As salam kepada semua pembaca FS. Setelah membaca entri-entri di dalam FS ni, tergerak hati saya untuk menceritakan pengalaman saya sendiri terlibat dalam kejadian sebegini. Walaupun blog ini bertemakan FIKSYEN, tapi pengalaman yang akan saya ceritakan ini merupakan kisah benar yang berlaku pada tahun 2010 di sebuah daerah negeri Pahang yang bersempadan Kuala Lumpur dimana time tu saya baru sahaja berusia 22 tahun (Zaman Jahiliah la katakan). Cerita ini tidaklah ada adegan-adegan penampakan susuk tubuh menjelma disebalik dinding dan cermin dan sebagainya, tapi ia masih meninggalkan kesan yang mendalam bagi saya yang agak penakut ni haha.
Okey mari kita mulakan cerita ini, Bismillahirrohmanirrahim. Cerita ini berkisarkan lebih kepada kawan baik saya (Izwan) dan awek nya (Zetty), semuanye bukan nama sebenar.
Pada pertengahan tahun 2010, kami bertiga merancang untuk bercuti di kawasan peranginan sejuk yang terkenal di Pahang. Oleh yang demikian, Izwan yang menyambung pelajaran di Kuantan telah pulang ke kampung halaman sebelum kami bertolak ke kawasan percutian tersebut. Kebetulan saya pun bercuti semester jadi saya pun bersetuju untuk menunggu Izwan di kampung halaman.
Malam tiba nya Izwan di kampung halaman, Izwan memperkenalkan si Zetty ni kepada saya, saya mendapati si Zetty ni agak sombong orangnya, tapi takpelah itu bukan menjadi masalah kepada saya. Nak dijadikan cerita, selesai perkenalan tersebut, Izwan mengajak saya ke Shopping Mall untuk membeli sweater untuk dipakai esoknya. Saya tidak menolak kerana saya pun boleh la cuci mata disana.
Mall yang kami tujui tu memang merupakan satu-satu nya mall yang ada di daerah kampung kami, jadi kerana tiada pilihan situ jela tempat yang kami boleh shopping. Saya tanpa ragu memandu masuk ke parking basement B1 mall tersebut sambil mendengar celoteh si Zetty bermanja bersama Izwan, oleh kerana pada waktu tu pukul 9 malam jadi memang ada sebijik dua sahaja kereta yang parking di kawasan basement B1 tersebut. Saya memilih untuk park di kawasan berdekatan dengan lif. Sejurus turun dari kereta, Zetty terus berkata “Ape la korang ni duduk kawasan ceruk macamni, mall pun xde orang, berhantu ke gamak nya”. Saya hanya tersenyum dan biar Izwan je layan si Zetty tu.
Setelah selesai bershopping sweater tu, kami terus turun ke basement B1 untuk pulang. Setibanya lif di kawasan B1 tersebut, saya terbau satu bau yang kurang menyenangkan macam bangkai binatang, saya hanya pandang Izwan sambil menekup muka (Busuk terok woo). Saya perasan si Zetty diam je sambil mata dia meliar pandang kiri kanan atas. Saya buat tak endah dan terus menuju ke kereta. Sampai je kat kereta, saya terkejut dengan si Zetty yang tiba-tiba menjerit bagai nak rak macam kene sampuk. Sah, memang Zetty ni histeria. Tangan si zetty ni dah mengerekot macam kene strok. Time tu jugak bau busuk hanyir dekat lif tu tiba-tiba menerpa kat lubang hidung ni. Dalam hati dah risau, “ni macam lain macam je ni”. Saya terus arah Izwan ni angkat Zetty bawak masuk dlm kereta dan terus blah dari kawasan basement tu.
Time on the way balik rumah tu memang cuak sebab zi Zetty ni meronta-ronta sambil mengilai suruh hantar dia balik. saya yang memang dah takut terus pecut laju sampai ke rumah Izwan. Sampai je kat rumah, Izwan minta mak nya bacekan surah-surah untuk tenangkan si zetty ni. Semasa si zetty ni meronta-ronta dalam rumah tu, mata si zetty ni memang tak lepas dari pandang pintu rumah seakan-akan dia nak keluar dari rumah tu. Perut si zetty pun tiba-tiba agak mengembung macam orang perempuan mengandung 4 bulan. FYI, si zetty ni asalnya dari daerah di kelantan, so si zetty ni sambil meronta tu mengomel la dalam bahasa kelantan “aku nok kelik ni, ado ore tunggu aku bowoh tanggo rumoh tu”.
Malam tu juga panggil uztaz datang rumah, sambil uztaz tu baca-baca, saya rasa macam diperhatikan dari pintu rumah tu. Walhal semua orang ada dalam rumah tu. Saya cuit Izwan, saya tunjuk dengan mulut kearah pintu rumah, Izwan angguk dan dia bisik kat saya yang dia pun rasa sama macam saya rasa. Izwan ajak saya ke arah dapur dan dia bagitahu yang si zetty ni memang tengah kotor pun.
Lepas 2jam berubat dengan uztaz tu, zetty kembali tenang n terus tido, mungkin sebab letih dalaman kot. So sebelum uztaz tu balik, uztaz tu ade tinggalkan air bacaan untuk bagi si zetty ni minum kalau si zetty ni bangun nanti. Jam masa tu pukul 2 pagi, so saya ingat nak mintak diri la nak balik umah sebab tengok si zetty ni lelap tido dengan ditemani mak Izwan ni dekat depan tv. Tiba-tiba time bukak je pintu rumah si izwan tu, saya ade dengar satu suara garau bisik kat telinga saya “masuk balik”, saya pun dah telan air liur dah haha terus tutup balik. Si izwan ni terkejut la dah saya kata nak balik umah tapi tetiba masuk rumah balik.
Izwan tanya saya kenapa, saya bagitahu la ade benda bisik suruh masuk rumah balik, kami berdua dah cuak dah. So kami pergilah tengok kat kawasan tv tempat si zetty dengan mak izwan ni baring. Rupa-rupanya time tu si zetty ni dah duduk berlunjur sambil pandang tepat dekat mak izwan yang tengah tido dekat sebelah dia.
kami terus pegi dekat mak izwan n kejutkan dia, mak izwan bangun terus bukak air yang uztaz bagi tu dan tuang botol tu kt dalam mulut si zetty ni. Time bagi minum air tu, air tu tak turun-turun ke tekak si zetty ni, macam ada benda sekat dekat dalam tekak si zetty ni. So membuak-buak lah air tu tumpah. time tu si zetty ni dah start meronta-ronta. lebih kurang 15minit jugak dia meronta-ronta, time tu memang cuak sebab sorang-sorang si zetty ni tenung.
Kami semua membaca zikir, doa-doa semua sehinggalah keadaan jadi tenang semula. Time tu dah pukul 4pagi, semua orang pun dah penat. Si zetty yang kembali tenang tu pandang kami semua sambil berkata “KITO REHAT DULU DEH, ESOK KITO MARI SMULA” sambil senyum menyeringai. Gile tak seram. Saya terus mesej dekat parents bagitahu tak balik umah malam tu tido umah izwan hahaha.
Esok pagi tu semua sepakat bawak zetty pergi jumpe orang yang memang pandai berubat (saudara si Izwan ni jugak) dekat daerah kampung kami tu jugak. Izwan pun terpaksa call family si zetty ni untuk maklumkan dan mintak dorang datang ke rumah saudara izwan. Saudara si Izwan yang pandai berubat ni pun pening kepala sebab katanya benda yang masuk dekat zetty ni memang asalnya dari keluarga yang kuat mengamalkan ilmu hitam ni.
Al kisahnya, ada sorang pemuda ni duduk hujung kampung dekat kampung si zetty dekat kelantan tu. Dorang ni satu sekolah katanya, si pemuda ni senior si zetty ni. Si pemuda ni minat dekat si zetty ni siap bagitahu nak masuk meminang lepas si zetty ni habis sekolah. Si zetty ni ceritalah perihal pemuda yang minat dekat dia ni kepada mak nya. Mak ayah nya memang marahkan la si Zetty ni disebabkan satu kampung tahu yang keluarga pemuda yang duduk hujung kampung ni memang ada main ilmu hitam. So si zetty ni ambil keputusan untuk taknak layan si pemuda ni. tapi sebelum tu si pemuda tu pernahlah mintak gambar full si zetty ni. Si zetty ni bagilah sebab fikir kesian dekat si pemuda ni mungkin si pemuda ni nak simpan buat kenangan je kot.
Okay berbalik pada scene dekat rumah saudara si Izwan tu, menurut saudara Izwan tu, benda yang dihantar dekat si zetty ni asalnya dari siam. Macam yang korang tahu lah kan, benda-benda dari siam ni memang kuat. So lepas si saudara Izwan ni selidik, rupa-rupanya benda siam tu datang dari kampung si zetty ni sendiri, rumah paling last kat kampung tu katanya. So saudara Izwan ni start la proses berubat tapi masih tak menjadi.
So saudara izwan ni cadangkan supaya lawan balik dengan harapan si penghantar ni tarik balik benda yang dia hantar tu. Lama jugak proses nak lawan tu sampai ke malam duduk kat rumah saudara si izwan ni. Lastly, strategi tu menjadi, kata si saudara izwan tu, mungkin si penghantar tu dah start rasa panas-panas tak sedap duduk so dorang tarik balik benda yang dorang hantar tu.
Kesian si zetty time tu, badan memang lemah habis, perut agak buncit. Okay selepas selesai berubat tu, saudara izwan mintak isterinya untuk urut perut si zetty yang buncit. Meraung-raung kesakitan si zetty ni macam kene belah perut gayanya. Keluar d***h agak banyak jugak dari bahagian bawah. saya pun pelik dengan keadaan macam tu. Awatnya kena rasuk dengan ‘benda’ tu sampai keluar d***h ikut bawah pulak kan.
So lepas habis berubat dan urut semua tu, saya dan izwan mintak penjelasan dari si saudara izwan ni dan dia pun bukak cerita sebenarnya. Si penghantar tu memang saja hantar ‘benda’ tu time si zetty ni dalam keadaan kotor dan dekat kawasan yang kotor (basement B1 mall) tu.
Time tu jugak la dia tanamkan janin dalam perut si zetty ni tu yang buncit macam orang mengandung tu. Kata si saudara izwan ni jugak, kalau si izwan ni ‘berjimak’ dengan si zetty tu, si zetty tu nanti akan mengandungkan anak hantu (katenye la) dan lepas tu si izwan ni akan mandul selamanya. Time kami berborak dekat luar rumah saudara izwan tu, saya asyik meremang je rasa macam ade orang tengah tengok kami berbual, Si saudara izwan ni pun perasan saya macam agak takut, so dia pun menyahut “udah-udah lah tu duk perhatikan kami ni, pergilah balik dekat tuan kau tu, kang aku tangkap simpan dalam botol nanti kang”.
Terus dahan pokok dekat luar rumah tu macam bergegar, rupanya benda tu dah lama duk perhatikan kami berborak. Kata si saudara izwan ni lagi, memang silap si zetty ni bagi gambar full si zetty ni dekat si pemuda ni. Sampaikan si pemuda ni boleh hantar ‘benda’ tu untuk sekat tekak si zetty ni supaya air bacaan yang uztaz tu buat tak dapat masuk dalam badan si zetty dan katenya lagi, sebab ape uztaz yang datang berubat kat rumah izwan tu tak menjadi, sebab si penghantar tu dah sekat telinga si zetty ni dari dengar ayat-ayat ruqyah yang uztaz tu baca.
Ada satu lagi kejadian yang pelik masa dirumah saudara izwan tu, mak ayah si zetty ni sampai malam tu jugak selepas habis berubat dengan saudara izwan ni. Menurut ayah si zetty ni, sepanjang zetty sambung belajar (baru 6 bulan) dekat kuantan, si zetty ni tak pernah call dorang ni tanya khabar ke apa ke.
Tapi bila soal selidik si zetty (selepas habis berubat tu), zetty kata dia selalu je 2 hari sekali akan call mak dan ayah nya tanya khabar dan mak ayah nya jawab call nya tu. Tu persoalan yang sampai sekarang kami semua still tak dapat nak jawab. Sampai sekarang kalau saya pikir balik kejadian tu pun, still rasa seram dan misteri. Moral dari cerita ni, kalau boleh jangan lah bagi gambar full ke, separuh badan ke dekat orang lain, zaman sekarang ni macam-macam boleh buat huhu mintak jauh lah nauzubillahiminzalik.
Untuk pengetahuan, Izwan dan Zetty baru je bertunang tahun ni, tahun depan (2017) kahwin katanya (Izwan lambat sangat kumpul duit) hehe. So doa-doakan lah mereka bahagia hingga akhir hayat ye hehe.
::Hantar kisah anda di fiksyenshasha.com/submit
Follow Whatsapp FS KLIK SINI
Mcm2 la dugaan zaman sekarang, lpas ni kne hati2 klau nk bg gambar kt org lain x kira la kt fb ke wechat ke..
itu ler tu. bahaya zaman skrg ni. mintak jauh la dari kita semua yer. nauzubillahiminzalik.
Harap2 sekarang ni zetty da sihat
yup..bahaya bg pic kat org ni..mcm2 leyh buat zaman ict nie
bahaya oiii bgi pic boh