Kisah Tiga Beradik (Bahagian 2)

Assalamualaikum wbt.

Terima kasih admin sudi approve Kisah 3 Beradik. Actually kisah tu dah tamat kt fb aku. Tp admin baru approve kat sini. Aku saje je sent aritu sebab student aku suruh sent kat page FS. Sebab kisah tu mmg panjang. Banyak part aku share setiap jam 10 malam tp aku tepek sederap kat 1 post. Memang berjela. Sorry la ya.

Lagi satu, cerita tu bukan aku reka2. Yang alami, korang tau betapa peritnya family aku.

OK. Aku tepek sambungan part seterusnya. Tp tak habis. Nanti korang search je page Kakak Sado. Aku dah story habis kt situ. Please jgn mention personal fb aku kepada yg dah follow kisah tu.

.

#Part5

Sebelum magrib menjelma, rumah aku dah dipenuhi dengan umat manusia. Dah rupa mcm buat kenduri tahlil.

3 tilam dibentangkan di ruang tamu. Ana, Bella , dan Cici terbaring seperti jenazah dalam keadaan tangan diqiyamkan.

Makcik2 reporter, makcik2 mesyuarat tingkap dan segala mcm persatuan makcik dah memeriahkan malam tersebut. Ada yg bergosip, ada yg update status tgh live, dan bermcm2 la. Naik pening kepala otak aku.

Segala cermin dalam rumah dah ditutupi dengan kain putih. Gambar2 yg tergantung semua dah diturunkan. Patung2 semua dah dibuang di laut seperti yg dipinta.

Disebabkan aku AJK tertinggi dalam keluarga merangkap persatuan kepohci sedunia, aku jalankan tanggungjawab aku utk mengira sorang2.

Satu. Dua. Tiga. Sampailah ke hujung.

Alamak terkurang pulak. Mana lagi yg tak datang ni?! Aduh.

Masing2 angkat fon dail no utk mencukupkan bilangan 44. Aku kira lagi sekali.

Satu. Dua. Tiga . Sehinggalah 50. Eh betul ke aku kira ni. Aku dah lah tengah pening. Lagi sekali laa.

Satu. Dua. Tiga. Sampailah 45. Eh!

Ahh sudahlah. Mcm kira 10 budak hitam pulak kerja aku. Ikutkan waktu tu, mau gaji aku tinggi. Sebab kerja part time banyak sangat. Kutip patung la. Kumpulkan orang la. Tu belum lagi overtime nak mengira sorang2 yg sekejap ke depan, sekejap ke belakang. Aku perhati je perangai makcik sorang2 ni. Suka hati koranglah! Fedup dah aku nak layan sorang2 punya karenah. Homework aku dah la tak siap lagi!

.

Aku amik tempat mcm biasa. Duduk di sebalik dinding. Melihat dari jauh 3 beradik terbaring seperti jenazah. Masing2 kelihatan tenang sahaja. Otak aku seolah2 dah penat nak fikir. Nak nagis ke. Nak gelak ke. Aku ibarat manusia yg takde perasaan dah waktu tu.

Apatah lg nak dengar satu2 suara yg tgh bising kt keliling aku. Cakap lah. Korang dah penat, baru korang diam nanti. Kalau tak tau nak diam jugak, tunggu jela mana tau lepasni korang pulak mendapat.

“Kesian mak bapak dia. Mcm nak gila tengok.”

“Betul ke budak2 ni sakit? Ke buat2 je?”

“Tak pernah pulak tengok orang kena rasuk seteruk ni. Mcm pelik je.”

“Family dorang ada bela saka ke?”

“Entah2 ada hantu raya?”

Lagi sekali makcik2 tu bersuara kt telinga aku, memang aku sumbat Yasin ni dalam mulut. Orang suruh baca yasin! Bukan mengumpat. Takpe makcik. Allah tu Maha Adil.

.

Bapak aku terus imamkan bacaan Yasin. Waktu ni air mata ahli keluarga aku semua deras mengalir. Mak aku dah tak dapat teruskan. Mungkin beginikah pengakhirannya yg mereka cuba bagi kepada kami utk rasakan kem4tian seseorang yg disayangi?

Aku cuma lihat dengan pandangan kosong. Tak sedih. Tak gembira.

Waktu ni, aku dah tak sanggup nak menyibuk. Aku baca je yasin kat tangan aku. Taktau khusyuk ke tak. Sebab aku letih sangat2. Fikiran aku seolah2 melayang2 entah ke mana. Aku ikut je rentak imam. Imam kalau tersilap, dengan aku aku pi ikut sebab aku takleh nak fikir apa yang aku tengah buat.

Otak aku seolah2 mcm tertanya2, mana silap kami sehingga jadi sebegini. Fikir sehingga taktau mana kesudahan. Mana jalan penyelesaiannya. Mana mana mana……

.

Baru berapa minit baca, Ana dah terduduk tersenguk2.

Dia mula ajak mengusik. Dia cuit2 bapak aku.

Sebelum mula tadi, ada ustaz tu ckp, teruskan bacaan hatta dia cuba mengacau sekalipun. Pedulikan mereka.

Jadi bapak aku teruskan bacaan. Ana mengilai2 dengan rambut panjang dia.

“BACA! BACA KUAT2. JANGAN KAU NAK MENAGIS. AKU BAGI KAU RASA MACAM MANA BERGEMA RUMAH KAU BILA ADA KEM4TIAN 3 SERENTAK NANTI.” Mengekek2 si Ana. Bukan dia takut. Punya power la benda tu.

Kemudian Bella dan Cici mengikut pula. Masing2 ibarat seperti ular yg dimainkan rekorder. (Eh betul ke rekorder. Ke seruling? Ok pedulikan)

Ana tiba2 bukak silat. Silat di halus mcm professional!

Bella pulak aku tak sure gaya apa dia tengah buat. Nak kata kungfu, mcm lain mcm style kau.

Cici macam biasa menari ulik mayang. Dia ni tak sudah2! Naik bosan pulak aku tengok tarian dia. Remix la sikit. Ni aku dah la mengantuk, lg mengantuk tgk sorang2.

Masa ni macam ada 3 “benda” yang lain2 bangsa dalam badan dorang. Masing2 bergaduh mcm benci sesama sendiri.

Masing2 teruskan bacaan. Semua tak pedulikan gaya 3 beradik ni. Aku tengok dah macam syok sendiri pulak. Lantak kau lah. Aku dah naik fed up. Aku fikir nak tido je ni. Cepat2 la settle.

.

Habis bacaan yasin, 3 beradik ni terus jatuh.

Bapak aku tepuk muka sorang2.

“Assalamualaikum Ana binti Selamat. Bella binti Selamat. Cici binti selamat.” Bapak aku mula bg intro mcm biasa.

Ana dan Bella jawab salam bapak aku. Kecuali Cici. Cici mendengus.

“Kenapa kau seorang taknak keluar dari badan budak ini?” Tanya bapak aku.

“URUSAN PUTERI BELUM SELESAI.” jawab Cici lembut gaya mcm seorang puteri.

“Kau dah berjanji tadi!” Bapak aku mula tinggikan suara.

“IZINKAN PUTERI PINJAM BUDAK INI 7 PURNAMA.” jawab Cici.

“Aku tak izinkan!” Jawab bapak aku lagi.

“KALAU BEGITU, IZINKAN PUTERI PINJAM 7 MINGGU SAHAJA.”

“Tak boleh!

“7 HARI?”

“Tak boleh!”

“7 JAM?”

“Tak boleh!”

“7 MINIT?”

“Aku kata tak boleh!” Bapak aku tetap dengan pendirian.

“BAIKLAH. BAGI PUTERI PINJAM 7 SAAT SAHAJA.” jawab Cici dengan tenang.

“Aku tetap tak izinkan kau bawak budak ni ke mana2!” Bapak aku mula tinggikan suara.

“JIKA BEGITU, PUTERI AKAN PERGI DENGAN CARA BAIK. TAPI PUTERI TETAP ADA SINI SELAGI BUDAK NI TAK KUAT SEMANGATNYA. RUMAH INI PERLU ADA PERUBAHAN. DAN SEMUA INI BERLAKU KERANA KESILAPAN KAU.” Sambil tunding ke arah bapak aku.

Haih. Apelah silap bapak aku ni. Cakap jela direct. Takyah kias2.

Cici terus rebah selepas bercakap ala2 seorang puteri. Rumah aku berangin seketika. Habis semua kain2 yg menutupi cermin berterbangan. Tp takde babak2 klimaks yg menakutkan. Pelik. Semua berjalan dengan tenang. Aku harap malam ni betul2 penamat kisah ni. Aku dah tak kuasa nak menaip weh! Eh. Silap skrip. Aku tak kuasa dah nak hadap benda alah ni! Aku dah bosan!

Family aku masing2 berpelukan. Aku tak join. Malas dah nak menyibuk. Aku rasa aku ibarat watak sampingan yg membantu menjayakan drama ni. Aku terus keluar rumah sebab nak tengok semua balik. Tiba2 ada sorang laki hulurkan aku plastik.

“Nah dik.” Sambil hulurkan plastik merah.

“Aduh! Panasnye.. amende lak ni?!” Terkejut aku tiba2 orang hulur aku plastik. Aku dah la trauma org dok hulur2 kat aku pastu aku mengikut je.

“Roti canai dik. Bagi tetamu makan. Kesian dorang.” Jawab laki tersebut.

Ahh menyempat pulak kau tebar roti canai waktu2 cmni? Yg nak kena cuci pinggan tu , aku! Ikutkan hati nak je aku suruh dia bawak balik semula. Aku dah la nak cepat2 suruh semua balik. Aku nak tido laa.. Boleh pulak dia ajak makan roti canai berjemaah.

“Jangan risau dik. Ni abg dah beli pinggan plastik. Nti buang je lepas makan. Family adik mesti penat.” Laki ni mula bersuara lepas tgk muka aku mcm gadis zaman skrg yg penuh dengan kemalasan.

Aku mula tersenyum. Terus aku capai plastik tersebut. Boleh tahan banyak dia belikan. Moga2 Allah murahkan rezeki lelaki tersebut.

Tapi syg, masing2 takde selera nak makan. Masing2 yg jadi saksi malam tu, semua dah hilang selera. Maka, aku hanya mampu berhuhu lihat roti canai yg penuh meninggi. Ok. Jangan suruh aku jadi part time nak melantak benda alah ni. Sebelum aku yg berubah jadi hantu, baik aku edarkan supaya makcik2 ni bawak balik.

.

Alhamdulillah. Selesai kisah malam tersebut. Mana yang pernah berhadapan, korang tau situasi keluarga kami macam mana.

“Walid, Ana tak kuat. Badan Ana sakit2.” Rintih Ana.

“Cici pun. Cici nak lawan, tp makin lawan, badan Cici sakit. Hati Cici kuat menjerit tp mulut keluar suara lain. Dia kawal semua . Tp hati dia takleh kawal.” Cici pulak bersuara.

“Bella pulak selalu mimpi jumpa orang tua berjubah dalam mimpi. Dia kata keluarga kita ada buat silap. Tapi Bella taktau silap mana.”

Waktu ni, bapak aku hanya diam sahaja. Ibarat menyembunyikan sesuatu. Mak aku pun cuma menunduk. Masing2 ibarat menyimpan 1001 rahsia dan persoalan pada aku.

Malam ni, kami sekeluarga tido dengan tenang. Aku berharap, ketenangan itu selamanya milik kami.

.

Ana terpaksa tunda 1 sem utk memastikan dia sihat sepenuhnya. Bella dan Cici pula cuti sekolah selama 2 bulan. Aku pulak tetap kena ke sekolah sb yg sakit tu bukan aku. Tak kan aku nak bagi alasan jaga org yg kena rasuk? Benda mcmni, bukan semua org percaya. Sebab tu aku malas nak cerita2 kat sekolah. Biarkanlah manusia menilai aku dari luaran aku yg nampak acah2 biasa seperti tiada apa2. Padahal terpendam seribu satu rahsia yg tak mampu aku ungkapkan.

.

Aku ke sekolah seperti biasa. Menjalani kehidupan normal. Dalam keadaan jiwa kacau, aku kuatkan semangat utk ke sekolah.

“Eh budak bela saka dah datang sekolah!!”

“Dah la mak bapak mcm orang gila.”

“Woii semak la. Balik la kat rumah hadap budak2 gila tu. Dah la mcm lalat lalu lalang depan mata aku.”

Budak bertiga ni mmg suka cari pasal dgn aku. Rumah dia dekat2 je dgn aku. Tp aku taktau ape masalah dia. Ada je nak mengejek aku. Aku still diam. Sabar Taa… Sabar!

“Bapak kau mesti gila punya!” Dia jerit lg sekali kat aku.

“Kau diamlah!” Aku dah mula hilang sabar. Lagi sekali kalau dia cakap, memang aku k***t 14. Ah ape masalah kau ni! Aku tak kacau kau kot.

Ya Allah! Tabahkan hati aku berhadapan dengan kata2 keji manusia! Aku tak kuat!!

.

Alhamdulillah. Berbulan2 semuanya reda. Elok je.

Sehinggalah satu hari tu, aku terdengar ada seorang guru berbual di bilik guru.

“Kau ada dengar 3 beradik kena rasuk tu dah m4ti? Bapak angkat dia gila! Jalan tak pakai baju. Tak pakai kasut.”

Aku buat2 tak dengar maybe silap org kot. Lagipun aku mmg jenis tak suka menyibuk.

Aku terus balik ke rumah. Dalam perjalanan aku pulang tu, aku selisih dgn budak2 sekolah Bella dan Cici.

“Taa! Betul ke Cici adik beradik dah m4ti? Bapak kau gila eh?” Tanya sorang budak aku syak budak2 sains sebab muka nampak sangat pandai buat cerita.

“Siapa pulak buat cerita ni?” Tanya aku sambil sedut air kokonut shaklee. (Air ni kat taman aku je ada. Kau ape tau)

“Ktorg dapat mesej. Kau tengok ni.” Dia tunjuk telefon bimbit dia kat aku.

Aku tengok tu no Cici. Aik. Aku terus lari balik rumah.

“Assalamualaikum ummi!!” Aku menjerit dan berlari cari mak aku.

Aku tengok masing2 elok tengah tido.

“Ummi. Dorang ada pegang telefon ke?” Tanya aku berpeluh2.

“Telefon dorang kan walid dah sorokkan. Kau ni kenapa? Kalau sehari balik tak buat kecoh, tak sah!” Marah mak aku.

“Kat mana walid sorokkan?” Aku desak ummi aku lagi. Ya. Tiga2 fon 3 beradik ni bapak aku dah sembunyikan. Mcm mana pulak Cici boleh hantar msg kt seluruh bdk2 sekolah dia ni?

“Tu kat sana. Baik2. Jangan sampai dorang sedar dan perasan!” Mak aku bg warning.

Aku terus lari bukak laci . Aku tengok elok telefon tu tutup dengan sim tercabut.

Aku terus on fon 3 beradik ni. Penuh mesej masuk. Aku check tengok ada ke mesej sent utk hari ni. Eh takde!

“Kau ni kenapa? Cuba cakap!” Mak aku dah hilang sabar tengok perangai aku yg gelabah ayam tu.

Baru aku nak cakap, tiba2 fon Ana berbunyi.

Yang call tu, no Bella. Telefon masing2 berdering dan yg call tu adalah no antara dorang! Ah setan pun pandai IT ke?!

Terkejut mak aku tengok fon tu berdering dgn no yg tertera kat telefon masing2.

Kelam kabut aku cabut bateri dan sim tu semula. Aku dah berpeluh2. Kali ni peluh aku ni mmg tahap nak memb-nuh punya bau.

Mak aku suruh aku diam. Jgn bising2 sampai dorang terjaga. Aku terus pergi mandi. Kali ni sumpah aku takut. Aku ingatkan semua dah normal.

Aku terus pakai baju. Sikat rambut kat cermin. Tiba2 aku terasa ada benda melintas. Laju! Macam kelibat makhluk berbaju hitam. Laju je masuk ke bilik stor. Cool Taa. Mak kau kat dapur. Adik2 kau semua kat bilik.

Aku pura2 tak nampak. Aku terus masuk intai 3 beradik. Aku tengok Bella dah terjaga.

“Kau nampak tak?” Bella tanya aku.

Waktu ni jantung aku dah start berirama.

“Nampak apa?” Aku pura2 tanya semula. Aku kena cool. Dorang ni penakut tahap gaban.

“Yg tadi melintas tu. Makcik tua.” Muka Bella time cuak mmg tak pandai cover! Dengan aku2 sekali boleh cuak kalau cmni.

“Ah dah la kau. Tak habis2. Korang bertiga ni dah solat belum?” Aku tukar topik. Kemudian aku terus amik sikat rambut.

Eh?! Aku tengok kat lantai tempat dorang tido penuh dengan rambut. Aku tarik sehelai. Panjangnya!!!

Kelam kabut aku kaup semua rambut2 tu sebelum Ana dan Cici bangun. Aku tengok Bella dah mengigil.

“Bella, kau kena kuat. Jgn ckp apa2. Kau faham tak? Pi solat skg.” Aku arahkan Bella padahal Bella lagi tua dari aku.

Aku terus amik rambut tunjuk kt mak aku. Mak aku dah tak sedap hati.

.

Semua kelihatan tenang lagi. Aku syak tu perasaan aku je.

Bapak aku suruh semua amik wudhuk solat jemaah. Macam biasa la aku ni la bodyguard tunggu sorang2 amik wudhuk. Aku perhatikan sorang2.

Sampai turn Ana, Ana kata dia sejuk. Aku paksa jugak amik air wuhduk sebab aku dah masak sangat dengan intro permainan setan ni. Ana ikutkan tp dia amik wudhuk lain macam. Sekejap cuci mulut. Pastu basuh telinga. Pastu basuh kaki. Pastu dia cuci tangan. Berterabur! Dia macam syok sendiri. Tergelak2 time amik wudhuk.

Aku buat2 tak nampak.

“Kau dah sudah belum?” Aku acah2 komando je gaya. Padahal aku rasa angin dalam perut aku dah ke hujung buntut dah ni. Kang terbatal wudhuk aku pulak.

Ana diam terus masuk dan pakai telekung.

Kami semua berbaris ikut saf. Ana sebelah aku. Mak aku suruh aku duduk sebelah dia takut apa2.

“Allahuakbar!” Bapak aku angkat takbir.

Masa ni aku taktau asal aku meremang. Aku asik dok intai Ana je.

Ana angkat takbir terbalik! Kemudian tiba2 dia rukuk ke depan ke belakang sambil mengilai. Dia solat mcm solat org syiah! Dia solat mengeletik2 mcm orang sesat. Dah mcm tengah dancing kt disko je gaya dia.

Tiba2 badan Ana kejung semula melentik ke belakang hampir2 ke paras pinggang kepalanya mcm dulu waktu benda alah tu cuba nak lipat badan dia ke belakang.

Ah setan lah setan ni! Time solat pun kau nak buat main2! Aku terus bagi salam dan sambut belakang badan Ana.

Sebab aku tau, anytime benda tu nak hempas lagi badan Ana. Bila nak kesudahan ni!!!

.

Aku sambut badan Ana. Mata Ana dah terbuntang ke atas. Suara dia tak terkeluar. Masih kejang ke belakang. Kelam kabut aku bukak telekung Ana.

Bapak aku dengar bunyi kecoh2 terus behenti solat.

Allahuakbar! Terkejut bapak aku tengok Ana dlm posisi mengerikan mcmtu.

Mcm biasa bapak aku attack kepala je. Sebab badan Ana mmg kita tak boleh nak lawan arus. Bapak aku baca2 kat telinga dia.

Ana terus jatuh. Kelam kabut aku amikkan air. Waktu ni family aku mcm dah pro berhadapan benda2 mcmni. Bapak aku pun banyak doa2 yg dia dah mula hafal utk halau2 benda alah ni.

Umi aku selawat wajah Ana sampai ke kaki. Sebab badan Ana sejuk mcm mayat! Tiba2 Ana bersuara.

“Nak pergi toilet.”

Mungkin dia minum air banyak sangat kot. Aku dan ummi papah Ana. Waktu ni aku nampak Ana menyengih.

“Kau ok tak ni Ana?” Aku tanya. Ana cuma senyum2 masa nak ke toilet.

Ah benda ni memangil2 ni. Aku dah perasan 2 3x. Asal dia kena rasuk ke, confirm nak masuk toilet. Seolah2 mcm caj tenaga dia.

Aku ikutkan dulu. Takut jugak dia melabur kt sini. Yg kena cuci, aku !

Aku temankan Ana dalam toilet dgn Umi.

Ana mencangkung. Lama. Kau tengah kencing ke atau kencingkan ktorg ni?!

“Ana. Kau kencing ke tak ni. Tak bunyi pun. Selalu kau kencing mcm bunyi goreng ikan.” Aku saje ajak2 gurau. Padahal aku yg duk sebelah dia. Kang dia humban aku dalam mangkuk tandas kang, sia2 la aku mendapat.

Ummi aku pandang aku. Bg isyarat yg tu bukan Ana. Ana still menunduk kepala dalam keadaan mencangkung.

“Ana, jom bangun. Kau kentut ke ape. Lain mcm je bau.” Aku gelak2 utk hiburkan hati aku yg dah ketakutan. Padahal bau busuk sebusuk2nya kat Ana. Kau cirit ke ape? Teruk mcm /#^#%+%!!

Aku tarik Ana. Ahh gila berat kau! Mula dah. Dia maii lagiii.

Aku panggil bapak aku mintak tolong. Ana statik mencangkung. Masing2 pegang tangan dan kaki dia mcm usung patung. Masa ni hanya Allah je tahu mcm mana beratnya Ana waktu tu. Kalau lelaki yg angkat pun dah lelah, aku yg cuba nk tolong ni terkeluar terus buasir!

Ana mengekek2 tgk ktorg angkat dia. Bapak aku call abg aku dgn kawan2 dia utk mntk pertolongan.

Ana start meracau2. Kami baringkan dia atas tilam. Masa ni aku pun dah mcm ahli gimnastik dah sebab nak ikut rentak pergerakan tangan dia. Janji tangan dia tak cederakan badan dia. So aku kena layankan. Mmg lentur habis tangan aku waktu tahan tangan dan kaki dia masa bapak aku tgh baca2. Banyak aku belajar dari peristiwa2 sebelum ni cara nak handle org yg kena sampuk.

Tiba2 datang seorang lelaki dalam rumah aku. Terkejut aku. Kawan bapak aku ke? Tak pernah pulak tgk.

Dia kata kawan dia yg call suruh tolong. Ok aku syak ni mmg bukan ustaz. Mata dia lain mcm. Mata dia merah. Berurat2. Yg pelik tu, ada je org pelik2 dtg offer diri nk menolong. Tepat pulak waktunya.

Cici tiba2 menjerit. Dia kata ada something kt org tu. Org tu pun terkejut . Aku kenalkan nama dia sebagai PakSin.

PakSin kata dia mmg boleh ubat2kan org. Tp cara tersendiri. Dia minta bg dia peluang tunjuk skill dia.

Dia tanya Cici.

“Adik nampak benda tu kat mana?” Tanya PakSin.

“Tu kat belakang pakcik. Rambut dia panjang.” Cici menagis2 sambil tekup muka kat mak aku. Aku masih statik pegang tangan dan kaki Ana.

“Minta maaf tuan Syed. Sy boleh ubatkan org tp sy takde kelebihan nak nampak benda2 ni. Sy minta izin utk mulakan tugas sy dulu. Kasi sy cuba.”

Bapak aku biarkan. Maybe masing2 masih terkejut. Yela. Dah berbulan2 tenang, tiba2 datang lg dasyat. Siapa yg tak terkejut.

PakSin ni dia guna keris utk berubat. Walaupun alat tu tradisional, tp gaya dia ala2 mcm james bond. Dok tembak2 kt setiap penjuru konon2 keris tu pistol je gayanya.

“Tuan Syed. Izinkan sy scan rumah ni. Sy ada rasa lain mcm.” Kata PakSin. Bapak aku biarkan. Aku tak berani nk mengikut sb aku pun takut tgk muka dia. Boleh pulak nak scan bagai.

“Saya rasa ada benda tertanam dlm rumah tuan Syed.” Kata PakSin lagi.

“Allahuakbar! Tanam apa ?” Tanya bapak aku sambil lap peluh di dahi.

“Boleh tuan Syed ikut sy meronda sampai ke belakang rumah? Jangan risau. Budak2 ni ok.”

Bapak aku terus bangun tinggalkan kami dlm rumah. Ana, Bella, dan Cici menagis2. Aku tak boleh menagis! Aku kena kuat. Situasi2 ni byk mematangkan aku. Membuatkan aku makin tenang bila berhadapan situasi getir mcmni.

Tiba2 aku dengar bapak aku jerit mintak cangkul.

Selang berapa minit, aku tengok bapak aku masuk.

“Bertenang semua. Alhamdulillah. Benda yg org tu tanam dah jumpa kt belakang rumah. Ada tulang ular kt pasu belakang. PakSin dah angkat buang jauh2.” Kata bapak aku seolah2 lega.

Mustahil! Bg aku mustahil mcmtu je penamatnya. Tp aku diamkan supaya tak panjang cerita dan masing2 tak takut. Biarlah kata2 bapak aku tu penenang utk dorg ni.

Dan yang pasti, moga2 Allah ampunkan dosa2 kami waktu itu.

.

Ya. Semua berlalu seperti biasa kembali. Berbulan2 ok. Dan Ana pun dah masuk ke kolej seperti biasa. Kesian dia. Banyak sem yg tercicir.

Tp mcm biasa, tahun berikutnya, tepat 29 Jun perkara sama berulang kembali.

Utk pengetahuan kalian, perkara ni berlaku 4 tahun berturut pd hari jadi aku! Sebab tu aku tak pernah nak ingat tarikh hari jadi. Apatah lg nak wish birthday org lain. Setiap kali birthday aku, hanya linangan air mata je sebagai hadiah utk aku. Aku harap tahun depan ada sinar utk aku rasai kebahagiaan.

Tapi tak. Pensyarah Ana call lagi sekali. Kata Ana dimasukkan wad sakit jiwa. Dia meronta2. Jadi pihak kolej taktau nak buat apa melainkan hantar Ana ke hospital untuk scan otak dia.

Kesian Ana! Kepala dia hampir2 kena renjatan elektrik. Kalau abg aku tak dtg, aku pun taktau apa nasib Ana.

Yg pastinya, itulah kali terakhir Ana di sana. Bapak Ana berhentikan Ana serta merta. Segala impian dan cita2 Ana terkubur mcmtu je.

.

Kau rasa ni penamatnya? Belum lg. Aku cuba nak ringkaskan. Tp kisah ni terlalu panjang nak dicoretkan kerana benda tu dah sebati dalam badan dorang. Tiada penawarnya melainkan diri sendiri.

Follow page Kakak Sado kalau korang sudi nak tau pengakhiran kisah family aku. Thanks a lot!

.

“Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.” (Surah al-Baqarah: 286)

Yang ikhlas ;
Kakak Sado

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

KAKAK SADO

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

54 thoughts on “Kisah Tiga Beradik (Bahagian 2)”

  1. Dalam tawa ade tangisan…
    Dalam suka ade duka…
    Dalam tabah ada kecewa…

    Tabahlah Taa a.k.a Kakak Sado a.k.a Iron Lady…
    Allah tahu kemampuan kamu sekeluarga…

    Reply
      • beb aku dah khatam dah cite kau.. aku bukak fb adik aku.. aku bace story kau.. best.. story baru pon aku dah abis baca.. tapi yg psl adik beradik kau tang ustaz lee tu aku ketawa smpi begoyang beb katil aku.. laki aku punya la tekejut katil begoyang.. bukan apa da tengah malam aku baca takkan nak kuat2 gelak kan.. bangun lak baby2 aku nnt.. badan aku begegor tahan gelak.. da mcm sesak nafas dah rupa aku.. setiap kali kau tulis prettt tu aku mengilai.. bhahaha.. aku stop 5minit baca sebab nk hilangkan geli perut aku.. memang biadap lawak kau.. ?

        Reply
  2. Ye…btl tu..kmi x dak fb..smbg je la kt sni..pjng pon x aih….smbggg smbgg smbggg…semoga kalian skluarga tabah mengadapinya dan smoga pengakhiran yg baik…amin..

    Reply
  3. Aiseh..mcm nak promote page plak. Dah tetiba kena follow di page sendiri. Padahal dah elok2 share kat sini, better teruskan je la kat sini. Ini sama mcam konsep “bersambung, nak tahu kisah seterusnya kena beli buku.” Alamak ai…

    FS memang tempat carik followers ke acanerrr???

    Reply
      • da rmi kecam die.klu aq pun aq malas nk smbg.elok2 die tepek pjg2 org kte cm novel.bile pendek org suruh smbg.aq pun xfhm komen2 kt sni.

        Ppepun,aq dh follow pge die sb nk bce smpi abis.bg aq dia tulis hebat.mmg best.skg die dh tulis cite len da

        Reply
        • Cerita dia best je. Bole je dia terus sambung kt sini. Jgn expect semua org kat malaysia ni ada fb. Nak follow2 bagai. Masalahnya kitorang yg takde fb ni acaner, kena create fb plak ke sebab nak follow story dia? Terbantut lak.

          Tgh best layan kisah 3 beradik ni, spoil terus bab kena follow fb page lahai. Dah kata kisah ni dah update full story kat fb, better sent trus semua part by part je kat fs ni. Kan mudah.

          Sape taknak baca panjang2 tu lantak la. Ramai lagi yg nak baca. Rasanya setakat hari ni kisah dari #detektifd9 lagi panjang berjela. Typo berterabur lagi sakan, tapi okay je org baca, still jugak ada org kecam sebab panjang berjela, tapi pokoknya ramai lagi yg enjoy baca.

          Bila dia suruh follow page dia tu, ketara plak mcm nak raih followers. Sorry to say la. Lagipun FS ni dah ramai komplen kisah bersambung.

          Aku okay je even bersambung, make sure ada penamat. Ini belum sampai penamat lagi dah suruh lompat pegi page dia plak utk tahu ending. Bapaknya spoil. Kitorang takde FB wahai Kak Sado.

          Reply
          • Assalamualaikum wbt. Maaf semua.

            Aku agak down mula2 bila org komen murni2 bila aku tepek sederap semua part dalam 1 post (bahagian 1). Aku ni luar je sado. Tp dalaman aku still keperempuanan. So aku rasa drpd org bengang baca, better follow je page tu. So aku tau org tu betul2 berminat nk tau kisah family aku. Sb aku budak baru kt FS ni. Taktau sgt syarat2. Main redah je.

            Aku bukan raih followers. Followers personal fb aku lg banyak. Baik aku buat strategi marketing kt situ. Tp aku sanggup bukak page sb nak share psl family aku dan hide personal fb.

            Ok la. Aku tepek juga kat sini ya utk next part. Tp maaf sb aku takleh nk puaskan hati sape2 dlm penulisan bodoh aku ni.

            Salam perkenalan;
            #KakakSado

          • hakak sado pedulikan ja komen2 ala bagus sgt tu
            ..truskan je crita hakak sado..nk cri kt page cmna..cer bgtau..sy pon budak baru dlm ni…fb x ada..page kt mana kena cri..

  4. Alamak. Faz tak ada pesbuk macam mana nak follow semua cerita dari awal. kenapa tak paste je terus dekat sini kalau cerita dah ada penamatnya. alaaaaa… Nak kena create pesbuk ke mcm mana ni? Takkan Faz nak pinjam pesbuk kawan Faz nak baca all story panjang berjela ni kakak sado. erghhh.

    Reply
    • Maaf Faz. Asalnya aku malas dah nak post kat FS ni sebab aku rasa down. Kalau cerita rekaan, aku boleh enjoy baca komen.

      Tp disebabkan ni kisah family aku, dan org tak laluinya kecam, aku doa supaya dorg tak lalui la kisah tragis hidup aku ni.

      Aku akan tepek jugak sambungan kat sini. Thanks Faz sb sudi support.

      Btw , aku pun baca kisah kau 😉 bezanya aku suka buat lawak bodoh utk kawal perasaan aku time menaip.

      Salam perkenalan ;
      #KakakSado

      Reply
      • Sayang kakak sado! Baru best macam ni. Sebab sangat terkesan bila aku baca kisah kau ni. So nak baca dari awal untuk faham dari awal. Oh ya aku perasan kau ada komen kat cerita aku tu. Thanks sudi baca . Apapun aku akan tunggu kisah yang seterusnya dari kau.

        Reply
  5. Pedulikan jela komen tak murni tu. Aku ni follow rapat kot story ni. Bukan mudah nak puaskan hati semua orang, tapi lebih mudah selesai kerja dari bertangguh mcm tu je. Yela, pengomen kat FS ni memang masing2 lancang jari menaip. Tapi dari aku, cuma tak berpuas hati bila kena follow fb page utk tahu ending. Aduhhh..ibarat ko tengah sedap hirup kuah laksa, tetiba kawan kasik tumpah. Tak menyirap macam tu? Btw..pls sambung n paste full story terus. Panjang berjela tu lagi feel nak layan. Takde la asyik2 stop je kena tunggu part by part. Silent reader ramai lagi kak, yg kemaruk nak komen carut2 tu cuma manusia kurang kasih sayang dan didikan je.

    Reply
    • Baik2. Komen kau ni buat aku semangat pulak. Ibarat tengah syok menagis, org bagi tisu sambil belanja aku makan free.

      Aku mana biasa lagi dgn FS. Aku ingatkan kalau taknak layan, pi bace kisah lain. Tp tak sangka lak kecaman dorang , mampu jentik hati perempuan aku. Ceh.

      Yela2. Nanti aku tepek terus. Biar admin bagi semua link. Tp nak approve tu lama nau. Kau sabau jela ye. Tp cerita ni mmg panjang sb bertahun kot nak pulih.?

      Reply
      • Abaikan yg suka mengutuk tu..niatkan penulisan ni utk masyarakat dpt iktibar…InsyaAllah kita dpt pahala berterusan..penilaian Allah lebih penting drpd penilaian manusia..sebaik-baik manusia ialah manusia yg memberi manfaat kpd org lain.

        Reply
  6. aku pon bace komen yg part 1 byk sgt mengutuk KS ni
    entah hape yg jaki sangat tak taulah sebab aku enjoy je bace
    org suka negatif ni hati dia pd aku bermasalah. serba tak kena. semua benda tak puas hati
    masok FS enjoy2 baca sudahlah. klu org tulis kisah benar, percaya. kalau org tulis kata kisah rekaan, percaya jugak. yg nak pening kepala sangat tu kenapa? dok pahe….
    tgh tggu KS sambung cerita pasal ayah KS kt fb

    Reply
  7. “Ana. Kau kencing ke tak ni. Tak bunyi pun. Selalu kau kencing mcm bunyi goreng ikan.” banyak2 ayat, yg ni buat neenk mengekeh cu…adoi laaa…hahahahaha….terus nenek bayangkan bunyi goreng ikan…kipidap cu…

    Reply
  8. satu lagi kan cu, dari awal cerita ko nek tak penah dengar kehadiran parents sebenar ana, bella dan cici ni? masa diorg kena rasuk tu, korang tak inform kat parents diorg ke? ke camne? nenek musykil ni..ke ada kena mengena ngn parents dia? hmmmmmm…

    Reply
  9. dua² part aku baca, mmg mkn dlm beb tp bila part lawak srs aku gelak mcm org gila even skrg jam 2.39 pagi aku dah habiskan bca dua² story kisah 3 beradik ni? rileks sis kita sama luaq sado dalam siapa yg tahu, acewah drama pulak ? biar ja haters or org nk kecam yg hadap kau bukan diorang, bising jugak hentak je kepala dgn buah nyoq ? kipidap sis ?

    Reply
  10. Bodoh ah pendek gila time ni. Cerita ni membohong sebenarnya. Anak dah sakit macam tu tapi bapak diorang tak reti-reti nak angkut balik

    pastu hospital takde kuasa sesuka hati masukkan orang dalam wad sakit jiwa ye

    Reply
  11. 1 ja nak tanya…3 beradik ni mmg adik beradik angkat ka?
    mana parent sebenar depa? y depa tgl dgn fmly kakak sado?
    maaf tanya just nk kepastian

    Reply
    • Kau dah baca ending belum? Baca sekali lagi baru kau faham cerita siapa ni.

      Sorry . Aku takleh reveal posisi sebenar watak utama ni sb dulu aku pernah tulis dr personal fb aku. So ramai followers aku yg kenal aku dan family aku. Jd takleh ckp direct. Hope nanti kau faham 😉

      Salam perkenalan ;
      #kakaksado

      Reply
  12. aku dh bca smpai hbh ending dkt page kakak sado and siap follow lps bca kt FS semata² nk tau ending, tp bila dh hbh aku jdi pening psl watak 3 beradik ni and tertanya² ? last aku tau spa watak 3 beradik ni bg kakak sado sbnya mula mula aku blur dgn clue dya bg. cm tk puas hati aku bca setiap comment yg dkt post and last bru tau ? kipidap kakak sado ?

    Reply
  13. hahahaha aku rasa klau aku fikir gila² smlm mungkin skrg aku rsa dh tak ada otak sb over thinking psl watak 3 beradik ni ? skrg aku bukak dua page dkt fon aku satu FS satu lg page KS. hahaha mcm nk ss tnjk ja ?

    Reply
  14. #Part6Ana behenti dari kolej serta merta. Dia budak kos perubatan tp kau ingat budak2 perubatan ni percaya ke benda2 ni semua? Ana kerap meracau sebab nampak bendani kat sekeliling dia sehinggakan 1 hari tu, Ana di bawa ke wad sakit jiwa utk buat renjatan elektrik di kepala..”Hello , makcik. Ni saya , Alia. Roomate Ana. Ana kat hospital sakit jiwa skg ni acik. Dorang nak renjat kepala Ana. Cepat datang sini acik! Sy tak boleh buat apa2!”Tiba2 , aku nampak mak aku longlai di bucu meja telefon. Aku dah tau, mesti yang call tu berkaitan Ana lagi. Ahh taksudah2!Tapi mak aku kelam kabut bangun untuk dail seseorang.”Hello , Yang! Ana kat hospital sakit jiwa! Pi tengok dia Yang. Ya Allah!! Kita dah tak tentu arah dah ni . Dorang nak renjat kepala Ana.!” Kali ni mak aku laju terjah bapak aku. Takde dah intro2. Mungkin masing2 dah kelam kabut risaukan Ana.”Ya Allah!! Kenapa sampai mcmtu sekali?! Sekarang jugak kita naik KL!!” Jerit bapak aku di corong telefon.Inilah bapak aku. Segarang2 dia, dia sanggup tinggalkan kerja dia demi anak2. Demi keluarga. Ya Allah, Kau rahmatilah usia mak bapakku ini. Sesungguhnya mereka ni terlalu banyak jasa yg tidak mampu kami balas dgn wang ringgit..Waktu magrib, bapak aku sampai ke perkarangan rumah bersama abang aku dan Ana. Rupanya abang aku pun dah sampai ke KL lebih awal sebab terkejut Ana dah masuk wad sakit jiwa.”Apa hak Encik nak renjat kepala Ana tanpa apa2 keizinan?” Tanya abang aku waktu di hospital.”Penjaga Ana dah sign segala perjanjian. Apa2 berlaku di bawah tanggungjawab kami. Ana seolah2 berhalusinasi. Meracau2 tak tentu hala. Mcm2 dia nampak. Padahal takde apa2.” Jelas pihak hospital.Waktu ni lah bapak aku sampai. Dan itulah kali terakhir Ana disitu.Ingat nak berhenti belajar kt situ senang je ke? Mcm2 surat saman sampai ke rumah. Tapi demi keselamatan Ana,bapak aku korbankan segalanya. Janji Ana tak perlu lagi ke sana. Sebab terlalu bahaya kerana praktikalnya di hospital. Lagi la tempat bahaya utk orang2 mcm dia..Setelah bapak aku baca2 pada Ana, Ana makin tenang. Dan lebih tenang selepas tamat pembelajaran disitu.Yang peliknya, Ana paling teruk. Bella dan Cici dah ok. Tp dia sorang je still kena rasuk. Ada je dia nampak sepanjang kat sana. Bella dan Cici tak nampak dah apa2. Maybe Ana ni masih belum kuat semangat. Dia terlalu melayan perasaan.Ini apa yg Ana pernah cerita kat family aku.Satu : Ana kata, kat kolej ramai taknak kawan dengan dia sebab setiap kali habis kelas, Ana mesti jalan dgn seorang kawan. Rambut panjang. Pakai baju kurung. Setiap malam! So takde sape berani nak dekat dengan Ana.Dua : Ana kata kat kolej dia kena fitnah pakai susuk sebab orang nampak wajah Ana bercahaya hijau setiap kali lintasbilik dorang. Kadang2 nampak muka Ana mcm org tua kerepot.Tiga : Setiap kali dia masuk lift kat kolej dia, bila dia keluar ada sekuntum bunga jatuh kt depan dia. Setiap hari!”Gila ar. Setan pun pandai romantik!”(kataaku bila Ana cite part ni. Tak memasal aku kena sekeh gn mak aku.)Empat : Ana kata, ada sorang budak ni yang report kat pihak atasan kata Ana gila. Dia ckp Ana selalu cakap sorang2, suka main2 pisau, and mcm2 fitnah lagi la. Dia ni je yang suka buat mulut. Sebab tu pihak atasan terus hantar Ana ke wad sakit jiwa.Lima : Ana jarang masuk kelas. Disebabkan gangguan2 ni, dia kata dia tak boleh study. Dia yakin dia akan repeat semtu. Tp waktu exam, Ana kata pen dia bergerak laju jawab soalan exam. And paling best, Ana dekan sem tu!”Ahhh aku rasa ni bukan calang2 benda yg masuk dlm badan Ana. Kalau bukan Leonardo da Vinci, aku yakin ni mesti Albert Einstein!” Aku cuba mengagak.Last2 mak aku halau aku dari situ. Ok fine! Selebihnya aku taktau apa yg Ana cerita kat family aku sebab family aku pulaukan aku waktu tu.Tp sejujurnya, Ana mmg budak pandai. Aku berani p****g bawang, dia mmg pandai. Tp syg, benda ni lebih kuat dari semangat Ana sampaikan Ana tak boleh nak lawan..Ana dibawa semula pulang ke rumah. Tapi Ana hilang ingatan! Aku tak sure dia dah kena renjat elektrik ke apa kat otak dia tp dia tak ingat apa2.Dia balik dlm keadaan termangu2. Dia tak kenal bapak aku. Tak kenal mak aku. Tak kenal adik2 dia dan rumah kami. Kalau aku, takyah ckp la. Waktu sihat pun kalau boleh dia nak buat2 hilang ingatan. Semak je aku ni.Waktu Ana sampai kat rumah, soalan dia;”Ni kat mana? Kenapa lain?” Soal Ana waktu tengok rumahaku.”Kau siapa?” Soal Ana waktu dia tengok adik2 dia.Saat nampak aku, terus buat2 tak nampak. Eh. Kau ni hilang ingatan ke hilang penglihatan? Boleh tahan kurang ajar jugak setan ni buat2 tak nampak aku. Boleh pulak diajalan menonong padahal aku kot yg bukak pintu kereta sambut dia. Yela takut dia kejung ke ape ke. Aku yang kena tolong!.Aku akui cerita ni ada unsur tahyul. Waktu ni bapak aku seolah2 jadi bodoh. Hanya mampu ikut kata2 orang. Dan PakSin lah org terakhir (waktu tu la) yg konon2 nampak mcm dah berjaya menyelesaikan masalah keluarga aku. Tapi sebenarnya, tak.Kehadiran PakSin lagi mengeruh keadaan. Betul. Dia tok bomoh! Allahurabi. Ampunkanlah dosa2 kami waktu tu.Kemenyan, segala mcm jenis asap, bahan2 , dan yg khurafat, semua ada kat dia! Aku tak suka. Aku rasa ni tak betul. Tp masing2 tak dapat bersuara. Hanya mengikut.PakSin ada org suruhan. Benda ni lah yg mengeruhkan keadaan. Dia tinggalkan “org suruhan” dia kat rumah aku! Utk pantau family aku. Tp dah nama pun “setan” , confirm2lah perangai mcm setan!”Tuan Syed, amik kemenyan ni, asapkan budak2 ni setiap hari. Sebelum magrib.” Arah PakSin pada bapak aku.Waktu ni bapak aku ikut je. Seolah2 mcm tiada jalan keluar utk kami berubat selain dia. Kami ibarat terlupa bahawa segalanya datang dari Allah. Dan dariNya kami patut meminta pertolongan. Ampunkan kami Ya Allah!Setiap kali aku balik sekolah jam 6.30 petang, bapak aku asapkan semua adik beradik aku. Temasuk aku! Perhh sabar jela aku bau benda alah tu.Dah la dulu time sekolah aku paling malas nak cuci baju. Dengan ketiak kuning kt baju, campur pulak dengan bau kemenyan, aku rasa mcm aku ni ha langsuir sebenar. Malu aku! Bau tu melekat habis!. Tp nasib baik waktu tu takde sape yg tau bau kemenyan mcm mana. So dorang ingat aku pakai perfume cap ecentour (ni jenama paling mahal. Kau ape tau)..Rambut2 kat rumah aku takyah cakap. Mmg sentiasa berterabur. Aku jela tukang kutip. Kalau aku anyam la buat rambut palsu, aku yakin aku dah jadi jutawan muda rambut palsu waktu tu. Tp tak. Aku kutip dan buang.Masa ni otak aku serabut. Aku nak exam besar ni! Dengan masalah kat sekolah lagi. Ah! Hanya Allah je tahu mcm mana stressnya waktu tu. Nak je aku sendiri renjat kepala jendol aku kat tiang elektrik.Keadaan dorang mcm takde kesudahan. Ikutkan hati aku,nak je aku rendam dorang dlm kolam masjid. Biar tido je kat situ. Otak aku dah mula rasa semak. Tp aku kena sabar.Wajib sabar! Kerana sesungguhnya setiap keperitan, ada kemanisannya..Satu hari tu, aku jaga Cici. Cici ni asik pening kepala je. Yg lain2 solat jemaah. Bapak aku ni suka nau bagi aku jawatan minah guard. Ingat aku ni tak takut ke? Kalau buatnye Cici buat hal, aku dgn dia je dlm bilik skg ni.Aku tengok Cici tgh nyenyak tido. Waktu ni aku sandar kt tingkap. Tp aku rasa meremang. Ah meremang dgn aku dah jadi BFF dah. So aku buat2 taktau. Aku study sb esok aku exam! Cici mendengus.Waktu ni mak aku ada pesan, “Taa. Jgn takut2 tau. Dok elok2.” Pelik. Selama ni tak pernah pulak sape2 herankan aku. Aku cirit ke, aku terkentut ke sebab takut, siapa yg heran. Tp mak aku tiba2 caring junior pulak dgn aku malam ni kenapa.”Taa. Kau tak takut ke? Berani betul kau ni.” Bella pulak bersuara.Eh korang ni kenapa?!Tp sumpah aku mmg cuak. Aku taktau kenapa.Lepas dorang habis solat, aku tengok bapak aku laju lari bukak pintu bilik. Waktu bapak aku bukak pintu, elok je ada benda putih jalan dari tingkap. Betul2 kat tempat akusandar tadi! Ahh bodoh laa. Aku ingat mak aku sidai kain buruk kt luar!Ni laa kali kedua aku nampak depan mata elok melintas.Mak aku dtg kat aku.”Sebab tu ummi pesan kat kau elok2. Dorang dah nampak belakang kau. Tp ummi tgk kau elok sandar mcm takde pape. Tu umi biarkan dulu sb Cici tgh tido. Kang dia buat hal, habis semua tak sempat nk solat.”Wahh. Hebat lakonan mak aku. Boleh pulak dia biar2kan dulu. So sepanjang

    Reply
  15. Aslmlkm sis ta aka kak sado.semoga sis dan keluarga kuat dan tabah.Saya doakan sis dan famili sentiasa dalam Rahmat dan Perlindungan Allah swt selamanya.

    Reply
  16. Fuhhh…banyak kecaman kau dapat beb..
    But its ok.. aku dah baca ending dye.. walau pun xde fb.. tp aku boleh cari kat google.. ok jak..
    Abaikan komen yg negatif beb.. pedulikk situu..
    Kisah kau mang torbaikk..di sulam dgn lawak “bodoh” bagi sesetgah komen.. tapi aku suke.. watak diri kau macam seseorang yg aku penah kenal duluu.. tp yg pasti kau bukan dia.. peace..

    Reply
  17. Saje je komen dia nak buat orang trigger si putang ina mo tu..Hehehe.. Meiyo baru start baca this series..Kipidap kakak sado! Satu hater, seploh supporters so don’t worry! You go girl!!

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.