Kisahku

Petang tu aku tersangat boring. sudah genap seminggu aku duduk di wad Hospital. Keadaan aku semakin pulih namun tenaga masih ditahap yang lemah. Apabila berjalan, aku masih terasa terhoyong hayang dan perlu melangkah perlahan-lahan untuk mengelakkan aku terjatuh.

Dok sahkan aku mengidap kerosakan paru-paru. Namun disebalik penyakit tersebut, tersembunyi satu lagi penyakit misteri. Aku membuang najis penuh dengan d***h. Bila doktor periksa, tiada apa-apa yang dapat dikesan. Disamping ubat-ubatan hospital, aku juga mengamalkan ubat kampung.

Setelah keluar dari wad, aku tambah cuti lagi selama 3 hari kerana keadaan ku yang masih lemah dan agak mustahil untuk aku dapat memandu pulang ke tempat kerja yang memakan masa hampir 5 jam. Masa cuti aku guna sebaiknya untuk mencari orang yang mahir mengubati penyakit misteri aku. Aku anggap ianya misteri kerana pihak hospital tidak dapat mengesan punca penyakit tersebut.

Aku berubat dengan seorang ustaz. Katanya aku terkena mainan orang. Namun dia tidak bagitahu siapa orang tersebut. Katanya kerana dengki dan sakit hati. Permainan secara perlahan-lahan sehinggalah menemui ajal. Untuk membuang permainan tersebut agak sukar dan memakan masa yang lama. Agak lama juga aku berubat dengan ustaz tersebut. aku sembuh namun kesan dari permainan tetap ada sehingga sekarang. Sakit pada bahagian belakang badanku tidak pernah sembuh. pelbagai ubat dan doktor aku telah jumpa namun tiada perubahan termasuklah tukang-tukang urut.

Keadaan kesihatn aku ini telah menyebabkan kerja aku kadang-kadang tertangguh. Akhirnya aku tersenarai antar pekerja yang bermasalah. Pentadbir tidak akan pernah percaya lebih-lebih lagi melihat aku seperti orang sihat biasa. Walaupun surat-surat doktor sebagai bukti. Malah semasa aku kena tahan wad pun, tiada seorang pun pentadbir yang percaya termasuklah pihak pentadbiran peringkat dearah. Aku terima semuanya sebagai cabaran dalam kerja dan ujian tuhan pada aku.

Pada satu malam, bahagian belakang dekat pinggang tersangat sakit. Nak kejutkan kawan serumah, aku segan pula. Aku cuba bertahan. Tiba-tiba, aku terdengar orang ketawa di luar rumah. katil aku memang betul2 rapat ke dinding. bukan seorang bunyi ketawa tapi berdua. Ya Allah, dah lah sakit kena kacau pula. Aku beranikan diri dan membuka pintu dapur. Namun tiada sesiapa pun. Bulu roma aku dah mula meremang. rasa seram dan takut mengatasi segalanya sehingga aku terlupa bahawa aku sedang sakit.

Ketika menutup pintu, bunyi ketawa kedengaran semula. Kali ini diikuti oleh bau bunga cempaka. wangi semerbak memenuhi ruang rumah kami. Untuk pengetahuan para pembaca, rumah kami ni hanya ada satu ruang sahaj tanpa bilik. Katil kawan di sebelah pintu utama dan katil aku pula di sebelah pintu dapur. Dapur kami adalah kawasan lapang belakang rumah tanpa dinding. Hanya ada meja tempat memasak dan segala barang2 dapur berada dalam rumah.

Aku kejutkan kawan supaya aku boleh tumpang semangat dia. Kawan aku ni jenis ada deria ke 6 dan agak berani. “Tuan…Tuan, bangun… ada mengacau ni.” Dalam keadaan mamai, aku bangun dan terpinga-pinga. “Knapa tuan,” dia tanya aku. “Apa yang wangi sangat ni” dia meneruskan kata-katanya. Ku beritahu pada dia tentang bunyi orang ketawa dan bau bunga cempaka. “

“Ohhh… dia mau kacau kita ya, kejap.” kawan aku kemudian memakai seluar dan keluar dari rumah. “Tuan tunggu saja di dalam rumah” dia arahkan aku. Aku angguk tanda setuju. Kesakitan yang aku alami pula membuatkan aku tidak tenang duduk, baring malah berdiri. Bayangkan dalam kesakitan ditambah pula dengan ketakutan. 2 dalam 1 lah jawabnya. Kemudian aku teringat tentang satu minyak pemberian kawan. Minyak diperbuat daripada 1500 jenis bahan. Aku selongkar dalam kotak di atas katil ku. Katil kami double decker. bahagian atas untuk simpan barang-barang.

Aku menjumpai minyak tersebut dan kemuian menyapunya di tempat yang sakit. Tidak lama kemudia kawan masuk semula dan memberitahu telah mengusir ‘pengacau’ tersebut. Dalam keadaan samar-samar cahaya lamu usb, kawan aku perasan aku sedang kesakitan. “Tuan ok ka.?, kalau tidak ok kita ke hospital” Aku tidak ingin menyusahkan dia. Tambahan pulak, jarang hospital terdekat perjalanan dalam sejam 30 minit melalui kawasan hutan.

Dia kemudian tolong urut-urutkan belakang aku dengan minyak 1500 bahan. Kura-kira selepas 15 minit dia urut, keadaan sakit aku semakin hilang. Sebelum dia baring, dia sempat berpesan. “Kalau tuan mau ke hospital, bagitahu saja ya?”.

Semasa aku hendak terlelap, antara sedar dan tidak sedar, Aku nampak 2 lembaga betina dan jantan duduk di tepi mengadap muka aku. dua lembaga tersebut ketawa seolah-olah mentertawakan aku. Aku cuba teriak namun tiada suara. Aku mula membaca surah al-Fatihah berulang-ulang. Namun lembaga tersebut terus ketawa dan kemudian menunjukkan taring masing-masing. Muka keduanya pula bertukar kepada muka yang sangat hodoh seperti muka hangus terbakar. “Allahuakbar” laungan takbir aku telah membuatkan aku tersedar sepenuhnya. Nafasku kencang dan kekadang sukar untuk menarik nafas. Al-hamdulillah, aku terselamat dari gangguan lembaga tersebut.

“Tuan ok ka ?” kawan aku tersedar dari tidur terdengar laungan takbir ku. Kawan aku ni bukan Muslim ya. “Binatang tu datang ganggu aku dalam tidur lah tuan” terangku ringkas. “Dua pasangan tu nakal. Tadi masa aku halau pun, sempat diorang usik-usik aku. Aku dah bagi amaran tu. Kjap aku buang dorang jauh-jauh sebab langgar arahan” terang kawan.

Selepas kawan menghalau kali kedua makhluk tersebut, aku dah tak dapat tidur sehingga ke Subuh. Mujur ada youtube dilayan bagi menghilangkan boring. Selepas solat Subuh, barulah aku dapat terlelap. Semenjak kesihatan aku terjejas, aku sering diganggu. Sehingga kini, aku masih teruskan pencarian perawat yang dapat mengubati penyakitku.

“Kuk ku ku ukkkk… ” bunyi alarm phone ku berbunyi menunujukkan jam 6.05 pagi. Aku bingkas dan mencapai peralatan mandiku. Selepas mandi, aku bersiap unutk pergi kerja.

Seikan dan terima kasih kerana sudi membaca kisahku.

Matapuok

Hantar kisah anda di sini : fiksyenshasha.com/submit

Rating Pembaca
[Total: 2 Average: 5]

4 thoughts on “Kisahku”

  1. Ajal maut di tgn Allah. Insyaallah, Allah ada membantu penulis.ada kalangan penulis di sini berkebolehan berubat…Jangan berputus asa.

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.