Kisah Travel ke Kundasang

Salam dan selamat sejahtera readers FS, terima kasih atas feedback dari cerita aku yang lepas.
http://fiksyenshasha.com/tokek-dan-angker-sungai-lembing/.
Ramai yang tanya kenapa letak nama pelik2, sebenarnya itu memang nama panggilan kawan2 aku. Memang pelik2 sebab kitorang mmg jenis suke bergurau dan gila2 sket… oh ya, pada yang mintak Enon share sesi berubat dia tu. Aku dah cakap dan dia kata nak hantar kat FS nanti, korang tunggu jelah. Kalau dia rajin, aku malas nak interview lagi. Last aku interview kawan2 aku pun amik masa seminggu nak siap kan cerita. Kali ni nak share pengalaman masa aku travel.

#XL-AbgCONG Say Hi!

Masa Chinese New Year awal tahun ni aku dan kawan2 travel ke Sabah, first time pergi mmg seronok lah kan. Kali ni aku pergi dengan berlima dengan Jurah, El, Ayin dan Miaw. Hari 1st- kitorang pergi 3 pulau kat KK, then hari ke 2 & 3 kitorang dah siap-siap book homestay dekat Ranau. Plan nak berjalan ke Kundasang, memandangkan masa tu Public Holiday, harga agak mahal dan hotel yang mur2 fully booked dekat Kundasang. Ranau pun ranau lah walaupun jauh sikit. Takde lah murah sangat homestay tu RM350 semalam. Agaknya termasuk pakej bermalam dengan penghuni alam angker sekali kot!

Sebelum ke Ranau, akan lalu dekat kundasang. Masa tu kitorang pun beli ubi, konon nak bakar dekat homestay sebab owner cakap boleh buat BBQ. Homestay ni adalah jenis rumah teres double storey. Ada 4 bilik 3 bilik air, 3 kat atas dan 1 kat bawah. Memang luas, selesa dan dari ruang tamu boleh nampak ruangan dapur terus. Ada rumah lain, tapi ada dalam 3,4 bijik rumah je yang ada orang. Maybe owner buat homestay gak. Sebab tempat peranginan kan. Lepas cari seafood kat pasar di Ranau tapi hampa, kitorang pun balik homestay. Tak dapat BBQ seafood, bakar ubi jelah.
Day 1..Selepas waktu maghrib malam tu…
โ€˜Wei XL, tadi ko yeye sangat beli ubi kata nak bakar! Cepat lah!โ€™, El jerit kat aku.
โ€˜Ha, yelah. Jom-jom semua bakar ubiโ€™, aku ajak yang lain. Tapi semua jenis pemalas nak mampus, makan je tau. Ceh!

Bukak je pintu belakang, pemandangan mmg indah sungguh, nampak gunung Kinabalu.
โ€˜Perghhh, El cantik nya view. Rasa nak duduk sini tak nak balik!โ€™, aku punya terpegun.
Tengah tengok keindahan alam dan bintang2, aku dengan El tiba2 rasa kepala macam ada magnet tarik untuk pandang ke kiri (rumah kosong agaknya sebab gelap). Aku tengok El, El tengok aku. Berlari macam lipas kudung kitorang masuk dalam rumah, tinggal kan ubi dan pintu dapur terbukak.

Kitorang nampak abg cong berdiri kat pagar rumah kosong tu. Muka dia, hitam sangat macam hangus terbakar.Tak ada nur langsung! Kulit muka terkopek-kopek, buruk, huduh sangat. Walaupun gelap, tapi aku nampak clear muka dia. Sampai sekarang tak boleh lupa. Aku dah pucat muka, berpeluh sejuk rasa duduk kat sofa.Cuaca kat situ kan sejuk pun aku boleh berpeluh! Aku ambik hp dan whatsapp El.

-ko nampak tak ape aku nampak?- XL
-ko nampak ape?-El
-Cakap la betul2, ko nampak tak? Kalau tak nampak apesal ko lari?- XL
-Huhu.. aku nampak Hantu Bungkus- El
-Aku pun, seram siot. Camne ni, nak cakap dengan dorang ke? Kang semua jadi takut, kita dah la 2 hari tido sini. Diam2 je eh. Kita nak ke mana lagipun, duit pun x bape nak ade.- XL
-Ok, kita diam2 je-El

Lepas capai persetujuan bersama, aku dengan El pun acah-acah tengok tv, tapi sebenar nya tak focus sangat pun.

โ€˜Mana ubi korang woi! Tadi kata nak bakarโ€™ Jurah yang baru kuar toilet tanya kat aku.
Kan da cakap dorang ni tau makan je. Aku baru teringat ubi tu kat belakang umah tadi aku tinggal je sebab terkejut.
โ€˜Aku macam malas pulak nak bakar, kalau ade udang ke sotong ke, best gakโ€™ aku jawap, acah2 cool.
โ€˜Abes tu watpe beli, jom la bakar, jom laaaaโ€™, Jurah buat suara macam lapar tak makan 3 hari je. Geram aku haih.
โ€˜Jom laaaaa..XL, El, kita bakar ubi tu, xde benda nak buat ni. Hilang kan boringโ€™,Jurah ajak lagi.
Yang si Ayin dan Miaw pun menyokong, suruh pergi bakar ubi.
Dalam hati rasa nak tumbuk je dorang ni, orang dah la tengah takut ni. Nak sangat bakar ubi, dah la kat belakang umah abg Cong tunggu, nak jugak makan ubi bakar gamaknye.
Aku whatsapp El.

-El, camne ni. Jurah ajak bakar ubi. Ko pegi lah teman dia-XL
-xnak aku, ko pegi la, ubi tu tak kan nak biar je. Pergi la amik, tutup skali pintu dapur- El
-Ko lah pegi, aku takut ni.. huhu..-XL
-M**i idup blk pun aku taknak- El
-Abes takkan pintu tu nak biar je, nanti Cong tu masuk camne?-XL
-Ko suruh Jurah tutup kan, tapi jangan bagitahu dia apa kita nampk-El
-Ok, mintak2 abg CONG tu tak de kat depan pintu tunggu kita.. huhu -XL

Jahat nya aku dengan El kan.. tapi tu lah, macam pengalaman aku yang lepas-lepas, hantu memang takut dengan Jurah, dia kan geng dengan hantu. Tak pernahnya nak kena kacau ke apa.
โ€˜Jurah, jom pergi belakang. Cantik gila view belakang umah ni, nampak gunungโ€™, aku ajak Jurah.
Aku tarik tangan dia pergi dapur. Tapi aku stay kat dapur, aku tengok Jurah laju je keluar pintu belakang. OMG, jantung aku dup dap dup dap. Mintak2 la dia tak nampak. Oh tuhan, ampun kan aku.
โ€˜XL, aah cantik wei. Jom la bakar ubi. Kita lepak belakang ni. Ko pesal tak keluar, meh la siniโ€™, Jurah panggil aku.

โ€˜Aku malas nak bakar ubi, penat la nak hidup kan api lagi. Esok aku rebus je ubi tu ye. Lagi pun kan kenyang, tadi kita da makan. Kalau ade seafood best la jugakโ€™, aku jawap dari dapur.
โ€˜Abes! Ko panggil aku pergi belakang buat apa? โ€˜Ala.. tadi yeye sangat nak bakar ubi! โ€˜, Jurah macam bengang.

โ€˜Ko tolong amik ubi, tutup pintu sekali.โ€™,aku jawap sambil control suara cemas.
Jurah pun membebel2 sambil tutup pintu, cakap aku buli dia sebab ajak pergi belakang rumah hanya untuk amik ubi dan tutup pintu. Aku diam je, malas layan dia, sebab perasaan takut masih menebal. Tak sia2 geng dengan ko nih, Jurah. Hantu pun tak nak tunjukkan diri depan ko. Saka apa ko bela tak tau lah. Aku mampu berhuhu je dalam hati. Nanti raya aku mintak lah ampun ye.

Aku sambung tengok tv, sambil cuba lupakan pertemuan tadi. Dalam hati cakap, imaginasi aku je ni kot. Entah2 aku salah tengok ke. Entah macam mana, magnet hanat ntah datang dari mana tarik kepala aku lagi sekali untuk pandang ke tingkap dapur yang transparent tu.

Tercongok abg CONG yang muka hitam hangus, buruk terkopek2 kulit muke tu kat tingkap! Automatik, mulut aku sebut Allahuakbar! Aku terduduk sambil menggigil kat sofa. Gile wei, dia tak bagi aku hidup tenang betul eh, tau la aku comel! Tapi jangan la ngorat cara camni, memang nak bagi aku m**i gamaknya. Aku whatsapp El lagi, pesan jangan tengok tingkap dapur sbb ade Abg cong kat situ. Seumur idup aku, ni la first time nampak Natang yang betul2 clear. Dah la aku ni rabun power sampai 400++, xpakai lense dan spec mata. Tapi bole nampak clear muka dia yang buruk tu dari jarak lebih kurang 8meter. Ikutkan rabun aku ni, muka orang 2 meter je, aku dah x jelas nampak sangat. Memang dia nak berkenalan betul!

Malam tu aku dengan El bagi cadangan tidur kat ruang tamu je, bagus pulak perangai semua setuju.Rugi je bayar satu rumah, dah semua duduk kat ruang tamu je. Sepanjang malam aku menggigil, baca segala surah yang aku hafal, pakai earphone pasang surah rukyah dalam hp. Pejam mata je terbayang, nak tidur pun takut. Nak terkencing pun aku tahan je sampai ke pagi. Masa ni memang dorang pelik tengok aku dengan El, sebab diam je. Selalu aku ni paling kepoh.

Day 2โ€ฆ..
Esoknya masa kitorang jalan dekat kundasang, kena paksa cerita kenapa kitorang lain macam. Bila cakap nampk momok, si Ayin ni paling sibuk nak tau detail. Huh, menguji betul. Balik homestay Jurah ni paling cool, ajak aku mandi kat atas. Yang aku fikir, ok lah kot semalam tu dia tak kacau pun, Cuma tunjuk muka. Maybe sebab tak pernah tengok orang baru. Lagipun bilik air bawah dekat dengan pintu dapur, seram aku.

Sebab bilik air atas ada 2, aku pilih yang dekat dengan tangga (senang nk lari), yang Jurah pilih dalam master bedroom. Tengah aku mandi, Jurah ketuk pintu nak mandi sekali sebab die dengar ada bunyi cakar pintu. Tambah takut lah aku, tak fikir apa dah, memang mandi cepat2 turun bawah. Malam tu masing2 ketakutan nak pergi toilet berteman sampai berlima berpegangan tangan dah la tak tutup pintu.

Kelakar pulak kalau ingat. Tingkap dapur pulak, sebelum senja memang aku dah tutup dengan selimut supaya tak nampak pemandangan luar. Memang tido pun tak nyenyak malam tu. Dengan bunyi anjing sahut menyahut depan rumah. Bunyi pintu dapur macam kena cakar.
Terdera mental aku.

Esok nya kitorang tak sabar2 check out, suruh owner datang pukul 8pagi untuk pulang kan kunci. Bila dia tanya kenapa, aku cakap sebab kitorang nak jalan2 dekat KK lagi. Keluar je dari kawasan tu, El bukak cerita. Feeling tak best yang dia rasa start dari mula2 masuk rumah. El jenis biasa nampak dan senang terasa dengan natang ni. Bila dia naik tingkat atas je, terus rasa semacam. Bulu roma menegak tiba2. El mula rasa tak sedap hati masa si Ayin pegi amik serai dan daun limau dekat belakang rumah untuk masak tomyam. Eh, main ambik je tak mintak izin tuan rumah. Tapi tak pasti lah kalau ini punca. Entah lah labuu..

Alhamdulillah tak ada benda lain yang mengganggu kitorang lepas tu. Pengajaran yang aku dapat kali ni, Abg Cong muka huduh. Ni kira pengajaran ke tak ha? Tak kisahlah, nasib baik tak demam. Oh ye, lagi satu, akhirnya Jurah kena kacau jugak walaupun setakat bunyi pintu kena cakar, ntah ya ntah tak. Orang tengah takut kan.. Tapi ini membuktikan dia bukan geng Natang. Hahahaโ€”gelak, tak tahu pesal suka pulak dia takut. OMG Jahat aku!

Ape pun Sabah memang cantik dan best! Rindu nak pergi lagi, tapi insaf dah nak ambik homestay.
Yang Benar Lagi Betul,
-XL-

hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

xue_zara

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 3 Average: 5]

20 thoughts on “Kisah Travel ke Kundasang”

  1. kalo aq yg nmpk abam gula2 kt tingkap dapo, mau aq jerit kuat2 ckp “SeTaNnnnnnn!!!!” biar gegar 1 umah.. biar semua takot… hahhahah…๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚ Best next citer plz…

    Reply
  2. aku pon ade kisah.aku lnh menetap dlt homestay kundasang..atas famly jiran aku dudok.famly aku dudok dkt blh bwh.rumh besr ade byk blk.so pintu nk msk ade 2..blah ats kna ikot tangga tepi.yg blh aku ni ikot pintu rumh mcm biase.dpn pintu de notis xboleh kluar lps pkl 11 mlm,xbole gelak kuat2,xbole suka sgt,xbole mnm arak berzina tu mmg kt tau kan.so aku ckp kat adk aku ish sini ade balan2 ke.nk dijadikn cerita 2 mlm sedra aku kna kacau.first night tu die ckp selimt die kna trk.mlm kedua die tido sdr2 seluar die dh tercbt.ah sudh..smpai skrg ktorg xtau ape sbb jd mcm tu.myb sbb first night tu sdra aku dok dkt blah balkoni mengdp gunung kinabalu tu die bork dgn adkk aku kuat sgt kot smpai 3 pg

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.