Assalamualaikum kepada admin dan para pembaca FS. Ni adalah second time aku try untuk post kisah aku. Dulu first time post tapi kisah aku x di publish sebab kesilapan aku sendiri. X ikut format. Haha. So aku nak cuba sekali lagi. Harap-harap kali ni lulus la.
KISAH 1
Okay, aku nak story pasal kisah aku zaman study di Politeknik Sultan Azlan Shah. Nama aku E. Masa study dulu alhamdulillah aku pernah kena ganggu hanya 3 kali sahaja. First time aku kena masa sem 1, time tu duduk kamsis V5, aras 1. No bilik 10*. Haha. Malam tu aku nak study kat bilik coursemate aku. Kebetulan sebelah bilik je pun. Then, roommate aku pun ada bagitau dia pun nak pegi study bilik coursemate dia kat aras 0. Dia siap pesan yang dia x balik bilik, nak tido bilik kawan dia. Aku pun okay je la.
Then, kitorang berpisah. Aku pegi bilik kawan aku, dia pegi bilik kawan dia. Time study ni, aku x ingat dah pukul berapa time tu, aku terlupa bawa satu buku subject yang nak study tu. Aku cakap dengan kawan aku nak balik bilik kejap amek buku. Masa aku buka pintu bilik tu, akan terus nampak meja study dan katil aku. Aku terus masuk pegi kat meja studi. Time ni aku perasan kat katil roommate aku ada orang tengah tido. Aku pun terus amek buku dan keluar bilik. Tapi tiba-tiba aku terfikir sesuatu. “Eh, bukan ke K (nama samaran) cakap nak study and tido kat bilik T (nama samaran)?”, aku berbicara sendiri. Time ni aku x tau kenapa aku boleh patah balik pegi bilik, pegi buka pintu sebab nak confirmkan balik. Hahaha.
Time tu, korang tau apa yang aku nampak? Katil K kosong. Selimut elok berlipat kat kaki katil. Padahal sebelum tu memang aku nampak ada orang berselimut tido atas katil tu. Tapi ni kosong beb. Aku cepat-cepat lock balik pintu, terus keluar pegi bilik kawan aku. Sampai bilik kawan aku, I (nama samaran) pelik tengok muka aku lain macam tapi dia xde la pulak nak tanya apa-apa. Kalau dia tanya pun memang idak la aku nak bercerita.
Tapi lepas abis study tu aku tetap balik bilik aku, tido kat bilik sendiri sebab masa sem 1 dulu aku x pandai lagi nak tumpang tido bilik kawan. Yelaa, dah bayar untuk duduk kamsis, dah bagi tempat tido sendiri yg selesa, kenapa perlu menumpang tempat orang lain kan? Cuma esoknya tu je lepas abis kelas, kat dalam bilik aku berani bertanya pada K pasal hal semalamnya tu. K cakap dia memang tido bilik kawan dia, xde balik bilik pun. Dia tanya aku kenapa tapi aku cuma mampu berhuhuhu je. Mungkin malam tu hanya khayalan aku je kot. Entah lahhh.
KISAH 2
Masa ni aku sem 3. Alhamdulillah rezeki aku dapat duduk kamsis lagi sebab masa sem 2 aku join JPK. Kali ni aku dapat blok V6. Aras 0. Aku tak berapa suka kedudukan bilik aku masa sem 3 ni sebab kalau buka pintu bilik je terus nampak kafe. Nak bersantai study buka pintu bilik pun sangat la x sesuai. Lepas tu belakang bilik aku pulak rumah warden. Nak buat bising ke apa memang x boleh langsung la. Tapi yang best cuma dua benda je. Ampaian baju depan bilik dan nak ke cafe pun dekat. Hahaha. Okay, kali ni aku nak bercerita pasal gangguan lembaga yang menyerupai orang minyak. Ketar lutut wehhh.
Satu malam tu, aku dah janji nak study dengan I. Alhamdulillah rezeki aku sem 3 dapat satu blok, satu aras dgn I. Aku suka study dengan I sebab I budak cerdik. Kali ni bilik kitorang selang satu buah bilik je. Aku study dengan I berdua ke bertiga entah time tu. Aku pun x ingat sebab roommate I coursemate kitorang jugak. Malam tu lepas study, aku balik bilik. Dalam jam 1 pagi camtu la. Aku pun terus kemas bag untuk kelas esok, baca doa tido dan get ready nak tido. Aku punya roommate memang kaki tido awal. So masa aku dah tarik selimut dan nak pejamkan mata tu tiba-tiba aku rasa macam x sedap hati. Aku dapat rasa macam ada orang tengah perhatikan aku.
Entah macam mana aku beranikan diri toleh kepala ke arah tingkap bilik aku. Oh, sebelum tu aku bagitau dulu susunan perabot dalam kamsis kitorang. Pihak kamsis susun perabot semua selari dan rapat ke dinding. Kedudukan dari pintu masuk, jumpa meja study dulu, katil last sekali baru almari. Lepas tu tepi almari tu tingkap. Macam aku bagitau sebelum ni, belakang bilik aku tu rumah warden. So kalau aku buka tingkap bilik tu memang nampak terus belakang rumah warden tu.
Okay, kita sambung story. Masa aku beranikan diri toleh ke arah tingkap tu, korang tau x apa yg aku nampak? Jeng jeng jeng. Lembaga yang menyerupai orang minyak. Serius weh. Aku x tipu. Dia berkepala botak, pakai seluar dalam je warna hitam dan badan dia berlumur dengan minyak hitam berkilat satu badan. Yang aku x boleh lupa, mata dia jegil je tengok aku. Aku jenis penakut tido dalam gelap. Memang tiap malam aku tido akan buka lampu meja studi. Tu yang aku boleh nampak jelas lembaga tu.
Aku cepat-cepat kalihkan pandangan aku. Ketar weiii. First time jumpa depan mata sendiri. Aku tutup mata, tarik selimut. Terketar-ketar baca ayat suci sampai tunggang langgang aku baca. Berterabur. Takut punya pasal kan. X lama lepas tu, aku dapat rasa muka dia dekat sangat dengan muka aku. Hmm time tu x payah cakap la macam mana lajunya degup jantung aku. Macam tengah marathon. Laju semacam. Baca ayat pun berterabur.
Dalam beberapa minit lepas tu, aku dapat rasa macam benda tu dah xde. Aku beranikan diri buka mata sikit nak intai. Aku nampak benda tu jalan tinggalkan aku menuju ke pintu lepas tu terus tembus macam tu je. Aku pun macam tergamam. What the ??? Tembus pintu kot. Pastu aku macam tersedar. Eh, aku mimpi, mamai ke tadi? Atau benda tu real? Aku duk fikir pasal benda tu sampai la aku terlelap sendiri. Esoknya nak pegi kelas, aku cerita dgn I. I nak sedapkan hati aku. Dia cakap mungkin aku bermimpi je tu. Aku pun iyee kan je laa.
Sampai la satu hari tu aku dapat mesej dari senior lelaki aku ajak jumpa kat cafe. Dia tengah praktikal time tu tapi datang poli sebab nak jumpa pensyarah dan tumpang tido kat bilik kawan dia di kamsis. Aku pun okay je la. Dah orang nak jumpa. Masa jumpa dia tu, dia tanya aku duduk blok mana. Aku jawab la V6. Dia macam terkejut. Boleh nampak dari riak muka dia. Okay, ni antara perbualan kitorang. Perbualan ni lebih kurang je sebab dah bertahun kot. Mana nak ingat sebutir sebutir. Aku namakan dia H je okay.
H : Ko duduk situ xde dengar apa-apa cerita ke?
E : Cite apa pulak?
H : Dulu ada akak senior bagitau blok tu tiap-tiap sem ada budak kena kacau dengan lembaga hitam macam orang minyak.
E : Eh, mana ko dengar cite ni? Betul ada ke?
(Padahal dalam hati ni dah ragu-ragu pasal kes kena kacau ari tu)
H : Ada akak senior dulu gitau. Tiap-tiap sem ada yang kena kacau tapi benda tu setakat tunjuk muka je. X buat apa pun.
E : Wei, aku dah kena kot. Baru lagi. Tapi memang betul benda tu x kacau apa. Dia tunjuk muka, lepas tu blah macam tu je tembus pintu bilik.
H : Tiap-tiap sem memang ada.
E : Aku sampai terfikir aku mimpi ke real benda tu. Tapi disebabkan cuma sekali tu je kena kacau, so aku anggap mimpi je.
Macam tu la lebih kurang perbualan kitorang. Tapi aku x pernah siasat la pulak pasal benda tu. Malas nak cari kesahihan cerita mulut dari satu sem ke satu sem. Sampai la aku dah duduk rumah sewa, malas duduk kamsis dah. Time tu aku last sem. Aku duduk serumah dengan budak-budak integrasi last sem jugak. Saja la buat ramah sembang dgn budak-budak rumah nak rapatkan silaturrahim. Aku tanya sorang budak ni sem lepas duduk blok mana. Dgn konfiden dia cakap V6.
Lepas tu aku tanya la pasal gangguan lembaga hitam tu. Dia cakap dia pernah kena kacau. Siap kena kiss pipi lagi. Masa kena kiss tu, pipi rasa sejuk je. Aku pun cite la pasal apa yang aku pernah kena dulu dan apa yg senior lelaki aku pernah cite kat aku. Yg paling haru bila benda tu memang berani gila la sampai cium pipi housemate baru aku tu. Tapi nasib baik dulu masa aku kena kacau tu xde jadi apa-apa pun. Yang buat aku tertanya, apa motif benda tu muncul ganggu penghuni kamsis blok V6 sahaja?
Blok perempuan yang lain xde pun kena ganggu. Dan secara x langsung kesahihan cerita mulut dari satu sem ke satu sem tu ternyata benar. Cuma sekarang x tau la apa ceritanya. Ada lagi ke gangguan dari lembaga tu? Curious jugak. Kalau korang ada yang study kat situ, stay kat blok tu, kongsi la cerita.
Okay la. Aku rasa cukup la sampai sini je. Kisah yg ketiga tu aku nak skip je sebab cuma penampakan macam tu je sama macam aku kena masa sem 1 dulu. Sorry la kalau kisah aku x seram mana pun cuma nak berkongsi cerita je. Terima kasih admin, terima kasih pembaca. Cuma satu je nak tanya admin ni, dah xde ke sambungan kisah awek kebaya tu? Lama dah tunggu sambungan cerita penulis tu. Seru la penulis tu admin. Jangan hampakan kami, pembaca setia FS ni. Hihihi. Bye uolls.
- hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Awek kebaya sambungan mendenye…
Udah episode finale aritu…
Pasni awek jubah plak,heheheheh…
Bestnye bilik depan cafe depan ampaian, sonang idop tau…
Akk x suke biar pintu blk terbuka…
Dr zmn study smpi lar dh beranak pinak ni…
Biarlah umh sendiri atau umh mak atau mertua ke…
Kuor masok blk msti ttp pintu…
Bajet2 blk kan ruang privasi kita, soo segan klu org nmpk…
Aku study sini dlu..JP berhantu tp aku xpnh kene nasib la..
Dulu ade kes bnyk..
Jin la..
N v5 v6 salu budak kene histeria
Saya pun duduk v6 jugak waktu sem 1. Pernah 2-3 kali juga la kena gangguan ni tp beranikan diri je haha. Second time kena time tu roommate tgh tidur n time tu sy tgh study smpai pkul 2 pagi bru terasa ngantuk. Then sy pegi la katil sy duduk ats katil dulu tetiba roommate sy tanya sy “sape yg cantik tu” /sambil tunjuk dekat tingkap/ sy pun diamkan diri sbb ingat dia mengigau. Kali kedua dia bersuara lagi ‘sape yang pakai baju cantik tu A’ sambil tunjuk dkt tingkap. Time tu mmg dah seram sejuk dah. Sy pun terus tgk tingkap xde sape pun. Tp mmg terasa la seram sejuk time tu. Sy pun terus tidur. Huhu
Sem 1 dgn sem ni duduk kat v6 juga. Bosan sebenarnya duduk blok sama. Sem ni bilik kat belakang hutan. Fuh segala binatang masuk dlm bilik. Geram je tapi Alhamdulillah tak kena kacau lagi. Nak try duduk V1 dgn V5 sem depan haha
Lepas ni aku nak share pasal v3,v4 dengan behrang 2020 lah.
Psl behrang 2020 blh x joe?dlu ak sllu llu situ dr kuala kubu bharu…
Lembaga hitam tu ntah2 manusia yg tuntut ilmu hitam kot…org sekitar ke..student…kot saja dia nk asah ilmu dia huhu…seram oiii…
seram..siap kiss pipi tu..hahah
salam dari v5 aras 3