Hai assalamualaikum, aku aliya (nama samaran), kisah yang aku nak share dengan korang semua kalau cerita aku ni dipublishkan (terima kasih admin kalau publish) mengenai saka keturunan arwah mama aku (al-fatihah untuk arwah mama). Sebenarnya belum habis kerja lagi tapi semua kerja aku dah siap, jadi banyak la masa nak taip sementara tunggu pukul 6 ni kan hahahaha. Okay aku sambung cerita. Cerita ni berlaku sekitar tahun 2015. Dan cerita yang bakal aku ceritakan ni bukan untuk membuka aib sesiapa tetapi jadikan pengajaran bahawa tiada yang berkuasa melainkan tuhan yang maha esa. Okay jom start!
Keluarga aku memang dah biasa dengan saka-saka ni. Lagi-lagi aku dengan arwah mama, sebab arwah atuk (atuk ni perempuan tau, aku tak panggil nenek) memang tinggal dengan kami dari aku kecil lagi. Dia yang jaga aku kalau arwah mama dengan abah kerja. Dari aku kecil, atuk ada satu tabiat yang agak pelik dan menakutkan, di mana dia selalu tadah tangan macam berdoa tapi sebenarnya bukan. Ada satu ayat lain yang dia baca yang sampai sekarang ni aku tak tau apa benda yang atuk baca. Bila ada orang perasan apa yang dia buat, cepat-cepat dia buat benda lain. Dulu aku curious juga, yelah budak-budakkan. Tapi makin aku besar, aku terbiasa dah dengan semua tu. Kadang-kadang aku tegur juga. “Atuk, atuk buat apa tu?” dia jawab “mana ada atuk buat apa-apa, ni tahik lalat atuk ni gatal, atuk garu lah”.
Dulu family belah arwah mama ni pernah nak buang saka keturunan ni, tapi perawat yang bantu keluarga kami cakap perjanjian yang dibuat adalah perjanjian menggunakan d***h, jadi agak susah untuk dia bantu memandangkan barang-barang yang diperlukan seperti keris atau cincin tak ada dengan kami. Jadi kami pun ikhtiar dengan cara lain, tetap tidak menjadi dan kami redha. Sehinggalah pada sekitar tahun 2015, atuk mula jatuh sakit, secara tiba-tiba. Jadi semua anak-anak,cucu cicit atuk semua baliklah ke kampung. Kami semua ingat dia sakit sebab dia sakit tua. Sebab masa tu umur arwah atuk pun dah nak mencecah 80 tahun. Tapi sangkaan kami meleset apabila sesuatu yang pelik terjadi dekat arwah atuk.
Atuk mula jerit-jerit cakap dia sakit, satu badan dia sakit, cucu cicit dia lah yang urut badan, jaga atuk, sampai ke akhir nafasnya. Masa atuk jerit-jerit cakap sakit tu, dia akan sakit sekejap-sekejap, tak lama lepastu dia akan okay balik. Keadaan atuk berlarutan sampai atuk nampak lemah sangat. Nak dijadikan cerita, kawan abang aku datang melawat aku, dia ni ada kelebihan untuk tengok benda-benda ghaib ni. Jadi dia pun panggil abang dan arwah mama beritahu ada benda lain yang ada dengan atuk. Dia cakap yang kami tengok tu bukan atuk dah tapi saka yang ada dalam badan atuk. Maksudnya atuk dah tak ada, yang kami tengok tu bukan atuk tapi benda lain yang menghuni jasad atuk. Masa tu, yang tahu hanya aku, abang, arwah mama dan adik arwah mama je. Perawat tu beritahu kalau nak tahu itu betul atuk kami atau tidak, bagi atuk bau wangian tanpa alkohol, kalau dia agresif bermaksud itu bukan atuk, kalau masih lemah itu atuk. Kebetulan aku ada minyak wangi tanpa alkohol. Aku pun beritahu pada pak cik (adik arwah mama) yang aku ada minyak wangi tu. Pak cik pun sapu minyak wangi tu dekat telapak tangan dan tekup muka atuk (tekup lemah lembut ye) . And guess what? atuk yang daripada baring dengan keadaan lemah tu, boleh duduk dan bersembang dengan kami semua. Dalam rumah masa tu ada lebih kurang dalam 10/11 orang.
Kami semua bersembang la dengan atuk tanya atuk okay ke? sihat dah ke?. Kami pun sembang-sembang (jadi leka semua bersembang dengan atuk) sampailah aku bisik dekat pakcik, “ingat apa perawat tu cakap?”, masa tu pakcik pun baru teringat kata-kata perawat tu, terus kami bahagikan kumpulan. Separuh duduk rumah jaga atuk, baki tu pergi jumpa perawat. Aku semestinya ikut pak cik, arwah mama dengan abang pergi rumah perawat tu (aku memang suka sibuk ). Oh ya! Aku terlupa sesuatu, korang nak tahu tak apa yang kami semua sembang dengan atuk? Mesti nak tahu kan .
Okay aku cerita, masa atuk tengah “sihat” tu, aku pun ambil kesempatan tanya atuk, atuk selalu duduk dekat jamban (tandas buang air besar) lama-lama tu atuk membuang ke? Dia jawab, jeng jeng jeng. Oh atuk selalu bersembang dengan jiran, dekat belakang tu ada jiran. Ada 3 jiran dekat belakang tu, kadang-kadang atuk selalu tukar kuih dengan jiran tu. Aku telan air liur korang tahu tak dengar jawapan atuk. Walaupun aku tak pelik dengan jawapan tu cuma yelah, tak tahu pula ada jiran dekat tandas tu. Alhamdulillah aku tak nampak.
Okay sambung balik pasal kami pergi rumah perawat tu, kami beritahu perawat tu yang kami dah buat apa yang perawat tu cakap. Dia cakap ada beberapa cara untuk buang saka ni antaranya, kami kena sediakan pulut kuning, ayam kampung dengan apa entah lagi aku tak ingat, atau hidangkan dia makan dengan 42 jenis kuih dan cara yang terakhir lepaskan macamtu je tapi saka ni akan menyerupai keturunan cucu cicit atuk ni. Masa tu aku dengan sepupu aku cakap dekat arwah mama dengan pak cik, “kalau dia ikut muka kitorang macam mana, nanti orang kata hantu” (biasalah masa tu budak-budak) dan 40 hari akan datang tu adalah tarikh nikah dan kenduri sepupu aku ni, kami taknak benda tu menyerupai muka kami. Dan kesemua cara tu kami semua tak mampu nak penuhi sebab mana sempat nak buat semua tu hanya dengan satu malam. Jadi kami pun balik ke rumah dan perawat tu kata, dia akan cari jalan untuk bantu keluarga kami. Kami pun balik,bersihkan diri, solat apa semua.
Beberapa hari lepastu, perawat tu beritahu dia ada cara macam mana nak lepaskan saka ni, tapi arwah mama yang kena buat. Maaf aku lupa nak beritahu, sebenarnya saka ni atuk nak turunkan dekat mama tapi mama taknak, mama selalu sakit tanpa sebab yang logik, badan dia selalu lebam-lebam. Okay sambung, perawat ni pun bagi mama satu kertas yang ada ayat al-quran suruh mama hafal da bacakan dekat telinga atuk. Aku yang tolong mama hafalkan ayat tu, mama hafal dekat luar rumah, jauh dari atuk. Tapi bila mana mama dah hafal dan nak masuk rumah, mama lupa semua yang dia hafal tadi. Kali kedua cuba pun sama juga. Dan kali ketiga, mama istighfar banyak-banyak, doa semua dimudahkan dan dengan kuasa allah mama dapat hafal dan baca dekat telinga atuk. Dan atuk pun pergi dengan tenang depan kami semua. Tapi tiba-tiba mama menjerit dan terus nazak, mama meronta-meronta, aku pergi dekat mama suruh mama mengucap dan mama okay balik. Mama kata macam ada benda yang cekik dia sampai dia tak boleh nak bernafas.
Aku terkejar-kejar sebenarnya sebab dah nak pukul 6 . Okaylah setakat ni je dulu. Kalau ada rezeki cerita aku ni dipublish, aku cerita pasal arwah mama pula. Okay bye bye assalamualaikum.
Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit
Sambung lagi hehe
sambung la cerita pasal mama awak pulak
eh?
dah sambung dah. boleh tengok tajuk DERITA MAMA