Assalammualaikum dan selamat sejahtera. Biarlah aku kenalkan diri aku sebagai Adi, seorang pemuda berusia lingkungan 20-an yang berasal daripada negeri Perak. Aku nak kongsi kisah sewaktu aku masih lagi bergelar pelajar pra-diploma pada penghujung tahun 2010.
Semuanya bermula apabila aku dan seorang kawan aku iaitu Shah diterima masuk sebagai pelajar pra-diploma di sebuah negeri P. Kami tinggal di kolej yang disediakan oleh pihak universiti yang mana terletak di luar kawasan universiti dan berdekatan dengan kawasan perumahan. Di seberang jalan berhampiran kolej kami ada sebuah Mc Donalds. Mesti ramai yang tau kan? Kolej tersebut setinggi 4 tingkat. Aku dan kawan aku ditempatkan sebilik dengan senior-senior diploma di tingkat 2.
Pada suatu malam, selepas solat maghrib aku tertidur diatas katil aku. Aku tidur dekat tingkat atas (katil 2 tingkat). Kebetulan memang aku seorang saja dalam bilik sebab semua dah keluar untuk makan malam. Tengah sedap tidur tiba-tiba aku dikejutkan dengan satu perasaan yang tidak senang. Aku dapat rasa macam ada benda menghempap dada aku. Aku tersentak lalu terjaga daripada tidur. Sambil aku cuba buka mata aku, aku dapat lihat satu sosok tubuh kecil yang sedang duduk diatas dada aku.
Ya! Aku pasti memang ada seorang budak kecil sedang duduk atas dada aku. Aku terus jadi resah gelisah sebab tak boleh bangun atau lebih tepat lagi aku memang tak boleh bergerak. Lalu aku terus terkumat kamit membaca surah surah yang aku tahu untuk cuba melepaskan diri aku. Tidak lama selepas itu, sosok tubuh kecil itu pun hilang dan badan aku terasa ringan kembali.
Aku duduk dan berfikir kembali mengenai peristiwa tadi. Agak sukar untuk aku percaya dengan apa yang aku lihat. Esoknya aku kongsikan dengan kawan-kawan aku. Tiba-tiba salah seorang kawan aku yang lebih dikenali sebagai Apek cakap, “Sebenarnya ada cerita dia”. Aku yang masih lagi terkejut dan ingin tahu terus bertanyakan mengenai cerita tersebut. Apek cakap dia tau pasal cerita itu pun sebab dia ada kenal dengan orang-orang yang tinggal disitu.
Katanya, “Dulu kolej kita ni kolej perempuan tau. Baru je lagi tukar jadi kolej lelaki. Orang sini cakap dulu ada seorang student perempuan jatuh daripada kolej ni”. Aku pelik dan hairan. Apa kena mengena dengan perempuan tu pulak?
Apek sambung lagi, “Cerita dia macam ni, perempuan tu balik lambat sebab overnight. Student kan limit keluar sampai pukul 11 malam je. Kalau lambat balik pak guard akan kunci grill kolej so kena tunggu subuh baru dia bukak balik. Perempuan tu balik lambat and dia nak masuk bilik jugak. So, dia panjat kolej dia dekat belakang. Bilik dia dekat tingkat 2. Nak jadi cerita dia jatuh daripada tingkat 2 dan mati di situ. Budak kecik yang merayau rayau tu anak dalam kandungan perempuan tu. Haaaaaa!”.
Astaga, biar betik? Aku tak tau nak respon macam mana. Yang aku jadi meremang sebab bilik aku dekat tingkat 2 jugak, Takut aku kalau kena kacau lagi. So, start daripada hari tu aku tak lepak dalam bilik sangat. Aku lebih suka naik ke tingkat 4, bilik kawan-kawan sekelas aku. Ada lebih kurang 7 orang. 3 orang kos lain, 4 orang sekelas dengan aku.
Aku ingatkan aku takkan kena kacau dah tapi aku silap. Rupa-rupanya budak kecik tu ikut aku. Kawan aku ada cakap sewaktu dia nak ke bilik dia, dia ada terperasan macam ada budak kecik lalu. Ah sudah! Dia buat hal dah! Teringat satu hari tu aku overnight dekat bilik kawan aku. Kami tengok movie pastu tidur dekat ruang tamu beramai-ramai. Shah pun join so jumlah semua dalam bilik sepatutnya 9 orang. Tapi lain pulak jadi bila kawan aku cakap semua 10 orang. Dia kata kami bawak kawan join malam semalam. Bila pulak dah? Tak cukup dengan tu ada satu gambar yang buat kami dupdapdupdap. Ada penampakan sosok tubuh macam bayang-bayang hitam dekat belakang kami. Gambar tu kawan aku yang ambik, candid katanya.
Mujur tempoh kami dekat situ cuma 6 bulan dan jumlah kami kena kacau cuma sedikit. Semua kawan-kawan aku pernah kena kacau bukan aku seorang. Aku cuma kongsikan mana yang aku ingat di minda. Takut weh kena kacau. Tapi yang bagusnya dia tak kacau teruk teruk cuma ada penampakan sikit-sikit camtu je. So, aku nak habiskan kisah aku dekat sini je. Harap-harap yang tau tempat atau lokasi kolej ni mohon rahsiakan, tak nak ada yang trauma pulak. Akhir kata, thanks admin sebab sudi siarkan kisah aku. Sekian terima kasih.
- hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
oh gitu kisahnya