Assalamualaikum admin fs, harap-harap kisah aku ini disiarkan. Ini merupakan karangan pertama aku buat untuk fiksyen shasha. Kalau ada kekurangan tu harap maaf ya sahabat. Nama aku farhan (nama samaran) aku merupakan pelajar dari Universiti pendidikan terletak di perak. Hari ini, aku nak ceritakan tentang sebuah tragedi yang sungguh memberi kesan mendalam kepada kami sekeluarga, Kisah ini terjadi sekitar 3 atau 4 tahun yang lalu.
Dengan lafaz bismillah aku mulai kisah ini, Aku merupakan seorang aktif bersukan dan merupakan atlet di sekolah. Aku sangat minat dengan aktiviti outdoor seperti hiking, fishing, travelling and camping. Kisah ini terjadi semasa aku bersama adik dan auntie aku pergi hiking ke sungai Chilling, Kuala Kubu Baharu, Selangor. Ini merupakan trip pertama adik aku, aku yang ajak dia ikut pergi hiking sebab track dekat sungai Chilling agak mudah. Sekitar track kita akan melalui 7 batang sungai yang berisi ikan kelah. Tempat ni merupakan kawasan santuari ikan kelah.
Pada permulaan perjalan kami. Adik aku ni dia senyap je, kurang bercakap, sepatah aku tanya sepatah dia jawab, Aku pun ignore jela. Sesampainya kami di kawasan tujuan kami hiking, iaitu di air terjun sungai Chilling tersebut aku dan yang lain mandi-mandi la sambil bagi makan dekat ikan kelah tu. Adik aku tetap senyap dan dia buat muka moody. Banyak kali aku ajak dia mandi dia cakap sejuk dia taknak mandi. Selesainya aktiviti hiking kami, kami pun menuju ke masjid kkb untuk menunaikan kewajipan sebagai umat islam. Setelah tu kami pun bergerak balik kerumah, masa dalam kereta aku ada gurau-gurau, aku cakap nanti nak pergi lagi santuari tu aku nak bawa matakail dengan tali sbb nk tangkap ikan kelah tu, aku cakap sambil aku gelak-gelak. Lepas tu adik aku cakap tak boleh sebab ada yang jaga ikan kelah tu, Ada penjaganya. Aku pun pelik la dengan adik aku ni.
Lepas sampainya kami di rumah, kami solat maghrib berjemaah. Setelah solat maghrib, adik aku meracau dan menangis tak tentu pasal. Memacam ayat kami baca tetap tak jadi. Masa dia meracau tu dia cakap sakit, lepas tu dia cakap ada benda yang tengah bergaduh dekat siling rumah. Setelah adik aku ni lemah sangat badannya dia pun terlelap, aku teman tidur dengan dia. Malam tu kami satu family di ganggu. Susah sangat nak tidur, macam ada yang perhatikan kami, kami dengar bunyi bising di sekitar rumah, malam tu mak aku digangu paling teruk, masa dia nak terlelap, dia rasa ada orang main rambut dia, getah rambut dia di buka perlahan, kalau ingatkan balik peristiwa tu, meremang bulu roma wei.
Esok pagi aku tanya adik aku, adik aku cakap masa kami pergi hiking tu, dia rasa ada benda perhatikan dia dan nampak ada org tua baju putih berjanggut putih yang duduk dkt batu berdekatan dengan air terjun. Sebab tu dia macam takut sangat. Tak lama kemudian dia start meracau balik, So family aku decide nak bawak adik aku ni berubat di pusat perubatan islam di pekan. Masa berubat ni, adik aku muntah-muntah yang teruk. Ustaz yang berubat ni ada berdialog dengan benda ni. Rupanya, adik aku ni dari dulu ada saka keturunan yang minat dekat dia. Kami satu family tak tahu tentang benda ni. Saka ni dari keturunan zaman melayu klasik. Zaman pahlawan silat, zaman sultan melaka ada lagi. Btw ayah aku merupakan org melaka.
Setelah di selidik, rupanya family aku merupakan keturunan panglima hitam. Saka ni duduk dekat keris panglima tersebut, tapi tak tahu keris tu di mana sekarang. berbalik masa berubat tu, Ustaz ni cakap benda yang dekat hutan masa hiking ni masuk dalam tubuh adik aku. Jaadi saka dalam badan adik aku ni berlawan dengan benda yang dari hutan (dari sanuari dekat sg Chiling). Sebab itu la malam malam tu masa adik aku meracau dia cakap dia nampak ada 2 mahkluk tengah bergaduh, yang saka keturunan nak cuba protect adik aku dari jin yang berasal dari tempat hiking bersebut. Lepas je berubat, Adik aku masih tak pulih. Akhir sekali kami nak bawak adik aku pergi berubat di tempat lain .
Alhamdulliah sekarang adik aku dah pulih, dan dia dah masuk tahfiz. Permintaan dia sendiri nak masuk tahfiz. Cuma sampai sekarang, adik aku ni mcm nampak benda-benda halus ni, hijab dia terbuka, dia buat tak tahu je. Dia cakap dia selalu dengar ada sesuatu yang cuba bercakap dengan dia, kadang-kadang benda ni panggil nama dia, sergah adik aku, kadang-kadang dia tunjukkan diri dia, adik aku nampak benda ni tapi tak berapa jelas. Jin ni kalau kita kuat beribadah dia takkan ganggu kita, Walaupun benda tu saka keturunan. untuk makluman, saka yang ada dekat adik aku ni tak ada penjaga dari dulu lagi, sebab itu la family aku tak tahu tentang kewujudan saka ni dan saka ni susah sangat nak buang, macam-macam cara dah guna. Sekian terima kasih, maaf jika penulisan aku ni agak terterabur. Masih baharu lagi. Hihi.. Maaf..
Hatar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit
seram
Tu saka je is sakau tu. Main rembat je nak ikut org.
Selalu ke baca ayat Qudsi samada secara lafaz atau dlm hati. Bagi dia rentung sikit2. Lama2 belah ke dia tu, atau kerap ke pergi dengar ceramah ugama. Lebih2 lg tentang alam jin, supaya dia tau bahawa jin juga akan ada balasannya diakhirat kelak.
InsyaAllah