Kisah Seram Kolej Atas Bukit UKM

Aku nak cerita kisah seram yang penah kena dekat aku waktu third year di UKM dulu. Waktu tu baru lepas cuti semester. Hari tu hari first aku check-in flatlet di sebuah kolej atas bukit. Kepada yang tak tahu, flatlet ni asrama untuk bilik single.

Setiap flatlet ada 2 tingkat dan setiap aras ada 8 bilik. Sebelum ni aku duduk kolej yang sama jugak tapi aku duduk bilik double (dua orang sebilik). Bila masuk third year, aku dan rumate (Atul nama betul tapi bukan nama manja) telah dicampak ke sebuah flatlet yang baru dibukak selepas lebih kurang dua tahun tak berpenghuni. Sebelum tu flatlet aku dan flatlet sebelahnya dibiarkan kosong untuk tujuan renovation.

Hari first check in, aku macam happy jugak lah sebenarnya sebab dapat bilik single. Boleh la tido sepuas hati tanpa rasa malu dan segan, biarkan bilik bersepah sesuka hati bila malas nak kemas dan bukak lagu sekuat hati.

Aku dengan Atul dapat bilik sebelah sebelah di ground floor. Untuk malam yang pertama di blok tu, aku dengan Atul pakat pakat nak tido sesama dalam bilik aku walaupun bilik sebelah sebelah je. Sebab tak biasa lagi kan. Of kos lah takut jugak. Aku ni kalau kira bukanlah penakut sangat. Tapi adalah waktu waktu bila seram sejuk datang menyerang.

Lepas Isyak macam tu lah, Atul datang lah bilik aku bawak bantal semua. Malam tu sepatutnya kena la baca Yassin sebab baru masuk bilik kosong kan, tapi sebab aku tak larat dan malas, aku pun postpone niat aku dan aku bukak laptop pasang surah Yassin dan Ruqyah.

Waktu tu lebih kurang pukul 10.30-11.30 mlm. Aku dan Atul tengah buat hal masing2 sambil tunggu habis bacaan. Aku duduk dekat meja study sambil scroll FB, twitter dan seangkatannya manakala Atul atas katil pun tengah scroll timeline.. Meja study dalam bilik tu betul betul sebelah tingkap yang menghadap kawasan lapang dan mempunyai sepohon pokok kayu daunnya rimbun~~~

Sebab bilik aku ground floor, pihak kolej memang pasang jaring dekat tingkap untuk menghalang kes kecurian. Sebab ground floor kan, orang lalu lalang belakang tu boleh je seluk-seluk tangan curi apa yang patut kan? Bila dah habis play ayat quran tu aku off lah music player dan teruskan scroll timeline.

Dalam 5 minit lepas stop play ayat quraan tu, Pastu tetiba je jaring tingkap bilik aku yang paling dekat dengan aku bergegar dengan kuatnya. Betul betul sebelah telinga aku. Kekuatan gegaran tu macam gempa bumi kau! Macam ade something yang goyang dengan rakusnya dan takmau berenti. Mula mula aku ingat monyet sesat malam malam ni memandangkan dekat UKM kan banyak monyet berkeliaran cari makanan. Pastu grill bergegar tu takmau berenti weh! Aku pandang Atul, Atul pandang aku.

Atul muka cuak, aku muka acah acah berani. Aku pun cakap lah takde mende lah. Takpayah takut. Bontot aku masih melekat atas kerusi tu sambil tunggu bilalah gegaran tu nak stop. Aku acah acah berani walaupun aku rasa taik telinga aku dah nak meleleh keluar sebab kuat sangat bunyinya. 10 saat.. 15 saat.. 20 saat.. Tak berenti weh! Aku yang tadi tak takut bila je teringat yang dah dua tahun flatlet tu tak berpenghuni manusia maka penghuni selama dua tahun tu adalah makhluk satu lagi dan kami telah merampas kembali dan menakluk kawasan mereka maka aku tetiba takut gila! Dan aku terus bangun dan lari keluar dari bilik dengan sepantas kilat diikuti rapatt oleh Atul dan pegi ketuk bilik depan sambil menjerit dengan nyaring.

Bilik depan tu kawan kitorang gak terus ketuk dengan rakus. Satu badan mengigil kau. Nasib baik tak kencing dalam seluar. Lepas tu. kawan kitorang tu sebanranya tengah tido. Tapi bila dengar kitorang jerit macam histeria pastu ketuk pintu macam nak roboh, terus dia tersedar bangun. Masuk bilik dia menangis jugak la dua dua orang.

Budak aras aku yang bilik paling hujung pun tetiba keluar. Dia cakap dia pun dengar bunyi grill bilik aku bergoncang. Sebaik sahaja kitorang jerit kan, tetiba je benda tu berenti bergoyang. Tapi memang aku dengan atul tak tido bilik la malam tu. Seminggu gak aku trauma. Asal malam je aku resah. Nangis.

Sampai ada ustaz datang tengok bilik aku campak2 garam dengan lada hitam. Tapi aku dah tak boleh duduk bilik tu. rasa ngeri gila. Aku pun mintak tukar bilik. Tapi tukar bilik pun, masih blok sama, aras sama cuma bilik yang asal hujung belah kiri, bilik baru aku hujung belah kanan. Nasib baik kawan aku tu hati kering sanggup tukar bilik dengan aku.

Tapi lepas tukar bilik tu, semangat aku dah slow2 pulih dan aku kembali menjadi hati kering sebab aku penah je tinggal dalam blok tu sorang2 waktu cuti mid sem waktu semua orang dah balik rumah masing2. Alhamdulillah dah tak diganggu oleh makhluk tersebut. sekian.

Rating Pembaca
[Total: 2 Average: 3.5]
-KISAH SERAM DI KOLEJ ATAS BUKIT-

8 thoughts on “Kisah Seram Kolej Atas Bukit UKM”

  1. Hi There! We are looking for experienced people that might be interested in from working their home on a part-time basis. If you want to earn $500 a day, and you don’t mind creating some short opinions up, this is the perfect opportunity for you! Simply check out the link here NOW!

    Reply
  2. Cian.. Kita spatutnya jgn takot pada hantu jin ni.. Sebab jin dan hantu ni sebenarnya yg takot kat kita. Kita dah byk tersilap . faktanya jin hntu ni kan muncul skjb2 depan korang kan. Tak smpai 3 saat pun. Mknanya hntu ni takot jugak kt manusia..xbrani muncul secara live lama2 konn…

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.