Salam sejahtera saya ucapkan kepada admin dan semua pembaca FS. Sebelum ni, saya pernah menaip satu kisah yang bertajuk “pengalaman hidup” yang merupakan kisah seram saya alami di rumah sewa. Kali ini Pula saya akan menaip lagi sebuah kisah yang bertajuk “sekolahku”…
Setiap sekolah mempunyai kisah seramnya tersendiri Tak kira berapa lama bangunan tersebut dibina begitu juga sekolahku (Lokasi dirahsiakan
).Sebelum saya memulakan cerita, nama saya ialah Mika(bukan nama sebenar).
*ADA 3 KISAH YANG AKAN SAYA KONGSIKAN UNTUK PEMBACA FS*
Kisah pertama;
Ini merupakan cerita yang dikongsikan oleh seorang pak cik guard sekolah. Memang menjadi tugas dia untuk meronda setiap malam di sekolah bagi memeriksa samada terdapat pelajar yang curi-curi dating atau bersembunyi di blok-blok bangunan sekolah. Tetapi pada suatu malam, pak guard tu tadi macam biasalah kerja meronda je….sehingga dia terhenti di satu blok sebelah kantin ….dia lihat seperti Ada orang yang berada dalam salah satu bilik di tingkat atas blok tersebut…iaitu “bilik pengawas” -bilik paling hujung …..Dia fikir mungkin terdapat guru disiplin yang berjaga malam untuk uruskan masalah disiplin pelajar…maklumlah ketika itu…terdapat banyak kes disiplin pelajar hingga memerlukan bantuan polis untuk menyelesaikannnya.Ok Kita teruskan
….jadi dia naik sebab hati dia rasa macam Tak sedap je….jadi dia terus Naik ke tingkap 2 tu dan menuju ke bilik tersebut. setibanya dia depan pintu bilik tersebut, dengan serta-merta dia buka tombol dan tolak pintu tersebut, alangkah terkejutnya dia apabila melihat satu sosok perempuan berpakaian putih sedang menggantung diri di tengah-tengah ruang bilik tersebut dengan lidah menjelir panjang dan mata bagai nak
terkeluar. Semangat yang tidak kuat menyebabkan pakcik guard terus pengsan hingga keesokkan paginya, dia dikejutkan oleh seorang guru Dan beberapa pelajar yang lain ……Setelah mengusai-usai Mata, dia menceritakan kejadian yang dia lihat semalam dan merayu untuk berhenti kerja akibat takut. (Kalau aku sendiri yang terkenakan ….kurasalahkan bukan saja pengsan mmg koma tiga Hari tiga malam haha)
Kisah kedua:
Kisah kedua ini berkenaan seorang pelajar asrama iaitu kawan saya. Nama dia
Anne. Dia ni perminat kpop Dan tinggi lampai orangnya. Haha cukuplah pengenalan Anne ni. Pada suatu hari, Ada kemasukan seorang pelajar asrama yang baru dari sekolah luar daerah (entah siapa saya pun sampai kini Tak tahu lagi …saya namakan dia Lara). Dengar gosip rakan2yang lain, Lara ni sombong dan suka buat hal. Ada satu Hari, pelajar asrama memberitahu dia bahawa terdapat sebatang pokok Ara yang besar Dan berhantu …Manatak nya ramai pelajar asrama terkena histeria sehingga menjemput ustaz atau ahli agama untuk menghentikannya….
Setelah diberitahu, Lara ni nekad nak tahu apa yang ada dalam pokok Ara tersebut kerana dia Tak percaya terhadap hantu Dan makhluk halus….Oleh itu, dia pun berdepan dengan pokok Ara tersebut Dan berkata..”enti dei amai bisi …malam tok gak dei ngigaku “maksudnya
…”kalau kamu memang Ada …malam ini juga awak Cari saya”….tetapi yang peliknya, bukan si Lara ni yang kena tetapi Anne yang kena….aduhai why dia yang kena….not fair……..Pada malam yang sama, Anne terkena histeria dan dia tertiba menjerit Tanpa henti. suaranya Makin bertambah kuat seperti menampakkan dua suara dalam satu tubuh…..
Pelajar asrama yang lain hanya mampu berdoa untuk menghentikan keadaan..doa punyalah doa…sampai ke subuh baru roh dalam dirinya hilamg….Setelah kejadian tersebut, Lara pun tidak lagi celupar ketika di depan pokok berhantu tersebut…(Untuk pengetahuan semua , pokok Ara tersebut terletak berdekatan ngan tandas perempuan asrama.Oleh itu, tidak mustahil sebilangan pelajar perempuan asrama mudah terserempak atau dirasuk oleh makhluk tersebut.)
Kisah ketiga:
Kisah ke-3 ni Ada special sikit kerana bukan Saya seorang yang hadapinya ..malah seorang kawan saya yang bernama Nora. Kisah ni baru berlaku tahun lepas (2019).
Kami berdua sebenarnya pengawas tingkatan 6 harian …Pada Hari kejadian iaitu merupakan Hari aktiviti sekolah dan hanya terbuka kepada pelajar asrama sahaja. kami pula hanya ditugaskan untuk mengawas persekitaran blok-blok sekolah….
Kami semua hanya lah 10 orang -{8 orang pengawas tingkatan 6 harian , 2 orang lagi pengawas perdana}…maka kami diarah oleh guru disiplin untuk bahagikan kepada 5 kumpulan di Mana 2 orang dalam satu kumpulan
…..Takdir menetapkan saya ngan si Nora ni menjadi kumpulan…
Haha…bukan jodoh just kawan..
Kami berdua pun apalagi ..rondalah …Ronda punyalah Ronda ….berhenti berehat di satu kawasan dimana ianya berhampiran 1 blok kayu Dan blok yang saya kisahkan di kisah-1.
Di situlah mulanya, Nora ni menyibuk nak snap2 lah photolah apalah….jadi saya apa lagi…duduk diam main hp jak lah bosan……..sesudah itu , kami pun Ronda lagi hingga cukup jam …balik.
Keesokkan malamnya , Nora chat saya….wehhh, Mika kamu nampak Tak apa tu.
..jadi , apabila buka gambar yang dia sent yang dia bulat tu….terkejut betul saya semasa terpandang satu sosok mcam lelaki menembusi dinding makmal ,berpakaian putih Dan kepalanya tembus tingkap.(untuk pengetahuan semua, pada Hari kejadian tiada pun seorang lelaki pakai baju putih sebab semua pelajar diwajibkam pakai baju warna merah iaitu baju Koko)…Then, saya cakap tu macam h***u ….jadi , kami pun delete gambar tersebut Dan sehingga kini tak berani lagi dekatkan diri ngan kawasan tersebut
..(untuk makluman semua, kawasan tersebut bagiku memang seram kalau dilalui terutamanya waktu awal2 pagi sekitar jam 5-6am…kerana saya selalu melaluinya….apa yang saya rasa ….seperti ada yang mengekori Dan memperhatikan saya )…haih meremang bulu bila ungkit pasal ni…
Sekian saja kisah saya harini , Terima kasih kepada Admin sekiranya kisah saya ni dapat ditayangkan untuk dibaca oleh semua peminat FS….
Maaf jika ceritaku ni tidak menarik atau seram bagi pambaca FS yang saya hormati..tetapi sudah cukup seram bagi saya yang pernah merasai dan melihatnya.
Sekian, terima kasih.
Knp x smbng cerita “pengalaman hidup” rase mcm tergantung lh plk citer ny, X tahu lh knp perasaan ingin tahu ni menebal untuk mengetahui kisah yg terakhir