hai FS. just pangil aku A17, aku perempuan .aku ada satu cerita nak kongsikan dengan semua pengikut FS .sebenarnya dah lama nak kongsi, tapi malas nak taip sebab tak boleh short form bagai .haha, tapi kali ni terdetik pulak nak cerita .
okay, cerita dia bermula bila aku dapat praktikal di JKDM (utara). hari 1st masuk tu aku terus di tempatkan di bhg. perkastaman .hari-hari awal tu macam biasalah, pergi awal, balik lewat, konon macam rajinlah .okay dah, 1st time aku masuk toilet, aku rasa lain macam ja .maybe sebab bangunan tu lama dan aku tak biasa dengan tempat tu lagi kot .toilet tu ada 2bilik, aku masuk la yg hujung sekali .sedang aku melepas hajat, tiba-tiba aku dengar macam air paip di buka di bilik sebelah tu, tapi yg peliknya, aku tak dengar pun bunyi tapak kasut ka orang jalan masuk toilet ka pa .memang cering bulu roma beb time tu .tapi aku diamkan ja .duk sekejap tu, then aku dengar tapak kasut orang masuk toilet sebelah, fuhh,, lega sikit laa aku time tu .!! tapi keadaan bertukar seram balik bilanya orang sebelah toilet aku tu tiba-tiba ja dia ketawa .mak aii, rasa nak nangis aku time tu .bayangkan lah suara perempuan tua gelak tu macam mana .aku tak tau lah apa yg dia gelakkan tu, apa yang geli hati sangat tu, then aku dengar macam dia ada cakap something, tapi aku tak tau dia cakap apa dan dengan sapa.? lepas dia keluar tu, baru aku keluar .lari pecut beb time tu . tapi aku diamkan ja weh .
sehinggalah dah seminggu aku kat situ, dah mula la rapat dengan staff situ .so aku buka la cerita, rupanya perempuan tua tu keja di bhgian yg sama dengan aku .mak aiii, lagi seram aku bila tiap-tiap hari aku di pangil masuk bilik dia .hmmmmmm .tapi lama kelamaan, aku mula biasa dengan ‘something’ dengan dia tu .ohh, bytheway, dulu dia okay ja, dah lah cantik .tapi staff situ kata sebab dia terkena something + masalah with husband dia, kes tu la kot yg dia jadi macam tu .
dah 3 4 weeks aku LI situ, tiba2 aku pulak jatuh sakit .aku demam, tapi dapat MC sehari ja .then esoknya tu aku pi keja jugak even masih demam and lesu .nasib la boss aku baik, dia benarkan aku berehat ja dalam bilik mesyuarat hujung office tu .then apa lagi, aku pun makan la ubat and rest .hah, time ni lah yg aku kena kacau kaw-kaw tu !
sedang aku berehat, aku dah makin lali + mabuk ubat, antara sedar atau mimpi (macam mimpi dlm mimpi), aku di kacau budak-budak !! hampa tau apa yang budak-budak tu buat kat aku.? dia buka tutup pintu bilik mesyuarat tu!, dia berlari sana sini dalam bilik tu ,riuh rendah dibuatnya, sampai naik bengang aku !! tak cukup dengan itu, aku yg tengah baring atas 2kerusi roda (aku gabungkan), dia boleh pulak buai-buaikan aku .awal-awal tu aku layan la, makin lali aku dibuatnya, sekalii,,, dia buai makin laju,,,, laju,,,,, dan terlalu laju sampai aku terjatuh dari kerusi !!! tak guna punya budak, kemain dia gelakkan aku .tapi bila aku bangun, tak nampak pun budak-budak tu .so takpa, aku duduk atas kerusi tu dan tido semula .kali ni guest apa pulak depa buat kat aku.? jilake punya budak, dia boleh main tiup2 di telinga aku, aku rasa macam dia lepas angin belon pun ada kat telinga aku !! geram sangat dah, then aku bangun .aku nampak kak s ni sedang tengok aku dari pintu tu .then aku pun try la cakap dengan kak s, mengadu budak kacau aku, tapi kak s blah macam tu ja, tak layan aku, tak cakap sepatah pulak tu .hmmm, sakit hati betui aku time tu .
tapi sebab terlalu lesu, aku sambung tido lagi .aku dah rasa pelik, then aku cakap la dalam hati, “jangan la kacau kak adik, kak tak larat ni” .then aku rasa macam boleh tido nyenyak sekejap .tiba-tiba dia mai pulak dahhhh ! ya tuhan, kali ni mai as a baby 1yr macam tu .budak tu duduk atas meja mesyuarat, tepi tangan aku, dia nangis, dia merengek macam minta sesuatu, macam minta di dukung .entah macam mana aku tersedar, tengok keliling takda sapa pun .nahaiiii, terus aku ambik handbeg dan keluar dari bilik tu .!! aku lalu office semua kosong, lunch hour weh time tu !! gamak depa tingai aku seorang situ .hmmm, ontheway nak keluar dari office, phone pula bunyi .aku pun angkat laa macam biasa, dah halo banyak kali, tapi diam jaa .then aku letak .then phone meja kedua pulak bunyi, aku undur dan angkat pulak .kali ni mak ai, perempuan bergelak, tapi dengar sayup-sayup .aku letak phone !! marah aku dah tahap maximum !! aku sempat maki “b**i” sebelum aku keluar dari situ .nasib baik tak follow aku balik and kacau aku kat rumah ka pa .huh. *lupa nak bagitau, bos aku benarkan balik rest kat rumah*
dok esoknya tu, terus aku pegi keja, dan cerita kat staff department tu .ingat kan depa nak terkejut, rupanya semua orang dah pernah kena!!! alahai, shit lah kau hantu !!! then, depa pun cerita lah kat aku sejarah bangunan tu .oo, baru aku tau, kami hidup sekali even tak pernah nampak .waktu kak s tu tengok aku, dia cakap nampak aku tido nyenyak ja ,hmmmm .
tapi ni takda laa seseram mana lagi .lagi seram tu bilanya di hujung2 praktikal .hmmm, lepas habis di bahagian perkastaman, then aku rotate ke bahagian finance .then last sekali bahagian training & corporate .3 hari sebelum habis, aku turun jumpa ketua bhg finance aku .betapa seram nya aku bila aku di bagitau elaun LI belum pasti dapat atau tidak sebab kerajaan cut cost !! and yess, sampai sekarang aku masih tak dapat elaun tu weiii !!!! seram !!!! seram sebab di tipu hidup2.!!!!! cerita ni memang menghantui aku sampai sekarang .hmmmm, ending aku, tolong bayar elaun praktikal seperti mana dijanjikan sebelum praktikal .itu saja . terima kasih kerana mendengar cerita seram aku .
A17
- hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Follow Whatsapp FS KLIK SINI
Wah wah wahhhhhh, meremang mak ni nakkkkk!!!
Anak-anak saperrr ler yg terlepas tu eekkkk, kemain hyperactive.
Tapi lagi seram menghantui bila elaun praktikal tak dibayor sampai ler ke laaaaaaa ni.
Kesian ko dek non…
Bkn sllu klu praktikal kt pej kerajaan mmg x dpt elaun kan…
Sllu yg dpt klu NGO…
Normally klu praktikal kat pej kerajaan, student blh claim elaun kt universiti…
Itu klu UiTM aarrr…
U lain hakak enggak pasti…
Huhuhuhuuu…
dulu ada dapat elaun jap. bila ekonomi meleset, senyap2 cut cost.
Oooo penah wujud ekk situasi dpt elaun tu…
Zmn hakak praktikal thn 2005 dlu non hado…
Ya Allah,
Pernah kena masa mengandung anak cerita ala gini.
Tidur dalam rmh (sorang2) ; tiba-tiba antara tdo dan sedar tu ada budak main lari2.
Sampai skrg tak bole lupa..
Pakai baju melayu purple budak tu. Muka tak nampak.
Ada a few girls pakai baju kurung pakai tudung ikat mak itik tu. Lari main merry go round tembus dinding kau.
Dah bila mengantuk sgt, dia tak rasa takut. Dia jd nak marah sbb menganggu ?
Sebenarnya apa / siapa kebende ‘mereka’ tu?
Salah timing dtg ghayo…
Hahahhahaha…
Saya prtikal dkt kastam sg petani..dpt utk 3 blan je…walapun prtikl 6 blan…900 je…tu pn die byar akhir mse dh hbes
hmm saja nk tambah seram hang, aku nk habaq ja laa aku LI/praktikal/intern dulu 3 bulan, dpt 1k tetiap bulan. hihi.
seram2