Assalamualaikum W.B.T
Diucapkan kepada barisan admin dan semua pembaca tegar FS. Terima kasih juga diucapkan kepada admin sekiranya kisah ini disiarkan. Terima kasih juga kerana menyiarkan entri ku yang lepas. Maaf ada kekhilafan dalam entri ku yang lepas yelah baru nak bertapak dalam bidang penulisan. Entri kali ni aku akan ceritakan apa yang jadi pada kak anne. Untuk yang baru ikut kisah ni kak anne adalah kakak kandung aku, aku memang rapat dengan dia sebab dia lah yang menjaga aku dari kecil. Ni cerita yang kak anne bagitau aku jadi aku olahkan cerita ni seakan-akan kak anne tengah ceritakan kat korang lah ye selamat membaca.
Aku bgtau kak anne cerita dia aku kongsikan dekat FS dia kata ok je. Kalau dia nak taip aku rasa setahun belum tentu siap maklum lah ayam patuk jagung huhuhuhu jangan kak anne tau aku kutuk dia pada korang m**i aku. Cerita ini mungkin tak seram tapi lebih pada jawapan persoalan bagi entri aku yang lepas
Cerita nya bermula pada tahun 2014 lagi kak anne dah mula “sakit”. Ini adalah kerana sifat hasad dengki manusia yang tamak. Suami kak anne ni adalah seorang anggota polis yang bertugas di Selangor. Aku berikan nama suami kak anne ni sebagai abg man. Di tempat kerja abg man ni amat disenangi oleh rakan-rakan sekerja bukan hanya ditempat kerja dalam keluarga kami pun abg man seorang yang amat disenangi. kak anne mempunyai 7 orang anak dan 2 orang cucu, 6 daripada nya telah bekerja dan hanya seorang anak bongsu yang tinggal dengan kak anne. Murah rezeki kak anne dan abg man apabila mendapat tender cafe di sebuah balai polis di Selangor dan disini lah bermulanya episod duka kak anne dan abg man.
CERITA KAK ANNE.
Alhamdulillah perniagaan akak semakin hari semakin bagus. Ramai juga pelanggan yang datang tidak kira staf dan orang awam yang berurusan di balai datang makan dan minum di café akak. Sampai la satu ketika café akak semakin berkurangan pelanggan. Ada orang lalu lalang tapi tak singgah ke café. Pada mulanya akak takde lah nak sangka yang buruk-buruk sebab akak anggap itu semua lumrah orang berniaga adakala ramai pelanggan adakala sedikit. Tapi semakin hari semakin pelik sebab dah sampai tiada pelanggan langsung datang ke kedai akak. Keadaan berlarutan sampai 2 minggu lamanya, kalau nak kata ada café lain takde lah pulak sebab di kawasan balai tersebut hanya café akak je yang ada. Sangkaan akak memang tepat ada sesuatu yang tak baik dah jadi selapas akak berjumpa dengan pelanggan yang selalu makan kat café akak
Mat : eh kak apa kabar? Lama nya akak tutup café, ke akak dah pindah niaga tempat lain
Akak : eh café akak mana pernah tutup…buka je tiap hari tapi orang tak masuk
Mat : akak biar betol..kalau buka saya dah masuk kedai akak
Akak : akak nak tipu buat apa mat..tu tempat akak cari rezeki
Mat : ermmm macam ni la kak saya nasihatkan akak pergi cari orang yang pandai-pandai minta tolong tengokkan kedai akak ni.
Akak : apa maksud kau ni mat..macam ada sesuatu je yang kau tau akak tak tau.
mat : maksud saya akak ni macam dah kene aniaya dengan orang..mungkin orang tu dah “tutup” cafe supaya orang akan Nampak café akak sentiasa tutup.
Akak : nantilah akak ajak abg man pergi jumpa orang yang pandai sket.
Hal ni akak cerita kan kat abg man rupanya abg man ada berita yang sedih juga buat akak. Abg man diarahkan berpindah 24 jam ke Melaka tanpa abg man tau apa kesalahan yang di buat. Akak dan abg man redha dengan dugaan yang mendatang mungkin ada hikmah diatas perpindahan ini . jadi akak rasakan tak perlulah akak pergi berjumpa dengan orang yang pandai dalam bab misteri ni untuk tenggokkan café akak sebab akak pun dah nak pindah jadi puaslah hati orang yang dengki pada akak tu tengok akak dah pindah tempat lain. Akak rasakan semua kisah misteri ni habis setakat disitu tapi akak silap. Kali ni akak mengalami gangguan di rumah baru pula. Bila kena pindah 24 jam ni memang leceh sikit sebab akak tak boleh terus ikut abg man sebab urusan sekolah anak akak yang bongsu kene selesaikan dulu jadi abg man je yang pergi dulu untuk uruskan tempat tinggal dan Alhamdulillah semua tu dapat diuruskan dengan senang. Kali ni abg man pula yang sering kena ganggu di rumah baru ada ketika abg man terdengar ada orang mandi di bilik air sedangkan waktu itu abg man sorang berada dirumah. Bila abg man menyapu bersihkan rumah terdapat banyak rambut-rambut yang gugur yang peliknya semua rambut tu panjang.
Setelah urusan perpindah persekolahan anak bongsu akak selesai abg man terus bawa akak masuk di rumah baru. Bila akak langkah kaki je kat dalam rumah terus meremang bulu roma akak. akak ada ceritakan kat abg man, dia Cuma kata sabar nanti kita buat yassin dan kenduri doa selamat biasalah tu rumah bertahun takde penghuni buat masa ni kita anggap je kita menumpang rumah ‘orang tu’. Belum reda akak punya seram anak akak yang bongsu pulak tegur akak. anak akak ni lain sikit , hijabnya seakan terbuka dia boleh lihat benda yang kita tak Nampak
Adik : mak ada benda perhatikan kita lah.
Akak ; adik jangan mula ye kalau Nampak tu buat-buatlah tak Nampak, nanti abah pergi kerja adik pergi sekolah tinggal mak sorang-sorang camne
Adik ; adik Cuma bagitau apa yang adik Nampak bukan nak takutkan mak
Akak : dah jangan cerite..bang cepatkan lah kenduri doa selamat tu
Abg man : yelah hari khamis ni kita buat yasin dan doa selamat abg jemput staf nanti
Masa dalam bilik tengah kemas-kemas akak ada Tanya anak akak apa yang dia Nampak. Dia kata ada budak kecik rambut panjang tengah jengah tengok adik masa masuk rumah lepas tu dia senyum kat adik, bila adik kata ada benda perhatikan kita, terus dia lari mak. Masa ni akak dah seram lah, akak pikir macamana kalau akak tinggal seorang nanti mesti dia kacau. Jangkaan akak memang tepat malam masa nak tidur lepas akak dah siap kemas barang sekali lagi akak diganggu kali ni dengar dalam bilik air macam ada orang mandi dan ada nyanyian yang syahdu. Tuhan je yang tahu macamana perasaan akak, abg man kerja malam adik pulak dah tidur, jadi akak hanya mampu membaca ayat-ayat suci yang akak tau dan harap gangguan tu akan terhenti Alhamdulillah lepas akak baca ayat-ayat suci alquran akak tak dengar lagi gangguan tersebut. Kenduri doa selamat pun telah selamat dijalankan dan selepas itu tiada lagi gangguan yang biasa kedengaran. Mula nya akak ingat semua nya dah pulih tapi sekali lagi kami sekeluarga di ganggu oleh perkara-perkara misteri kali ni lebih dahsyat dari yang lama. akak dan abg man mengambil keputusan untuk minta bantuan seorang pengamal perubatan alam ghaib dari kampung untuk datang melihat apa sebenarnya yang menggangu akak sekeluarga.
============================================================
Kali ni aku akan cerita sebab hal ini aku dan akak aku (bukan kak anne) yang alami sebab aku yang bawa pengamal perubatan alam ghaib tersebut datang ke Melaka untuk tengokkan rumah kak anne ni. Aku namakan makcik ni mak mah dan akak aku lagi satu tu kak mell. Aku dapat panggilan dari kak anne yang kata dia ada masalah dengan rumah dia. Jangan korang pelik aku dengan adik beradik ni guna aku kau je kalau berbual.
Kak anne : jep aku ada masalah ni… rumah aku macam ada benda kacau lah
Aku : lah dah berapa lama kau kene ganggu baru ingat nak bgtau
Kak anne : sebenarnya dah sebulan juga lah, mula-mula boleh tahan tapi dah makin teruk lah.
Aku : sebulan baru kau nak bagitau eh kenapa tak biarkan setahun je kan senang.
Kak anne : kau nak tolong ke tidak kalau tak aku minta tolong abg long je
Aku : yelah nanti aku jumpa mak mah bagitahu dia ada masalah ni
Aku terus pergi rumah mak mah jumpa dia bagitau hal ni, mulanya mak mah nak tengokkan dari jauh je dulu apa masalahnya. Bila dia dah scan apa yang berlaku jadi dia kata berat sangat tak boleh berubat dari jauh dia kena pegi Melaka juga. Mak mah cume bagitahu yang ada orang hantar benda ni, dia masih tak puas hati walaupun abg man dah pindah jadi mak mah kata khamis malam jumaat kita pergi kalau boleh sampai sebelum magrib. Bila aku cerita kat kak anne barulah kak anne buka cerita pasal café dia kat selangor tu mungkin orang yang sama juga buat benda ni bukan nak menuduh tapi kebarangkalian tu ada.
Sampailah masa yang dijanjikan aku, kak mell dan mak mah bergerak ke Melaka dalam lebih kurang lepas asar. Sampai je rumah kak anne dari dalam kereta mak mah dah bgtau yang benda ni tau kita datang dan dia marah tengah taip cerita ni meremang bulu roma aku. Jadi Alhamdulillah kami sampai dalam lebih kurang 6.15 lah dari johor ke Melaka takde lah jauh sangat perjalanan lagi kalau kau pecut lagi cepat lah. Sampai depan pintu je mak mah terus pesan kat aku ngan kak mell baca ayat kursi sebelum masuk langkah kaki kanan lepas tu kalau ada apa-apa bau ke atau Nampak apa-apa jangan tegur buat tak tahu je. Jadi aku ikut jelah apa yang mak mah suruh, Alhamdulillah takde apa-apa yang berlaku kami pun duduk lah disofa melepaskan penat atas meja pulak dah sedia air teh jemput tepung cicah kuah kicap lada terus balun jela. Kak anne memang tau kesukaan aku dari kecik dah dia yang jaga aku kan. Belum pun masuk makanan kat dalam mulut mak mah tibe-tibe cakap ‘aku datang nak mengubat bukan nak kacau sesiapa’. Putus selera aku nak makan tapi sempat juga jamah sebiji. Aku terus Tanya mak mah
Aku : eh mak mah cakap dengan siapa?
Mak mah : aku dah kata kan benda tu marah dengan kita?
Aku : dah tu tadi mak mah kata jangan tegur ..ni mak mah sendiri tegur.
Mak mah : itu kau ..aku ni tak payah lah sebab aku yang nak mengubat.. kalau kau yang Nampak ni aku rasa seminggu kau tak makan.
Aku : takpe lah mak mah biar saya tak Nampak huhu dia tengah buat apa mak mah?
Mak mah : tu ha dia tengah jengah dari dalam bilik air dengan muka yang cantek tu
Aku: jangan memain mak mah kalau dia ikut kita balik macamana?
Mak mah: bawa je lah balik boleh dia teman kau nanti masa memandu
Aku pun takde lah nak toleh belakang pun takut aku Nampak benda tu boleh luruh jantung. Persiapan pun dibuat dan lepas isyak bermula aktiviti memagar rumah. Mak mah suruh aku dan abg man azankan disetiap sudut rumah jadi aku dan abg man pun buat apa yang mak mah suruh. Aku mulakan dari dapur dan abg man bermula dari bilik. Lepas je aku selesai azan di kawasan dapur ada berlaku 1 letupan kecil macam mercun pop tu aku terus lari ke depan rumah aku bgtau kak mak mah apa yang jadi dia Cuma kata jangan berenti teruskan niat kita. Allah akan lindungi kita kalau niat kita baik. Abg man pun alami benda yang sama masa azan kat setiap sudut didalam semua bilik. Selesai azan mak mah terus jalankan aktiviti memagar rumah dengan garam. alhamdulillah aktiviti memagar rumah dijalankan tanpa gangguan dan setelah selesai kami terus pulang kerana mak mah ni tak biasa tidur di rumah orang lain kecuali anak dan suadara dia.
Alhamdulillah selepas tu tiada lagi gangguan yang berlaku pada kak anne. Tapi langit tak selalu cerah akan ada mendung mendatang. Abg man sekali lagi dipindahkan tempat kerja tanpa sebab, yang abg man tau ini adalah arahan pihak atasan. Abg man hanya akur memang sifat abg man yang tidak suka membesarkan masalahnya. Kali ini abg man dipindahkan ke johor dan itu tidak mendatangkan masalah kepada abg man kerana itu adalah kampung halamannya. Kak anne lah orang yang paling gembira mendengar berita perpindahan tersebut kerana dekat dengan kami. Setelah 2 bulan berpindah kami sekeluarga dirundung sedih, abg man pergi meninggalkan kami menghadap penciptanya. Punca kematian adalah dari kegagalan buah pinggang, kami redha atas pemergian abg man seorang yang terlalu baik …alfatihah untuk arwah abg man(walau bukan nama sebenar)
Rezeki kak anne memang murah, kak anne mendapat tawaran untuk tender kantin di sebuah sekolah menengah di johor. Semua bermula dengan baik sehinggalah suatu hari kak anne berselisih faham dengan salah seorang guru yang mengajar disekolah berkenaan. Semua adalah berpunca daripada lambat menyediakan pesanan minuman guru tersebut. Selepas daripada peristiwa itu kak anne selalu diganggu oleh kejadian-kejadian aneh seperti mimpi yang ngeri..sering ditegur ketika berseorangan diri dirumah. kemuncak dari gangguan tersebut kak anne mendapat batuk yang teruk hingga muntah d***h. Kami menghantar kak anne ke hospital dan doctor mengesahkan kak anne tidak menghidap apa-apa penyakit. Jadi aku mengambil keputusan untuk berjumpa dengan seorang ustaz di kampung. Sebelum pergi berjumpa dengan ustaz tersebut aku terlebih dahulu berjumpa dengan seorang rakanku bob yang boleh dikatakan tahu tentang kewujudan entity alam ghaib ini.
Aku: bob kau boleh tolong aku tak..aku kusut sekarang ni
Bob: boleh jep…mana aku boleh tolong aku akan tolong ..aku ni takde lah pandai sangat …
Aku: gini bob akak aku tu kene batuk teruk kadang sampai muntah d***h aku rasa dia macam kene santau pun ada.
Bob: aku cube ye tengokkan tapi ko jangan terlalu yakin dengan apa aku cakap…ingat 1 je semua yang berlaku ni ujian daripada allah
Aku: ok takpe cubelah tengokkan aku kesian tengok akak aku tuh.
Bob: gini jep..akak kau memang ada orang hantar santau angin…aku taknak bagitau siapa orangnya..aku Cuma nak kau hantar akak kau jumpa ustaz pulihkan dia itu yang penting..jangan dendam dengan orang..lagi 1 esok pagi kau ikut aku kita kene buang benda yang orang tanam bawah pokok pelam depan rumah kau…yang tanam ni bukan orang yang sama hantar santau..
Aku: maknanya ada 2 orang lah yang sakit hati dengan kak anne?
Bob: ya ada 2 orang …yang pertama marah pada akak kau…yang kedua iri hati sebab akak kau dapat tender kantin…jadi aku nasihatkan kau jangan berdendam dengan orang yang buat ni..apa yang paling penting cari jalan untuk pulihkan keadaan. Selebihnya kita serah pada ALLAH untuk membalasnya.
Lepas jumpa dengan bob aku terus bawa kak anne jumpa dengan ustaz. Betol apa yang bob kata sama dengan apa yang ustaz beri tahu pada aku. Selepas daripada berjumpa dengan ustaz dan diberikan rawatan keadaan kak anne semakin baik Cuma batuknya sahaja belum sembuh, kami dah bawa kak anne ke hospital pakar untuk rujukan dan doctor mengesahkan kak anne dijangkiti penyakit batuk kering, sampai sekarang kak anne masih menerima rawatan di hospital. Seperti yang bob minta, aku mengikut bob membuang benda yang ditanam dibawah pokok pelam dihadapan rumah ibu ku. Apa yang kami jumpa adalah sangat memeranjatkan…tulang kongkang yang telah dibalut dengan kain kuning, semua urusan membuang benda tersebut aku serahkan kepada bob. Kisah berjumpa dengan ustaz ni aku dah cerita pada entri pertama Cuma aku tak beritahu je apa punca kak anne batuk teruk. Inilah jawapan persoalaan para pengomen yang bertanya apa sebenarnya yang jadi pada kak anne.
Entri kali ni kalau korang baca nampak macam cerita tergantung tak habis tapi sebenarnya bukan tergantung tapi tiada kesudahan. Sampai saat ini saat aku menaip untuk siapkan entri kisah kak anne ni, kejadian misteri masih lagi berlaku aku tak dapat nak ceritakan kerana kak mell dan mak aku yang mengalami kejadian tersebut, mereka bersama-sama dengan kak anne menguruskan kantin tersebut. Nantilah aku akan share pada korang bila kak mell dah sedia untuk kongsikan dengan korang semua.. yang pasti kejadian ini menyebabkan mak aku yang dahulunya seorang kuat semangat menjadi trauma dengan kejadian yang dialami. Apa yang aku dapat simpulkan orang yang dengki ni takkan berhenti selagi kak anne, kak mell dan mak aku masih mengusahakan kantin tersebut. Jadi aku berhenti setakat ini dulu..kita jumpa di entri yang akan datang setelah aku dapat cerita penuh dari kak mell… moga kalian tak jemu membaca kisah aku
sekian.
Kongsi kisah anda: http://fiksyenshasha.com/submit
Follow Whatsapp FS KLIK SINI
semoga keluarga Jep selamat Dr gangguan syaitan dan angkara manusia yg jahat..semoga Allah SWT yg maha kuasa membantu keluarga Jep… manusia ni suka iri hati syirik kpd Allah moga Allah memberi balasan kpd mereka yg hati busuk
Amin…tq cikde
Nak tanya, apa tajuk cerita yg first ye. Nak baca ?
http://fiksyenshasha.com/kisahjep-siapakah-dia/
ni kisah yang pertama
http://fiksyenshasha.com/kisahjep-siapakah-dia/
ni kisahnya nana
http://fiksyenshasha.com/kisahjep-siapakah-dia/
ni kisahnya nana
http://fiksyenshasha.com/kisahjep-siapakah-dia/
cari #kisahjep – siapakah dia
Aku: sebulan baru kau nak bagitau eh kenapa tak biarkan setahun je kan senang.
PS: part ni serius klaka. Kipidap jep. BTW, Cuba try berbekam insyAllah kurang skit kesan Santau angin tu. Buat area perut, rahim, Tgh kpla, tengkuk dan bahu.
tq AC nanti saya akan panjangkan pada kak anne
Allahu.pnyakit hati.belum lg btemu buku dgn ruas tu.biar j Allah bls.teringin sgt nk jd kawan setan kt neraka nnti.biarkn.smoga fmily korg selamat.dunia sampai akhirat.aamiin..
inshaALLAH kak…kami sedang usaha untuk pulihkan keadaan
Allahuakbar..
Innalillahiwainnailaihirajiun…
Alahaaiiii manusia…
Xkanlah lambat buat air pon nk jd punca busuk hati…
Haus bebenor yer, terok benor tercabarnye…
Semoga Allah mempermudahkan segala urusan keluarga adik seluruhnya…
Semoga Allah membalikka hati2 yy busuk tu pd jalan yg benar…
Aamiin…
amin tq kak yulie….nampak macam remeh hal tu tapi bila hati dah hitam
Jep..boleh bg info pasal mak mah x? Aku ade msalah ni..huhu
sampai skrg aku xpaham.napa busuk hati.kau xusaha mana kau nak dpt.golongan yg dok hantar2 sana sini ni tlg la insaf.
kepada ALLAH kami berserah….org jenis macam ni takkan berhenti selagi tak tgk kami mengalah
Hurmm..Bersepah orang yang busuk hati zaman sekarang. Dulu mak saya buka kedai makan pun jadi macam ni juga. Kesan tu mak saya alami sampai sekarang. Semoga Allah mudahkan semua untuk keluarga Jep.
Semoga semuanya sihat dan selamat…dilindungi Allah S.W.T.
Saya cadangkan kak anne..kak mell dan mak jep pakai wangian gaharu..tgk FB: Mr SOL atau yg relate nama tu..wangian ni insyallah jin setan sihir takut nak dkt terutama bila pakai pati gaharu putih atau pati kemboja..boleh search google keistimewaan wangian gaharu ni..selain sunnah kita dpt pahala memakainya krn ia wangian dari surga..please guna sbg ikhtiar selain dktkan diri dgn Allah dan bykkan ibadah2
Wangian gaharu tidak disukai setan jin iblis..kalau tak percaya sila google..
Lumrah seorang peniaga…kalo kita x dengki ngn org, org dengki ngn kita..
Apa y penting, kita pasang penginding y kuat untuk diri kita.. InsyaAllah…semua akn pulih perlahan-lahan..sebab, rezeki tu ketentuan Allah kn..kalo Dye bg kita, mungkin bkn semua milik kita.. 🙂
Sebab tu kena selalu doa dijauhkan dari fitnah dan orang yg dengki.. Sebab sakit kalau jumpa org dengki ni
nape eh melayu ni sikit2 dengki aas kejayaan org lain yg bniaga?
sedih.