Kisah seram di PLKN dan Kem Jati Diri

KISAH SERAM DI PLKN

Hi FS. Saya V(singkatan nama sendiri). Saya nak menceritakan tentang pengalaman saya semasa saya mengikuti PLKN tahun 2013 dulu. Masa tu kena di PLKN di Selangor (tempat saya rahsiakan yer). Saya ni orang Kuching,Sarawak. Dapat di selangor masa tu memang rasa taknak pergi langsung,sebab taknak jauh dr family katakan. Beberapa hari kemudian , maka tibalah masa nya untuk pergi ke sana. Sampai KLIA di ambik jurulatih dr PLKN sana. Register apa semua dan masuk dorm. Masa tu dorm memang bercampur la, paling banyak sabahan dan sarawakian. Semenanjung pun ada, Satu Malaysia la katakan. Pendekkan cerita la ,mulut aku first datang tu memang celupar sangat,adakah aku pergi tegur bunyi mcam bunyi burung(bukan sbrg burung). Seram juga bunyi tapi yala aku ni tadi terus la kata , “bunyi apa ya?” (Slang sarawak). Yang lain ada yg cakap jgn tegur, ada yg jawab tak tahu.

Tibalah malam nak tidur, aku ni jenis yg kuat nak kencing waktu malam kalau asyik minum banyak air. Dalam pukul 2-3 pagi aku bangun nak kencing, keluar ke tandas luar. Aku dapat rasakan ada orang duduk mencangkung atas pokok mangga tgk arah aku. Baju putih, rambut panjang mata besar. Tak dapat nak bayangkan. Aku percepatkan langkah aku dan pura2 tak prasan benda tu dan masuk bilik dorm tidur. Kejadian kedua ialah apabila aku bangun nak kencing pukul 4am macamtu. Masa tu rakan2 yg muslim dah bangun nak bersiap pergi surau untuk solat. Aku gunalah kesempatan tu ke tandas sebab ada juga rasa takut, jadi apabila diorang bangun aku takla rasa takut sangat. Sampai jer, toilet dah kencing apa semua,masa saya lalu satu bilik tandas ni berasa seolah- olah ada orang meniup telinga ku ‘puhhh’. Meremang bulu roma ni weyh,apalagi aku lari ler. Smpai jer pintu belakang dorm,sorang kawan dr sabah tanya, “kau kenapa bah, V?” Aku diam saja sambung tidur di katil. Tengahari begitu barulah aku ceritakan pada mereka.
Kejadian ketiga ni yg paling seram pernah saya alami. Masa tu kami berenam ke bertujuh(tak ingat brapa org sbnrnya) tak ikut ke dewan untuk taklimat kerana nak jaga seorang kawan yg demam. Masa tu aku ni rasa mcm blakangku sakit. Pergi la aku ke cermin paling hujung dorm. Setiap hujung dorm ada cermin besar,tepi blakang pintu dorm. Aku buka la baju ku sikit nak tengok belakang. Lepastu aku panggil kawan ku suruh tengok “coba kau nangga blakang ku tok kedak orang cakar jak” (Cuba kau tengok blakang aku ni macam kena cakar saja). Masa tu mmg nampak bekas cakaran kuku. Memang pedih. Lepas ja aku tengok ‘TUPP!!‘ bunyi pintu blakang dorm tu tertutup dgn sungguh kuat! Aku terus duduk dan berkumpul dgn mereka yg tadi. Diam saja kami masa tu. Tiba2 dengar orang sebut ‘Hi’. Bukan sekali tau! Tapi berkali-kali. Dahlah masa tu kami jer yg ada escape pergi taklimat. Seram sangat. Pastu dengar orang ketuk pintu belakang dorm. Bukan main kuat lagi. Kawan saya yg sakit tadi bangun dr katil baca ayat2 yg blh buat ‘benda’ tu pergi. Pada masa tu dia seorang saja yg muslim bersama kami. Kami yg lain ni ambil alkitab pastu kami berdoa juga. Lepas tu kami memang dh tak tahan terus lari ke dewan dengan muka pucat..!

Semua tegur kenapa muka pucat sampai macamtu sekali. Malam tu mmg semua cantum katil sebab takut sangat. Kejadian terakhir ni yg saya alami la. Masa tu tidur,tak tahu kenapa saya terjaga,saya punya katil memang berhadapan dengan pintu dorm. Memang cun betul-betul berhadapan pintu dorm. Tiba2 masa tu saya terasa angin kuat sangat menghadap saya, saya pun terbangun. Tengok2 pintu utama terbuka luas. Perasan tadi dah kunci semua pintu. Kami ni jenis yg mmg akan kunci pintu betul2 sebab takutkan. Tapi malam tu mmg terbuka luas. Aku ni jenis yg malas fikir juga masa tu bangun tutup saja. Ada sekali ku ternampak ada benda putih lalu tingkap belakang katil aku. Yang aku hairan selalu ja mahu kacau kami ni. Tapi syukur selama aku di sana memang tidak mengalami histeria tetapi ada kawan2 lain yg kena sampai ada yg tak boleh ikut lagi PLKN sebab teruk. Sebulan saja sya di PLKN tersebut kerana saya terima tawaran belajar form6. Tapi sampai Kuching saya tak sambung pun form 6,  tapi blaja di IPTA lain.

Sekian terima kasih. Itu sahaja cerita dari aku. Tak pasti seram ke tidak tp itulah pengalaman paling menakutkan. Nanti kalau aku rajin nak cerita pasal benda lain dan di tempat lain saya akan ceritakan

KISAH SERAM DI KEM JATI DIRI.

Salam fiksyen shasha. Saya ingin berkongsi cerita tentang pengalaman seram saya di satu kem iaitu kem jati diri * tidak boleh bagitau nama* (Kem untuk TKRS sewaktu saya tahun 4) Kem ini selama dua hari 3Malam.Kem hanya untuk jati diri sahaja.

Pada Malam pertama sewaktu sesi pengenalan kami harus berkumpul di satu tempat dataran. Sewaktu mula tiada apa yang terjadi tapi saya berpusing dan tiba ² ada satu seperti kaki yang tergantung pada satu Blok bangunan. Kaki itu buruk sangat. Saya pun bagitau kawan saya tapi dia kata dia ternampak benda lain bukan kaki. Dia kata dia nmpak macam tangan sedang melambai² kami semua. Saya terkejut dan terus diam. Pada Malam itu ada pegawai yang bertugas beri peringatan pada kami supaya tidak berbuat masalah kerana tempat itu tempat orang membuang ” benda”.Selepas itu dalam perjalanan balik ke tempat tidur saya saya terdengar satu dengusan yang kuat dan hilaian pada telinga saya JADI saya terus baca surah dan tidur.

Pada Malam kedua,

Sewaktu kami semua bergerak ke tempat sembahyang yang tmpatnya terbuka .Semua orang berkumpul dan sewaktu ingin mula solat saya ternampak dari jauh ada seorang perempuan dengan Mata Putih baju hitam dan rambut serabai. Benda itu saya lihat sedang bersandar dan bersimpuh di tepi pokok yang besar. Ia sedang memerhati saya dengan pandangan yang tajam . Saya terus ikut imam dan sembahyang.

Kemudian,kami semua berkumpul untuk satu sesi “Night Walk”. Kami semua harus berjalan seorang diri merentasi hutan pada Malam yang gelap pekat.Sewaktu berjalan saya terkedu apabila satu makhluk hitam tinggi besar di hadapan saya jadi saya terus baca al fatihah dengan kuat dan ia kata, “baca lah lagi…hihihi” Saya menangis dan menjerit.Saya terus pergi dan bila sampai ke hujung saya terus pergi ke kawan saya.

Sekian

 

::Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *