu kalau waktu siang pun dah cukup seram..ada aura redup+sejuk
Kubur atas bukit kannnn??? Depan kubur Ada rumah warns biru kan??? Kenapa tak lalu jalan dekat masjid?? Kat situ mmg byk momok. Belakang kubur ada perumahan lama kan??? Satu baris ada penghuni satu baris rumah tak siap. Aku penah duduk situ. Rumah no 7. Bukak pintu belakang terus nampak kubur. Adik aku no 4 penah nak kena culik dgn sepasang hantu suami isteri. Masa tu mak aku baru lepas abis pantang. Adik aku no 4 tu special agaknya.. hushh meremang bila ingat.
post la cerita kau ni bro
suke bace cerita ko…..tabah betulll ko hadapi bende2 tu semua…..betul lah ko istimewa….
Kajang ke?
nti jgn lupa guna tajuk yang sama… fastfood tue… kang kita org cari tak jumpa
Best sgt dan sedih. U punya character sama mcm sy masa wlupun skrg dah kawin. Luar nampak keras dlm hati ade bunga
Penulis nii laki ker pmpuan eea…
Soklan sama nk tnya..klau pmpuan hbt awk jdi rider mlm2 antr mknn..salute
Sistem semua ada id kot camna dia boleh hack!! Last-last number tu kami minta centre block je. Biar padan muka momok tu tak dapat order lagi.. HA HA HA…kesian momok tu.
Nice storyline
Cara penulisan tata bahasa koma apa semua mengecewakan aku sebab ko write lagi bagus dari aku hahaha best citer 10/10