Kisah Seram di Taipei

Aku memang tak berapa berkenan dengan negara Taiwan ni. bukan nak mengata laa cuma perkara pertama sekali korang akan perasan bila jejak kaki kat sini ialah baunya. kira macam salam perkenalan laa. tiap-tiap negara ada “identiti” sendiri dan salam pengenalan yang berbeza. kalau Dubai, bukak je pintu kapalterbang, terus terasa menerpa ke muka gelombang oven microwave. hangus agaknya bulu-bulu halus dipipi. paneh bebenor bak kata orang Kuala Kangsor, Perak

ya, Taiwan. ibukotanya Taipei. selalu jugak aku kena buat flight ni sebagai pramugara dulu di Singapore Airlines (SQ). bila dapat jadual penerbangan dan nampak kena buat Taipei bulan tu, memang mengeluh aku…

ya. memang Taipei terkenal dengan makanannya. masyhurlaa terutama pada masyarakat cina. antara yang paling gah makanan kat sini ialah “smelly taufu (tauhu)” atau “stinky taufu” nya. tauhu yang diperam sampai jadi cam kita nya budu atau tempoyak la kot. kat malaysia pun senang dapat. cuma Taiwan nya versi laa yang juara dan paling gah. kembang urat hidung aku bila terbau stinky taufu ni. tak boleh angkat aa bro bak kata orang Singapore. tapi berjuta suka. tak faham aku. dan bau itulah yang akan menyapa dulu bila korang mula guna deria hidu bila sampai ke sini

aku tak suka buat flight ni sebab nak makan susah bagi kita orang Islam. tapi ada satu restoran halal kat bandaraya Taipei ni yang dimiliki cina muslim. mungkin sekarang dah banyak la kot. cerah dan bersih je aku tengok owner dia. senyum je dia. disitulah aku makan setiap hari bila kat sini. sedap masakan kat situ. memang lazat. terutama korma kambing dia..perghhh

eh. termelarat plak mukaddimah aku ya. maaf zahir batin la ya.

tapi sebab utama aku tak berapa minat buat flight ke Taipei ni ialah kerana hotel tempat kitaorang ditempatkan. besau hotel tu. berada ditengah bandaraya Taipei. terletak diantara kawasan paling komersial la kiranya. cuma design hotel tu macam lama sikit laa. tak berapa moden sangat. dekornya pun bertema macam stail dekor cina lama campur moden sikit-sikit. perabot-perabot nya pun dari kayu gelap seperti kebanyakan stail perabot cina. hiasan dan katil dibilik-bilik pula juga stail lama tapi biliknya luas

dan hotel inilah hotel paling lagenda dikalangan kami dulu. menjadi buah-mulut setiap pramugara dan pramugari di Singapore Airlines (SQ). lagenda puaka. yup. hotel tulah kami anggap hotel yang paling angker sekali dalam semua hotel2 yang kami kena bermalam di merata dunia

banyak sangat cerita-cerita gangguan makhluk puaka di hotel tu. aku yang biasanya malas nak angkat pot sangat dengan hal-hal angker ni turut terkesan sama bila kena bermalam semalam-dua atau 3 malam disitu. syukur Alhamdulillah aku tak pernah terserempak atau kena kacau direct dengan setan2 ni sepanjang pengalaman aku bermalam disitu. tapi ramai kenkawan sekerja yang kena. yang perempuan la biasanya kena.

dan disini aku nak ceritakan sekisah-dua antara banyak kisah2 gangguan makhluk haramjadah di hotel tersebut

Kisah 1

Inilah aksi gangguan yang paling popular di hotel tu. Sering berlaku di tingkat 6 dan bilik yang paling kerap berlaku gangguan ialah bilik nombor 6337 dan 6338. Ada juga berlaku dibilik-bilik tingkat lain seperti tingkat 9 dan 11. Tapi aras 6 nilah aras paling angker.Sebab sesapa je yang malang dapat bilik tu, memang hampir konfem kena. jadi biasanya kami akan minta tukar bilik kalau dapat bilik tu atau mana-mana bilik ditingkat 6. Jika tak dapat tukar, memang berkongsi bilik la jawabnya lepas tu dengan mana-mana member sekerja yang sudi. Aku ni pulak jenis tak minat berkongsi bilik jadi aku kayuh laa tidur sorang-sorang dalam bilik aku. Setiap kali aku disana, aku buka lampu bilik air dan pantry dan on kan tv sampai pagi bila nak beradu. Cuma aku tak pernah dapat bilik tu. Pernah diberi bilik kat tingkat 6 tapi dengan pantas aku mintak tukar dengan alasan nak dekat dengan bilik junior yang aku sedang mentor dia.

Inilah trip pertama Jessica  ke Taipei sebagai pramugari dengan SQ. baru start terbang sebulan lepas setelah habis training. Memang seronoklaa Jessica dapat flight ke Taipei dan jadualnya memerlukan Jessica dan krew-krew lainnya tinggal selama 3 hari 2 malam di situ. Apa yang buat Jessica rasa teruja sangat ialah berbagai juadah dan makanan yang buat Taipei terkenal sedang menantinya. Dulu tengok dalam tv je, sekarang dah berpeluang jejak kaki kesitu secara percuma kerana tugas. Jessica dah buat plan untuk jelajah semua gerai-gerai dan tempat makan yang masyhur bila tiba nanti untuk memuaskan nafsu makan nya.

Jessica dapat bilik di tingkat 6. entah apa sebabnya, krew2 senior ketika tu takde sorang pun yang berbesar hati tolong beri amaran pada Jessica akan keangkeran tingkat 6. Kena plak Jessica ni budak baru dan belum pernah dengar lagi tentang lagenda hotel tu jadi dia takla usaha mintak tukar bilik di tingkat lain.

Waktu menunjukkan sudah hampir jam 5 petang bila Jessica masuk kebilik hotelnya di tingkat 6 tu. selepas mandi dan bersiap-siap, Jessica terus keluar menuju ke lobi hotel menunggu rakan2 sekerja lain untuk keluar makan2 dan jalan-jalan bersama..

Hampir pukul 10 malam juga Jessica dan krew2 yang lain pulang ke hotel. Suasana di lobi hotel sudah agak lengang kerana tak ramai manusia yang berlegar disitu seperti di waktu siang hari. Terus Jessica menuju ke lift dan menekan butang ke tingkat 6…

Koridor ditingkat 6 tu terasa seperti terlalu sepi pada Jessica ketika dia melangkah keluar dari lif. Suasananya muram dan kelam. Dengan lampu-lampu koridor yang malap kekuningan serta karpet berwarna hijau tua yang nampak lusuh seperti menambah lagi suasana kekelaman koridor. Jessica terus menuju ke pintu biliknya dan segera masuk kebilik. keadaannya seperti yang Jessica tinggalkan tadi. kemas tidak terusik. Segera Jessica mandi sedikit dan tukar pakaian untuk tidur kerana saat itulah baru dia terasa sangat letih. Mana tak penat. Dari pagi tadi berangkat dari Singapore dan dalam penerbangan melayan para penumpang yang berbagai ragam sehinggalah tiba di Taipei terus keluar makan dan jalan2 lepas check-in hotel. Rasa macam nak pengsan pun ada. Ditambah pula tengah kekenyangan. Jessica rebah dikatil dan terus lena tanpa bertangguh…

Pukul 2 pagi…”huhuhuuuuuu..hmmmhuuhuuu..”, suara tangisan tersedu-sedu dihujung katil buat Jessica tersedar dari tidur yang lena. Digosok-gosok matanya untuk pastikan apa yang dilihatnya dihujung katil. Pandangannya masih kabur-kabur ayam namun dalam samar-samar cahaya malap lampu dibilik terlihatlah padanya satu sosok tubuh wanita sedang duduk dihujung katil membelakanginya. Bahunya seakan terhenjut-henjut kerana sedu-sedannya. Berpakaian serba merah seperti pakaian pengantin cina dizaman dahulu dengan hiasan dikepala yang meriah serta muka ditutupi kain brokade merah.Aku pasti korang pernah tengok cara pakaian pengantin perempuan cina zaman dahulu. Serba merah dan wajah di tutup kain seperti tirai merah..

Kejang seluruh tubuh Jessica. suaranya seakan tersekat dikerongkong. Matanya seperti tidak dapat dipejam. Seolah-olah dipaksa untuk terus melihat lembaga itu. Lembaga wanita berpakaian pengantin perempuan cina itu terus menangis tersedu-sedu dihujung katilnya. Seperti sedih sangat bunyinya. dan setelah berlalu beberapa ketika, lembaga wanita tersebut lalu bangun berdiri dan mula melangkah menuju ke pintu bilik. pakaian pengantin merahnya labuh hingga menutupi kaki serta berlengan labuh dan berkuku sangat panjang lagi lentik dan langkahnya pendek-pendek tapi pantas. seakan-akan mahu jatuh ketika melangkah..

Jessica terus kejung terbaring dikatil. seluruh anggota tubuhnya seakan kejang tak dapat bergerak. hanya mampu melihat sahaja makhluk didepannya sekarang. malang si Jessica ni ya. Nak baca ayat2 suci AlQuran memang tak dapatlaa sebab dia bukan Islam. Hanya bibirnya bergetar-getar menandakan yang dia berada dalam ketakutan yang amat sangat

Jelmaan pengantin perempuan cina itu berhenti melangkah bila tiba dipintu bilik. Perlahan-lahan dia memusingkan tubuhnya menghadap Jessica yang sedang terbaring kaku. Wajahnya memang tak kelihatan kerana tertutup dengan tirai kecil merah. Lalu dia mendepakan tangannya dan dengan tiba-tiba melayang lalu melekat disiling bilik. Bunyi seperti lagu cina kuno terdengar ditelinga Jessica dikumandangkan lembaga tersebut. Nyaring dan halus bunyinya. Basah lencun tubuh Jessica serta mengalir airmatanya menahan ketakutan. setelah hampir beberapa minit begitu, dengan tetiba makhluk tersebut melayang keluar dari bilik melalui tingkap yang tertutup diikuti asap putih yang tipis…namun lagu cina kuno itu seperti masih terngiang dari kejauhan…

Esoknya Jessica demam panas dan terpaksa dihantar pulang ke Singapore dua hari selepas kejadian dia diganggu tu. dengar khabarnya dia berhenti kerja tak lama selepas tu. tak tahulah samada sebab gangguan tersebut atau tak tahan dengan tugas pramugari yang amat meletihkan…

tammat

part 2: https://fiksyenshasha.com/kisah-seram-di-taipei-part-2/

nota kaki:

-ezrin marsh-

hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

ezrin marsh

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 6 Average: 4.8]

20 thoughts on “Kisah Seram di Taipei”

  1. okey..best setori ko..sila sambung part 2 plk..penyampaian setori simple & senang nak paham..
    sbnr nye aku tertarik dgn intro ko wpun xde kaitan dgn hantu..nak tau jgk camne ‘bau’ tu..

    Reply
    • thank you😊

      kat malaysia boleh dapat smelly/stinky taufu ni. baunya mmg susah nak describe. tengik+…hmmm ntahlaa. tapi mmg kaw aromanya

      Reply
  2. Fuuuhhh… tauhu busuk nama Melayunya… Tiongkok n Hong Kong n Taiwan banyak cerita2 hantu baobei n pengantin… mereka ada yg kahwin dgn mayat… huuu serrrammm…

    Reply
  3. pernah gak dgr stinky taufu tu dlm running man..hihi…sian jessica…xde spe warning or bgtaw ke tingkat tu berhantu..hurmm…ape2 pon cite best

    Reply
  4. Mama kesian kat Jessica. Kalo kita jadi Jessica pun mesti excited pergi tpt org. tp sekali kene kacau daa. kejung x berurat rasa. Ade story lagi share lah k.

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.