Namaku Syahida.Ini adalah bulan keempat aku bertugas sebagai pramugari di syarikat penerbangan gah tanahair.Impian dari kecilku menjadi nyata.Betapa bangganya setelah habis training dan SNY(tempoh percubaan selama 3 bulan terbang)berakhir.Menyarung kebaya berwarna turquoise bercorak kerawang motif tradisional itu pasti menjadi impian setiap gadis di Malaysia.Bersanggul kemas Dan melontar senyuman Manis membawa nama negara dengan layanan dalam kelas tersendiri pastinya tugas utama selain menjaga kebajikan dan keselamatan penumpang2 adalah tugas harus kami pikul.Biar org kata mengenai pramugari kami tetap berfikiran positif….tetapi…..
2004 semuanya bermula…..Aku mengemas pakaian dan toiletries ku seperti biasa.seperti rutin tugasku.Hari itu sektor penerbanganku ada 4 destinasi dalam negeri dan destinasi terakhirnya aku akan nite stop(bermalam) di hotel 5 bintang di negeri terbesar di Malaysia yg terlebar luas di pulau Borneo.Aku sukakan Kota itu.Bersih dan tenang.Aku akan bermalam di hotel di Kota itu semalam…penat pastinya berakhir tugas aku memilih untuk melepas lelah ku dengan berehat di dalam kamar sendirian…aku tiba petang dan ketika masih berbalut seragam aku merebah diriku di atas katil kamar.Ah nikmatnya..aku terlelap..sayup azan maghrib aku terjaga..Allah “buruknya perangai makeup tidak dibuang dan seragam masih melekap di tubuh..aku segera mencapai tuala dan aku ingin menunaikan sholat maghrib.kebiasaan seperti kami sudah biasa menjamakkan sekali sholat seperti zuhur dan asar.kecuali jika “bendera merah “melanda kebiasaanku akan mengecat kuku dan bermake up sedikit tebal.selesai sholat aku turun ke bawah untuk mengisi perut yang agak kosong.
Tiba di lobi hotel aku di Sapa oleh staff Concierge (penyambut tetamu)”adik menginap di bilik Mana?”aku memberitahu bilikku nombor xx9.Muka staff itu berubah.
Malam itu.bermula…..ketika mata sudah redup ingin dibuai mimpi.ku dengar dari kamar Mandi tombol flush dilepas.ku bangun memeriksa.air berpusing seakan baru di flush oleh seseorang.”ah mungkin rosak getusku.tiba2 pili air di singki terbuka sendiri Dan pancuran air di tab Mandi juga terbuka sendiri….deras….mengalir. Permainan apakah ini?…aku menutup sambil jariku terketar2….Dan aku keluar semula.jam di telefon wake up call menunjukkan 130 malam.di Kota ini cepat lengang jika selepas jam 11 malam KE atas..aku Kembali ke katil Dan perlahan menyelimuti seluruh tubuhku dan Mula membaca ayat suci Al quran.surah 3kul ku baca Dan ayat Kursi juga..
Tiba2 ku dengar seperti ada org tengah mengacau sesuatu di dalam cawan putih untuk kopi Dan teh di sudut kamar.bunyinya kuat seperti orang tengah marah mengacau menggunakan sudu besi kecil pada cawan tersebut.aku perlahan membuka selimutku.Allahu Akbar….
Kini jelas….”dia”mengapungkan diri tepat memandang wajahku.kami bertentangan mata.langsir jendela di tarik keluar dan ketengah…ku larikan sebentar pandangan ke jendela kamar.”dia”anak kecil bermain langsir dengan menarik kedalam Dan ketengah berkali2.di atas ku melayang bagai tiada graviti masih memandangku.dibuka mulutnya perlahan…x bertaring dan xber gigi.wajahnya berkerepot seperti nenek2..Dan lidahnya perlahan2 terkeluar..rambutnya mengurai cecah hujung rambutnya di wajahku.lidahnya seperti ingin menjilat wajahku…aku gagal untuk menutup mataku.Dalam hati aku sudah Mula pasrah pada permainan si laknatullah ini…cawan kaca di hempas dan tv mula terpasang sendiri….malahan pintu mini bar(peti ais kecil) mula dimain2 oleh si “kecil”.
lembaga Nenek itu mula Naik Dan sekarang sudah berdiri di hujung katil.Malap lampu dari kamar Mandi membolehkan aku melihat semua itu..Mataku bagaikan di buntang luas Dan gagal ku tutup.Perlahan2 selimutku di tarik oleh sang Nenek..”kih kih kih kih”dekah sang Nenek….ku cuma mampu menyebut Nama Allah berulang Kali Dan memohon ampunan Allah di dalam hati..ia Berlaku dalam sekitar 15minit ku kira.
Penyeksaan itu berakhir tatkala wake up call berdering..lembaga2 itu Mula hilang menyusup seperti lutsinar KE luar jendela..aku bangun Dan beristighfar.dan segera membaca ayat2 suci surah 3 kul semula dan ayat Kursi…
ku termenung sejenak..di luar jendela aku lemparkan pandanganku buat seketika.kelihatan samar2 kelibat Nenek Dan anak kecil itu terapung2 dan melempar senyum umpama menyindirku….dan ia hilang seperti kabus.
Aku bingkas bangun dan mandi..lemah.dan bagaimana boleh ku pulih semangatku ini…cuma ayat suci Al quran Dan sholat hajat mampu ku lakukan berserah pada Allah.
Pagi itu flight dari Kota itu ke KL pada jam 4pagi kami kena bersiap..aku mempersiapkan diriku semudah yang mungkin.rambut ku sanggul rapi Tanpa make up yang begitu tebal di wajahku.setiba di lobi.aku cuma termenung dan tidak banyak bercakap.Rasa takut masih menyelubungi diri.
First Officer menegurku.
”Kenapa muka macam x cukup tidur”
”.Tak ada ape, malam tadi saya migraine tidur xlena.”
First Officer itu sudah bertugas lama.dan bertanya “crew baru ye” ?aku menangguk…Bilik Mana semalam.tanyanya lagi.aku menjawab nombor 9. Mukanya berubah….
“camni lah u..lain kalau nitestop Dan kena bilik yang sama better kongsi tidur bilik lain dengan crew lain..bilik tu semacam sikit u.u pun baru lagi.kalau xde ape2 xpe lah.nanti dah sampai KL check lah Klinik migraine tu”u penat kot.tu kena migraine…”.
Transport ke airport pun tiba dan aku harus bertindak normal Dan menjalankan tugas hari itu dengan seprofessional mungkin Tanpa memikirkan apa yg berlaku di kamar semalam.
Itu sahaja dariku. Terima kasih kerana membaca pengalamanku.kadang2 bila dah berlaku dikalangan crew baru membuka mulut. Kami tidak mahu memburukkan nama hotel dan number bilik kerana menjaga nama baik hotel.Malu jadinya jika cuma Kita diuji Tapi tidak pada orang lain…tetapi kamar nombor xx9 itu Segar meniti di bibir para crew yang pernah merasainya.dari yang biasa2 pengalaman sampai ke pengalaman extreme sepertiku.”tetapi dia Ada dimana2…..dimana2….mungkin saja sedang meneman anda yang sedang membaca pengalamanku ini.Antara dia masih berselindung atau menampakkan diri sahaja perbezaannya…bagi crew baru sepertiku….itu pengalaman…
Dan setelah itu sering bertanya pada senior crew “bilik ni ok x babe?”..jika mereka Ada di kalangan mereka menjawab “xpe malam ni tido bilik aku ye”.maka aku sudah tahu jawapannya.
Follow Whatsapp FS KLIK SINI
Terbaekk👍👍,ada lgi tak kisah seran dri awak?
*seram
pramugari ni mcm (maid in plane) je kihkihkihkih
maid ni yg kena belajar cara padam api nak kne belajar CPR supaya org tak mampus dlm kapal. nak kena belajar handle bom dlm kapal nak kne bljr handle org yg hijack.. plg kena bljr sampai bijak is bljr cara handle org bodoh and bitter mcm awk.KAH KAH KAH.
macam awak je yang bitter sekarang ni? kikikiki
Berlagaknye
yelah tu mcm la aku tak tahu … kerja dorang menyibuk kat first class maklum la nak mengayat mana tau jumpa jantan kaya boleh jadi batu loncatan layan pun senyum sampai telinga…. mcm gah sangat maid in plane ni konon tolong orang… plane gegar sikit pun lari pakai seatbelt mcm ayam kihkihkihkih
yang dengki ni jenis yang tak lepas kelayakkan minima jadi pramugari ke? jenis kulit berparut?
jamal jamban – John konon wkwkwkwkwk parut mcm kat muka ko
Jahanam betul kau ni. Elok bgitahu detail boleh bagi tiket free naik flight campak kau kebawah
Nice. Tp nape concierge nak tahu nombor bilik? Sesuatu sgt.
nak lagi
Hilton kuching
Kat Sarawak pun ada ‘Juon’ ye?! Mcm kelentong je…
cerita sama dengan cerita hantu genting…..bored.