Kisah Tiga Beradik

KISAH 3 BERADIK

Assalamualaikum wbt.

Aku harap admin sudi siarkan kisah aku ni. Ini #KisahRealPunya. Aku tak pernah nak share . Tapi kali ni aku ada keberanian nak share. Lagi2 kat page FS ni. Sebab nama pun Fiksyen. Rasanya banyak orang reka2 kot.

Tapi kisah aku ni kisah benar. Aku bagi warning awal2 kepada yang tak kuat, please jangan baca. Boleh jadi kisah aku ni hidup dalam diri korang. Kot2 yang jenis lemah semangat boleh ter auto download ke. Aku just share. Kisah ni panjang. Aku harap admin lepaskan sebab niat aku nak share supaya jadi pengajaran kat korang.

.

PERINGATAN : Kisah ni aku cuba olah sedikit posisi watak utama agar sensitiviti semua pihak terjaga. So kalau agak2 dlm FB ni ada teman2 yg mengenali si empunya badan, di harap jgn gatal tangan nak dok tanya lebih2 or tag org tersebut.

Dulu, mak aku ada jaga 3 orang budak. Semua lebih kurang baya2 aku je. Tp aku ni still muda dari usia dorang. Kitorg dah akrab mcm adik beradik. Tp dorang ada cuma waktu cuti sekolah je baru lepak2 rumah aku. Aku namakan tiga2 watak ni dgn nama Ana, Bella, dan Cici. (ABC sudaa. Korang kena ingat nama2 ni. Ni watak utama kisah ni). Aku bukan watak utama ye walaupun aku nampak lebih menyerlah dalam cerita ni, tapi aku cuma watak sampingan yg menaikkan seri cerita ni ke peringkat AntaraBangla. Dan aku paling rapat dgn Cici.

Aku ni anak nombor 4 dalam adik beradik. Biasanya kalau ikut kata mulut org, anak no 4 ni cantik, berbudi bahasa, lemah lembut, sopan santun. Itu orang kata la. Bukan aku angkat bakul. Tp aku setuju kata org2 ni. Kata2 ni bukan dusta semata. Korang nak kecam aku, korang kecam la. Aku cuma cakap perkara fakta. Tp sebelum kecam, kau baca dulu la cerita aku ni.

.

Dlm adik beradik, aku sorang je peminat haiwan. Kalau kucing aku mati, 3 hari 7 malam aku menagis tak ingat dunia. Belum lagi aku buat kenduri tahlil. Letak lidi konon2 mcm batu nisan. Cabut bunga kertas mak aku, pastu tabur atas kubur kucing aku. Baca doa bagai. Ah kalau dikenang, mau cerita aku tergolong dlm himpunan cerita jilaka. Eh. Jenaka.

.

Kucing2 aku ni takde la banyak mana. Tp keluaran batch ke3 (anak kelahiran ketiga dr mak yg sama) ni agak kureng sikit adab dari segi tatasusila melepaskan hajat masing2, so dia dah menguji kesabaran orang2 dlm rumah aku yg tak suka binatang.

Jadi disebabkan aduan terhadap kucing2 aku ni banyak , dan aku sebagai tuannya yg masih kecik lemah dan tak berdaya, tak dapat nak pertahankan apa2. Bapak aku amik keputusan untuk buang kesemua kucing2 batch kali ni. So aku ni dah meronta2 minta belas simpati masing2. Tp semua tak endahkan aku. Apa boleh buat. Aku pun hanya mampu berikan pelukan terakhir utk kucing2 dan ucapan selamat tinggal.

Lalu, bapak aku pun mulakan misi mengangkut kucing2 ni masuk dlm kereta. Dan si Cici ni menyibuk nak ikut sebab kesian tengok aku menagis2. Jadi dia ni acah2 nak jadi wartawan sambilan nak bagi aku report lepas bapak aku buang nanti.

.

Lepas kereta bapak aku hilang dari pandangan, aku masih tak habis2 lagi menangis. 2 3 baldi mak aku tadah air mata aku pi siram pokok tp aku masih menagis tak ingat dunia. Bantal aku , tilam aku, baju aku, semua lencun kerana air mata aku malam tu. Dan aku pun tertido dgn kelencunan air mata dan bunyi esakan serigala pada malam tersebut.

Agak2 aku dah terlelap, tiba2 aku dengar kecoh2 kat luar. Disebabkan aku pemegang carta tertinggi kanak2 paling kepoh dalam rumah, daripada elok tgh tido aku boleh berlari ke depan nak tau mende yg kecoh2 ni. (Lupa sekejap babak menagis2)

Bila aku keluar, aku tengok Cici menagis teresak2.

” Oh my reporter! Why are you crying so fast furious baby. ” Tanya aku dengan penuh confident speaking English. Lagipun aku mmg terkenal dlm rumah sebagai kaki kuat melawak a.k.a jenis2 mintak kaki.

Si cici cuma menangis dengan badan mengigil2. Aku mula la panas.

“Weh cakap la! Asal kau nagis. Tadi kau beriya nak ikut bapak aku kata nak cerita kat aku pasal kucing2 aku tu ok ke tak. Ni aku dah ok, kau pulak yg over nagis ni kenapa?”

“Ku… kuuu… Kuuuu…” Suara si Cici mula kedengaran tengelam timbul dalam tangisan dia.

“Ku sepak sepak juga muka mu ni kang. Ku ape?!” Desak aku lagi. Aku mmg dah rasa tak sedap hati. Maybe pasal kucing aku ni.

“Kucing kau kena langgar.” Laju je dia jawab sambil meleleh2 air mata dia. Dah la muka iras2 anak cina. Lagi sepet mata. Aku pun taktau dia tengah tido ke tengah menagis.

Dengar je dia ckp cmtu, dengan aku aku sekali join menagis berirama malam tu.

.

“Yang. Kenapa ni? Asal Cici nagis? Siapa yg langgar?” Tanya mak aku berdas2 mcm senapang patah meluru terus ke bapak aku.

“Hmm. Tadi, masa kita buang kucing, kucing tu elok je dok tepi tu. Tiba2 dia lari tengah2 jalan. Orang langgar dia. Kita nak patah balik, takut pulak kena badi kucing. Kite bawak budak kecik malam2 ni. Tu kita biarkan.” Jelas bapak aku panjang berjela.

Cici menangis lagi dasyat dari cara aku menangis. Mungkin dia saksi kematian kucing aku malam tu. Dia nampak kucing aku mengeletik2 kat atas jalan raya. So dia seolah2 trauma semacam.

Mak aku suruh aku dan Cici pergi tido sebab memekak je rumah dengar suara aku dgn dia. So malam tu aku dan Cici tido dengan esakan tangisan sebagai peneman.

.

Aku tengok Cici dah terlelap. Alhamdulillah. Dia dah ok. Aku je tak dapat lelap sebab memikirkan kucing aku. Aku tuan dia kot. Lagi la aku sedih. Ada ke orang angkat dia? Masa ni otak aku tak matang. Taktau pasal badi kucing bagai. Cuma aku geram kenapa bapak aku tinggalkan mcmtu je. Kenapa tak bawak balik suruh aku tanam. (Tp bila dah besar, semua sebab tu aku faham dan boleh hadam)

Baru aku nak terlelap, tiba2 aku tengok nafas Cici turun naik. Laju! Eh. Kau mimpi tengah marathon ke ape?

Aku cuma pandang sambil tarik selimut tutup badan dia. Mungkin dia sejuk kot.

Tapi tak! Dia mula mengeletik-letik. Seolah2 mcm orang tengah gegar2kan badan dia.

Aku pun goyang2kan badan dia takut dia mengigau.

“Cici! Cici! Bangunn. Kau ngigau ke? ” aku terus duduk dan tampar2 pipi dia. Masa ni la peluang yg aku ada nak tampau2 muka dia nak balas segala dendam dia menyakat aku. Aku tampau mmg level bengkak 3 minggu punya

Tiba2 Cici diam. Elok je tenang mcm dah tido semula.

Aku garu2 kepala. Tadi kau punya over bergegau katil, kalah cerita Conjuring. Pastu boleh pulak kau tido balik. Haihh kau ni. Kecik besau kecik besau je aku tenung kau ni even kau mmg bulat mcm telur Humpty Dumpty.

Elok aku nak baring balik sebelah dia, tiba2 mata dia terbukak! Bukaan mata dia lebih besar dari kebiasaan mata dia yg sepet2 alam tu.

Aku cuma perhatikan dia. Apehal pulak minah ni terjojol mata cmtu ke atas siling. Aku on torchlight ke atas syiling. Dia pandang ape? Tengok elok je sarang labah2 tu statik atas siling. Dia pandang benda alah tu ke? Pagi2 kau tak rajin nak kemas sawang2 kat rumah. Malam2 ni pulak baru kau perasan ke?

Tiba2 mata hitam dia naik ke atas. Tinggal mata putih! Pulak dah!

Aku gegar2kan badan dia suruh bangun tapi mata dia still putih sepenuhnya dengan mulut ternganga. Badan dia seolah2 mcm kejang. Urat2 tangan, leher dan kaki semua timbul!

Aku dah cuak. Aku terus bukak lampu dan mencanak lari pergi bilik mak bapak aku.

Kelam kabut mak bapak aku berlari pergi bilik aku.

Masuk2 je dalam bilik, tiba2 si Cici takde atas katil. Eh mana pulak dia pergi?

Puas kitorang cari Cici. Aku lari laju kot tadi. Takkan dia boleh sekejapan je hilang.

Aku yg mmg terkenal (ah semua aku je yg terkenal) dgn juara main sorok2, aku tengok bawah katil. Aku nampak bayang2 hitam.

“Eh tu Cici!” Jerit aku.

Bapak aku kelam kabut jenguk bawah katil. Pujuk Cici keluar. Tapi Cici diam kaku kat bawah. Bapak aku hulurkan tangan.

“Meow!!!” Suara Cici berubah! Dia cakar tangan bapak aku. Tangan bapak aku berdarah kesan dari cakaran dia.

Masa ni mak bapak aku dah berpandangan sesama sendiri mcm dlm cerita Cinderella saat Ahmad Idham terpaku lihat Heliza Helmi. (Eh. Awat mcm pelik nama pelakon wanita ni🤔) Tp cerita ni mmg tgh hot masa zaman tu. So aku mmg sempat berimaginasi saat bapak aku pandang mak aku cmtu.

.

“Ni bukan Cici! Kita nak azankan dia kejap.” Kata bapak aku kat mak aku. Bapak aku terus masuk bilik air.

Aku tengok tangan mak aku dah mula mengeletar. Dia suruh aku pergi duduk dgn kakak2 aku kat luar. Aku pun ikutkan.

“Kalau bukan Cici, siapa pulak? Bapak aku tersilap bawak balik orang ke? Tp muka sama je mcm Cici. Asal bapak aku kata bukan Cici? Pastu kenapa nak azan? Tadi kan dah solat isyak.” Soalan ni berlegar2 waktu aku tengah jalan ke bilik kakak2 aku. Tapi aku tak pergi pun. Aku stay tepi dinding nak tengok jugak. (Still pegang carta tertinggi kanak2 terkepoh waktu tu)

.

Elok bapak aku keluar dari bilik air, dia terus pakai selendang yg biasa dia pakai utk solat. Bapak aku terus azan kuat2 dalam bilik aku.

Tiba2 aku dengar suara menjerit2 dalam bilik. Kelam kabut aku lari masuk semula dalam bilik. Mak aku sibuk tolak aku keluar tapi aku rasa mcm suara Cici. Aku nak tengok dia jugak. Kedegilan aku tahap maksimum.

Habis je azan, suara Cici terus diam. Sepi seketika. Bapak aku terus pergi bawah katil tarik dia keluar.

“Cici sambung tido?” Tanya aku sebab tengok Cici longlai.

Bapak aku letak atas katil. Dia amik air yg biasa ktorg baca2 bila mengaji. Usap kepala dan muka Cici.

.

Selang berapa minit, Cici dah sedarkan diri. Dia menagis kuat2 kat pelukan bapak aku. Dia kata dia takut. Dia nampak “something” kat siling tadi.

Waktu ni otak aku mmg takleh hadam pape. Aku masih tak berapa faham maksud “nampak benda tu” .

So malam tu habis semua family aku tido dalam bilik aku sama2. Sebab Cici kata dia takut sangat2.

.

Sejak peristiwa malam tu, segalanya berubah. Rumah aku yg dulu penuh dgn gelak tawa, kini berubah 360°!

Ada kalanya itu diri Cici. Tapi dalam sekelip mata, itu bukan diri dia. Dia berubah jadi watak yg agresif secara tiba2!

Hanya berpuncakan peristiwa tersebut, Ana dan Bella pun turut jadi mangsa keadaan.

Dan yang pasti, aku yg kuat semangat, hanya menjadi pemerhati dari jauh.

#Part2

Mak aku terangkan kat aku bahawa Cici terkena badi kucing pada malam tersebut. Sebab tu dia agresif tiba2 dok cakar2 orang. So mak aku ckp, aku kena kuat semangat kalau taknak kena kacau benda2 cmni. Aku pikirkan Cici nak berubah jadi CatWoman. Yela. Orang lain takut. Aku boleh pulak excited. Kecik2 dah pengaruh movie aku ni.

Aku dah mula faham situasi2 mcmni. Mula2 aku excited. Bila mak aku dah cerita, aku jadi takut semacam. Tiap2 malam aku nak tido tengah2 antara mak dan bapak aku. Tiap2 malam jugak aku pakai pampers sebab takut nak keluar pi toilet even aku dah darjah 6 masa tu. (Ok tipu je. Melampau nau tahap penakut kau)

.

Cici lemah semangat. Sama dgn kakak2 dia Ana dan Bella. Sejak dari peristiwa malam tu, dorang tak boleh pergi sebarangan tempat.

Bila ada kem, mesti mak aku ckp cmni.

“Tempat tu keras. Jangan pergi sana.” Beriya2 mak aku halang kalau dengar tempat2 yg tak kena dgn jiwa 3 beradik ni.

Aku pulak mcm biasa yg penuh dgn loya buruk sampaikan orang naik loya tekak nak melayan karenah aku.

“Kalau tempat tu lembut, habis la semua orang tengelam mak oii.. ” bidas aku. Ada je ayat aku nak mengenakan mak aku. Kalau 1 hari aku tak mengusik, mulalah 1 rumah ingat aku tumpahkan air kat buku kawan la, aku tumbuk muka kawan la apa la. Ada jee cara nak serkap jarang aku time tiba2 aku baik semacam. Yela. Budak lasak mcm aku ni, mana tau duduk diam. Kalau sehari tu tiba2 aku duduk elok sopan bertakafur atas sejadah, mmg org fikir aku lagi 3 jumaat je.

.

Sejak peristiwa badi kucing tu, Cici kerap sakit kepala. Sakit kepala dia bukan dari pagi sampai petang. Dia sakit kepala bila tepat jam 12 tengah hari, lepas asar dengan waktu magrib. Waktu ni je dia selalu sakit kepala teruk.

Masa ni mana ada sape2 fikir pape. Ingat dia migrain je. Tp dia sakit berlarutan sampai sebulan! Dia punya gaya tahan sakit tu, mcm rupa org gila aku tengok. Tengah elok2, tiba2 dia boleh jatuh sambil pegang kepala dia. Dia rasa mcm org menekan2.

So bapak aku amik keputusan nak bawak dia pi hospital. First masuk, doktor kata takde pape. Kali kedua masuk, takde pape. Sb waktu masuk hospital, Cici ok! Mmg sihat.

Sampai la 1 haritu, ktorg biarkan Cici stay kat hospital. Doktor kata kita panggil pakar otak nak scan kepala hotak si Cici ni. Waktu ni, aku lagi la teruja. Nak tengok otak Cici. Dia ni tak habis2 kutuk kata aku otak 3 suku la ape la. So aku nak tengok, otak dia full ke, 3 suku ke atau takde otak.

.

Semua pakar turun nak check Cici pagi tu. Sebab kes Cici kira mcm special case. Sb semua doktor tak dapat nak kesan pape.

Kepala hotak Cici di scan lagi sekali.

Waktu ni, doktor dapat jumpa something kt belakang kepala Cici. Ada benda yg “gelap” kat belakang tu. Tp doktor taktau benda apa. Doktor kata takpe. Nanti dorang pantau Cici secara berkala.

.

Tahun tu, Cici kena hadap UPSR. Tp nak study macam mana. Kepala dia sakit kaw2. Asal pi sekolah je, dia jatuh. So dia banyak tak datang sekolah sepanjang tempoh tu.

Waktu ni, doktor2 syak Cici barah otak. Dia minta izin utk tebuk kepala Cici. Tp sepanjang dia nak “tebuk”, ada je halangan. Maybe masa tu Allah nak selamatkan. Cici bukan barah otak. Tp ada benda yg dok kt belakang kepala dia.

Mak aku ni, dia ada firasat. Biasa la mak2. Dia punya instinct dia kuat kot. Dia rasa Cici ni bukan sakit biasa. Tp masa ni, family aku ni dalam pemikiran zaman extravaganza. Bukan zaman jajahan. Kitorang mana percaya benda2 ni. Apa sikit, kitorang refer teknologi dan sains je. Ah poyo.

So apa sikit, ktorg still nak refer Cici ni ke hospital. Sampai la waktu peperiksaan UPSR, Cici datang sekolah naik kerusi roda. Ditemani oleh 2 orang jururawat kat kiri kanan dia. Sb Cici mmg dibawah pantauan pihak hospital atas kes2 istimewa mcm ni.

.

Cici masuk dalam dewan berasingan. Dia duduk bilik khas. Hanya dia dan 2 orang jururawat sahaja . Selebihnya pengawas peperiksaan la yg awasi. Takkan dia bertiga je. Ok jgn pulak kau nak sebut malaikat kiri kanan, setan atas bawah semua bagai. Asal boleh sebut, ada je kau nak aku sebut dalam cite ni.

Kau agak2 Cici yg bengap tahap dewa tu boleh jawab ke lagi2 tak datang sekolah berbulan2. Confirm2 la dia takleh jawab. Dia cuma menangis sambil tekup muka atas meja.

“Awak tak boleh jawab ke?” Tanya ketua pengawas.

Cici cuma mengelengkan kepala.

“Awak cuba la jawab mana yg boleh.” Dia push lg si Cici.

Cici gelengkan kepala.

Aku rasa kalau ketua pengawas tu tanya lg sekali, mau kepala dia kena teleng.

Budak pandai, tp kalau tak study, bengap tu lain macam kot.

Elok ketua pengawas tu nak pusing, tiba2 pensel Cici laju bergerak. Fuh berdesup2 pensil dia tulis setiap jawapan.

Nurse yg memerhati tu, hampir pengsan tengok waktu tu. Aku rasa, maybe lepas dia tengok peristiwa ajaib tu, dia pulak naik kerusi roda. Si Cici tolakkan pulak. Tp benda ni berlaku dalam sinetron je. Real life, nurse tu cuma melopong je.

“Macam mana……..” nurse mula bersuara.

Tak sempat dia habiskan ayat, Cici terus jatuh.

Waktu ni la kami mula percaya bahawasanya, Cici bukan barah otak. Tp ada something yg bergayut dengan dia.

.

Cici dibawa ke rumah. Waktu ni, mak aku mintak baca ayat kursi je. Tiba2 Cici mendengus. Kitorang tak sedap hati.

Tiba2, Cici tunding jari dia kat almari bilik.

“Taa! Pi bukak almari tu!” Jerit mak aku. Aku kan assistant yg ada di mana2.

Laju je aku panjat sebab dia tunding almari atas. Belum sempat aku bukak, tiba2 almari tu terbukak dan sebuah buku jatuh. Nasib baik buku tebal tu tak hempuk dahi jendol aku dulu. Kalau tak, mmg berasap aku waktu tu.

Aku pun kutip buku yg jatuh kt lantai. Cici kata baca.

Satu per satu kitorang baca. Rupanya tu diari Cici. Apa yg terkandung dlm buku tu ialah apa yg tersimpan dlm hati Cici. Banyak la dia tulis. Aku mana ingat. Sekepoh2 aku, aku pandai kot jaga rahsia diari cinta org lain.

Tp dia tulis yg dia ada rasa sedih dgn mak pak dia. Rasa mcm dipinggirkan. Eh. Aku ni ha. Mcm2 kena pukul dgn mak pak aku sebab lasak. Sampaikan kadang2 aku rasa mcm aku bukan anak kandung dorang. Aku rasa mcm family aku tertukar anak la apa la. (Pergaruh sinetron indonesia lagi.) Ape tak nya. Asik kene rembat je aku ni. Tp mmg patut. Aku dulu lasak nauzubillah. Takde rupa anak perempuan.

.

Waktu ni Cici still under control. Bila bapak aku baca2, dia ok. Kembali pd normal. Takde agresif pape. Cuma diari dia aku dah baca, so mmg mendapat la kau hari2 aku mengutuk. Tak kisah la pasal cinta monyet dia ke, pasal dia hutang tiga puluh sen kat pakcik tebu tu pastu buat2 lupa ke ape ke, semua rahsia dia dalam kocek aku dah waktu tu.

So dia tak berani nak cari pasal dgn aku. Takut aku bocorkan je rahsia2 dia. Time ni la aku amik kesempatan nak peras ugut dia. Dia suka buli aku kot.

.

1 hari tu, aku balik dari sekolah. Aku sampai2 rumah, aku terkejut tengok Cici ada kat rumah! Eh awal balik?

Aku bagi salam. Tp aku tengok semua tengah diam. Mcm biasa laa. Kalau diam, aku fikir malaikat tengah lalu. Tp ni mcm lama je diam. Asal lak ni.

Aku tengok rumah aku penuh dengan lelaki2 dewasa. Aku syak tu semua cikgu2 sebab ada tag nama kat baju. Cici pun elok dgn baju sekolah dia lagi duduk atas kerusi sambil menunduk.

Aku kan kepoh. Suka menegur. Aku tegur Cici kenapa tunduk je dari tadi.

Belum sempat aku tegur, mak aku tarik aku ke belakang. Mak aku cakap , tu bukan Cici. Cici kena sampuk kat sekolah. Tu cikgu2 bawak balik ke rumah.

Aku tetap bekeras nak tengok Cici. Aku lari ke depan semula.

“Cici kau ok ke tak?” Tanya aku terus melulu ke depan.

Cici diam je. Masih statik menunduk dan tersenguk2 kepalanya mcm ala2 org berzikir.

“Cici! Asal kau diam?” Aku desak lagi sambil lari makin dekat ke arah Cici.

Lebih kurang lagi sejengkal aku nak tepuk bahu Cici, Cici terus angkat muka dengan mata merah dia!

“AKU BUKAN CICI!” Sergah Cici sampai tergelak2.

Masa ni aku bukan nak teriak Cici lagi, ni aku dah nak cirit dah ni sebab terkejut! Suara dia garau. Muka dia bengis. Mata dia merah semerah2nya. Dah la rambut kerenting. Mmg rupa mcm nenek kebayan waktu dia sergah aku mcmtu .

Aku terjatuh ke belakang. Cikgu2 laki tu kelam kabut tarik aku suruh lari gi belakang. Haa sibuk lagi. Kan tak memasal baju sekolah kau yg putih tu ada kesan coklat kat bontot sb tercirit. Dah la cikgu tu hensem kott. Terasa jatuh maruah aku sebagai seorang gadis. Entah2 dia jodoh aku ke. Kan tak memasal bila dah kawin, laki aku buat teroowwback saat2 perkenalan dolu2. (Eh sempat lak kau mengatal ye Taa. Kau nye tahap imaginasi ni boleh buat movie dgn Shamsul Yusof.)

Aku lari sembunyi belakang dinding. Sikap kepohchi aku tetap tinggi. Aku nak tau kenapa dengan Cici. Lepas aku panggil nama dia, Cici makin agresif.

Tiba2 Cici gigit lidah di sampai berdarah. Cikgu2 kat depan semua menjerit2. Cici sekejap merintih, sekejap meraung, sekejap marah2. Watak dia berubah2 time tu. Antara kesian dgn perasaan bengis. Aku pun taktau nak cakap mcm mana. Mcm ada 2 watak dalam diri dia. 1 tu dia, dan 1 lg bukan dia.

Cikgu2 tu jerit suruh mak aku ambik sudu sb lidah dan bibir Cici dah berdarah2. Dia dah gigit kuat sangat. Nasib baik aku ada. Mak aku pass sudu ke aku. Aku pun terus capai dan lari laju mcm masuk pertandingan larian pass baton. Kalau aku lambat, mau lidah si Cici tu terbelah dua. Mujur ada aku yg juara segala juara dlm rumah.

Cikgu2 laki tu pegang kuat tangan Cici. Kudrat Cici boleh kalahkan 8 orang laki waktu tu! Kalau ikutkan aku yg bodoh2 alam ni, aku memang teruja. Sebab aku mmg peminat cerita2 mcmni. Bila dapat tengok real, dalam hati aku mcm bersorak2. “Kuat gila Cici! Chaiyok2!” Sb aku fikirkan Cici nak berubah jadi Hulk ke atau mana2 super hero yg aku suka layan time kecik2 dulu. Sb waktu dia kena badi kucing tu, kan aku laju je fikir ingat dia nak berubah jadi Cat Woman.

.

4 orang pegang tangan Cici. 2 orang untuk sebelah tangan sahaja. Lagi 4 orang pegang kaki Cici. Mulut Cici dah berdarah2. Seorang cikgu ni terpaksa kopak mulut Cici. (kopak ke kopek aku pun tak sure nak guna tatabahasa yg mana. Tp cikgu ni cuba nk bukak mulut si Cici ni)

Muka cikgu tu merah sb maybe jari dia pun terluka waktu bukak mulut Cici. Bila mulut Cici terbukak, kelam kabut dorang letak sudu supaya Cici tak gigit lidah dia semula.

Aku sedih tengok Cici waktu tu. 8 orang laki hempap badan dia yg kecik tu sb kuasa dia mmg lagi kuat dari kudrat laki2 yg ada time tu. Dia meronta2. Kemudian tiba2 dia diam. Suasana kembali tenang seketika.

Masa ni, hanya seorang cikgu je aku nampak cool. Cikgu ni je yg paling berani. Aku letak nama dia dalam cerita ni sebagai Cikgu Badang.

Waktu Cici dah tenang seolah2 mcm tengah tido, Cikgu Badang ni panggil mak aku.

“Sy rasa ni bukan Cici. Sy mintak Puan amikkan air. Sy nak renjis2 sikit kat dia.” Arah Cikgu Badang kepada mak aku.

Aku seribu kali kesian tengok mak aku waktu ni. Dok berlari je dari tadi. Kalau aku tak tolong, aku rasa mcm anak tak guna. Jadi biarlah aku yg tolong amik. (Padahal aku kan mak kepoh. Asal boleh nyelit, aku menyelit je kat mana2 babak)

Aku terus hulurkan air. So dapatlah aku duduk tepi cikgu kacak a.k.a jodoh akukah itu? Lagipun tengok Cici macam dah tenang je.

Cikgu Badang ni terus baca2. Masa ni Cici dah mula gerak2. Kaki2 dia goyang2. Kepala dia tersenguk2.

Cikgu ni baca lagi kuat bacaan ayat kursi sambil renjis 1 badan Cici. Waktu dia renjis badan Cici, Cici laju bangun duduk 90° menegak dengan mata tajam tepat ke arah Cikgu Badang.

Cikgu Badang teruskan bacaan dia.

“Allahula ila hailla huwal haiyul qaiyumm… Laa….”

Belum sempat dia sambung ayat tersebut, Cici terus sambung ,

“Laa ta’ khuzuhu sinatuw walaa nauumm….” Cici sambung sampai habis dengan pandang mata seolah2 memerli cikgu tu.

Habis je dia mengilai2 terus dia bersuara,

“KAU INGAT AKU TAKUT?! KAU TAK AMALKAN DOA TU, TAPI ADA HATI NAK HALAU AKU?????!!” jerit Cici dengan suara yg menyeramkan bulu roma aku sambil mata dia melirik tepat ke arah aku pula.

“Eh bukan aku yg baca. Cikgu tu yg baca.” Aku dah cuba nak selamatkan diri.

Menyesal aku duduk sebelah. Tak memasal kali ni seluar aku lencun habis! Ini bukan cobaan dah ni. Kelam kabut aku mencanak lari peluk mak aku. Aku pikirkan mak aku nak peluk aku. Tapi mak aku pegi piyal telinga aku 360°. Kan dah mendapat! Degil sangat!

.

Cici terus mengilai2 tak ingat dunia. Suara dia lebih menakutkan daripada dalam filem2 hantu tu. Kalau korang tengok cerita Conjuring, mcmtulah suara dia. Mmg real! (Cerita Conjuring mmg guna suara rakaman asal pemilik si empunya badan yg kena rasuk tu. So kalau korang layan cite ni tengah2 malam, aku yakin, bukan setakat cirit atau lencun seluar korang, tp dengan korang2 yg lemah semangat boleh kena kacau!)

Kemudian , dia menyanyi2. Dia nyanyi lagu Ulik Mayang sambil buat tarian lemah gemalai. Masa ni bulu roma aku dah tak larat nak berdiri dah. Rupa tangan masing2 mcm kulit ayam tanpa bulu dah ni! Meremang dengar suara nyanyian dia!

Dia memerli2 orang2 sekeliling yg tengah baca ayat suci AlQuran. Cici lagi hebat mengaji! Dia boleh betulkan org2 yg salah baca waktu tu. Surah yassin? 1 buku tu dia baca tanpa tengok. Releks je.

Waktu ni, aku tengok semua cikgu2 dah putus asa sb “benda” dalam badan Cici tu degil dan kuat!

.

Masa ni aku tak terfikir mana bapak aku. Sebab yg tinggal kat rumah cuma aku dgn mak aku. Aku pikir bapak aku pergi kerja. Tp aku lupa waktu tu bapak aku pi kursus kat Perak ke Ganu ntah waktu tu.

Bila tengok usaha tak membuahkan hasil, cikgu ni minta call bapak aku. Mula2 mak aku taknak call sebab takut bapak aku terkejut. Bapak aku takleh terkejut2. Kang dia drift dari Ganu nak ke Melaka, mau 45 traffic light dia langgar. Kalau bab family, bapak aku mmg No 1! Dia sanggup tinggal kerja dia semata2 kerana keluarga.

Mak aku terus angkat gangang telefon. Aku tengok jari jemari mak aku menari2 atas keypad telefon seolah2 tengah beragogoo ke rentaknya. Mak aku mengigil2. Terketar2 nak telefon. Yela. Kat sini dah 1 hal. Bapak aku jauh ni. Apa2 berlaku kat tengah jalan, lagi 1 hal. Macam2 lak yg bermain2 kat fikiran mak aku waktu tu. Terperangkap dlm 2 keadaan. Ibarat diluah mati emak, ditelan mati bapak. (Aku rasa peribahasa aku guna ni kena kt situasi mak aku waktu tu walaupun atuk dan nenek aku takde kaitan dlm cerita ni)

“Hello?” Aku dengar suara garau bapak aku dari corong telefon. Suara bapak aku ni mmg mcm pakai speaker. Dia kalau teriak marah aku mandi lambat, mau 2 3 hari aku tak keluar rumah sebab 44 rumah kiri kanan hadapan dan belakang semua dengar bapak aku jerit nama aku. So jiran2 aku mmg tau , kalau dengar bapak aku jerit tu, confirm2 aku punya hal lah tu.

“Yang. Awak kat mana?” Tanya mak aku mula basa basi bagai. Ikutkan aku, nak je aku rampas fon direct cakap. Tp nasib baik bapak aku ni garang. Nak cakap mmg kena tertib.

“Kita baru sampai Ganu lah ni. Kenapa? Anak2 ok? Bella dan Cici dah balik sekolah belum?” Tanya bapak aku.

Mak aku cuba kawal antonasi suara. Dia takut kalau bapak aku terkejut.

“Yang.. Cici kena sampuk lagi. Ni banyak cikgu2 hantar dia balik. Dari tadi sama je. Cici tak berubah2. Cikgu2 dah nak balik. Kita taktau nak buat apa ni.” Dihujung2 suara , mak aku dah mula tangkap leleh mcm dalam drama “cintaku tak direstui”.

“APA? KITA PATAH BALIK SEKARANG JUGA!”

Aku waktu dengar bapak aku jerit kat dalam telefon, lagi seram dari suara Cici tadi. Suara bapak aku ni la yg selalu merentap jantung aku hari2 sb aku kan semua benda juara. Juara kepoh, juara paling nakal. Kalau juara hafazan Quran, takde la aku gerun dengar suara bapak aku cmtu.

Waktu dengar bapak aku kata nak patah balik, tiba2 muka Cici takut. Dia takut semacam. Tiba2 dia duduk kat bucu.

“Kau takut ke?” Tanya cikgu Badang seolah2 memerli Cici.

Cikgu Badang mmg kawan baik bapak aku. Dia tau bapak aku ni mmg kuat luaran dan dalaman. “Benda” dalam badan Cici ni mmg takut bila dengar nama bapak aku. Bapak aku ni mmg pengamal ayat2.

Cici mengigil dan cuba nak lari luar rumah. Tapi tiba2 azan Zuhur berkumandang. Cici menjerit2 lepastu terus jatuh. Kesemua lapan2 cikgu tu angkat badan Cici letak atas tilam semula. Masing2 kata biarkan. Jangan baca2 buat sementara waktu. Tunggu bapak aku balik.

Selang 15 minit, tiba2 telefon rumah aku berbunyi.

Mak aku pun angkat. Yela takut bapak aku call balik.

“Assalamualaikum puan. Puan ni penjaga Ana ke?” Tanya seorang wanita dari corong telefon.

“Wa’alaikumusalam. Ya saya. Ni siapa ya? Ana kenapa?” Masa ni aku tengok muka mak aku dah cemas. Asal pulak dengan Ana??

“Macamni Puan. Sebenarnya Ana kena rasuk. Dia kena sampuk dari pagi tadi. Sampai sekarang dia tak pulih2. Kami semua dah putus asa nak membantu. Kami minta puan tolong datang ke sini boleh? Jangan risau, nanti kami minta pensyarah2 lelaki tolong kawalkan Ana.”

Waktu tu , aku tengok mak aku dah longlai. Jatuh kat tepi bucu meja telefon. Mengigil2 badan. Cici tak settle lagi. Bapak aku masih di tengah2 jalan. Sekarang Ana pulak?

Ana belajar kolej di KL. Siapa nak amik dia? Mak aku tak reti drive.

Ah aku buntu! Mak aku seribu kali buntu! Waktu ni aku rasa mcm anak tak guna sebab tak boleh nak bantu apa2.

Elok mak aku tengah menagis teresak2 kat tepi meja tu, tiba2 Bella balik sekolah dengan menagis2.

Muka dia penuh kesan cakar.

Eh kau ni kenapa pulak?! Asal dengan korang 3 beradik ni? Arghh! Aku runsingg!!!!!

#Part3

“Bella! Kau kenapa?” Aku lari terus ke arah Bella.

Muka dia merah! Bercalar2 mcm kena cakar.

Bella cuma nagis teresak2. Cici belum settle. Kau pulak buat drama. Kau jangan main gila Bella! Time2 mcmni boleh pulak kau bergaduh cakar2 kat sekolah. Marah aku acah2 mcm Bawang Merah.

Mak aku terus lari ke arah Bella.

“Bella, kenapa dengan muka Bella ni? Cuba cerita kat Ummi.” Tanya mak aku dengan penuh keibuan ala2 lakonan mantap Wan Maimunah.

Mak aku cuba tenangkan diri Bella supaya mak aku boleh tangkap butir2 patah perkataan yg ingin dikatakan tu.

“Ummi.. muka Bella sakit. Rasa mcm kena cakar2. Pedih sangat2.” Kata Bella sambil teresak2.

Allah… Sape pulak yg cakar kau ni? Pelik2 la korang adik-beradik ni.

Mak aku arahkan aku pi mandi sama2 dengan Bella. Aku yg dari tadi ada tompok cirit pun tak cuci2 sejak balik dari sekolah tu. Dok mengepoh je keje. So mak aku suruh mandi bersihkan diri. Solat pun tak lagi.

Aku pun pergi mandi sama2 dengan Bella. Masa ni takut tahap maksimum dah. Malu tu semua tolak ketepi. Mandi kerbau ke mandi gajah ke aku dah tak kisah. Janji lepas mandi, aku nak pi jadi saksi kejadian depan mata aku. Aku taknak missed semua babak. Nasib baik aku tak solat. Aku tunggu Bella solat dulu.

Masa mandi tu, Bella ada cakap yang dia ada rasa something. Dia takut sangat2. Aku tengok peha Bella penuh kesan biru. Dia ni pun sama kategori telur Humpty Dumpty mcm si Cici. So bila dia tunjuk peha dia tu, aku nak tergelak pun ada.

“Kau gemok sangat. Tu drakula hisap darah kau.” Aku usik Bella. Setepek aku kene tempeleng. Si Bella ni tangan dia laju bab2 teleng kepala orang. Lagi2 tengah genting macamni, boleh pulak aku nak buat lawak. Memang mendapat la.

.

Tiba2 mak aku teringat Ana. Kelam kabut mak aku call bapak aku.

Elok line masuk je kat bapak aku, laju je bapak aku angkat.

“Kenapa lagi yang? Kita on the way ni. Kita bawak laju dah ni. 2 3 kali kita nak accident. Awak call buat kita tak tentu arah lah!” Aku dengar suara bapak aku kemain kuat lagi dalam telefon. Kalau telefon rumah tu boleh volume down, dah lama aku slowkan. Aku mmg lemah semangat dengar suara bapak aku ni.

“Yang. Awk bertenang. Hati2. Cici dari tadi baring tak sedar2. Bella pun dah balik sekolah. Cuma sekarang Ana. Dia pun kena sampuk kat kolej. Lecturer dia suruh amik dia kat sana.” Nafas mak aku turun naik waktu nak cakap kat bapak aku.

“ALLAH!! Takpe. Balik ni kita amik Ana dulu. Awak jaga anak2 baik2. Mintak mana yg ada tu stay dulu tunggu kita sampai. Awak dengar ke tak ni?!” Tanya bapak aku sebab mak aku dok tangkap leleh je dari tadi.

“Dengar.. Awak pun hati2 yang. ”

Ahh. Bila dikenang waktu genting masa ni, aku rasa sebak! Sebak sangat2. Dalam keadaan aku yg masih bersekolah, hanya mampu jadi pendengar dan pemerhati je. Selebihnya aku takde kudrat! Jadi aku kena kuat semangat! Mak aku dah lemah sangat ni.

.

Aku duduk tepi Cici. Aku menagis sepuas-puasnya waktu tengok wajah Cici. Sedih sangat2.

“Cici! Kau kena kuat semangat. Kesian la kat mak bapak aku. Kakak kau pun kena sampuk. Kalau semua kena sampuk, siapa nak tolong!” Aku menagis puas2.

Cici cuma mendengus. Dengusan dia ibarat dengusan serigala. Jari tengah dia dok mengeletik2.

.

Dalam pukul 7.30 malam, aku dengar kereta bapak aku masuk di kawasan parkir kereta. Aku dengar bapak aku menjerit.

“Yang! Tolong kita ni!” Jerit bapak aku dari luar.

Berlari mak aku keluar. Tengok2 Ana tengah longlai dalam kereta.

“Allah! Awak bawak Ana sorang2 ke Yang? Dia tak agresif ke?” Tanya mak aku.

“Tadi lepas kita baca2 kat dia, dia ok. Waktu azan Magrib tadi dia start meracau balik. Cepat tolong angkat dia ni.” Arah bapak aku.

Mak aku bukak pintu. Cuba tarik Ana keluar tapi berat! Ana tengah kejung. Sebelah kaki dia terlipat. Sebelah lagi kejang lurus je. Tangan dia pula elok bersilang dengan jari telunjuk dia tegak macam org buat yoga! Sebijik mcm patung Buddha.

Allah! Mcm mana nak keluarkan Ana ni. Dia keras ni. Berat sangat2.

Bapak aku baca2 kat telinga Ana. Ana mula cakap bahasa asing. Puas aku nak faham.

Waktu semua orang tengah sibuk hadap Ana kat kereta, Cici terus bangun duduk membongkok dengan rambutnya jatuh ke depan.

Dia tersenguk2 mcm biasa sambil tepuk2 tilam dengan kedua2 tangan dia.

Aku dah taktau sama ada nak tengok siapa. Nak tengok Cici ke atau nak tolong mak bapak aku. Aku serba salah! Buntu!

Aku tengok Bella. Bella muka dah takut sangat. Aku suruh Bella kuat semangat. Duduk sebelah aku. (Padahal aku yg nk semangat sebab aku memang takut. Aku tak boleh control dah ni even aku dah siap2 pakai pampers utk segala mcm kemungkinan)

5 orang lelaki tolong bapak aku angkat Ana dari dalam kereta. Kau bayangkan, mcm mana org usung patung Buddha, macam tu la dorang angkat Ana! Ana statik kejung mcmtu!

Semua letak Ana kat tilam sebelah Cici. Cici cuma senyum2 sinis pandang Ana.

“Yang! Kita nak mandi dulu. Kita bersihkan badan. Awak dgn yg lain2 tengok dorang dulu! Suruh anak2 yg lain masuk bilik!” Kata bapak aku.

So aku pun yg terkenal dengan sikap mentaati ibu bapa, terus seret2 adik2 kecik aku masuk dalam bilik.

“Kau semua, duduk dalam bilik! Akak nak tolong Led dgn Umi. Kau keluar, siap kau. Akak panggil hantu ni kacau kau!” Amaran aku pada adik2. Padahal bapak aku suruh aku masuk sekali. Tp aku taknak. Aku nk sembunyi belakang dinding sebab nak tengok jugak! Haihh degilnye kau Taa kecik2.

.

Bapak aku keluar dari toilet, terus pakai pakaian bersih. Dia solat dulu. Kemudian terus ke ruang tamu semula.

Waktu ni Cici masih dok sengih2 pandang tepat ke arah Ana. Ana pulak kejung tak bergerak2!

Bapak aku terus azankan sorang2. Bila azan, dua2 suara bergabung! Mmg meletup! Naik pecah gendang telinga aku dengar suara dorang mengilai. Nyaring dan menyeramkan!

Habis je azan, dua2 jatuh rebah.

“Assalamualaikum Ana Binti Selamat.
Assalamualaikum Cici Binti Selamat. Dengar tak suara Walid ni?” Tanya bapak aku.

Aku tengok Ana dan Cici cuba bukak mata.

“Ana .. Cici… ni walid ada ni. Bukak mata nak. Kuatkan semangat.” Aku nampak di hujung2 mata bapak aku menitik air mata. Segarang2 bapak aku, air mata dia tumpah jua kerana keluarga tercinta.

“Walid!!” Ana dan Cici terus peluk bapak aku.

“Walid… Badan Cici sakitt.. Tangan Cici tak larat. Kaki Cici semua rasa sakit2.” Sayu je suara Cici.

Aku dah tangkap leleh. Aku terus lari ke depan peluk Cici. Sebab aku tau tadi 8 orang lelaki hempap badan dia. Gila kau tak sakit. Kau baru pijak Lego pun dah menjerit. Ini 8 orang lelaki dewasa hempap badan seorang gadis kecik!

Aku belek2 tangan Cici. Bengkak! Habis biru2 badan dia. Lagi kuat aku menagis waktu Cici seolah2 merintih kat aku mintak aku yg jagakan dia. Dia taknak lelaki pegang dia. Sakit. Dorang pegang kuat.

Ana pulak macam lemah. Penat kot benda tu buat kejung badan. Semua tenaga memang habis. Lain la boleh caj balik.

Elok tengah babak sentimental, saat Ana tengah peluk Cici, tiba2 Ana jadi agresif! Dia cekik leher Cici. Muka Cici dah merah! Waktu ni takde sape perasan sebab ingat dah reda.

Lidah Cici dah terjelir. Tiba2 suara Ana berubah jadi garau.

“BAIK KAU MATI! KAU BUKAN ADIK AKU!” Jerkah Ana pada Cici sambil tangan dia cekik leher Cici.

Menjerit2 orang dalam rumah aku. Semua tarik Ana. Tapi Ana kuat! Benda yg ada dalam badan Ana lebih kuat dari badan Cici. Dia tepis guna sebelah tangan, tergolek2 lelaki2 sasa yg nak cuba bantu.

Bapak aku terus pegang kepala Ana baca2 kat telinga dia. Ana menjerit2 sambil pandang tepat kat mata bapak aku.

“SEMUA NI SALAH KAU! KAU PUNCA SEMUA NI! BUDAK2 NI BAWAH KAWALAN TUAN AKU! BUDAK2 NI AKAN MATI!!! KAU FAHAM TAK?!”
Suara Ana dah mcm suara lelaki tua yg penuh dengan kebencian pada bapak aku.

Bapak aku terus baca lagi kat telinga Ana.

Waktu ni, badan Ana dah melentur ke belakang seolah2 “benda” tu cuba nak lipat badan Ana!

“Walid sakit!! Tolong Ana!!” Tiba2 Ana merayu2 menagis.

“BUDAK NI AKAN MATI! AKU AKAN LIPAT2KAN BADAN DIA.!!” Suara lain pula yg keluar.

Kepala Ana dah hampir melentur ke paras pinggang belakang!

“Sakittt! Walidd sakit!! Tolonnggg!” Berubah2 suara Ana. Antara dia dan “benda” tu.

Makin kuat bapak aku baca, makin sakan Ana merintih mintak simpati.

Bapak aku teruskan baca sampai “benda” tu hempas badan Ana!

Allah!! Kuat badan Ana terhempas atas lantai.

Masa ni aku tengok bapak aku pulak dah longlai. Dia jadi lemah semangat saat Ana pujuk rayu . Benda tu tengah main2kan bapak aku!

Ana terus duduk. Tergelak2.

“KAU TAKUT KAN BUDAK NI MATI? ASAL KAU TAKUT?! BUDAK NI MILIK AKU!!! AKU AKAN BUAT KAU GILA!!” kata Ana sambil cakar2 muka dia.

Waktu dia cakar muka, waktu ni lah Bella menjerit2.

“Sakit!! Sakit!!” Pedihh Ummi! Muka Bella pedih!!” Menjerit Bella dengan muka dia merah dan penuh kesan cakar.

Rupanya, saat Ana cakar muka dia, Bella yg terkena!

Ana mengilai2.

“HAHAHAHAHAHAHA! BUDAK TU KUAT SEMANGAT! AKU TAK BOLEH MASUK! TAPI DARI BADAN KAKAK DIA NI, AKU BOLEH SEKSA DIA!!” Ana tergelak2 tengok muka Bella merah penuh dengan kesan cakar.

Benda ni kuat! Bapak aku tak boleh ! Bapak aku bukannya orang2 pengusir sihir ke atau apa2 jin. Baca2 mcmtu boleh la. Tapi nak keluarkan benda alah yg kuat nak mampus ni, kena mintak tolong.

.

Semua cikgu2 dan jiran tertangga yg ada waktu tu cuba membantu. Masing2 call ustaz masing2. Tak kurang juga ada yg call bomoh!

Waktu tengah call, Ana dan Cici bergelak sakan. Seolah2 tak takut pun.

“PANGGIL LAA! AKU TAK TAKUT PUN! SEMUA TU KAWAN2 AKU!.” Gelak2 si Ana sambil tepuk2 lantai.

.

Selang 20 minit, datang seorang ustaz tua. Berumur dah. Dia datang sorang diri dan perkenalkan diri dia sebagai Ustaz Zain.

Ustaz tu duduk jauh je dari Ana dan Cici. Sikit pun tak pegang. Dia baca2. Ana dan Cici gelak2.

“Tuan Syed, tolong bawakkan sy lada hitam. Sekarang!” Arah Ustaz Zain pada bapak aku.

So aku yg mmg sentiasa get ready ni, terus lari ke dapur amikkan lada hitam. Aku letak dalam piring. Terus aku berlari mcm kena kejar hantu. Terjatuh2 semua lada hitam. Lampu semua aku tinggalkan. Tak berani dah nk tutup atau toleh belakang.

Aku terus hulur ke bapak aku.

Ustaz tu amik lada hitam tu dan letak di jari tengah kaki Ana. Dia terus baca2.

Waktu ni, Ana 100% berubah suara! Kau penah layan cite Conjuring? Macam mana badan org tu terangkat mcm nak kena sentap nyawa je rupa, mcm tu lah Ana.

Dada dia terangkat mcm dalam babak movie yg perlukan tali utk angkat pelakon tu. Tapi ni tak perlu! Ana mmg terangkat sendiri!

Ana mula cakap bahasa Tamil. Laju! 1 butir tak faham! Kemudian dia mintak konon2 nak kertas dan pen.

Ana tulis bahasa Tamil! Laju dia tulis macam profesional. Kemudian dia jatuh!

Waktu dia jatuh ni, tiba2 kedua2 belah tangan dia terangkat mcm tengah buat simbol ular tedung. Dan suara dia “zzzzzzzz.” Lidah dia terkeluar. Memang gaya mcm ular!

Mata Ana elok je pejam. Tapi tangan dia dok lentok sana sini persis ular.

Bapak aku cuba nk dekat dengan Ana. Terus tangan Ana seolah2 patuk tangan bapak aku. Menjerit bapak aku. Padahal tangan je! Tp bapak aku kata tangan dia sakit. Tak boleh gerak! Waktu ni aku nampak wajah bapak aku memang merah semerah2nya. Dia kata sakit.

Bapak aku tetap baca2 kat tangan dia sebab tak boleh angkat langsung waktu tu.

Ustaz tu baca lg kuat sambil tekan jari kaki tengah Ana dengan lada hitam. Ana menagis2. Sekejap merayu. Sekejap menyumpah2 dalam bahasa yg tak difahami.

“SAKITTT!!!” Garau gila suara Ana. Dia jerit macam orang tengah sula dia pulak. Padahal pak imam tu pegang je jari tengah kaki dia.

.

Elok masing2 tengah leka dengan Ana, Cici pulak bangun.

Terus bersilat. Eh kau ni dah kenapa pulak? Sekejap hantu Ulik Mayang. Sekejap jadi pahlawan. Kau jadi hantu pun taktau ke nak kenal identiti sendiri?!

Bella pulak bersila tersenguk2 mcm kena goyang2 dengan something.

Bapak aku dah jatuh terduduk. Ustaz Zain pulak dah lap air peluh kt dahi.

Elok ustaz Zain leka, Ana terus lari laju ke tengah2 jalan2.

“ANA!!!” jerit bapak aku.

.

Ana lari laju keluar rumah!

Waktu ni, Ustaz Zain suruh bukak pintu luas2. Dia nak halau benda tu malam tu jugak. Tapi Ana pergi lari terus ke jalan raya. Jauh jugak dia lari. Aku pikirkan dia dah terbang kena bawak lari pontianak ke ape ke. Kalau tak, nak jugak aku rakam. Sebab waktu tu memang ramai yang rakam kejadian tu kat rumah aku.

Nasib baik waktu tu rumah aku penuh dengan lelaki. Jiran2 mmg ada kat luar nak membantu. Lagi2 budak2 muda ni banyak yamg berkenan kat si Ana ni sebab Ana kan boleh tahan cun. Time ni la masing2 pakat nak tunjuk hero. Semua tarik Ana. Angkut badan Ana masuk semula ke dalam.

.

Ustaz Zain kata, benda ni kuat. Degil! Kena guna cara lain.

“Kita nak usaha cara mcm mana lagi pak ustaz?!” Tanya bapak aku yg dah mula meleleh2 air mata.

Aku kat tepi dinding dah tak tahan air mata tengok mak bapak aku. Mak aku dah tersandar. Mungkin darah tinggi dia dah naik. Dia dah gelap mata.

“Kita cuba bagi benda ni “offer” cara lembut. Kita cakap dengan dia.” Cadang Ustaz Zain.

Ana dan Cici elok rebah di pembaringan. Tapi dengusan dia kasar dah membuktikan itu bukan diri mereka lagi.

Ustaz Zain suruh mak aku bawak Bella jauh dari situ sebab boleh jadi dua2 benda yg kuat kat badan Ana dan Cici tu boleh bunuh Bella dalam diam.

.

Ustaz Zain mula baca2. Kemudian dia mula sesi soal jawab dengan “benda” yg ada dlm badan Cici dulu. Sebab yg ada kat Cici ni macam lembut sikit berbanding dalam badan Ana.

“Assalamualaikum!” Tanya ustaz Zain pada Cici. Cici cuma mendengus.

“Kau jin islam atau kafir? Aku bagi kau tawaran. Kalau kau ucap syahadah, kau kena berjanji bahawasanya kau tak akan masuk lagi dalam badan anak gadis ni semula. Jika kau ingkar, akan aku musnah seluruh bala tentera kau!” Arah ustaz Zain sambil duduk betul2 tepat berhadapan dengan Cici. Aku tengok mcm dah nak angkat nikah je gaya.

Cici tersenguk2. Gelak ketawa mcm memerli. Kaki Cici melunjur ke arah Ustaz tu.

Ustaz tu terus amik lada hitam dan tekan semula jari tengah Cici. Menjerit2 benda dlm badan Cici.

“BAIK2! AKU TAK SANGGUP DAH! AKU TAK SANGGUP! AKU TERIMA TAWARAN KAU. AKU AKAN KELUAR DAN BERJANJI TAK AKAN MASUK KEMBALI DALAM BADAN BUDAK INI!” Cici bersuara seperti kepanasan.

“TAPI URUSAN AKU BELUM SELESAI DENGAN LELAKI NI!” Cici tunding tepat kat muka bapak aku. Kemudian, Cici terus jatuh.

Waktu benda ni keluar, berangin 1 rumah aku. Ustaz Zain dah cakap, jangan ada sesiapa duduk depan pintu. Takut benda ni masuk ke badan orang lain pula. Benda tu seolah2 melintas naik helikopter je. Tersentak masing2. Laju gila. Angin yang lalu tu pun bukan angin biasa2. Memang terpacak2 semua bulu.

“Alhamdulillah. Benda tu dah keluar dari badan Cici. Skg, bawak Cici jauh dari sini!” Arah ustaz Zain. Waktu ni ustaz Zain dah urut2 dada. Aku tengok dari cara dia, dia pun mcm cuak. Tp dia cuba nak membantu.

“Assalamualaikum!” Ustaz Zain mulakan perkara yg sama mcm dia buat kat Cici.

Ana cuma gerak2kan jari tengah dia dengan kepala menunduk.

Ustaz tu bagi tawaran yg sama pada Ana. Ana cuma diam.

Ustaz tu tanya soalan lain.

“Kau datang dari mana? Kalau kau datang dari hutan, kau kembali semula pada tuan kau! Jika kau datang dari laut, kau kembali pada tempat asal kau. Tempat kau bukan dalam badan budak ni!” Ustaz Zain mula meninggikan suara.

“KAU JANGAN MASUK CAMPUR! INI URUSAN AKU DENGAN LAKI NI!” tunding dia tepat pada wajah bapak aku.

Aik? Masing2 macam ada urusan je dengan bapak aku? Kalau ada urusan, datang le pejabat bapak aku. Bukan buat onar macamni. Pening aku dok memikir kata2 benda tu.

“Siapa yang hantar kau? Apa sebab kau marah sangat pada laki ni?”

“AKU AKAN PERGI. DENGAN BAWAK NYAWA2 BUDAK2 NI SEKALI! KAU TAKDE URUSAN NAK TAHU! YANG PASTI, BUDAK2 NI AKAN MATI! AKU AKAN BUAT SAMPAI LAKI NI GILA!!!” Merah menyala mata Ana. Urat2 mata dia mcm dah nak terkeluar aku tengok.

Aku dah tak sanggup . Aku takut. Aku dah mula menggigil. Aku dah tak ingat pesan mak aku. Aku terus lari keluar duduk tepi longkang. Aku takut. Badan aku mengigil2. Adik2 aku semua dah lena mcm takde apa2 berlaku.

Elok aku tengah menagis teresak2 kat luar rumah, datang seorang pakcik tua.

“Kau jangan takut. Kau je penguat semangat dalam rumah ni sebenarnya. Benda tu tak boleh masuk dalam badan bapak kau dan kau. Sebab tu dia masuk kat 3 beradik ni nak buat keluarga kau pecah belah!” Kata pakcik tua ni.

Aku tetap takut. Aku taknak masuk. Aku dah takde idea nak berlawak. Aku jadi mcm bodoh. Bodoh sebab tak boleh nak tolong mak bapak aku!

“Masuk dalam cepat. Mak bapak kau perlukan semangat kau! Kalau kau lemah, benda tu masuk dalam badan kau nanti. Kau kena kuat! Pergi tengok Ana cepat!” Pakcik ni mula kuatkan suara pada aku.

Aku dah lemah. Dalam keadaan longlai, aku masuk semula ke dalam rumah. Aku tengok Ana masih sama. Degil! Taknak keluar.

Aku tengok dari jauh. Aku cuma jadi penyumbang air mata je. Orang2 sekeliling aku semua menagis. Sb benda dalam badan Ana mcm sedaya upaya nak patah2kan badan Ana! Aku dah tak sanggup nak tengok. Aku bukan kuat semangat sangat. Bila tengok realiti depan mata, aku takut. Hanya Allah je tahu betapa cuak aku waktu tu. Lagi2 dalam keadaan aku yg tak bersih waktu tu.

Kemudian aku taktau apa offer kedua yg ustaz tu bagi. Tiba2 aku cuma rasa angin laju lalu sebelah aku. Nasib baik aku duduk tepi. Kalau aku statik depan pintu, mau dengan aku2 terpelanting dek dipukul angin setan kentut setan tu.

Aku tengok Ana dah sedar. Menagis2.

“Tuan Syed. Macam ni. Sy rasa budak2 ni kena tuju2. Benda ni nak tuju pada tuan. Sy taktau sebab apa. Tp budak2 ni lemah semangat. Sy mintak tuan dan ahli keluarga tuan kuatkan semangat. Sebab matlamat utama si pengirim adalah untuk buat family tuan menderita.

Sy cuma boleh bantu apa yg termampu. Tp benda tu akan datang kembali selagi urusan dia tak selesai. Dengan syaitan kita tak boleh berkompromi. Tapo sy akan cuba ubatkan dari jauh malam ni. Sebab tgk malam ni semua dah ok. Boleh rehat2 dulu.” Berjela ustaz ni cakap kat bapak aku. Bapak aku cuma gelengkan kepala. Hasad dengki manusia, siapa boleh halang?

“Satu lagi. Sy minta, kalau anak2 ni tengah meronta2, jangan pegang tangan dia kuat2. Ikutkan rentak badan dia. Follow rentak tangan dan kaki dia. Jika kita memaksa, yg sakit tu bukan benda tu. Tp badan anak ini. Cuba tengok. Bengkak2 badan mereka. Tolong ikut rentak dorang . Jangan cuba lawan sebab nanti badan dorang boleh ranap.” Pesan ustaz Zain.

Bapak aku cuma angguk kepala je.

Selesai je malam tu, semua orang balik ke rumah masing2. Kami 1 keluarga tido berjemaah kat ruang tamu. Sebelum ustaz tu balik, dia ada tabur garam kalau tak silap aku, kat sekeliling rumah. Dia kata, nanti dia akan ubatkan dari jauh sebab benda tu masih ada dekat2 sini lagi.

Malam tu kami tido dengan linangan air mata. Aku peluk kuat2 badan Cici. Aku taknak kehilangan dorang. Dorang kena kuat. Kalau aku yg kecik boleh kuat, kenapa dorang tak kuat! Aku marah2 diri aku sampai la aku tertido.

.

Dalam pukul 3 pagi, telefon rumah aku berdering. Bapak aku laju terus bangun. Aku yg memang telinga lintah terus bukak mata.

Yang lain2 dah penat. Tak sedar. Aku dengar ustaz Zain telefon.

“Hello Tuan Syed. Sy mohon maaf. Sy tak boleh teruskan! Benda ni kuat. Sy tak boleh tido. Badan sy penuh kesan cakar2. Bumbung rumah sy mcm nak roboh dengan mcm2 bunyi. Sy harap tuan boleh jumpa orang yg selayaknya!” Ustaz Zain terus matikan telefon.

Bapak aku terduduk. Aku cuma pandang terkelip2 melihat bapak aku yg dulu aku takut dengan wajah bengis nya, dengan pandangan simpati.

“Sabarlah walid. Sesungguhnya Allah tengah uji kita.”

.

Pagi esok, semuanya normal. Penuh dengan gelak tawa. Aku pun seronok! Ana, Bella dan Cici elok je seronok.

Tepat jam 12 tengah hari, tiba2 Cici sakit kepala lagi .

Ana pula jadi lapar semacam kat meja makan. Habis semua atas meja dia lahap tiba2! Bella muka mcm nampak hantu.

Aku dah terkebil2.. Aku ingatkan dah ok, rupanya tak! Benda tu masih ada kat badan dorang! Arghhh!! Sampai bila benda ni nak berdamping!!!!

KAU NAK APA SETANNN!!!

.

#Part4

Ana tengah laju lahap makanan atas meja guna dua2 tangan. Aku nak tegur pun tak berani.

Mak aku tengah jaga Cici dalam bilik sb tiba2 dia pening. Cici ni kalau dia nak jadi, dia ada intro dulu. Dia akan cakap kepala dia pening sangat2. Bella pulak ada deria rasa yg kuat. Dia tau benda tu nak datang. Dia akan bagitau cepat2 kat mak bapak aku.

Waktu ni, semua tengah tengok Cici. Aku lak diarahkan teman si Ana makan. Tp aku tengok Ana makan mcm rakus. Ibarat harimau kelaparan. Berterabur2 nasi! Bila nasi jatuh, dengan kat atas lantai semua dia kaup! Arghh gila pengotor kau setan! Kau ni setan gred berapa?! Takde class langsung gaya kau.

Aku slow2 jalan ke belakang. Setapak demi setapak. Orang kata, bila kita dah ketakutan, ketar lutut kaki. Lutut aku ni bukan setakat ketar. Habis semua skru tercabut! Kalau pasang lagu MJ , nak je aku seret2 kaki ke belakang ikut gaya cmtu.

Baru aku langkah 2 3 tapak, Ana terus angkat muka dia!

“KAU NAK PERGI MANA?!” Sergah Ana kat aku dengan mulut penuh dengan nasi berterabur. Selekeh ar kau Ana! Kalau ni betul2 kau, mmg aku dah teleng kepala kau ni.

“Hah?” Terlompat aku. Suara nak jerit tak keluar. Seolah2 tersekat. Aku cuba kuat. Lawan! Lawan! Benda ni suka menakut2kan org je. Dia bukan boleh buat apa.

Ana cengkam cawan kaca kat atas meja tu. Gengaman dia kuat. Cawan tu retak! Ah main kasar la setan ni. Kau buat sebijik mcm filem dah kenapa?! Kau ingat kau hebat sangat ke.

Aku tengok tangan Ana dah berdarah.

“Taa…. tolong aku.. aku sakitt.. ” rintih Ana.

Aku ni mmg jenis cepat kesian. Lagi2 aku tak sanggup tengok Ana. Kalau aku boleh tampar benda tu, dah lama aku tampau2. Ni masalahnya dalam badan Ana!

Aku cuba hampiri Ana. Aku kuatkan semangat nak tolong Ana. Ana masih gengam kemas cawan kaca tu sambil merintih2 mintak tolong.

“Ana.. kau ok tak? Lawan la Ana! Kau kena kuat! Jangan biarkan dia yg kawal diri kau!” Aku makin dekat dengan Ana.

Agak2 dalam 2-3 langkah lagi, tiba2 Ana campak gelas kaca tu! Nasib aku ni juara segala juara. Laju je aku mengelak ala2 mcm dalam cerita Tamil. Tu belum lagi aku acah2 nak sambut sebelah tangan. Kang setan tu pulak terkejut aku lagi power dari dia.

Time ni baru kaki aku ringan nak cabut lari. Lariii!!!

Kelam kabut mak bapak aku lari ke meja makan.

“Kenapa ni Taa??” Tanya bapak aku.

“Tu Ana… dia kena sampuk balik. ” Terketar2 aku nak cakap. Jantung aku ni bunyi mcm berzumba dah ni. Benda tu ganas. Mmg tahap nak membunuh!

Tengok2 Ana dah takde kat meja makan. Eh mana pulak si Ana ni.

Tiba2 bunyi mcm benda jatuh kat dapur. Mcm orang tengah selerakkan something.

Tiba2 mak aku jerit.

“Yang! Ana amik pisau!” Jerit mak aku. Sedih kot aku tengok mak aku. Dengan muka tak cukup tido, mandi pun tak lagi. Masing2 punya rupa kalah muka wan peah. Lagi seram dari muka org yg kena rasuk ni. Muka aku tak payah cakap la. Hantu nak kacau pun fikir 2 3 kali sebab ingat member dia.

Bapak aku cuba memujuk Ana. Ana ketuk2 pisau atas meja.

“Kenapa awak tak sembunyikan semua benda2 tajam dalam rumah ni?!” Marah bapak aku.

Masa ni sape ingat. Mmg pak ustaz tu suruh sembunyikan benda2 tajam. Tp kitorg lupa pisau2 kat dapur! Langsung tak ingat.

Muka Ana dah bengis mcm nak buat korban. Dia toreh kat tangan dia yg berdarah kena kaca tu.

“Arghh sakit ummi! Sakitt!!” Ana menjerit cuba nak kawal diri dia tp badan dia seolah2 kena control. Aku nampak air mata Ana jatuh meleleh2 menahan sakit.

Bapak aku terus lari berebutkan pisau di tangan Ana. Masa ni part klimaks bagi aku. Sb aku risau waktu tengok bapak aku berebutkan pisau tu! Sedangkan kuasa Ana ni boleh kalahkan 5 orang lelaki, tak kan bapak aku yg dah berusia tu dia tak boleh nak handle sekelip mata.

Bapak aku baca2 kat telinga Ana sampailah pisau tu jatuh dr tangan Ana. Kelam kabut mak aku kutip pisau simpan kat tempat tinggi. Semua benda tajam yg ada kat rumah , semua aku tolong sorokkan.

Mak aku jerit kat aku.

“Taa! Tengokkan Cici dalam bilik! Kau ni semua nak menyibuk!” Marah mak aku.

Eh? Aku mangsa keadaan kot. Tadi suruh aku teman Ana makan. Sekarang kena marah pulak. Eh ikutkan aku lagi berhantu! Stress! Terlari sana sini. Dah la badan tengah kotor ni.

Aku terus masuk bilik. Aku tengok Cici elok tengah baring. Mulut dia terkumat kamit.

“Cici! Kau ok ke? Kau baca2 weh.” Aku duduk betul2 sebelah Cici.

Cici pejamkan mata. Mulut dia laju terkumat kamit. Aku cuba nak dengar butir bicara dia.

Dia cakap apa pulak ni. Ahh mcm2 bahasa la korang ni! Kalau speaking aku boleh laa translate sikit. Ni kau ckp mcm siam ni dah kenapa! Kang aku bagikan tomyam baru kau ada akal!

“Cici! Lawanlah Cici! Kesian lah kat mak bapak aku!!! Kesian lah kat aku!!! Kau tak kesian ke?!” Aku gegarkan badan Cici. Aku tak kisah kena tampar gan setan tu atau kena tendang ke, aku nak Cici lawan. Aku dah hilang sabar. Dorang ni penakut! Semangat dorang lemah.

Tiba2 bau busuk sebusuk-busuknya kat Cici. Takkan Cici cirit atas katil. Tapi bau lagi teruk dari loji taik!

Rambut aku pulak rasa macam kena tarik2.

Eh main kasar pulak tarik2 rambut aku. Belai2 la sikit. Tak pun urut ke. Aku dah la tengah pening. Ni dia tarik2, aku rasa macam nak back hand je

Tiba2 Cici bersuara.

“AKU DATANG UNTUK BALAS DENDAM.! SEMUA SALAH BAPAK KAU. AKU AKAN BUAT DIA GILA!” Cici cakap dengan mata tertutup.

Tiba2 aku tengok, air mata Cici jatuh dari celah kelopak mata dia walaupun mata dia pejam. Aku tahu Cici dengar. Benda tu cuma boleh kawal badan dan mulut dia. Dia tak boleh kawal hati!

Aku menagis puas2. Aku stress! Aku dah tak sanggup. Benda ni hanya empunya badan je yg kena kawal. Org sekeliling cuma boleh bantu je.

Tiba2 Cici sedar. Dia tengok aku menagis.

“Aku sakit Taa. Aku tak kuat. Dia kawal badan aku. Aku cuba nak lawan. Makin aku lawan, aku makin sakit. Aku dengar korang cakap. Hati aku je bersuara. Tapi mulut aku benda lain yang cakap.” Tersekat2 suara Cici.

Aku fahan Cici. Aku faham sangat. Kalau aku tak faham, memang naya kau aku kerat 14. Nasib baik aku memang memahami situasi kau sekarang.

.

Tiba2 kat luar aku dengar bunyi mcm ada org ramai datang. Rupanya ada lagi yg cuba nak membantu. Pelbagai pertolongan yg datang.

Kali ni dia kenalkan nama dia Pak Akob. Dia mintak bawak keluar Ana, Bella dan Cici ke ruang tamu.

“Assalamualaikum. Saya Pak Akob. Saya datang niat ikhlas nak tolong Pak Syed. Inshaa-Allah dengan izin Allah, saya cuba rawat anak-anak ini.” Kata dia.

Bapak aku takde idea nak cakap apa. Hanya menurut je apa yang dikatakan. Kami seolah2 takde suara dan merelakan segala macam orang bantu kami saat ini.

Elok tiga2 beradik ni duduk kat depan. Ana dan Cici menunduk2 sambil tersenguk2 je keje. Bella cuma menagis. Takut kot. Kang dua2 hempuk dia sorang kat tengah2 tu, tak ke naya.

Pak Akub mula baca2. Aku syak dia bukan ustaz. Entah aku rasa tak sedap hati.

Mana datang pulak pakcik bengis ni. Aku duduk kat tepi dinding. Keje aku macam cicak je. Asik melekat kat dinding sebab semangat kepohci aku tinggi.

Sebenarnya aku bukan kepoh. Tp aku nk tolong. Apa2 mak bapak aku jerit nama aku. Kalau dulu nama aku kena jerit sebab kenakalan aku, tp harini mak bapak aku jerit nama aku utk berjasa sikit. Terasa la sikit kesolehahan aku sebagai sorang anak. Ada berbudi saat2 genting cmni.

1 yg aku perasan kat Pak Akob ni, awal je dengar bismillah. Hujung2 mcm mencarut je bunyi. Entah apa dia ckpkan.

“Bismillah… alfunsoo kwang soo soo albuwekk den nipoo joo lobehhh….”

Entah mende dia syok2 mencarut2 sampaikan satu haram jadah ktorg tak faham ayat yang dia cakap tu,

Kemudian, ZASSS!

Dia libas Cici guna batang buluh! Entah macam mana takde sape perasan batang buluh tu!

Cici jatuh tersembam ke lantai. GEDEGANGGG! Kepala Cici terus hempas ke lantai. Perhh. Pedihhh. Perit. Pahit. Confirm2 benjol kepala tu.

“WALIDDD!! SAKITTT!! DIA NAK BUNUH CICI!!!!” teriak Cici kesakitan.

Bapak aku bangun terus tampar muka Pak Akob.

“Kau nak bunuh dia ke apa?! Siapa yg bawak setan ni?!! Kau keluar!!!” Jerit bapak aku sambil halau Pak Akob dari rumah aku. Terjegil mata bapak aku menahan marah. Nasib baik bapak aku tak bagi penumbung bongsu dia. Tp tamparan bapak aku tu boleh berdesing kot telinga. Cair segala taik telinga 3 hari 7 malam berturut-turut.

Cici tak boleh bangun. Tulang belakang dia sakit. Kuat kot. Aku yg kena libas dengan tali pinggang pun 3 hari 7 malam aku jalan macam kuak rentang punya gaya. Ni batang buluh! Laki tu libas dengan posisi tangan dia ke atas. Kuat!

Aku terus lari peluk Cici.

“Cici! Bangun Cici! Aku mintak maaf. Kitorang taktau sape2 yg datang nak tolong ni. Kitorang tak kenal!” Menagis2 aku. Mata aku dah bengkak dah. Tak larat nak menagis. Tp boleh tahan banyak air mata masing2.

“Maaf tuan Syed. Sy yg bawak dia. Sy taktau pulak dia libas guna batang buluh mcmtu. Sy betul2 mintak maaf. Sy cuma nak tolong.” Kata sorang laki yg niatnya nak membantu tp nyaris2 jadi penyumbang pembunuhan.

.

Cici tak boleh bangun. Semua papah dia masuk dalam bilik semula. Ana dan Bella pun dah nampak reda. Masa ni bapak aku tak bagi sesiapa masuk ke rumah. Bapak aku halau sebab dah runsing.

3 hari Cici terlantar atas katil. Dia tak boleh bangun langsung. Tiap2 hari aku sapukan ubat. Menitik2 air mata aku tengok badan Cici. Mak bapak aku semua dah tak larat nak menagis.

.

“Kita tak larat dah Yang.. kita tak larat!!” Mak aku pulak mcm kena rasuk. Aku faham. Darah tinggi mak aku dah naik tinggi sangat ni. Mak aku kalau darah dia dah naik, mmg mcmni. Kalau check, mau tercabut jarum sb tinggi sangat bacaannya.

“Awak kena kuat Yang! Awak kena kuat! Awak tak kesian ke tgk kita? Tengok anak2! Tengok muka anak2. Kita kena kuat!” Bapak aku peluk mak aku utk tenangkan emosi mak aku yg mula tak stabil.

“Kenapa benda tu tak amik je nyawa kita! Kenapa dia nak kacau anak2!” Mak aku menjerit2. Aku cuma menagis teresak2. Aku tau mak aku tengah stress. Mak aku bukan mcmtu.

Bapak aku baca2 kat telinga mak aku sampai mak aku longlai di bahu bapak aku.

“Kerana keluarga, kita kena kuat yang! Benda tu suka tengok kita gaduh2 mcmni. Dia nk kita jadi cmni. Kalau awak tak boleh kawal perasaan, syaitan tu akan rasa dia dah menang. Awk kena sabar! Kuatkan semangat! Tengok ita tu! Dari semalam terlari2. Awk ingat kita tak sedih ke?!” Bapak aku ckp dengan teresak2.

First time aku tengok bapak aku menagis teruk mcmtu. Hilang segala kemachoan dia selama ni. Tuan Syed yg semua orang tau terkenal dgn sifat garang yg boleh buat org kecut perut dengar suara dia, tp harini jatuh terduduk menagis sepuas2nya mcm seorang kanak2 kecik ?

Ya Allah! Kuatkan kami!

.

Alhamdulillah. Ana, Bella , dan Cici dah ok. Semua kembali kepada normal. Cuma setiap malam siling rumah kami bunyi tapak kaki macam ada harimau merangkak.

Kat tingkap, macam2 kelibat dok lalu lalang. Maksudnya, rumah aku ni masih ada “benda” tu. Dia belum pergi sepenuhnya.

Ustaz Zain yang tolong kitorang tempoh hari tu, datang jumpa bapak aku senyap2 kat luar.

“Pak Syed. Tengok saya.” Sambil selak baju di badan dan tangan.

“Ya Allah!” Laju kalimah Allah menyelusur kt mulut bapak aku.

Badan Ustaz Zain penuh cakar2. Kira nasib baik perut dia tak terburai dek cakaran tu.

“Ni la sebab sy tarik diri. Maafkan saya. Benda ni kuat sangat2. Sy tak boleh nak lawan. Ikhtiar la Pak Syed sehabis mungkin. Benda ni ada benda yang dia tak puas hati. Selagi dia tak dapat apa dia inginkan, dia akan seksa orang2 yg cuba membantu. Cari org sebetulnya.”

Bapak aku mati kutu. Even bapak aku takde kutu tapi bapak aku speechless. Taktau nak cakap apa. Puas bapak aku kenang mana silapnya. Tapi masih buntu.

.

Adik perempuan aku waktu tu kecik lagi. Kiranya dia masih ada kuasa otromen kuasa 3 nak tengok benda2 ni.

“Tooo bearr!! Tooo bearr!!” Tiba2 adik aku menjerit2 dalam pukul 2-3 pagi mcmtu. Tersentak aku dgn mak aku. Waktu ni aku join sekaki tido dengan mak aku. Lantak la dah besar panjang ke dah ape ke. Janji gua tetap ada naluri keperempuanan. Hati kecik ni tetap terjentik sikit lepas peristiwa2 sebelum tu. (Bukan jentik sikit dah. Ni tahap nak roboh dah semangat aku)

“Dikk! Adikk kenapa?” Mak aku kejutkan adik aku.

Mata adik aku still statik kt pintu.

“Too bearrr!!” Adik aku ni pelat. So masa ni kitorang dapat tangkap bunyi “bear” je.

Dia nampak macam ada benda berbulu2 tapi besar. Kalau bear comel, ni jadahnya benda tu pun nak ikut comel. Confirm2 la benda tu muka menakutkan sampai adik aku jerit2 macamtu.

So bapak aku baca2 kat adik aku. Risau sangat2. Takut aku ok tp adik aku pulak KO. Haihh adikk. Akak kau sado. Kau pun kena sado.

Yang pastinya, setiap kali tengah hari dan magrib, perkara yg sama berulang. Benda ni berlarutan dari bulan ke bulan, bintang ke bintang. Eh! Tahun ke tahun! Ah stress la!

.

Hubungan keluarga kami pada waktu tu dah mula berantakan. 3 beradik tu kadang2 kerap bergadung walaupun benda remeh temeh. Bapak aku jadi baran semacam. Masa ni rumah aku takde seri langsung! Malap dan suram. Aku pun ikut sama baran kat sekolah.

Tapi bila masing2 sedar, baru istighfar. Sebab tiba2 emosi melangkaui akal fikiran kami waktu tu.

.

Semua dah start bersekolah. Ana pun dah balik kolej di KL. Kitorg dah santai-santai. Nak happy2. Taknak ingat perkara lepas2. Nak move on la konon2nyaa.

Aku ingatkan itu yg paling teruk. Rupanya ada lagi teruk!

1 hari tu, Cici lari dari sekolah terus ke tengah2 jalan raya! Betul2 kat tengah2 dia berdiri. Mujur pak guard perasan. Masa ni Cici dah hampir2 kena langgar lori minyak. Tapi ajal belum tiba, dorang sempat tarik Cici ke tepi.

Ana pulak kat KL nak terjun bangunan dari kolej. Waktu berlaku ni pada jam yg sama . Mmg serentak! Tepat jam 12 tengah hari.

Bella cuma dapat rasa2 mcmtu je. Benda tu takleh masuk badan dia.

Masa dapat pangilan ni, mengigil badan mak aku.

Mak aku boleh buat apa? Terpaksa call bapak aku yg tengah kerja. Laju bapak aku balik tinggalkan urusan dia. Terus pergi sekolah amik Cici.

Bapak aku call abang aku mintak amikkan Ana kat kolej. Tp waktu tu rupanya abg aku mmg dah ada kat sana. Ana call abg aku dulu.

Dia ckp dia dah kat hujung bangunan. Dia takut. Tu abg aku kelam kabut lari tinggalkan kerja dia pergi jumpa Ana. Masa tu Ana bukan kat kolej. Dia ada kat bangunan tinggal!

Dia kata dia taktau mcm mana dia boleh ada kat situ. Dia call abg aku sebab dia takut sangat dgn tempat tu. Mujur lah abg aku ni jenis bertanggungjawab. Dia terus bawak Ana balik Melaka.

Sepanjang dalam kereta, Ana asyik nak terjun dari kereta waktu tengah laju! Abg aku terpaksa ikat Ana kat kerusi. Ikutkan abang aku tu bukan kuat semangat pun. Dia penakut lagi dasyat . Tp masing2 bila ingat Allah, ingat muka mak bapak, berani tu jadi lain mcm.

.

Mcm biasa aku balik sekolah aku tengok rumah aku penuh dengan orang. Ahh buat hal lagi ke?! Aku dah la nak exam. Masa ni aku stress sgt2. Dulu result UPSR aku tak gempak waktu tu. Aku tak dapat study. Stress tu hanya Allah je tahu. Aku budak kelas pandai kot. Bila tak study tu, aku rasa bebal tu mcm sejak azali.

Mcm biasa aku masuk je, aku terus ke belakang. Aku jadi pendiam. Takde lawak jenaka dah. Aku berubah 360°. Dari gadis ceria, menjadi gadis bengis. Kat sekolah aku bukan ramai kawan. Aku mmg buat hal sendiri. Kepala aku serabut. Hanya cikgu2 je yg tau situasi aku. Dorang takut aku pun kena. Tp aku ckp jgn risau. Aku kuat semangat.

Aku masuk terus mandi. Aku solat. Bunyi2 suara menakutkan tu dah lali kat telinga aku. Aku tak endahkan. Kalau dulu bulu roma aku dok terpacak2 sebab takut tp kali ni tak lagi. Bulu roma aku elok nyenyak tido mcm takde apa2 berlaku.

Sampaikan bila aku dengar org jerit mak aku jatuh sebab pitam, baru aku keluar.

Air mata aku dah habis! Aku dah tak sanggup tengok drama ni! Sampai bila nak terus mcmni?! Apa kesudahannya?!

.

Aku tengok mak aku dah terjelepok kat tepi kerusi. Drama ulangan astro apekah yang aku harus hadap hari2 ni??!

“Sabar, Pah. Kuatkan semangat.” Jiran2 aku semua bagi kata2 semangat kat aku. Ikutkan aku yang dulu mak kepoh, aku rasa memang aku jadi pom pom girl dah utk bagi semangat kat mak aku. Tapi disebabkan aku rasa mcm down, aku biarkan mak aku ditenangkan oleh jiran2. Kepala aku serabut! Lantak lah semua ni. Aku fed up!
.

Masa ni rumah aku penuh dengan org yg offer nk menolong. Entah mana datang, kitorg tak amik tahu. Bapak aku dah terduduk. Sorang2 tunjuk skill masing2.

Rumah aku takyah cakap. Entah mana2 org datang tolong taburkan. Ada tabur beras la. Ada tabur garam. Ada tabur lada hitam. Pedih kaki aku dok terpijak2 benda alah tu.

Bapak aku dah tak larat. Bapak aku biarkan siapa2 yg nak membantu. Waktu ni kami dah memang macam bodoh! Ikut je telunjuk apa orang kata. Akal kami semua mcm kena sekat dari berfikir.

Datang sorang lelaki berbaju putih. Yg mamat ni kurang ajar bagi aku. Belum mula dah mintak duit! Orang dah la tengah barai tak boleh fikir apa2 dah. Terpaksa la hulur. Aku letak nama dia PakJaq. Sebab kuang ajaq nak mampuih.

Dia mulakan aksi.

“Aku arahkan kau keluar dari badan budak ni sekarang jugak sebelum kau menyesal!” Kata PakJaq.

Cici dengan Ana mengekek2 macam tak takut. Elok masing2 bersilat la berkungfu la bagai kt ruang tamu. Dia bergaduh sesama sendiri.

“Kau memang degil!” Jerit PakJaq terus libas kain berwarna hijau kt bahu dia. Menjerit2 Cici dengan Ana mintak simpati.

Bapak aku nak marah. Tp abg aku kata dia pukul lembut. Biarkan dulu.

Lebih kurang 3-4 kali dia libas badan Ana dan Cici sampai longlai budak2 tu. Aku dah tak sanggup nak tengok. Walaupun hakikatnya dorang kata PakJaq ni pukul benda tu, tp benda tu dalam badan dorang. Tetap terasa sakitnya.

Selang berapa minit, Ana dan Cici ok. Aku harap dia betul2 ok la. Aku dah takleh nak fikir dah ni tu dia ke atau benda tu. Sb benda tu mmg suka ajak main2.

Waktu aku tengah termenung panjang fikirkan nasib dan jodoh aku yang tak kunjung tiba, tiba2 ada org hulur aku kertas putih.

“Dik, tampal kertas ni kat sekeliling rumah. Kat pintu atau kat mana2 la. Janji habis kertas ni.” Arah seorang lelaki tua pada aku.

Aku belek2 kertas.

Mende pulak ni? Baru aku angkat muka, org tu dah hilang. Eh? Mana pakcik tua tadi? Bongkok2 pun boleh laju jalan. Pakai skateboard ke?

Ah lantak kau la. Serabut dah otak aku. Dah nak meletup otak aku nak layan sorang2 punya karenah.

Aku terus belek2 kertas tu. Aku tak faham. Nampak tulisan jawi tp kenapa aku takleh baca? Amende ni? Asal dia tulis mcm dlm bentuk simbol?

Disebabkan otak aku mmg serabut, aku malas nak fikir. Aku terus amik salotape tampal kertas tu kat sekeliling rumah. Lurusnye aku waktu tu! Tp setiap kali aku lalu, mesti aku behenti cuba utk baca tapi tak boleh! Aku rasa mcm tak sedap hati. Tp aku lupa nak ckp kt mak bapak aku sampai la 1 hari tu aku tengah cuci pingan.

“FUHHH!” Berdesing telinga kiri aku. Ada benda hembus kat telinga kiri aku. Pusing sekejap dunia aku. Aku tutup telinga. Aku baca ayat kursi. Aku mmg amalkan doa ni bukan sehari dua. Aku mmg yakin. Benda ni cuba kacau2 ni. Aku teruskan basuh pingan di dapur sorang2. Sb rumah aku dah mcm tahlil dah. Penuh je orang.

Tiba2 kuat betul bau kemenyan. Aku cuba cool. Aku letak pingan elok2 acah2 tak bau . Aku acah2 tenang . Kau penah dengar lagu “Baby Shark Doo Doo Doo”? Mcm tu la gaya aku. Cuba acah2 cool mcm ikan tu goyang2 kan ekor dia. Padahal tangki bawah aku ni dah nk terkeluar dah ni!

Aku behenti tepat kat kertas yg aku tampal kt pintu dapur. Aku rasa ada something dgn benda ni. Ni bukan ayat suci AlQuran! Kenapa ada simbol Buddha?! Asal aku tak nampak?

Siapa yg bagi kat aku suruh tampal tu? Kenapa aku suka2 hati nak ikut cakap org tu?! Arghh bodohnya aku!

Waktu aku terperasan, bau kat keliling aku ni dah macam hape. Ibarat kau kentut, di spray minyak wangi. Busuk dan wangi bersilih ganti. Macam ni la perumpamaannya.

Aku terus lari panggil bapak aku . Aku tunjuk kertas tu. Aku cakap, “walid cuba baca!”

Bapak aku pusing2 kertas tu. Tak boleh baca jugak! Aku kata ada org bagi. Dia suruh tampal.

“Ita pegi tampal tu buat apa!!” Bergema rumah aku bila bapak aku test power suara dia yg dah lama tak rentap jantung aku.

Sia2 je aku kena marah. Time ni hati aku dah sado dah dengar suara bapak aku. Kalau dulu aku kalau dengar bapak aku jerit boleh pitam, tp harini aku tenang je. Aku terus lari cabut semua kertas kat rumah yg aku sendiri tampal tu!

Satu2 aku cabut. Menitik jugak air mata aku. Sedih! Sampai bila kami perlu hadap permainan syaitan laknatullah ni! Kenapa kami ibarat manusia jahil waktu tu? Allahuakbar. Ampunkan dosa kami pada waktu itu Ya Allah…

Elok aku cabut, tiba2 Ana gelak.

“HAHAHAHAHHAA! DAH TAHU KE? BODOHNYA KORANG! BENDA TU DAH KEPUNG DALAM RUMAH KAU LAH BODOH!”
jerit Ana.

Aku dah mula tak percaya dgn segala mcm rawatan yg datang ni! Aku sapu rumah aku! Aku rasa mcm dah syirik sangat ni! Kitorang jadi bodoh2 mengikut je kenapa!

Aku cabut tali kuning kt tangan aku. Waktu ni pun ada org ikat tangan aku gn tali kuning. Dgn tangan Ana, Bella dan cici. Aku gunting ! Aku kata benda ni yg bergayut! Aku dah hilang sabar.

Semua tahyul semata!!!

Allahurabbii!! Ampunkan dosa2 kami ya Allah. Kami tiada pilihan.

Waktu ni aku sedih sangat2. Mak bapak aku semua tersedar.

Rupa2nya PakJaq yg acah2 rawatan islam tu pengali kubur! Dia bukan perawat syifa. Dia menipu nakkan duit!! Marahnya aku waktu tu, hanya Allah je yg tahu.

.

Magrib tu, bapak aku kata dia sendiri nak rawat Ana. Bapak aku nak bercakap dengan benda dlm badan Ana.

“Assalamualaikum Ana binti Selamat.” Soalan ni wajib. Nk memastikan itu adalah Ana atau bukan. Dan nak memastikan benda ni Islam atau tidak.

Ana mendengus. Ok fine.

“Kau datang dari mana?” Tanya bapak aku.

“AKU DATANG DARI JAUHHHH.. TEMPAT AKU DALAM HUTAN YANG GELAP. DALAM SEDALAM2NYA DI DALAM LAUTAN. TINGGI SETINGGI2NYA DI GUNUNG SANA!!!” Ana bercakap dengan mata tertutup.

“Kau nak apa? Kau datang cari siapa?! Siapa hantar kau?” Tanya bapak aku lagi.

“TUAN AKU YANG HANTAR AKU. AKU DAH TAK LARAT. TAPI NANTI AKU TAK DAPAT HABUAN! TUAN AKU SEKSA AKU NANTI. DIA NAKKAN NYAWA BUDAK2 NI!!”

“Siapa tuan kau?”

“JIRAN KAU!.” Jawab dia sambil tersengih2.

Waktu ni ada ustaz sebelah bapak aku.

“Tuan Syed, dengan syaitan kita jangan percaya. Dia cuba nak laga2kan tuan dengan jiran tertangga. Sabar tuan. Jgn terpedaya.” Lembut ustaz tu usap belakang badan bapak aku yg mula berombak. Bapak aku kembali tenang.

Ana cuma mengekek.

“BUKAN2. AKU TIPU JE. KAWAN SEPEJABAT KAU YG HANTAR AKU! TU SI MAMAT TU. TAK KENAL?” setan ni ajak main2.

Bapak aku dah tak percaya. Mmg dia sebut nama tu betul. Dia sebut nama jiran aku yg rumah deret 44 ni semua betul. Dia tengah cuba melaga2kan.

“Kau syaitan laknatullah! Tempat kau bukan kat sini! Keluar kau dari badan budak ni! ” jerit bapak aku.

“BUDAK NI LEMAH! DIA TAKNAK LAWAN! AKU BOLEH KELUAR TAPI DENGAN SYARAT!”

Eh setan ni bg offer kt kitorang pulak?

“KUMPULKAN 44 ORANG DALAM RUMAH KAU. BARINGKAN BUDAK NI TIGA2 MACAM JENAZAH DAN BACAKAN YASIN. AKU NAK 44 ORANG SAHAJA ! KUTIP SEGALA PATUNG DALAM RUMAH NI BUANG DI LAUT! TUTUP SEGALA CERMIN DALAM RUMAH NI DENGAN KAIN PUTIH. CABUT SEMUA GAMBAR2 YANG TERGANTUNG. DAN BUKAK PINTU NI SELUAS2NYA. AKU AKAN KELUAR DENGAN SENANG HATI! KUMPULKAN SEBELUM MAGRIB SEBELUM AKU TINGGALKAN BADAN BUDAK NI JASAD TANPA NYAWA!”

Ana terus jatuh terbaring semula di pembaringan.

Bapak aku keliru. Nak ikutkan permintaan dia atau tidak? Masing2 semua berpandangan.

Masing2 yg jadi pemerhati cuma mampu lap air mata masing2 saat tengok keluarga kami berpelukan.

“Tuan Syed, kita cuba. Kita ikhtiar dulu. Lagipun dia minta kumpulkan utk baca yasin sahaja tuan. Takde benda2 syirik.”

Aku pandang sayu wajah satu2 insan yg aku sayang.

Aku pandang Ana, Bella dan Cici.

“Bertabahlah. Allah pilih kau sebab kau kuat. Moga2 syurga buat kalian.”

.

“Taa!! Pergi kutip semua patung2! Pangil semua jiran2 datang rumah kita sekarang juga!” Arah bapak aku.

Terkedek2 aku lari dengan linangan air mata ke satu2 rumah. Semua patung aku angkut. Aku bg abg aku suruh dia buangkan.

YA ALLAH. SAMPAI BILAKAH KAU CUBA UJI KELUARGA KAMI!!

Firman Allah: ” Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: “Kami telah beriman”, sedang mereka tidak diuji lagi? (Al-Ankabut :2 )

Nanti aku sambung. Kisah keluarga aku terlalu panjang untuk dicoretkan. Assalamualaikum.

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Kakak Sado

Leave a Reply

121 Comments on "Kisah Tiga Beradik"

avatar
Sort by:   newest | oldest | most voted
roket_laju

baca kat iium confession pon ada lagi panjang dari ni..

Hata

Cerite plg sampah yg penah aku bce. Tah hape2..syok sdri, lwk sendu..cerite mngarut. Mabuk ketum ke ape

Rumorsss

Dah kenapa awak baca jugak? Kalo awal2 dah rasa mcm sampah, better stop dan beralih pada kisah2 lain. Kat fs ni rasanya ada beratus kisah seram kot. Takkan awk bajet beratus2 kisah tu semua mesti menepati citarasa awk supaya awk tangkap syahdu dgn kisah tersebut. Come on la. Buat la page sendiri and blog sendiri, start create ur own story supaya menepati piawaian yg awk nak. Supaya awk having fun dgn kisah2 yg selayaknya utk awk baca. Jadi la manusia yg bijak, bukan membuak-buak menunjukkan kebodohan diri.

kakNon

eh takpayahla nak beriya sentap pulak hahaha..betulla dia kata tu lawak sendu je lebih..fyi sy tak baca habis pun cerita ni sebab banyak sgt melalut but just to share my opinion, carita ni mungkin jadi menarik if the writer didn’t try so hard to make it ‘sempoi-like’ sbb mmg tak jadi

Rumorsss

Kalo sy dianggap sentap, sama jgk awk2 yg kondem tu lebih kurang sentap jgk. Dah baca full story? Ini kisah pengalaman yg dia lalui, dan kisah hak milik si penulis. Bagaimana dia luahkan melalui penulisan dia, tak perlu kita nak kondem lebih2. Ikut tekak dia la nak bercerita mcm mana sekalipun, panjang or pendek kisah dia tu dia punya hal. Kita hidup ni ada pilihan, dan tiada paksaan utk pembaca membaca semua cerita kat FS ni. Awk tak enjoy? Tak best? Tak happy? Tak menarik? Beralih la pada kisah2 yg lain. Susah sgt ke?

kakNon

Chill la kak oiiiii.. awak tak senang bace komen2 orang yang kondem tak payah lerr bace…beralih bace ke komen2 yg best aje..susah sangat keee

Balqis

Saya sokong.

m

babun baca amik pengajaran. yang dia merepek tu anggap hiburan bun

Akakkiut

Nih akak nk ckp eyhh..mula2 akak mmg mls bc sb tlebih mlalutny.tp bila smki dbaca smkin mnarik.dasyat sgguh ap yg jd kt fmily diorg ni.korang yg mngata tu bc dlu smpai hbis.geram plak akak.cite dia best n real.cuma akak nk tgur..tlg kurgkn mlalut..direct trs pd cerita.kipidap
Akak tggu smbungan

Adiktakberapasado

Korg xyah gaduh. Intro ni je melalut. Korg pi baca kt page die (Kakak Sado). Baca sampai abis. Bru taw melalut or ke laut. Hormat cara penyampaian org. Tp bg aku cite die terbaik. Sb org boleh rse mcm2 perasaan. But the truth is, cite ni sedih sbrnnye. Hanya dicoverkn dgn watak cik taa yg annoying ni utk smbunyikkan perasaan dia waktu tu. Tu je. Yg xalami, korg xtau betapa peritnye nk kenang smule kisah perit mcmni

grrd

page facebook ke? @ ade blog sdr?

Empat

Komen sampah yang ke1000 aku penah baca..kah kah.

ria

baca first bole senyum lagii… baca lagiii lagiii sedihhhhhh sgt… kalau tk tahann air mata mmg berderaiii melimpahh.. semoga tabah selamanya… ujian itu sementara… bahgia itu selamanya pasti utk mu dan keluarga.. byk cerita real yang menyedihknn kat fiksyen nie… semoga yang menghadapinya terus tabahh dgnn hatii yg teguhh…

su

sedih yee….
#kipidap
#sambunglagi

osas

bodoh cerita je la. xpyh nk tambah tambah benda merapu.

RatuPecut

Che Ta..straight to the point leh tak..jgm laa letak banyak lawak…jadi sendu nanti..

marada

macam si%l punya cerita untuk dibaca… ter overdost karangan kerana syoknya pro macam bagus je tak rugi baca sampai habis… blahh lah lu ..kiok kiok kiokk

sungkitung

Lek ahhh. Kisah org la. Tanak baca kluar dr site ni. Jan acah2 pndai la klau setakat karangan tak ke mana

Cici

Banyang punya cerita fastasi ni. Dahlah menulis suka melalut dan melatah tidak tentu pasal. Kalau cerita yg dibuat buat tu, buatlah penulisan serius sikit bai.

mummyto4

Sambungla Cik Taa..

nonnem

Xbest. Bnyak merapu. Lawak bodoh xjd. Hmbar je cita ko. Mula2 aq excited nk baca. Sekali baca je perenggan 2 dh stupid merapunya. OK. Aq sabar. Mgkin perenggan bwh nya prceritaan dh menarik. But again stupid again. N fedup. Stop baca smpai tido nangis2 je. Bye. Lain kali kalo bajet nk jd penulis lawak hambar, jgn cerita kisah seram.

Nonamegilos

Ko bace cite die kt page Kakak Sado. Ni dia paste terus sume part. Byk part psl ni.awl2 je dia buat joke cmtu.spe follow dia,sume tau.ko xsuke jgn bce.xdee spe eran.

Acuu

Boleh bg li?nk thukisah slnjutnya

Nonamanis

https://www.facebook.com/kakaksado/

Die dh tulis lame dh cite ni.mybe admin bru approve kowt

Opiez

cerita pusing tu bt panjang…banyak berangan…nak cerita ke nak tunjuk dr tu hebat…panjang mcm x sampai ja…ha

geng sajat

segera aku scroll down. tak kuasa nk baca sampai habis. banyak sgt merapu kau ni.

Zzz

Kau nak buat novel ke ape ni setannn….kalau kau buang lawak bodoh merepek semua tu aku rase separuh cerita ni ko boleh gant dengan sambungan..aku xde masalah dengan cerita kau..tapi penulisan kau tu lg setan dr setan yg dlm budak2 tu

FollowerstegarKakakSado
FollowerstegarKakakSado

Cite die da abis kt page Kakak Sado..tue sume clue die..bkn die saje2 tulis cmtue..lgpun tu intro die nk cri mood tulis wktu tu..aq follow cite die..cite ni mule2 die up kt personal fb tp die delete ats sb trtntu..ko bce bru ko tau ending die cmne..

cendoi

tak payahlah sampai nak maki orang

Shamx

Sambung plz

Miss_Orkid

Sambung please, i nak tahu ending nya

Kak Yulie

Allahuakbar…
Kuatnya keluarga korg diuji…

Ape sbnrnye yg ade pada ABC yg beria bebenor si pengirim tu berdendam sgt bile x dpt hak penjagaan tu…
ABC ni anak yatim piatu ekk???

Sedih bile part walid menitik airmata tu…
Seorg ayah mmg susaaaahhhh nk menangis…
Tp.sekali menitik airmata tu, menghiris pedih jiwa hati kita sebagai anak tgk…

Papepon, semoga Allah memberikan pengakhiran yang terbaik di sisiNya buat Ita sekeluarga…
Aamiin…

Kak Yulie

Pasal selingan dlm cerita tu akk rase ok jer…
Masih blom melencong jauh dr plot cerita asal…
Lagipon penulis secara santai nk share pengalaman hidop die…
Nak share dr hati apa yg die alami dan rasai…

AkuPenakut

Best la cerita awak. Saya suka n saya percaya ni based on true story sbb saya pun pernah alami benda2 ni.

Kin

Samelah kita

Susu Cokelat

Gigih aku gi fb cari Kakak Sado. Panjang ceritanya~

Izmal Hussein

Plot cerita menarik. Tp lawak selingan tu teramat mengganggu mood cerita. Ibarat penulis dah bina cerita sedap-sedap, pastu dia hancurkan, pastu dia bina, pastu dia hancurkan. Sayang bila usaha membina cerita tu dihancurkan sendiri.

AZ

Agree with you. Kita baca separuh je sebab rasa annoying dengan lawak selingan dia. Then terus jump baca comment korang. Tapi ni nak try baca sampai habis sebab ada yg kata ceritanya sedih. Hahaha. Hope penulis kurangkan la lawak selingan dia after this.

bunga

sampah nya cerita kau… kau memang babi erk penulis???hahahaa
macam sial… mak ko ijo

Faz

hahahahahahaha tergelak aku baca komen kau

kura2 hijau

cantiknya bahasa awk..kalau xsuka cerita dia, jangan lah samakan dia dngan benda alah tu..tolong hormat org sikit ye..

Rumorsss

Allah…kot ye pun tak suka baca, sampai mcm ni sekali ke label org mcm tu?

Unknown

X pandai beza eh binatang ngan manusia? Kau belajar abis skolah ke x sebenarnya? Sampai benda simple pun x pandai nk beza! Dh x suka bla ah! Kau menyemak kat sini buat apa?!

ct

komen..molek-molek lah…cuba ko yang orang komen setan, mabuk ketum, cerita samapah, bodoh bagai.. ko rasa apa perasaan ko…sebab ko tak menulis ko tak takut orang komen..ada jew nanti hari-hari ko akan rasa orang komen..komen ni bukan pd penulisan je..mungkin kerja-kerja ko.. sapa tau.. sebelum komen yg tak membina..bawa-bawa muhasabah diri ye…baca kalau suka..tak suka tak yah baca. elakkan komen yang boleh menambah dosa yang dah sedia mengunung….betul komen segelintir pembanca. nak cerita menepati piawaian korang…buat page sendir…pilih cerita yang acah-acah hebat pd ko je utk ko publish…

meiyonubis

Betul

Abang Sado

Aq da abis bce kt page Kakak Sado..siyes sdih..korg bcelah..nilai sndiri cite real gn cite fiksyen kt fs ni..first time aq bce meleleh airmte jntn aq..aq dpt rse situasi klurge die..

Teruskn brkongsi..yg xpnh lalui nti musibat la hdp die lpsni..mkn blik kte2 korg yg clupr tu..

joy

Semoga Allah memberi kekuatan dan kesembuhan kat keluarga Cik Ta sekeluarga dari khianat org yang iri hati dan dengki.
Jika anda rasa cerita ini merapu tlg jgn baca, cik ta keep it up. teruskan penulisan anda sebab ianya amat menarik. #lawakseramsendusendan

ina

Emosi aku ikut berubah2…jap2 tegang…jap2 gelak ikut peel si cik taa ni…seram ada…lawak ada… cptla sambungggg

Ana bella cici

Baru aku fhm nape dia tulis cmni utk awl2 cite…sb nk gmbrkn betapa kepohnye waktu dia kecik2..tp ending trus jd gadis bengis yg xde seri hidup slps pristiwa ni..
Kipidup sis!sy dh bce abis kt page kakak sado lps tgk byk org mention page tu..

Peminat story minah kepohci
Peminat story minah kepohci

Kan.. gigih jgk la kite bace kat kakak sado pnye page.. nk tunggu kat FS ni xtau bile ade nye.. sebab kisah nye mang panjang sgt.. sedih sgt..
Memang ase cite ni lain dr true story yg ade sebelum ni..
Dr seorang yg pelawak,periang n kepoh.. trus jd seorang gadis yg tegas..
Semoga Allah senantiase lindungi keluarga kalian sekeluarga..

Faz

kau ingat kelakar ke sial selit lawak bodoh tu. terus tak hingin aku nak baca sampai habis. melatah bagailah. konon nak kasi orang ketawa. mcm bangang pulak aku tengok.

Fazconfirmanaksyurgabebasdosa
Fazconfirmanaksyurgabebasdosa

Sekurang2nye ko dh bce cite die kn.. drpd ko xberani nk share sb tkt kene kecam.. tp die siap dh ade followers tegar dh kt page die.. ko? Bg jela pahala bebyk kt bdk tu ye..bdk tu kn mcm sial perangai

Faz

takdelah aku nak baca sampai habis kalau dah cerita macam hanat. buang masa aku je. zzzzzzZZZ

kura2 hijau

dah tu, xpayahlah baca..senang kan?hehe..
geram pulak ramai yg duk kutuk2 penulisan org..setiap orang ada cara sendiri dlm penulisan..bukan nak menangkan dia, tapi cuba renung balik ape yg korang dah cakap kat dia..nak komplen boleh, tapi biar kena pada bahasa n cara..mnyumpah2 ni bukan cara kita 🙂

anonymous malay

penat baca..xsetel lagi ghopenye

cik bunga

syok sendiri jerr .ko ingat lawak ? aku malas nak baca asyik-asyik keluar lawak bodoh kau yang puji diri sendiri .nak mintak penampar ?

Hamba Allah

Sambung sis!teruskan. Lain org lain ragam penerimaannya. Sye bace okay je sb sye tau sis nak cover seram tue dgn jenaka.tp if jenaka tu takde,confirm seram.. btw, sye takleh bangun pg td lps bce kisah sis kt page..hnye org terpilih je terime dugaan cmnie

Ulatbuku

Kalau xbest ckp je la xbest..x yah la nk membabi mensialkan mensampahkan org..kang penulis cita straight je korg ckp hambar pulak,skema.dh penulis masukkan unsur2 lawak korg menyampah pulak.asal korg sndiri je x tulis cite ek kalau dh pndai sgt smpai pggl org babi la,sial la,smpah la,mak ko ijo la.jg bahasa tu sikit blh x

beahuman

aku lagi pening baca komen korang dari baca cerita penulis ni..
jgn marah ya nanti kena jual..rileks lah beb dah cerita free kau nak baca ke xnak ke kau punya pasal ,nak cerita gred AAA beli buku kat kedai buku tu baru kena dgn harga,.anywat kipidap buat penulis harap dugaan keluarga awak ni dah tamat.

Beahuman2

I like ur komen bro! Btw cite ni aku dh bce ending die..Mmg sedih.. Xde joke dah hujung2..yg xde pnglmn tue,korg reka2 la cite or dah reka tp xapprove tue condem org len? BHahahahaha!

FazAhmad

Adoi FAZ ni nama dah lah nama aku . memalukan nama aku betullah jilake ni . Komen macam harommmmmmm

Faz

KO INGAT KO SORANG JE KE NAMA NI SETANNN

Ok ke

Ko kene gi berubat ni.. baran semacam je

CERITA EL

Ada yang tumpang 🤡

m

taa sambung lagi.. aku nak tau.. p mamposs gn readers yg kecam2 ni..

Bayya

Mula2 fikir kenak lawak tak kena (tapi ada ketawa jugaklah)? Tapi bila fikir nak baca untuk hibur hati jadi rilex sikit lah, kira expectations dah tak tinggi sangat dah. Bila dah lama2 bace, Ya Allah sedihnyeee.. patutlah siang2 kasi lawak jada balance sikit.

Semoga awak sekeluarga tabah, ye Kak Sado?

Akakkiut

Nih akak nk ckp eyhh..mula2 akak mmg mls bc sb tlebih mlalutny.tp bila smkin dbaca smkin mnarik.dasyat sgguh ap yg jd kt fmily diorg ni.korang yg mngata tu bc dlu smpai hbis.geram plak akak.blm bc hbis dah kutuk2..cite dia best n real.cuma akak nk tgur..tlg kurgkn mlalut..direct trs pd cerita.kipidap
Akak tggu smbungan

izznie hidayah kamarul
izznie hidayah kamarul

bila cerita ni nak sambongg!!!!!!!!!!! tak sabar nak bace lagi,tolonglahh sambong cerita ni cepat sikit

yadecember_baby

apa kena mengena badi kucing awal2 tu?ita, marry me

Jemah Punya Mak

Allah… Dah lama aku xbaca cita mcmni kt FS. Mula2 annoying jgk sbb bnyk bt lawak tp bila mkin dalam, sebak rasa.. menangis aku baca crita ko ni dik..

BTW aku dh habis baca cita ko kt page kakak sado.. Aku rse nk lempang je si Ana tu.. 😀

And tlg jgn sambung lg misteri hdup ko sbb ko dh bt aku tertanya n xsenang duduk (Klu blh mintak sgt ko clarify sume bende mcm sapekah 3 beradik tu sebenarnye n ape yang walid ko dah buat sampai mcmni sekali jadinye)..

Jemaah bersama

Ko suh dia sambung ke tak jemah oi?

yadecember_baby

page mana tu jemah?kakak sado xjmpa pun..huhu

IzZaTi

Okey je dia bercerita …Jgn lah dok kecam..nk komplen2 cam la ko kena beli pn nk bc kan….org bila sedih…bila mcm2 dugaan timpa diri dia…cara ni je dia mampu untuk kuatkan balik semangat dia….kalau x suka x yah la baca….ini cerita dia kan….Akak time bc bab family tu..mmg bergenang dah air mata…Hope adik n family kuatkan semangat..Allah ada…setiap org yang diuji tu ada hikmahNya. InsyaAllah

awan alias

alahai…komen saje pn da tau xde kesabaran punye org….lek bro…blog2 or page2 mcm nie la kite guna untuk luahkan or kongsi pengalaman kite pada org lain supaya org lain boleh amik iktibar dan pengajaran..hasil karya org, x perlu untuk kondem lebih2…sekadar bagi pendapat xpe…skrg nie da jadi satu trend dimana semua cerita or post dari penulis2 ad je komen2 yg negatif. not so nice guys. patutla kurang org nk antar cite kat fs nie. nie la salah satu punca nya. cuba belajar untuk bagi komen yg membina skit. yes. letak kan diri dalam situasi penulis. baru la kite tau ap yg die lalui. just for sharing guys.

Taa Cinta Hatiku

Ta yah tunggu smbungan.. korg search je page Kakak Sado..dh tmt dh cite die..mmg panjang..yg xmenyabar tue,ta yah follow sb byk part..dlm ni 5 part terus die tepek..ape tak panjang..maybe admin FS baru approve kisah die kott..

Chaiyok2 kakak sado!

sungkitung

Mna nak cari ek ? Taip kat google ? Sbb lain yg kluar ni

Han Jye Hyo

Kat fb. Type je Kakak Sado. Ada page dia. Ni dia nak continue kisah lain utk rungkaikan misteri tu. Cite nie dh tamat da. Admin bru approve

Ulatbuku

Br hbs bc ending kt page akk sado..so Taa,pls cta apa kslhn walid eh..btw,aku tgk ok je Taa melawak..mmg lawak pun bg aku..gaya pnceritaan dia best.xde la melalut nya..

maiey

berjaya hbiskan til end cite ni. fuh fuh…kesian kat family awak..tabahla ye…just nk tya mana p mak ayah ABC tu…sbb dlm ni awak tak cite pon mana mak ayah diorg. just ckp mak ayah awak jaga diorg…

Bahasajiwabangsa

Sejak akhir2 ni komen2 lbh byk menghentam dan mengaibkan org..di FB pun mcm tu..dah mcm takde budibahasa..penulis pun ada yg hentam dan malukan penulis lain..tak best la mcm ni..tak malu dgn kaum lain ke? Kita melayu terkenal dgn budibahasa tp komen2 skrg mcm tak tau bahasa..admin do something..

sungkitung

Sambung la sis itaa. syok cerita ni. Makin curios sya nak tahu cerita seterusnya

Airish Alnisa

Aik..pasal korang tak suka cerita ni ek?Aku baca elok jer ..best apa,aku suka 😀

R

Tak kisah la ramai kecam lawak sendu kau, jangan biarkn tergantung. Aku nak sgt tau ending dia mcm mana.

allon

Best

EA

aku suka je… jangan stop baca.. try baca sampai last.. bila dah sampai last baru ampa tau cerita ni best.. aku pun xgemor lalut2 tapi this girl have a reason..

to cik Ta, moga tabah menghadapi hari2 mendatang.. be yourself.. 😀

Harun

Betul . Aku dah habis baca dah . Mula2 annoying . Last2 aku sendiri menagis kat hujung2 . Takda dah lawak sendu bagai . Readers yg kecam, korang try lah baca dengan hati tenang . Try letak diri korang dalam family dia . Baru kau boleh jiwai watak dia yg super annoying pd mulanya tapi at last jadi gadis bengis. #justmy2cents

EA

Kannnn… Dah banyak yg cik Ta ni lalui.. Tu yg dia terpaksa buat ayat camtu.. Ingat senang ke nak rewind balik kejadian pahit dalam hidup. Hope yg kutuk2 tu try baca sampai habis.. Tak rugi pun..

pinkapinku

lawokk

wpDiscuz