Seram Kolej Matrikulasi Labuan

Hai semua pembaca FS! Nama aku Sher. Pertama sekali, aku nak ucapkan terima kasih kepada admin jikalau sudi publish cerita aku. Aku suka sangat baca kisah-kisah dalam FS ni. Semua menarik! Jadi kali ni aku pun nak jugaklah berkongsi pengalaman yang pernah aku lalui semasa menyambung pengajian di matrikulasi dulu, batch 2015/2016. Ceritanya agak panjang, jadi bolehlah sedia jajan untuk kunyah-kunyah supaya tak bosan.

Kat matrikulasi tempat aku belajar tu ada beberapa blok kediaman. Setiap blok ada 4 tingkat. Dan takdir Allah menetapkan bilik aku dekat Blok A, Aras 4, Wing Belakang. Memang sengsara jugaklah dapat bilik kat tingkat 4 ni. Sumpah boleh kurus naik-turun tangga aras 4 tu. Dah tu, bilik aku terletak dekat wing belakang, dan belakang blok aku tu hutan belantara yang kalau sesat dalam tu Insha Allah tak keluar. Buka je tingkap bilik, kau dah boleh capai daun pokok dekat hutan sebelah. Berita baiknya lagi, Blok A inilah satu-satunya blok yang jauh daripada blok-blok lain, jauh daripada surau, jauh daripada padang dan jauh bebenor daripada gate utama. Pendek cerita, Blok A ni memang terpencil, sunyi, damai, dan seram.

Sebelum aku masuk matriks ni, macam biasalah, berbagai-bagai cerita aku dengar daripada senior pasal kolej tu. Senior aku kata, 2 tahun sebelum batch kitorang, aras 4 kat setiap blok semuanya kosong, tak pernah diduduki orang. Tak tahu apa sebabnya. Tapi sejak 2013, aras 4 dah mula dibuka untuk pelajar. Lepas tu, cerita yang paling famous and legend kat matrik aku tu ialah Red Kebaya. Al-kisah tersebutlah bahawa pada malam bulan sekian-sekian, “Red Kebaya” tu akan muncul dan menganggu pelajar lelaki. (kenapa pelajar lelaki? aku pun tak tau) Dan pada malam tu semua pelajar lelaki akan dikumpulkan di dewan untuk mengelak daripada hilanglah, kena sorok bagai. Tapi sepanjang aku belajar kat sana tak ada pulak aku dengar pelajar lelaki kena kumpul dalam dewan. Hmm “Red Kebaya” bercuti kot tahun tu. Kehkehh…

Aku sebelum masuk matrik ni, dah memang boleh nampak benda-benda halus ni. Tapi taklah selalu, kadang-kadang je. Macam tengah-tengah aku borak dengan mak aku kat dapur tetiba je kain warna putih “zupp” lalu kat pintu dapur. Rumah aku ni yang aku sekarang tengah duduk ni, memang “berpenghuni”. Jadi selalu jugaklah dorang ni say hi say byebye dengan aku.

Panjang betoi aku melalut,kan. Maaflah dah jadi habit. Heheh. So nak dijadikan cerita, selalunya kelas kat matrik dulu jam 4.30pm dah habis, tapi hari tu aku balik bilik lewat sebab member ajak lepak kat taman depan menara pentadbiran tu. Lepas maghrib baru aku gerak balik bilik. Masa tu dah gelap, aku pun jalan jelah masuk blok je, sunyi takda bunyi. Selalunya bising je. Disebabkan nak cepat, aku pun ikut jalan wing belakang tu, sebab naik tangga je dah sampai bilik aku, dekatlah kiranya.
Jalan kat wing belakang tu memang sunyi. Jarang orang lalu situ sebab bilik kat ground floor tu 2 bilik ke 3 bilik je yang berpenghuni. Lepastu suram sikit jalan dia. Nak sampai ke tangga tu kena lalu jalan bentuk L. So aku pun jalann sampai je aku kat selekoh L tu, aku nampak something warna putih tengah berdiri 5 meter daripada aku. (Amboi sempat pulak aku pergi ukur jarak dia kan kehkeh.)

Aku pun stop, aku pandang kejap benda tu nak pastikan apa benda sebab aku ni rabun. Dahlah dia berdiri dalam kegelapan. Lalu aku pun nampak kain putih lusuh meleret pastuh rambut panjang tebal dan serabai. Aku tahu tu macik ponti, tapi sebab nak sedapkan hati sendiri aku pun oh pokok je tu. Terus aku lari pecut naik tangga. Itulah macik ponti yang say hi dengan aku pada minggu kedua aku kat matrik tu.

Cerita kedua ni berlaku bukan pada aku seorang, aku dengan kawan aku kena. Kat matrik tu, ramai kawan aku dari sekolah menengah. So setiap hujung minggu kitorang akan kumpul ramai-ramai kat bilik kawan aku ni, bilik 19. Aku bilik 25.

Jadi satu malam ni, kitorang pergilah kumpul ramai-ramai kat bilik 19 tu. Tuan empunya bilik namanya Jils. Rommate dia Fey dan Shaz. Aku, Cha dan Imah nilah yang datang bilik dia. Kitorang ni kalau dah kumpul, memang bising dia sampai ground floor dengar. Selalu jugaklah kena tegur oleh bilik lain hehe.

Malam tu kitorang bising gila. Dah tu, orang bilik sebelah, Kina, dia pun join sekali. Tengah-tengah borak gelak bagai tu, tetiba si Fey ni cakap, “Eh Jils. Kau period eh?” Jils pun geleng. “Takda. Kenapa?” Fey ni pun dengan selamba je, “Uish, siapa period? Bau d***h lah wei.” Kitorang pun dah cuak. Kau ni Fey dah jam 10 ni yang kau pegi tegur tu kenapa? Terus kitorang terdiam, sebab masa tu memang takda siapa period. Diam kitorang bertahan selama 5 minit je, pastuh keboom bising balik. Si Kina pulak buka cerita hantu. “Weh, korang tau tak, cerita pasal bilik 2?”

Kat Blok A ni, semua bilik berpenghuni, kecuali satu bilik, Bilik Nombor 2. Tapi aku tak ambil pusing benda tu, ingatkan saja-saja dia bagi kosong.

“Ha’ah kan. Bilik tu kosong.”

Lalu si Kina pun membuka cerita. Al-kisahnya, ingat tak sejak 2 tahun lepas aras 4 tu tak berpenghuni? Sebabnya camni. Dulu, aras 4 tu dibuka untuk pelajar. Tapi kat bilik 2 ni, budak-budaknya nakal pergi main benda ritual macam Ouija. Dorang main, terseru satu semangat yang dorang tak dapat hantar balik. Bergegar satu blok tu. Lepas tu, hysteria beramai-ramai terjadi. Kejap kat blok A, kejap kat blok D, sampai ke blok lelaki pun ada. Huru-hara satu matrik masa tu. Sejak kejadian tu, aras 4 ditutup dan proses pemulihan dilakukan. Walaupun begitu, bilik 2 tu lah satu-satunya bilik yang tak dapat dipulihkan. Kina cakap ada seorang budak masa pendaftaran, dia tersalah bilik. Dia masuk bilik tu. Budak tu cakap dia terkejut tengok keadaan dalam bilik tu.

Banyak kesan conteng kat lantai, macam lukisan ritual tu, lepas tu cermin tingkap yang menghadap ke hutan tu semua pecah. Memang berhabuk habis macam 10 tahun orang tak pernah masuk bilik tu. Yang ni wallahualam aku tak tahu. Tapi aku pernah try usha bilik tu dari luar. Dari luar je mampu ye nak, tak hingin aku masuk dalam tu. Memang betul, cermin tingkap bilik 2 yang menghadap ke hutan tu memang pecah. So aku andaikan ceritanya ni benarlah.

Kina cakap pernah sekali bilik 2 tu dibuka untuk pelajar. Dan pelajar tu m**i b***h diri dalam tu. Tapi vibe kat bilik 2 tu sumpah seram. Koridor aras 4 kat Blok A ni memang selalu m**i lampu. So kalau ada kelas malam, aku guna tangga wing kanan. Heheh sejak kejadian terjumpa macik ponti kat tangga wing belakang hamba dah tak sanggup nak lalu situ. Tapi kalau lalu tangga wing kanan, kena lalu bilik 2 tu. Nasib baiklah sepanjang kat situ tak pernah jugak penghuni bilik 2 tu mai say hi dengan aku. Cuma kalau lalu situ, meremang jugaklah.

Malam tu kami semua tidur bilik Jils. Kecuali Kina, bilik dia sebelah je jadi dia pun balik bilik dia. Total 6 orang kat dalam bilik Jils. Kat bilik tu ada 4 katil. Imah, Fey dengan Shaz tidur atas katil. Aku, Cha dengan Jils tidur kat lantai. Yang 3 orang kat katil tu pukul 12 dah pengsan. Kami tiga je yang masih borak sakan sambil baring. Jils kat tengah, aku kat kiri, Cha kat kanan. Lampu semua dah tutup.
Borak-borak-borak tak sedar dah pukul 2 lebih. Aku pun dah ting-tong. Cha dan Jils borak pun dah lemah, tak seaktif tadi. Tengah aku otw nak landing, tetiba aku dengar ada suara baby ketawa. Kau dapat bayang tak? Suara baby ketawa pukul 2 pagi. Aku fikir aku mimpi sebab aku dah ting-tong masa tu. Aku biar je lah.

Tetiba si Jils ni duduk tegak, “Uish! Siapa tu?” Sumpah rasa nak pukul je budak tu. Terus aku tarik dia baring, aku dah rasa lain macam. Kitorang tarik selimut, tutup mata kuat-kuat.

“TUK! TUK! TUK!”

Pergh nak jatuh jantung aku dia ketuk macam nak pecah pintu. Macam ditendang dari luar pun ada. Aku dah bergegar gila. Pastuh dengar bunyi orang dok pusing tombol pintu. Dalam ketakutan tu sempat lagi gaduh. “Yang kau pegi tegur tu apasal?” “Laa… aku fikir warden nak buat rondaan. Manalah tahu.” “Beb, takdanya warden nak ronda siap bawak baby dia pukul 2 pagi nii.”
Bunyi pulasan tombol masih kedengaran, fuhh struggle betul dia nak masuk. Then tetiba sepi. Krik krik. Kitorang pun diam. Tetiba “streeeetttttt”. Damnnnn.., dia main tarik kerusi pulak. Dia dah masuk lah tu. Kitorang pun apa lagi berselubung dalam selimut, bergegar habis, peluh takyah cakap la. Lencun dek oi. Lepas tu dengar laci kat meja belajar kena tarik-tutup banyak kali.

“Tup-tap-tup-tap” bunyi dia. Kitorang pun dah “dup-dap-dup-dap.” Lepas tu, dengar bunyi helaian kertas kena selak. “Sslap, sslapp, sslapp”. “Aku pandang Jils yang tengah bergegar kat sebelah aku, “kau dengar tak?” Jils pandang aku, “gila tak dengar. Dia buka buku ke?.” Sumpah macam dia nak stay up je lagaknya. Tapi memang jelas bunyi helaian kertas kena selak.

Lepas tu senyap. Kitorang masa tu jangan cakaplah. Bergegar feat peluh satu badan. Tetiba “Tap. Tap. Tap.” Bilik Jils ni dia bentang tikar plastik. So kalau orang jalan atas tikar tu boleh dengar la bunyi. Haaaa benda tu aku dapat rasa tengah berdiri kat bahagian kepala aku. Bunyi orang jalan atas tikar tu dekat kepala kitorang je. Aku dah boleh bayang benda tu tengah tunduk pandang kitorang, shit. Lepas tu dengar macam bunyi kaki kena seret, pergh. Aku rasa nak nangis dah time tu. Tak tahan, terus Jils bukak phone dia pasang surah yassin. Walaupun macam tu, aku masih dapat rasa ada benda tengah jalan jalan kat situ. Lepas tu aku tutup mata then tertidur.

Bangun-bangun je lencun satu badan dek peluh. Kawan aku yang lain dah bangun. Terus kitorang tanya, “korang ada dengar orang ketuk pintu tak semalam?” “Takda.” Jawab Fey. “Uish, kuat gila dia ketuk takkan tak dengar?” “Sumpah tak dengar apa pun semalam.” Jawab Imah. Nampaknya, rezeki kitorang jelah kena kacau semalam. Lepas tu, Cha bukak cerita. Semalam masa dia selimutkan diri tu, lengan tangan dia terkeluar. Dia cakap dia dapat rasa ada something macam rambut kasar “menyapu” lengannya. Pergh. Kami hanya mampu berhuhuhu.

Seminggu kemudian, Fey cerita dengan kitorang. Rupanya bukan kitorang je yang kena kacau. Budak aras lain pun kena benda yang sama. Benda tu ketuk pintu dan ganggu orang dalam bilik tu. Bilik lain lagi ekstrem katanya, siap boleh matikan phone yang tengah buka surah yaasin. Hmm mungkin musim tu musim untuk dia kacau orang kot. Wallahualam.

Cerita ketiga ni pendek je. Ni kejadian kat bilik aku pulak. Bilik 25. Aku tak tahulah bilik aku ni ada something wrong ke apa. Roommate aku sebenarnya 3 orang. Tapi seorang pindah bilik sebelah sebab member dia ada kat sana. So tinggallah kami bertiga di dalam tu. 2 orang roommate aku ni, pukul 11 mesti dah masuk tidur. Berbeza dengan aku. Aku tidur lepas isyak, bangun pukul 11. Haa ceritanya dorang tidur aku bangun. Dorang bangun, aku tidur. Ada satu malam ni, aku stay up macam biasa. Memang habit aku suka dengar lagu masa study.

Tetiba “streeeettttt”, bunyi kerusi kena tarik. Kuat gila. Aku yang pakai earphone, volume paling kuat pun dengar. Aku fikir oh budak sebelah agaknya. Tetiba aku terpandang meja study roommate aku kat sebelah. Roommate aku lepas dah study memang confirm akan masukkan kerusi dekat bawah meja, kemas. Tapi masa tu, kerusi tu tertarik sedikit, dan tertarik menghadap ke arah aku. Weiiihh.. benda ni nak main-main dengan aku. Nak study sekali agaknya. Aku pun bersangka baik dan meneruskan kerja.
Pernah lagi satu malam tu, aku masuk tidur pukul 2.

Tengah-tengah tidur aku dengar bunyi kaca pecah pranggg kuat gila. Aku dalam keadaan mamai terbangun. Eh, pukul 2.30am. Lepas tu aku tidur balik. Then bunyi lagi, prang prang prang bukan sekali. Lagaknya macam ada orang mengamuk baling pinggan mangkuk. Aku terbangun. Pukul 3. Aku tengok roommate aku, still tidur. Aku fikir cermin mekap roommate aku seorang ni kot yang pecah. Sebab roommate aku ni tepi katil dia ada cermin mekap yang kecik. So aku pun tidur jelah. Esok pagi aku bangun, aip, elok je cermin mekap roommate aku tu. Heh, dia nak bangunkan aku suruh teman dia stay up kot.

Oh ya. Kat matrik aku famous “Red Kebaya” kan. Tapi, yang aku nampak hari tu lain, bukan red kebaya. Tapi budak cina, rambut paras pinggang, pakai dress warna merah paras lutut. Aku tahu tu bukan manusia sebab… Masa tu study week, pukul 1 pagi rasanya, aku pergi tandas seorang. Nak ke tandas daripada bilik aku tu laluan dia pun L. Masa tu, lampu koridor aras 2 dan 4 m**i. Tengah aku jalan kat koridor tu, aku pandang ke bawah. Masa itulah aku nampak, dekat koridor aras 2, dekat dengan tandas, ada seorang perempuan tengah berdiri atas tembok penghadang koridor tu sambil tengok ke bawah. ( Dapat bayang tak? Berdiri atas tembok aras 2? Manusia mana nak buat stunt macam tu pukul 1 pagi?) Kulit dia pucat gila, dan sumpah cantik. Dia duk tunduk je pandang bawah. Macam nak terjun b***h diri. Siapa pulak nak pakai dress merah tengah-tengah malam buta ni? Musim study week, kolej dah tak buat dinner kot. Aku pun biar je. Balik dari tandas aku tengok, perempuan tu dah takda.

Banyak lagi sebenarnya pengalaman aku kat KMHELL tu. Tak terhingga. Tapi kalau nak cerita kat sini jadi novel agaknya. Anyway minta maaf kalau tak berapa seram and maaf sebab sangatlah panjang. Dan terima kasih sebab sudi nak baca coretan ini ewah. Semoga ketemu lagi, salam sayang, Sher.

hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Rating Pembaca
[Total: 19 Average: 4.8]
Sherry

49 thoughts on “Seram Kolej Matrikulasi Labuan”

  1. Syukur la gangguan dkat blok aku x seteruk blok korg.. Aku pun slalu dengar bunyi tapak kaki orang turun tangga every jam 3-4 am.. stiap mlm weh.. check kt tingkap xda org pula..aku kata, “korg kalau nak kacau, salah timing.. org x kcau dia, dia kcau kita pula . kang aku gagal, ada je yg burn nnti..” pastu aku pasang lagu, pkai earphone, smbung blajar then buat derk ja..

    Reply
  2. weiiii… yg bunyi kaca pecah plus org mengamuk tuh aku pnh alami.. nk dkt hbis sem 2. roomate aku semua tdo….. dan mmg exact jam tu jugak..2.30 a.m. huhuhu

    Reply
  3. Maaf saya tak setuju anda katakan KML sebagai KM”hell”

    Tempat itu tempat kita menuntut ilmu
    Dan saya selaku bekas pelajar sana sentiasa merindui KML
    Tempat pentarbiahan sebahagian pelajar

    Cuba bayangkan perasaan warga KML anda katakan dia KM”hell”

    Mungkin boleh ubah tajuk kmhell tersebut kepada tajuk lain

    Reply
  4. Seram doe.., aku pernah kena time aku kat kmsis, time tu roomate aku xde.. Dia balik sbb sakit, then tnggal aku sorang, aku memang jenis stay up pastu satu hari tu..,dalam pkul 3 pg lah, ak tgh buat keja terdengar bunyi loceng kaki mcm seolah dia duk menari2 dpn pntu bilik aku,kalau orng berjalan mesti kita tahu kan.. Ini masalahnya bukan berjalan..dengarr dpan2 bilik aku… Aiashh aku bukak yassin terus diam..,bg aku itu ponn dah sngt seram.. ?

    Reply
  5. Aku pun salah seorg ex student slh 1 km kt malaysia ni.. Dan klu org tnye aku ap rasa aku ms kt km tuuu.. Aku cume mmpu jawab “rasa mcm masuk rumah hantu” .. Sharp at 7 pm.. Be ready… 🙂

    Reply
  6. Seram dowhhh. Walaupun mcm curious nk tahu dlm bilik no 2 tu ada apa. Tapi rsa takut lagi tinggi drpd curious. Mmg x lah nk p jenguk @ lalu kat situ.

    Reply
  7. Kmhell? KML? Aku batch 12/13. Aras 4. Tipu ja tu smua blok aras 4 kena tutup. & kononnya budak lelaki kena suruh tidur di dewan on tht certain date is bcs dulu kononnya ada student perempuan di blok A b***h diri dalam locker sbb pregnant ( wallahualam betul atau x ) and “dia” dtg on tht night roaming around di blok lelaki cari bf dia. Bf si perempuan ni x mau bertanggungjawab, sbb tu b***h diri.

    Reply
    • Aku batch 2008/2009 KML, duduk block A tingkat 3. Aras 4 tu memang kosong satu level, tak tipu. Terkejut jugak lah dapat tau sekarang diorang dah bukak level tu utk penempatan. aku naik atas kadang2 time siang je guna ampaian, tu pun mesti bawak member.

      Reply
      • sy batch 2022/2023 , aras 4 memang penuh dh skrg ni , tpi kalau sy tkbaca cerita ni , mmg sy taktahu bilik 4.2 tu ada sejarah tersendiri , wallahualam bissawwab

        Reply
  8. Sy batch 14/15 km sama. Haha paling x boleh lupa bangun pkul 2 pagi pergi toilet, jumpa banyak pad brtaburan depan pintu toilet aras 1 sometimes aras 2, mau cakap anjing yg buat, pagar tangga ditutup. So gadis² sekalian, bersihkan pad anda lepas dh guna okay, benda² kotor ni lah yg panggil makhluk2 seram ni. Xlupa juga tidur paling lewat jam 2,3 pagi dengar bunyi org berjalan dlm bilik sedangkan yg lain semua dah tidur. Haha kenangan

    Reply
  9. aku pun bekas student KML juga batch 14/15 and alhamdulillah xda apa2 yg jadi dekat aku. But ad sorang kawan sekolah aku yang stdy sekali dekat situ pernah la juga kena sekali dua. Kawan aku tu Blok A tingkat 4 juga but tk sure bilik nombor berapa . Dia ni boleh dikatakan paling alim dalm ramai2 kawan aku yang masuk situ sebab kitaorang bekas pelajar sekolah agama and dia ni pula ada kelebihan yang satu tu. Dia selalu cerita dekat kitaorang yang dia pernah dengar orang cakar dinding bilik dia guna benda yang tajam and esok pagi tu ada bekas kat dinding tu. Aku tak tahu betul ataupn tak tapi itulah yang jadi kat dia.

    Reply
  10. Ex KML jugak, batch 2013/2014. Time tu memang aras 4 takde orang duduk kat blok A tu. Member yang dok aras 3 ada gtau dorang slalu dengar bunyi perabot dialih2 dari aras 4 tu. Tapi still jugak berani pegi ambik bantal dari bilik aras 4 tu. Seluk dari tingkap lagi ?

    Reply
  11. KMHELL = kolej matrikulasi labuan.. kitaorang selalu refer to kolej as KMHELL sbb labuan panas + subjek susah… Haha

    Ex KML 08/09
    Masa batch kami dlu, famous psl cerita hantu nenek tua yg akn keluar malam pada tarikh *dah lupa* setiap tahun, ketuk bilik student dan bertanya “mana anak ku”… Dgr cerita most student akn tido awal sbb xnk kena gangu.. dgr2 kabar ada juga student perempuan kena ganggu dgn hantu tu masa aku study kat KML..

    TAPI, lain pula cerita nya dgn dorm lelaki. Masa tarikh keramat tu, hampir 80% lelaki bgn smpi 3 pagi.. bkn x dpt tido, tapi mereka PRETENDING jd hantu nenek tua.. habis suma pintu asrama lelaki kena ketuk sambil teriak “woi mana anak ku”… Hahahaha ( ͡° ͜ʖ ͡°)

    Reply
  12. slalu gak dengar kisah the red kebaya. tpi xtau setakat mana kesahihannya. tpi zaman korang dah xde ke yg histeria tahunan. zaman saya dulu ada. setiap tahun. tarikh yg sama akan ada peristiwa histeria besar besaran kmhell tu jugak la. jdi tiap kali nak masuk hari tu, kitaorg muslim siap2 kumpul kat masjid. serammm. makin lewat malam makin ramai berkerumun sebab kena heret masuk dlm masjid sbb histeria. peristiwa ni berterusan slama dua hari. bayangkan… memang dh x study masa tu mana taknya.. tengah2 study dlm bilik, ada org jerit2 kat luar. selang 5 mnt oeg lain pulak jerit2. jenuh telinga ni haha. tu lah peristiwa yg sy sndiri encounter masa study kat situ dulu. tpi xtau la skrg masih ad ke tak wallahualam.

    Reply
  13. Tadi sy bru siap prapendaftaran online . Dan out of my expectations, sy dpt bilik dkt block A t3.13 .Agak2nya kn, selamatka ni bilik dari segala ancaman makhluk halus? If not , i guess its my turn to get freaked out ?

    Reply
  14. ak pun ex matrik ni..aku Block B, d groun floor..lagi teruk dgn di panggil nma masa tdur, pompuan tu berdiri kat tepi katil..lol n masa Batch ak tu 2014/2015..masa tu bulan Ramadhan kecoh sna sini kerasukkan dan sgt x tenteram mau tdurrr :(((((

    Reply
  15. Hahaha red kebaya tu paling legend la tu kalo d KML..tapi syukur masa sy d sana batch 2014/2015 teda juga pengalaman yg seram2..biasala tu tu barang d mana2 pun ada kaann

    Reply
  16. Sy pn study KML tahun 2010/2011.xprnh dgr psl cter seram yg ni. Slalu dgr psl org jual nasi lemak , tarikh 27 july dan histeria stiap kali nk exam. Tp bab tngkat 4 blok A kosong tu mmg btul. Just xtau sebab.

    Reply
  17. Aku 1st batch KML 2002/2003 masa bru bpindah ke kampus sdiri..masa tu kipas & lampu pun bru nk psg msa ktorg dftr..prnh 1 kali tu,msa aku bgn jam 3 pagi utk study,aku duduk kt tepi tingkap..tgh elok2 aku study,tiba2 tdengar bunyi kak pon mengilai kt tepi tingkap..tgkt 3 tu wei..mls aku nk lyn..smbg study balik..pastu tiba2 rsa haus..air plak dh abis..tpksa la trun kt tgkt bwh skali utk isi air kt water cooler..tgh tggu air tu penuh,aku duduk skjp kt tangga..msa tu la aku nmpk byg lembaga hitam bjln kt dlm bilik tayangan & tembus ke bilik guard di sblh..merah je mata bnda tu..ada la bbrp kali gangguan lain kt situ..

    Reply
  18. second day duduk sna dah kena kacau, sorang2 pula tu, allahuuu! aku dduk blok B aras 4, masa batch aku 2013/2014, byk kejadian pelik berlaku di blok B berbnding blok A, okay back to my story, masa 2nd day orientasi aku lambat balik bilik, dekat jam 1 pgi baru aku balik ke bilik, sampai bilik x ada orang, dlm hati lantaklah tidor sorang pon, so before tidor aku cuci bajuu n mandi kat tandas, aku lah yg paling last keluar tandas, masa aku kluar tu dah jam 2 pagi, aku langsung x takut masa tu, balik bilik teringat mkanan mak aku bgi tadi, so aku pon pergi bilik kawan sekolah lama aku sebab nak ajak dia mkn bersma, bilik dia jauhhh kowt, plus gelap, tp aku beranikan diri jak smbil mbwa mknn, smpai bilik dia, aku ketuk2 pintu dia macam nak rak, tpi teda respond then n aku intai dia kt tingkap, aku still try pnggil2 nama dia, tpi dia dgn roomate dia tidor matiii, aku pon give up then balik bilik, masa ni kowt lembaga tu ikut aku ke bilik, aku x sdar lagi msa tu, aku smpai jak bilik, aku duduk kat lantai, then aku buka lah mknan mak aku bwak, nasi + daging ikan, aku ambil sesuap nasi, then suap kat mulut aku, jeng jeng jeng masa ni lah bnda tu kacau, dia jeles kowt aku ada mknn hahaha, belum smpat aku suap ke mulut, tgan kiri aku panas mcm api mgalir ,dia start dri hujung jarii, smpai ke tengkuk, aku pelikkk, tnda tnya seribu dlm benak fikiran, whats the hell happenning!? masa smpai kat tengkuk satu bdan bulu roma naikk, aku tak tahu kenapa, n something bjatuhan dr atas syiling, mcm habukkkkk asap tu, sgt byk, trkena kat kepla n bdan aku, aku punyalah terkejut “makkkk!” aku cmpak nasi yg ada d tgan aku n terus melompat ke katil thennnn aku mgucap, supppppp! kat ruangan meja belajar tu penuh dengan asap kepul kepulll , aku tauuu lembaga tu nak muncul disebalik asap tu, aku apa lagiii ,aku dah start menagis masa tu, akuuuu hanya mampu tutup mata n telingaa smbil mgucap, sumpahhh! aku mmg tak nak tgok bendaaaa tuuuu, aku nangis nagis smbil istigfarrrr, thennn ntah aku tk ingt mcm mna aku bole trtidor mlm tu, aku dikejutlan oleh akak seniorr yg ketuk pintuuu untuk bgun subuhhh. esoknya aku cerita kat family aku, dorang hanya gelak shjaaa, tulah pertma kali aku kena kacau seumur hidup aku, then aku ajak roomate aku pagar bilik dgn bca yasin, lpas tu takda dah bnda kacau, tpi sllu juga kena tindih,mybe bnda tu pindah sebelah kowt, sebab bilik sebelah kosong, oh yah teringat pula, roomate aku si A jenis sllu nmpk bnda, dia pernah nmpk ponti mata merahhhh muka dia marahh, masa tu lepas mgrib, dia prgi tndas, n limpas bilik sebelah, dia terus berlari n nangis teresak2, dia namau cerita msa tu, tp sbb kmi pksa dia pon cerr, ada bendaaa tgah marah kat sebaelah, matanya merahhh n seramm. so aku sma roomate aku yg sorang lagi saling berpandang, kitaorang pon tringat yg kitaorng tdi siang kacau bilik tu ambil besi2 penyakut langsir , then ada akak seniorrr limpas, dia tegur klu nak ambil brg orang kena mintak elok2, jgn sembrang jak, lepas jak akak tu lalu, kami apalagiii meremang lah masa tu, takut gilaaa, sbb masih lagi paranoid dgn kejadian histeria yg teruk terjadi waktu tu, kami chawww n jjust tinggalkan langsir terselak gitu tnpa rapikan lngsir tu balik, sebb tu kowt penghuni ponti sebelahh marahh, esok pagi aku n roomate aku tu trpksa beranikan diri pigi sebelah n adjust balik langsir terselak tu n kami siap renjis air yasin lagi dpn bilik tu hahahha. Oh ada lagii, aku trdgr bunyi garau meraung “Rarwwww” sgt serammm. mcm beruang pon ada, mcm singa pon ada,ntahlah apa bnda tu, betul2 atas pokok tepi kafe B, pokok tu btul2 mgdap tingkap bilik member aku di Blok C, member aku betul2 dkt tingkap masa tu, dia x dgr sbb dia guna earphone oncall sma bf dia msa tu, aku apalagiii, aku trus tarik member,aku tgok mata dia n ckp, esok aku cerita!jum tidor skrg, dia cemas gila n pelik,baru jak kejap tdi aku ajk dia stay up sma2,dia terus off call n kami tidor sekatil bersma sbb takut gila masa tu. Yang kejadian histeria beramai2 batch aku tu, fuhhh x nak cerita sbb dsuruh rahsiahkan, waktu tu umpama kmi dlm movieee, dgn angin ribut hujan saling berganti,fuhhh bebrapa hri trpksa bermalam di surau, hahaha nasib aku x kena histeria msa tu, seram nak mampusss. Macam2 actually jdi kt kml tpi yg ini jak aku pling ingt. Benda ni mcm merapuuu, tpi sumpahh smua yg jadi adalah real n mmg jd pglaman pahit utk kami.

    Reply
  19. Sya ex kml jga batch 18/19, baru ja kluar dri kml tu 13hb hritu hahaha. X prnah dngarlh psal kebaya merah tpi yg slalu sya dngar psal maci karipap yg kcau student pagi2 kononnya mnjual karipap dlam jam 2-3 pagi. D blok E llaki zon B yg tengah tngkat 4 tu kmi prnah round sna buat paranormal activity cari hantu dlam jam 3 pagi awal2 sem 1 sbab sana 1 aras tu xda langsung org tinggal. Tida taulh psal apa tpi rasanya masalah leaking ja sbab time kami round2 sna xda jga hantu kcau kami hahaha

    Reply
  20. Saya batch 2007/2008..tinggal di aras 1 Blok Luhur E ( sekarang tak tahu masih sama ke namanya).Selepas kuliah jam 4.30 petang,biasanya ada aktiviti kokurikulum.Saya join kawad Kadet Remaja Matrikulasi masa tu.Sebelum nak turun aktiviti kawad tu,saya nampak roomate I masih baring di katil dia..So saya bersangka baik jea lah..mungkin dia penat.So I pun turunlah.then singgah sekejap di kafeteria. sampai jea di kafeteria I pun terkejut bila terserempak dgn roomate saya tu tadi di kafeteria.So,yang baring di katil tu tadi siapa? Itu salah satu pengalaman seram sewaktu di kml.

    Reply
  21. Sy pun bekas kml jgak thn 07/08- time ni tgkat 4 blok B,C n D tpaksa bukak utk bagi budak2 baru masuk..mmg byk kes jadi time ni..yg plg biasa dgr, time nak maghrib je anjing akn mnyalak n ad selingan org menangis..

    Reply
  22. Saya bekas Kml batch 2013, 2 tahun sebelum kawan ni cerita kisah dia. Yang cerita 2 tahun lalu pasal histeria besar besaran di Kml pada satu malam tu benar terjadi. Salah seorang student dari Blok A telah memuja dan memanggil benda tu dan disebabkan itu, seluruh kolej perempuan pada masa itu terutama yang islam terkena histeria. Malam itu hanya pelajar perempuan dikumpul di masjid. Ramai yang rebah terkena histeria dan syukur saya kuat semangat tidak terkena. Atas bantuan ustaz dan ustazah semuanya terkawal hampir subuh.
    Pesanan kepada yang sedang duduk di Kml, sila jaga mulut dan tingkahlaku. Sekian

    Ex-Kml Batch 2013/2014 (Blok C, Aras 1, Bilik 1)

    Reply
  23. Saya pun ex student kml juga (17/19), memang betul di blok A tingkat 4 bilik 2 tu aura dia lain mcm sikit 😂 waktu last day lah kononnya tahun lalu mau tidur sama kawan2 di blok A, saya pgi tengok bilik tu 🤦‍♀️ seram..

    Bilik sy di blok D, jd malam tu ada dinner di satu hotel ni, saya sorg jak dlm bilik. Rata2 yg senior batch sy pergi dinner tu saya sorg dlm bilik.. tengah study sikit2, tiba2 dengar suara lelaki mcm marah dia kata “woi”.. terus cepat2 ambik tudung ambik stokin pegi surau sambil menangis 😂

    tapi tiada boleh lawan la anjing nya sana lagi menyakitkan jantung kita ya kawan2 🤣

    Reply
  24. I as student matrix 2019/2021 , smua crita ni tbukti benarr .HAHAH I mean crita Ni sma dgn yg kwn aku lalui part meja n Laci kena tarik tu..tpi psal blik 2 m**I b***h d**I tu , x sure plak..x pnah dgar tpi part ritual tu mcm betul..sbb Ada kwn aku , pnah vc dgn bf dia ,dia jln2 Kat koridor dpan blik 2 tu , n bf dia tu dpt tngok bnda halus..Masa dia vc tu bf dia ckp Ada mkhluk tngah mmerhati..kwn aku pun tkut la..tpi klu msuk blik dia ,line x kuat pulak.so, dia kuatkn hati je vc dgn bf dia Kat dpan blik seram tu😂

    Reply
  25. Sy batch 2011/2012. Tp student lelaki la haha. Sy x pernah kena kacau until last last habis sem sudah. Habis exam semua org balik sudah. Sy blok F tingkat 4. Mmg lewat mlm sy ingat jam brp. Roomate semua sudah balik kg. Dgn ada beberapa bilik lg d aras tu masih ada org. Cuma sy ingat ada kwn sy lg depan bilik sy belum balik. Sama sama balik dgn sy satu kg. Time tu sy masih bangun lg tengok movie. Meja sy tepi tingkap. Sampai sy terdgr suara mengilai, sy ingat bdk bdk pdt buat kacau, sy tengok d tingkap tiada apa apa. Sy rileks lg. sbb sy tida pernah kena kacau jd sy tida brp tkt. sampai dia mengilai lg. baru sy start tkt tp masih layan movie. Sekali dia tiup telingat sy dr tepi tingkap tu. Melompat sy geng. Terus sy berlari pigi bilik kwn sy kasi bangun dia. Suru dia kasi kwn sy tidur d bilik. Tp lepas tu tiada kacau sudah. Haha. Itu sj pengalaman sy. Tp part lembaga hitam tu. Itu ada kwn sy kena juga. Belari juga dia kasi tinggal megi dia d tandas HAHAHA.

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.