Kisah Seram Aku di UiTM Samarahan

Assalam semua !

Nama aku Ely, dan aku nak kongsi beberapa pengalaman seram sewaktu menjadi student dari zaman sekolah sampai ke zaman universiti.

Semester 3, Kolej Serapi Blok 3A;
Waktu itu adalah hujung semester. Aku budak SportRec. SportRec dan final exam memang suka habis lambat. Tapi aku beruntung sebab roommates aku mostly budak Sarawak, jadinya mereka stay sampai hari last aku dekat UiTM. Ada satu malam, level atas bising gila. Aku tak tahulah dorang buat farewell party ke cemana, tapi memang riuh lah. Aku pun dengan selamba sound orang atas melalui tingkap, “Oii korang, seronok nampak! Tahulah final exam dah habis”.

Lepas aku sound dorang, bebudak level atas dah tak bising lagi. Maka, aku pun boleh tengok movie dengan aman hahahahaha. Keesokan hari, semasa aku nak keluar dari bilik nak menuju ke toilet, aku bertembung dengan bebudak level atas. Pintu bilik aku mengadap dengan entrance, so boleh nampak siapa naik turun tangga.

Aku tanya, “Korang nak pergi mana pepagi buta ni?”

Dorang jawap, “Kita orang baru balik overnight dekat Kuching. Kenapa?”.

Muka aku berubah. Terus aku masuk semula dalam bilik dan ceritakan kisah malam tadi dekat roommate aku. “Berani gila kau tegur malam-malam. Mujur bilik kita tak kena kacau”.

Semester 2, Kolej Gading Blok 2;
Kejadian berlaku semasa aku dengan kengkawan nak balik ke Kolej Gading Blok 4. Malam itu, dalam jam 2.00 pagi, kami pulang ke sarang setelah memasing settle dengan group discussion. Malam yang tenang dan hening, tak ada hembusan angin sepoi-sepoi bahasa. Elok saja kami lalu kawasan Blok 2, aku tertoleh ke tingkat paling atas Blok 2 iaitu kawasan tempat sidai baju.

Apa yang aku nampak? Aku melihat sehelai kain putih terbang melayang turun ke bawah. Persoalannya disini, corak jatuhan kain itu seperti luar biasa sekali. Aku fikir aku seorang saja yang melihat fenomena itu, rupanya kawan-kawan aku pun turut melihat sama. Apa lagi, langkah sejuta kami buka! Aku berlari kaki ayam, selipar pakai dekat tangan. Blok 4 terletak paling hujung, tapi malam itu tak terasa jauh. Jika kami join acara 100 meter dash sprint, kami confirm juara mengalahkan Usain Bolt !

Pontianak melintas di atas kepala;
Kejadian ini berlaku zaman sekolah. Biasalah budak hostel for sure melalui peristiwa seram. Aku dengan kawan aku, Anis; kami ke surau yang terletak bersebelahan dengan dorm, nak ambil air. Tiba-tiba, Anis rentap tangan aku. Aku yang tak tahu apa-apa ni pun bergegaslah keluar dari surau. Elok sahaja kaki melangkah keluar, aku rasa kaki aku bagai dipasak ke tanah. Tak boleh diangkat beb ! Sama juga dengan Anis. Kami langsung tak mampu nak bergerak dalam jangka masa 5 minit.

Dalam keadaan seperti itu, angin sejuk berhembus ke muka aku. Mata aku melilau cari punca tapi aku tak nampak apa. Aku tengok Anis pejam mata, aku tak tahu lah apa yang dia nampak sebab aku memang tak nampak apa yang dia nampak ! Lepas merasakan kaki tak di pasak lagi, kami berlari sekuat hati ke dorm dan terus melompat ke tilam. Semua orang hairan tapi kami kata esok sajalah cerita.

Anis kata, pontianak itu lalu di atas kepala kami; sebab itu dia pejam mata dan aku pulak rasa angin sejuk lain macam. Cik ponti tu pun satu hal. Dah habis ketawa mengilai, dia menangis mengilai pulak. Rasa nak quit asrama jer masa tu huhuhu.

Baiklah, itu saja cerita kali ini. Terima kasih pada Admin seandainya cerita ini disiarkan. Terima kasih juga pada yang sudi membaca. Segala kekurangan aku dahulukan dengan ampun maaf.

Wassalam.

Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Rating Pembaca
[Total: 3 Average: 4]
Ely Tohir

7 thoughts on “Kisah Seram Aku di UiTM Samarahan”

  1. Yang semester 2 tu,,,mmg cerita rekaan ke???siap slipar ltak kt tgn mcm cerita hantu kak limah…sorry to say…tak seram lngsng…

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.