KISAH SERAM DI DUSUN DATUK

Assalamualaikum dan Hello untuk semua pembaca FS.Terima Kasih Admin kerana sudi siarkan cerita saya. Kisah yg saya siarkan ni dah lama berlaku dan agak panjang ye. Selamat membaca semua peminat FS…

Nama aku Nina (nama samaran).Kisah ni berlaku masa aku masih di sekolah menengah. Dulu masa zaman sekolah, saat cuti sekolah memang aku dan adik beradik nanti2 kan. Adik beradik aku ada 3 orang. Kakak aku,aku dan adik lelaki aku. Mak aku suri rumah. Bila cuti sekolah, bapak aku akan hantar mak dan adik beradik aku balik ke kampung belah mak aku. Rumah datuk aku rumah sebuah dan sebelah rumah datuk aku ada rumah pakcik aku, abang kepada mak aku. Mak aku ada 2 beradik ni jer. Yang paling seronok dapat jumpa sepupu2 aku. Sepupu aku ada 4 orang. Mak aku dan abang dia kawin dalam jarak setahun jer sebab tu kami adik beradik dan sepupu tak jauh beza umur, lebih kurang sebaya jer. Ehh panjang sangat intro ye..kang bosan pulak nak baca.

Cerita yang aku nak ceritakan ni terjadi pada salah satu percutian sekolah kami hujung tahun. Masa tu musim buah-buahan.Dekat dusun datuk aku tu ada hampir semua jenis buah yang ada kat Malaysia ni. Biasa nya datuk aku akan upah 2 3 orang kampung untuk panjat dan kumpul buah buahan yang dah masak ni. Suatu hari kami cucu2 ni pujuk datuk aku untuk bermalam di dusun ni. Sebab nak kutip buah-buahan konon nya. Datuk aku pun setuju. Jadi hari yang dirancang telah tiba.

Aku,d atuk, nenek, kakak aku, sepupu aku 3 orang pun pergi. Adik lelaki aku dan sepupu bongsu lelaki tak ikut. Sepupu aku,aku namakan Lily, Maya dan Sara. Hari dirancang kami bertolak pagi lepas sarapan. Perjalanan ke dusun tu mengambil masa berjalan kaki selama lebih kurang 30minit. Jalan tu kecik jer. Yang boleh lalu basikal dan motor jer. Jalan tu tak lar kecik sangat, besar jugak tapi memang tak pernah kereta masuk lar kawasan tu. Kiri kanan hutan. Hutan2 manja jer, bukan lar hutan yang tebal sangat. Di sepanjang perjalanan di sebelah kanan kami ialah sungai.

Hari Kejadian
Datuk aku bawa motor dan kami semua termasuk nenek aku berjalan kaki. Dalam lebih kurang 15 min berjalan, sepupu aku Maya ajak berhenti berjalan, nak rehat kejap sebab dia kata kaki dia sakit terpijak tunggul kayu. Kami pun duduk berehat di akar2 kayu yang besar bawah pokok. Duduk sambil borak2.
Tiba2 kami terdengar bunyi macam orang melompat ke dalam sungai. Dushhh bunyi dia. Kuat sangat bunyi tu, macam bunyi lompatan jarak jauh dari seorang yang dewasa.

Terus aku dan Sara berlari ke arah sungai tu. Tapi tak nampak apa2 pun. Air sungai kelihatan sangat tenang macam takde apa2 berlaku pun. Aku kembali ke arah nenek sambil buat isyarat angkat bahu dan tangan maksud takde apa2 pun. Nenek aku terus bangun dan buat isyarat jari telunjuk kat bibir. Isyarat supaya kami senyap jangan sebut apa2.

Kami pun meneruskan perjalanan.Sepanjang dalam 5 min perjalanan kami diam jer. Aku asyik tertanya2 dalam hati apa benda lah yang terjun tu tadi. Pelik sangat dan bunyi dia betul2 dekat dengan kami. Ok aku pun abaikan selepas tiada jawapan yang diterima oleh otak aku. Kejap jer pun senyap nyer, lepas tu kami start balik borak dan gelak2 macam biasa.

Sampai jer kat dusun aku tengok datuk aku tengah tebas2 rumput2 kat depan rumah dusun tu. Kami semua terus naik ke rumah dan bersihkan rumah, sapu dan mop2 apa yang patut. Rumah dusun ni rumah papan jenis tinggi dan beratap zink,maksud aku rumah jenis yang ada tiang tu. Lepas dah bersihkan apa yang patut kami pun turun ke bawah. Kat bawah depan rumah ni ada macam pondok untuk kami rehat2. Pondok ni dinding separuh jer, takde pintu pun, belah depan takde dinding. Dinding separuh tu ada di belah kiri kanan dan belakang jer. Harap korang faham lah ye.

Kami rehat2 dalam tu. Depan pondok ni betul2 ada pokok rambutan dengan buah masak yang merah menyala. Geram oiii…!! Sara pun panjat lar pokok rambutan tu, ehh bukan panjat pokok pun dia pakai tangga yang memang datuk aku dah buat khas untuk petik buah2 yang ada kat sekitar dusun. Dia jolok buah tu pun dengan pengait khas yang datuk aku buat. Lepas dah banyak berteraburan di tanah, kami kutip masuk besen dan bawa pergi ke sungai depan rumah, nak basuh buah tu sebab banyak semut.

Sampai di sungai,kami pun basuh buah2 rambutan tu. Entah macam mana aku tertoleh ke sebelah kiri. Aku ternampak seorang lelaki tengah memancing, pakai topi yang macam orang pergi sawah tu, takde bergerak pun dia. Nampak macam pelik lah keadaan dia. Entah lah tak tau kenapa bila ternampak dia aku macam rasa sesuatu dan berdebar debar semacam. Jarak dia tak lah dekat sangat, tapi aku nampak jelas. Aku terdiam terus aku tak bersuara nak naik atas terus takut geng2 aku ni tanya pulak. Aku taknak cerita sebab taknak dia orang takut. Tapi otak asyik lah terfikir sapa pulak yang memancing kat situ. Orang kampung ke, tapi macam pelik pulak!!

Dalam lima minit lepas tu aku pandang balik ke arah lelaki tadi, dia dah takde kat situ!! Konfem memang sah benda tu adalah sesuatu!!! Seram weh mengeletar rasa seluruh badan aku. Selesai semua kami naik semula ke atas, ke arah pondok rehat tadi, makan2 rambutan tu dan lepas tu naik ke atas tolong nenek aku masak untuk makan tengahari. Owhh lupa nak cerita rumah ni takde elektrik dan air ye. Air minum dan masak bawa dari rumah. Selebihnya pakai air tadahan hujan, ada tangki untuk air tadahan hujan ni. Bila malam kami pakai api pelita jer.

Masa makan tengahari tu, aku cerita kat atuk apa yang aku nampak kat sungai tadi. Ni pertama kali aku cerita kat orang, dia orang macam terdiam dengar apa yang aku nampak tu. Datuk aku menambahkan seram dihati aku lar pulok. Atuk aku cakap biarkan dia, atuk aku pun selalu nampak dia, kadang2 dia kat sungai, kadang2 ada kat kawasan sekitar ni, buat2 tak nampak jer bila nampak dia, dia tak kacau orang pun kata atuk aku. Haaaa seram aku ok bila dengar atuk aku cakap macam tu. Aduhhh jangan lah bagi aku nampak dia lagi. Seram giler kot..!!

Dan malam pun menjelma. Rumah ni kan takde elektrik dan air. Start lepas maghrib hujan lebat sangat. Hujan lebat, rintik2, lebat lagi dan berterusan semalaman. Rumah ni atap zink. Bila atap zink dan hujan lebat memang bising sangat nak cakap pun kena cakap kuat2. Disebabkan takde elektrik dan bila hujan apa2 pun tak boleh, lepas Isyak kami pun tido. Aku tido dekat tilam queen dengan Maya dan Sara, kami semua tido pakai kelambu. Tilam aku paling hujung tepi dinding dan tingkap. Kakak aku tido kat tilam queen sebelah kami dengan Lily. Datuk dan nenek aku tido depan tilam aku.

Malam tu kami semua tido lepas Isyak. Aku tiba2 terbangun terkejut sebab bunyi guruh yang sangat kuat. Aku tak pasti pukul berapa masa tu. Susah pulak aku nak tido balik. Aku pandang sebelah tengok Maya dan Sara lena jer tido. Aku termenung badan menghadap dinding tapi tak lah nampak dinding sebab kami kan pakai kelambu. Kelambu ni jenis yang warna putih tak boleh nampak luar tu.
Tiba2 kan aku terdengar bunyi macam orang bercakap kat luar rumah tapi cakap yang aku tak faham bahasa dia. Bukan tak faham tapi macam bunyi ala2 lalat banyak hinggap kat lauk basi. uuuu uuuu bunyi dia. Ahhh tak pandai aku nak terangkan. Harap korang faham lah ye.

Lama sangat bunyi tu aku rasa adalah dekat 15-20min. Hati aku pulak macam gatal sangat nak tau apa dan siapa dan dari mana bunyi2 tu datang. Aku buat keputusan nak jenguk ke luar tingkap. Masa tu hujan lebat lagi tapi tak selebat masa kami nak tido tadi. Perlahan-lahan aku keluar dari kelambu dan pergi ke arah tingkap. Tingkap rumah tu jenis yang ala2 macam pintu tu, buka selak dan pintu terus terbuka.

Bila aku dah buka selak pintu tu aku buka sikit jer pintu tu, cukup untuk mata sebelah aku nak intai keadaan di luar jer. Terkejut sangat aku dengan apa yang aku nampak!!! Dalam samar2 malam tu aku nampak adalah dalam dekat 5(aku tak berapa pasti bilangan sebenar tapi aku agak2 secara sekali imbas pandangan aku) benda yang menyerupai beruang tapi tangan panjang hampir cecah ke tanah dan mata merah sangat macam biji saga, badan berbulu hitam gelap sangat. Terus aku tutup tingkap balik dan bergegas kembali ke tilam aku. Takut sangat aku, menggeletar seluruh badan aku. Aku nak kejutkan datuk aku tapi aku takut datuk aku terkejut pulak, kang sakit pulak orang tua tu.

Memang tak boleh lar aku nak tido lepas tu kan. Aku tekup muka aku kat bantal. Seram giler wehh. Aku takut sangat kalau benda tu tembus naik ke atas rumah kami. Macam2 aku fikir dan tertanya2 apalah agak nya benda tu. Tapi yang pasti memang hantu. Nampak sangat ngeri!! Aku rasa adalah dekat 15 mins lepas aku ternampak benda tu kat luar tadi, bunyi tu pun hilang. Tak lama lepas tu, entah pukul berapa aku tak pasti, aku terdengar datuk aku bangun, dia bangun untuk solat dan mengaji. Biasa nya waktu datuk aku bangun ni dalam pukul 2 atau 3 pagi.Jadi jam masa tu lebih kurang waktu tu lah kot. Aku tak pasti sebab aku tak pakai jam.

Lepas aku dengar datuk aku bangun baru lah aku lega sikit. Tenang sikit rasa jiwa aku. Aku tak pasti bila tapi aku berjaya tido semula. Aku terbangun semula masa solat subuh, nenek aku kejutkan kami tapi aku tak boleh solat masa tu, bendera jepun. Aku sambung tido. Kakak dan sepupu2 aku pun sambung tido semula lepas dia orang solat.

Masa makan sarapan pagi, aku cakap kat datuk aku yang aku nak balik hari ni, tapi datuk aku diam jer, tak jawap apa pun, dia senyum jer. Errr. Masa aku kat belakang cuci pinggan. Ada aku dan datuk aku jer kat situ masa tu. Datuk aku merapati aku, dia cakap ala2 berbisik tapi jelas, dia tanya aku kenapa nak balik, tapi aku tak cakap apa pun pasal kejadian semalam. Aku senyap jer. Datuk aku tenung aku dia tanya aku lagi,

“malam tadi ada dengar bunyi ke..?”

Aku tersentap weh. Macam mana datuk aku tau ni??D ia ni semua benda dia tau. Pelik aku. Aku pun tanya datuk aku.

“Eh macam mana atuk tau..?”

Atuk aku cakap,

“Atuk pun dengar, tapi atuk buat2 tak dengar jer dan lepas bunyi tu hilang baru atuk bangun untuk solat”

Atuk sambung lagi.

“Lepas zohor nanti, Ali dan Abu (orang yang atuk upah untuk panjat pokok dan kutip buah2) datang, lepas selesai semua nanti, In Shaa ALLAH kita balik ye..”

Aku terus mandi lepas sarapan. Aku mandi di bilik mandi yang terletak di hujung dapur. Pakai air tangki tadahan hujan. Biasa nya kami adik-beradik dan sepupu2 akan mandi di sungai, hanya datuk dan nenek aku jer yang mandi dalam bilik mandi. Tapi sebab aku kan tengah bendera jepun, mak aku tak bagi kami mandi di sungai kalau tengah bendera jepun.

Dalam pukul 10 lebih, kakak aku dan sepupu semua turun ke sungai untuk mandi. Datuk dan nenek aku pun ikut tapi dia dua orang tak mandi ,hanya duduk di kerusi kayu berdekatan sungai tu. Dari rumah ni pun boleh nampak sungai tu. Kalau dia orang borak gelak2 pun boleh dengar dari rumah ni. Aku malas nak ikut sebab rasa tak sedap perut. Aku duduk depan pintu utama rumah tu.
Entah macam mana bila aku pusing ke sebelah kanan bawah pokok durian. Bukan lah jarak yang dekat sangat tapi aku masih boleh nampak dengan jelas.

Aku ternampak lelaki yang memancing semalam. Dia bukan berdiri menghadap tepat ke arah aku tapi aku boleh nampak jelas keadaan dia. Dia masih pakai topi sawah macam semalam, baju biru dan berkain panjang sampai ke tanah. Kaki dia tak nampak. Muka dia jugak tak nampak sebab tertutup dengan topi sawah dia tu. Tangan dia nampak gelap. Bila ternampak dia, aku rasa macam di awang-awangan nak jerit tapi tak keluar suara. Kaku!!! Jantung berdegup kencang. Aku terus tekupkan muka ke lutut aku. Aku kan dalam posisi duduk kat tangga tadi. Masa aku tekupkan muka, aku cakap dalam hati, “aku nak tengok ke arah benda tu lagi kejap lagi,kalau dia masih di sana aku nak berlari ke arah datuk dan nenek aku”. Aku tak sanggup nak duduk sorang2 dalam rumah tu. Buat nya benda tu datang ke rumah aku ni, pitam aku!!

Aku angkat kepala sikit2 dan pandang ke arah benda tu. Yeeee benda tu masih berada di sana dengan kedudukan yang masih sama. Aku menjerit sekuat hati aku sambil turun tangga berlari ke arah datuk dan nenek aku. Aku menanggis sambil peluk nenek aku. Semua yang berada di sungai terus naik ke darat. Semua mereka tenteramkan aku sambil tanya kenapa. Aku bukan histeria ye. Aku sedar tapi sebab aku terlalu takut aku menangis menjerit-jerit tak boleh kawal. Bila dah reda sikit, aku cerita kat datuk aku yang aku ternampak lagi benda yang memancing semalam tapi benda tu berada dibawah pokok durian.

Kami semua senyap terus berjalan ke arah rumah. Nenek aku peluk bahu aku sambil datuk aku jalan pegang tangan aku. Aku sempat lagi jeling ke arah pokok durian tadi tapi kelibat benda tu dah tak kelihatan di situ. Aku tak berani dah nak tengok sekitar tempat tu sebab takut ternampak lagi kat tempat lain.

Sesampainya di rumah, datuk aku terus bacakan sesuatu kat ubun2 aku. Ambil air dan bacakan sesuatu jugak dan bagi aku minum. Dia nak pulihkan semangat aku kata dia. Tanpa cerita panjang datuk aku terus suruh aku bersiap sebab dia nak hantar aku balik dulu. Naik motor. Lepas tu dia amik yang lain2, juga naik motor. Selesai angkut semula datuk aku kembali ke dusun tu sebab nak tunggu Ali dan Abu datang.

Malam tu lepas Isyak, datuk aku bawa aku pergi berubat pulihkan semangat aku kat kawan datuk aku, ustaz yang memang pandai ubatkan orang. Kat kampung sebelah. Ustaz tu mandikan aku dan ada bagi aku air untuk minum dan bunga untuk bawa balik dan mandi kat rumah. Alhamdulillah aku reda da pastu. Cuma aku trauma, sampai sekarang aku tak pernah dan tak berani nak jejak kaki ke dusun datuk aku lagi.

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 3 Average: 4.7]

8 thoughts on “KISAH SERAM DI DUSUN DATUK”

  1. kate pondok takde pintu. dpn terbukak luas, xbertutup. pastu awat hang kabo kejap bukak tingkap, kejap bukak pintu, mse nk tgok mnde yg bercakap tu. hamun bete.

    awal tdi kabo, jln ke dusun tu kecik, muat moto je. pastu kate, ‘luas la jugak’ pulak.. adeeiii.. tulis biar jelas.

    Reply
    • Base bodo bawang ni.bace elok2 xnk.thu kondem org je.ko la plak bg cite ko.puihh.xpon bg ko duk sane smlm.mau teberak kering ko dlm suar.pndai ckp je.puih.maaf na klu kasaq skit.?

      Reply
  2. waaah..hebat pondok kebun tu…ada tilam bantal, kelambu dan bilek air… mmg sesuai utk couple buat projek….atau mat gian lepak kat situ…

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.