Assalamualaikum dan salam sejahtera admin dan pembaca FS.
Antara pengalaman yang sering dikongsikan di sini adalah pengalaman yang ditempuhi semasa tinggal berjauhan dengan keluarga untuk menuntut ilmu. Walaupun kita dah dapat jangka jalan ceritanya seperti apa, tetapi bila masuk genre seram/mistik, memang menjadi pilihan untuk terus baca dan merasai keseramannya.
Aku juga tak dapat lari dari keadaan ini ketika dalam proses menuntut ilmu di Selangor. Jika sebelum ini aku kongsikan pemandangan dan pengalamanku tentang beberapa perkara yang terkait ketika aku sedang belajar, kali ini aku khususkan pula pada bilik di kolej.
Cerita 1.
Pada awalnya kami ditempatkan di Seksyen 6, Shah Alam (dulu kami panggil Kolej Seksyen 6 sahaja, sekarang ini baru ku tahu tempat itu sudah diberi nama Kolej Cendana). Enam orang serumah, empat di bilik utama dan dua di bilik yang lain. Aku pada mulanya memilih untuk tinggal di bilik yang dua, lebih rasa privasi. Minggu pertama di bilik itu, ok ok sahaja, tetapi bila masuk minggu ke 2, aku mula kerap terjaga awal pagi ketika semua sedang lena tidur.
Tingkap bilik kami ketika itu masih lagi tingkap nako. Langsir juga ketika itu masih tiada lagi. Jadi memang hampir setiap masa tingkap itu kami tutup. Ketika itulah aku akan perasan yang tingkap bilik kami terbuka setiap kali untuk mandi dan solat subuh. Menyangkakan rakan sebilik yang mungkin kepanasan (dia tidur tak boleh tutup lampu, jadi kami biarkan lampu bilik terbuka), aku akan berpusing menghadap dinding dan sambung tidur. Sehinggalah pada suatu malam, aku tersedar lagi dan dalam keadaan separa sedar itu aku perasan tingkap bilik kami terbuka perlahan-lahan. Kerana terlalu mengantuk, aku cuma berpusing menghadap dinding dan sambung tidur.
Keesokkan paginya apabila bangun, aku terus ke tingkap untuk tutup. Ketika inilah sel-sel otak berhubung. Kami di tingkat 4, macam mana ada yang buka tingkap dari luar? Engsel tingkap kami juga berfungsi dengan baik, bila tutup, akan tertutup dengan ketat, mustahil boleh dibuka dari luar, lagilah mana ada tangga yang sampai ke tingkat 4. Hati sudah mula berdegup kencang. Terus teringat pada rasa yang tak sedap ketika mula-mula menjejakkan kaki ke bilik itu, ku fikirkan itu normal bila pertama kali tinggal berjauhan dengan keluarga.
Perkara ini tidak ku beritahu pada teman sebilikku, Tie, tak nak dia takut. Malam itu aku tunggu sehingga awal pagi. Nak pastikan sama ada itu hanyalah khayalanku (hati memang berharap biarlah Tie yang bangun dari katilnya dan membuka tingkap) atau tingkap terbuka sendiri.
Dalam pukul 2.30 pagi, setelah agak lama merenung tingkap dari tingkat atas katil, tiba-tiba tingkap mula terbuka sedikit demi sedikit. Berderau darahku bila memikirkan sudah ku pastikan engsel tingkap tertutup rapat. Bila tingkap sudah terbuka luas, tiba-tiba terbit sepasang mata memerhatikanku dari celahan tingkap. Lama kelamaan mata itu bertambah. Siapa yang tahu tingkap nako itu akan tahu, apabila tingkap terbuka, akan ada beberapa bahagian berselang seli bagi setiap daun tingkap, dan di setiap celahan itulah ada mata yang memerhatikanku, tanpa berkedip.
Cepat-cepat aku terjun dari tingkat atas katil ke bawah. Terkejut Tie bila tiba-tiba aku menyelit di antara dia dan dinding.
βKau apahal ni Nami!! Dah lah tiap-tiap malam tidur buka tingkap! Nyamuk tau tak!β komen Tie sambil mengesat matanya.
βBukan aku.. aku ingat kau,β balasku.
Kali ini mata Tie sudah terbuka luas.
βTengah terbuka ke?β soalnya.
βAku baru tengok terbuka sendiri, ni yang aku lompat turun ke katil kau,β balasku.
Cepat-cepat dia memelukku.
Keesokkan harinya sehelai kain batik yang jarang Tie gunakan kami gunting dan jadikan sebagai penutup tingkap. Untuk lebih selamat, engsel itu aku paku agar tak terbuka lagi. Bila rakan-rakan lain bertanyakan hal itu, kami cuma beritahu, bila malam nyamuk banyak masuk. Dan kami berdua tidur bersama-sama di atas katilnya atas permintaan Tie yang takut sehinggalah aku berpindah ke bilik sebelah.
Cerita 2.
Pada bulan ke tiga, aku berpindah ke bilik sebelah, tingkat atas juga katilku. Almaklumlah, anak-anak muda remaja, baru kenal dunia luar, masing-masing d***h dan hati tengah panas..ada teman serumah yang minta tukar bilik kerana bergaduh dengan teman sebiliknya. Setelah berbincang, Tie setuju untuk membenarkanku bertukar bilik, dengan syarat Ana bersetuju untuk tidur sekatil dengannya.
Sebenarnya dari awal aku dapat rasakan ada sesuatu yang tak kena dengan teman serumahku, Milah. Hinggalah pada malam pertama aku bertukar bilik. Katilku di tingkat atas, dan kedudukan kedua katil yang berada di dalam bilik itu bercantum dihujungnya. Jadi apabila baring, kepalaku akan bertemu kepala Milah yang juga tidur di tingkat atas.
Awalnya, kami berbual sebelum tidur. Di tengah malam aku tersedar apabila kedengaran seperti orang yang sedang tidur sambil menggesel gigi.
βKuat juga.. siapa yang tidur gesel gigi ni..β aku menarik selimut yang menutupi kepalaku.
βAllah!β terpacul kata-kata itu dari mulutku apabila terpandangkan sesusuk tubuh berbulu hitam yang besar dan tinggi sedang menghadap Milah tidur. Bunyi itu datang dari makhluk itu yang sedang menggetap bibir leka memerhatikan Milah.
Segera ku berpusing menhadap dinding dan memaksa diri untuk sambung tidur. Sekali lagi seperti yang berlaku di bilik sebelah, tidak aku ceritakan hal ini kepada Milah. Tersiksa juga jiwa raga batinku melayan keadaan bunyi ini setiap malam. Hairan juga aku kerana tiga orang teman sebilik termasuk Milah masih dapat tidur lena.
Sehinggalah pada suatu hari ketika aku sedang bersarapan pagi, Milah datang dan duduk di sebelahku.
βNami, aku nak minta maaf,β ujarnya.
βKenapa?β soalku.
βSetiap malam kau tidur tak nyenyak kan?β soalnya tiba-tiba.
Hampir tersedak aku dibuatnya,
βKau nampak juga ye?β soalku.
Dia angguk.
βSebab benda tu jaga aku,β jawab Milah.
Hilang seleraku mendengar jawapan Milah. Nasi lemak sambal sardin ku tolak ketepi.
βAku tak nak, tapi nenek aku cakap benda ni perlu, Lagilah lepas dia dapat tahu yang aku gaduh dengan Ana. Ana cakap kat aku, siap kauβ¦ aku kalau geram, tak dapat aku balas cara baik, cara halus aku guna,β terang Milah.
Aku hanya mampu mengeluh.
βAku rasa Ana tu gertak ajelah.. sampai sekarang ok ajekan.. dia pun dah mula tegur-tegur kau macam dulu kan?β soalku.
Perlahan-lahan Milah angguk.
βMana kau tau aku tak tidur lena?β
βNenek cakap benda tu beritahu ada sorang yang tak tidur bila dia datang.
Nak suruh dia buat apa-apa tak..β balas Milah.
Ku telan air liur berkali-kali bila Milah sebut, nak suruh dia buat apa-apa tak?
βNenek aku cakap semangat kau kuat, tak termakan ayat penenang yang aku bacakan kat bantal,β sambung Milah.
Rupa-rupanya pada setiap bantal kami di dalam bilik itu Milah ada bacakan ayat penenang agar kami tidur lena dan takkan tersedar bila khadam neneknya datang. Milah tak mahu kami takut pada dirinya.
βKau suruhlah nenek kau stopkan benda ni boleh? Ana tu nanti aku nasihatkanlah dia. Aku tau nenek kau risau sebab pandangan dia pada orang semenanjung ni agak negatif kan?β soalku.
Milah angguk lagi.
βTakpe.. itu hak dia untuk rasa macam tu. Adalah tu agaknya pengalaman kurang best dengan orang semenanjung. Tapi untuk kau, aku akan ada untuk kau selagi kau percayakan aku. Cuma minta jangan datang lagi benda alah tu.. kasilah aku tidur aman..β Milah tergelak mendengar kata-kataku.
Malam itu malam terakhir tidurku diganggu peneman MIlah. Hari esoknya aku tidur dengan aman. Aku dan Milah sehingga kini bersahabat baik walaupun dia sudah berpindah ke New Zealand.
Cerita 3.
Untuk semester yang seterusnya kami diarahkan berpindah ke Seksyen 18, dekat sedikit dengan tempat belajar kami di Seksyen 17. Tapi tak tahulah kenapa nasib aku dan rakan-rakan serumah dapat rumah yang boleh tahan keras juga disitu.
Akulah orang yang membuka pintu masuk ke rumah kami. Setelah apa yang berlaku di seksyen 6 (kejadian hysteria yang konon-konon aku tolong pulihkan, padahal aku cuma berzikir untuk pertahanan diri aku sendiri, selainnya ustaz yang bantu.)teman-teman sepakat mengatakan aku ketua bab-bab mistik mereka. Kedatangan kami disambut dengan hembusan angin yang agak panas ketika aku membuka pintu rumah.
Hati berdebar, tapi ku langkah masuk juga ke dalam, tak nak buat yang lain cuak.
βOk tak?β soal Milah.
βJaga kelakuan sikitlah kat sini,β ku toleh dan pandang ke semua teman serumahku. Kali ini hanya kami berempat sahaja yang ditempatkan di rumah ini. Aku, Milah, Ela dan Bia. Tie dan Ana ditempatkan di tingkat 5, setingkat atas dari kami, dengan teman serumah yang baru.
Masing-masing tersenyum kelat. Kami kemudian ke bilik yang disediakan. Dua bilik juga, cuma di sini dua orang di setiap bilik (walaupun kalau tengok dari keadaan bilik, disediakan untuk tiga orang sebilik, katil double decker dan katil bujang, loker juga tiga). Dikedua-dua bilik katil bahagian atas kami biarkan kosong.
Bermula dari hari pertamalah kami sudah bersua kenal dengan makhluk yang terlebih dahulu bermastautin di situ. Kami namakan dia βakak cunβ.
Malam itu selepas masing-masing siap mengemas barang, kami duduk beramai-ramai di ruang tamu. Milah kemudiannya keluarkan daun terupnya. Tersenyum simpul masing-masing membayangkan betapa keadaan akan menjadi riuh dengan games yang bakal kami mainkan.
Sedang seronok bermain daun terup, semakin lama semakin rapat dan saling tolak menolak antara satu sama lain, dan punyalah payah untuk menahan diri agar tak terkeluar gelak tawa yang kuat, tiba-tiba aku terperasan kami jadi lima orang semuanya.
Aku bangun dan mengundur dari bulatan yang sedang berasak-asak nak tengok daun terup. Aku kenal bentuk tubuh ahli yang bertambah itu. Tapi, rasanya dia dah datang petang tadi, untuk pinjam penyapu. Kalau nak masuk ke dalam rumah pun sudah ku kunci pintunya, almaklumlah, sudah lewat malam.
βAna.. macam mana kau masuk?β soalku.
Terhenti semua yang sedang seronok lupa dunia. Pandangan semua dialihkan ke Ana yang sedang duduk tersengih-sengih memandang kami. Makin lama makin meleret senyumannya. Aku sangat bersyukur kerana teman-teman serumahku bukan jenis yang cepat melatah, perlahan-lahan mereka bangun dan bergerak ke pintu bilik masing-masing. Ana masih lagi duduk bersila, tersengih-sengih menunjukkan gigi memandang kami.
βMasuk bilik,β ayat terakhir yang sempat Bia sebut sebelum kami bergerak pantas masuk ke dalam bilik masing-masing.
Bilik kami kunci. Aku tak tahu keadaan di bilik sebelah, yang pastinya aku dan Milah berdiri, tangan kami tahan di pintu dan pandangan kami bertemu. Tak tahu apa yang perlu kami lakukan. Hanya zikir yang mampu aku ulang di dalam hati. Entah bila dan macam mana kami tertidur, aku tak ingat, sedar-sedar kami berdua duduk bersandar di pintu bila jam loceng Milah berbunyi, menandakan sudah masuk pukul 6 pagi.
Bilik sebelah? Entah..sehingga ke hari ini kami tak pernah nak naikkan cerita ini bila berjumpa.
Cerita 4.
Bila sudah agak lama di sana, masing-masing mulalah tunjukkan perangai masing-masing. Kami berempat dan dua lagi kawan Bia yang sering datang melepak di tempat kami. Kami digelar enam jahanam oleh junior dan senior kami. Kenapa begitu? Kerana tempat kami adalah tempat βbudak-budak baikβ merokok. Cuma aku dan Milah sahaja yang tak merokok. Aku juga seludup masuk tv 14 inch dan juga video player (zaman tu tiada cd player, siap ada kedai sewa video tape dan hanya kaum puak kami sahaja yang aku beritahu nombor keahlianku).
Gangguan masih ada, tetapi tidak seperti sapaan pertamanya dahulu.
βMungkin sebab akak cun tau kot kita ni lagi hantu dari dia,β duga Ela ketika kami melepak di cafΓ© kolej.
Malam itu sengaja kami duduk di cafΓ© yang sudah tutup semata-mata kerana hendak membezakan sama ada makhluk yang ada di sekitar kawasan telefon awam yang sering diperkatakan oleh kebanyakkan pelajar di situ lebih menakutkan dari yang ada di bilik kami. Sehingga ke pukul 3 pagi, tiada apa yang berlaku, cuma agak penat main nyorok-nyorok dengan mak cik guard yang sesekali akan membuat rondaan di kawasan itu. Yang peliknya, takkan dia tak perasan papan catur dan buahnya yang cantik tersusun di atas meja kami.
Ya.. kami main catur untuk hilangkan kebosanan, sekali lagi zaman tu handphone tidak secanggih sekarang. Dua orang jadi tukang cover line, dan kami berempat lawan catur secara berpasangan. Kami akhirnya bosan dengan catur, simpan kembali permainan itu di dalam kotaknya dan mula merehatkan kepala di atas meja.
βEnam jahanam..β tegur mak guard, entah bila mak guard berada disisi kami. Terkejut punya pasal, semua lari lintang pukang ke blok kami, hinggakan Ela tertinggal tudungnya yang dibuka di atas kerusi.
βApalah mak guard.. entah-entah dialah makhluk yang diorang dok cerita tu..β kata-kata Ela kami sambut dengan gelak tawa. Tetapi kami semua terdiam bila tiba-tiba Bia bersuara,
βAku rasa akak cun lagi hebat dari mak guard dengan hantu yang penakut sorok dari kita time kita tunggu dia tu kan,β kami semua memandang Bia.
βKau dah kenapa mention dia time macam ni,β Adda, salah seorang kawan Bia menggelengkan kepala.
Dia ke tempat rahsia simpanan rokok dan mula menyalakan sebatang rokok.
Kami sepakat untuk menjauhkan diri dari Bia yang agak bermulut celupar tadi. Tak mahu kami turut diganggu akak cun. Bia kemudiannya masuk ke dalam bilik, kami semua berkumpul di ruang tamu, menunggu maggi tomyam 2 bungkus yang sedang dimasak Milah di dalam periuk nasi.
Ketika aku sedang beberapa kali menelan air liur membayangkan keenakkan maggi tomyam di dalam periuk nasi, Bia mengirimkan SMS kepadaku.
βNami,masuk kejapβ
Mulanya ku tak endahkan SMS yang diberi.
βNamiβ
Bila sudah dapat SMS yang kedua, aku yakin Bia sedang dalam masalah, 1 SMS harganya 50 sen, sebagai pelajar, rugi hantar SMS ringkas seperti itu.
Ketika menolak daun pintu bilik mereka, tiba-tiba bulu roma di belakang tengkuk ku meremang. Ku telan air liur beberapa kali juga ketika ini. Tombol pintu ku genggam erat dan ku toleh ke arah yang lain yang sedang memandangku.
βAdda, Sly.. korang pergi cari mak guard ke, ketuk rumah mak cik senduk ke (panggilan ke warden kami), ada benda besar tengah cekik Bia ni,β mencicit kedua mereka meluru ke pintu.
βKorang fikir-fikirkanlah apa yang patut korang buat,β tegur ku pada Milah dan Ela yang terkebil-kebil memandangku yang masih kaku memegang tombol pintu bilik.
Tak lama selepas itu mak guard meluru masuk ke dalam rumah kami.
βIni lah yang aku tak suka, budak-budak buat kacau lepas tu menyusahkan aku,β sempat lagi dia menjeling tajam ke arahku. Pintu bilik ditolak kuat oleh mak guard. Ditepuk-tepuknya muka Bia yang seperti tak cukup nafas dengan mata terbeliak.
Aku yakin mak guard tak nampak benda yang sedang mencekik leher Bia, kalau dia nampak sudah pasti dia akan lari meninggalkan kami.
βAstagfirullah.. mana korang angkut benda ni..!!β kali ini memang aku melompat kerana terkejut. Rupa-rupanya dalam perjalanan ke blok kami, mak guard sempat menghubungi pak guard di kolej siswa yang berhadapan dengan kolej kami untuk datang membantu.
βSemua pergi masuk bilik sebelah, biar kami uruskan,β kami mengangguk laju dan bergerak masuk ke dalam bilik. Yang aku tak boleh tahan, sempat lagi Ela bawa sekali periuk nasi yang berisi maggi tomyam dan senduk.
Meremang bulu roma kami di dalam bilik bila dengar pak guard bersuara keras,
βKeluar!! Keluar!! Balik ke tempat kau!β beberapa kali ayat itu diulang beserta dengan bacaan ayat Quran.
Akhirnya setelah hampir 45 minit, kami dengar suara Bia menjerit kuat. Tak lama selepas itu, mak guard mengetuk pintu bilik kami. Bila kami buka, rupanya warden juga sudah ada di dalam rumah kami.
Budak rumah depan juga sudah berada di muka pintu rumah kami, Ana dan Tie pun ada juga.
βPergi tengok kawan kau tu,β arah pak guard kepada kami.
Bia berpeluh-peluh terbaring di atas katil dengan muka yang pucat.
βRumah ni.. sejak bila buka balik?β sempat ku tangkap perbualan antara pak guard dan mak guard.
βSem ni, sebab tempat tak cukup,β balas mak guard.
βHati-hati, jangan buat benda bodoh lagi. Bukan kau aje yang duduk sini,β pesan pak guard bila dia perasan aku memerhatikannya.
Milah kemudian merapatiku,
βAku nak minta tolong nenek ah,β aku tahu dia takut.
βJangan Mil.. benda yang ada dengan Bia tadi tu, sama spesis macam yang nenek kau bela, cukup-cukuplah.. jangan kasi sempit rumah ni,β jawabku.
Rentetan dari peristiwa ini, kami didenda oleh pihak kolej. Kami juga terasa seperti superstar untuk beberapa minggu seterusnya kerana kisah kami heboh di kalangan para penghuni kolej.
Cerita 5.
Seperti yang ku nyatakan, aku ada seludup tv dan juga video player di rumah kami. Jadi selalunya pada hujung minggu, akan ada sahaja teman-teman yang meminta izin untuk menumpang layan tv di rumah. Ada yang kami beri keizinan, full pass, siap duplicate kunci rumah, dan ada yang kami benarkan masuk bila kami ada di rumah sahaja.
Pada suatu hujung minggu, Milah ikut Ela pulang ke kampungnya di Negeri Sembilan, Bia pulang ke rumahnya di Klang, jadi tinggallah aku. Aku pada mulanya mahu pulang juga ke Johor, tetapi ku batalkan last minute kerana ada yang mengajakku menemaninya ke Subang Parade, segala kos ditanggung, siapa yang tak nak kan?
Tepat pukul 10 malam kami sampai ke kolej. Walaupun kawanku mengajak aku tidur sahaja di biliknya, entah kenapa malam itu hati aku kuat sangat rasa nak balik ke tempatku sendiri.
Sesampai sahaja di rumah, langkahku terhenti apabila terpandangkan pintu rumah yang hanya dirapatkan sahaja. Ku perhati sekeliling, tiada kasut atau selipar lain selain dari kepunyaan kami. Selepas memberi salam, aku melangkah masuk ke dalam rumah. Kedengaran bunyi tv dari dalam bilik.
Lega.
Maknanya adalah umat yang datang menumpang menonton tv. Ku jengah ke dalam bilik. Seorang rakan kami, Hayati sedang duduk sambil memeluk lutut, menonton tv. Lampu dan kipas tidak dinyalakan.
βKau tak panas ke woi? Aku yang baru masuk ni rasa panas,β sapaku.
Tiada jawapan dari Hayati. Melihatkan responnya, aku terus berlalu dan masuk ke bilikku.
Kira-kira dalam pukul 4 pagi aku tersedar dari tidur. Pintu bilik ku tak tutup malam tadi sebelum tidur, tak nak nanti Hayati fikir aku terasa dengan tindakannya yang tidak menjawab soalannya.
βCerita apa lagi dia tengok ni..β ucapku bila perasan cahaya dari tv di bilik sebelah.
Ku bangun perlahan-lahan, Hayati masih lagi dalam keadaan duduk memeluk lutut seperti tadi, mata fokus ke tv, tetapi yang terpapar di kaca tv adalah cahaya hitam menandakan cerita sudah lama habis.
βYat..β ku beranikan diri menegur.
Perlahan-lahan dia menoleh ke arahku.
βKau memang tak panas ke? Tv kenapa tak tutup? Duduk macam ni kenapa?β soalku.
Sekali lagi dia tak menjawab pertanyaanku. Dia memandangku tanpa berkedip.
βStress eh..β ku capai plastik yang berisi video tape yang disewa.
βSemua sewa cerita hantu.. kita tukar tengok yang ini ya..β aku mengeluarkan tape yang sedia ada di dalam video player dan ku isi tape yang baru.
βKita layan Poltergeist 2 ok? Eh.. tapi kenapa tak sewa yang first punya dulu? Ni takut kau tak faham jalan ceritanya kalau tak tengok dari mula,β kataku sekadar berbasa basi. Masih tiada respon dari Hayati. Matanya tetap tertancap di tv.
Hati mula berdetik rasa tak sedap apabila aku duduk semakin rapat dengan Hayati. Badannya sejuk. Tak logik, kipas tak dibuka. Mungkin dia perasan akan keadaanku yang seperti kurang selesa duduk di sebelahnya, dia tarik aku untuk semakin dekat dengannya, tangan dirangkulkan ke lenganku dan kemudian dia memeluk lututnya. Jadi kedudukan lenganku betul-betul berada di atas lengannya. Perlahan-lahan dia meletakkan kepalanya di atas lenganku.
βKau tak takut hantu?β soalnya tiba-tiba.
βAku ada Allah jaga aku,β balasku. Entah dia dengar atau tidak kerana aku tahu suara ku terlalu perlahan menjawab soalannya.
Dia tertawa kecil dan ulang lagi soalan yang sama.
βKau tak jawab soalan aku, kau tak takut hantu?β aku mula beristigfar di dalam hati.
βTakut.. tapi Insyaallah Allah ada,β balasku.
βAku nak buat nestum, alas perut, lapar pula,β ku gagahi menolak kepalanya dan menarik tanganku dari pelukannya.
Langkah ku percepatkan ke dapur. Termenung sekejap aku di hadapan cerek elektrik. Debaran masih lagi hebat dalam dada. Zikir dan istigfar ku ulang berkali-kali.
Setelah segelas nestum selamat berada di dalam perutku, aku nekad untuk kembali ke bilik. Melangkah keluar dari dapur ku terkejut kerana pintu rumah kami terbuka luas.
βAh.. sudah..β aku berjalan laju ke bilik.
Hayati tiada, tv masih lagi menayangkan cerita Poltergeist 2.
βAkak cun ah ni..β duga hatiku.
Ku kembali ke depan dan tutup pintu rumah, masuk ke bilikku dan baring di atas katil. Tv di bilik sebelah ku biarkan menyala.
βKak cun.. saya tak kacau akak, jangan ah kacau saya, kejap lagi nak subuh, gunalah bilik air tu dulu macam biasa ye..β dan ku kembali terkebil-kebil di atas katil.
Oh ya.. kami serumah sudah tahu waktu akak cun menggunakan bilik air kami. Setiap pagi dalam pukul 6 ke 630, akan kedengaran bunyi air dicedok dari baldi dan seisi rumah akan bau wangi.
Tengahari itu sewaktu membeli makanan di cafΓ© aku terserempak dengan teman serumah Hayati, dia menyapaku.
βKau tidur mana malam tadi Nami?β soalnya.
βBilik aku lah kenapa?β
βKitorang datang, siap dah sewa tape lagi, tapi.. huh.. sumpah aku tak nak datang tempat kau kalau berdua aje dengan Yat,β katanya.
βOoo.. betullah korang ada datang rumah aku! Lepas tu tinggalkan pintu depan tak tutup,β kataku.
βAku SMS Bia, tanya dia mana dia letak lighter, sebab aku tanya kau, kau geleng kepala aje sambil cangkung depan tv,β terangnya.
βBia balas ada dalam loker dia satu, dia beritahu juga kau takde, kau teman Fiza jalan-jalan tengok wayang,β sambungnya lagi.
βAku dah terkedu time tu, Yat tak tahu sebab aku tengok dia tengah galak tepuk-tepuk bontot kau yang duduk mencangkung,β serius mukanya bercerita.
βItu pasal ke Yat call aku lepas tu terus letak?β soalku kerana Hayati ada menghubungi ku ketika aku dan Fiza baru sampai ke kolej. Ku hanya sempat cakap hello sahaja, kemudian talian dimatikan. Aku tak bertanya lebih lanjut kerana beranggapan Hayati hendak beritahu dia ada di bilik selepas aku nampak dia duduk di hadapan tv.
βYat pelan-pelan tutup lampu dengan kipas bilik, lepas tu kitorg pecut turun tangga blok. Nampak kau dengan Fiza tengah jalan masuk kolej. Aku ingat kau tidur bilik Fiza,β terangnya.
Hai.. lah akak cun.. aku rasa dia agak bengang sebab niatnya nak kacau Hayati dan Sab, tapi terkena pula gangguan seksual dari Hayati. Hahahaha.. Dan Hayati demam selama 2 hari.
Cerita 6.
Cerita yang terakhir ku kongsikan ini berlaku beberapa hari sebelum kami meninggalkan kolej siswi. Untuk semester seterusnya (degree) kami di tempatkan di IPTA yang lain pula. Selain dari pusat merokok dan pusat tayangan video, ada lagi kegunaan lain rumah kami ini. Kami sering mengadakan konsert percuma secara tertutup kepada teman-teman yang tertentu sahaja. Menari menyanyi, bermain gitar, ikut apa yang diminta oleh βpeminatβ kami.
Pelik juga kerana sepanjang kami mengadakan konsert, tak pernah sekali pun mak guard atau warden datang marah, bukan itu sahaja, setiap kali spot check, tak pernah sekalipun pintu rumah kami diketuk.
Pernah tengok cerita Kami Histeria? Kalau dalam cerita itu, bunyi hilaian cik pon kedengaran ketika rakaman lagu, yang terjadi pada kami adalah ada suara highpitch yang ikut menyanyi masa konsert diadakan (Padahal yang menyanyi bukan kami, kami hanya miming ikut lagu sahaja β our fav dari Feminin dan Msteen).
Beberapa kali konsert aku hentikan kerana nak yakinkan suara highpitch yang aku dengar.
βKorang baliklahβ¦ malam ni sampai ni saje,β akhirnya ku buat keputusan untuk tamatkan konsert kami pada malam itu. Terpinga-pinga mereka dengan arahanku.
βKau ok tak Nami?β soal Milah semasa kami menarik balik katil yang kami cantumkan untuk dijadikan pentas.
βKorang tak dengar ke suara lain ikut menyanyi? Kita semua tak keluarkan suara kan? Miming aje kan?β soalku.
Mereka semua menggelengkan kepala.
βDari akak cun naik syeh time konsert, baik aku stopkan..β kataku.
Habis sahaja aku berkata begitu, radio yang telah kami letak di ruang tamu tiba-tiba berbunyi.
βNami.. kau ni..β Ela menggelengkan kepala.
βOk.. silap aku..β aku pergi ke ruang tamu dan mematikan radio. Baru sahaja aku pusing untuk masuk kembali ke bilik, radio berbunyi lagi. Aku tunduk tengok di bahagian suis, tiada kepala plug pun di situ. Ku buka bahagian bateri dan keluarkan semua bateri yang ada di dalam radio.
Radio tetap berbunyi.
βOk Kak Cun.. aku minta maaf.. layanlah lagu ni sampai pagi ye,β aku letak radio di atas meja dan masuk ke bilik.
βSo how?β soal Ela.
βDah tutup, dah keluarkan bateri, wayar tak pasang, memang akak cun nak sambung konsert,β balasku.
βMana dia?β soal Ela.
Ku perhatikan sekitar bilik.
βEntah, taknak tunjuk muka,β balasku.
Malam itu, aku pula yang dikenakan denda berseorang seperti Bia dahulu. Tidur sendirian di dalam bilikku, Milah tumpang tidur di bilik sebelah.
Sedang enak bermimpi tiba-tiba aku terjaga selepas merasakan seperti ada yang datang menghimpitku sehingga rapat habis ke dinding. Aku cuba tolak badanku dari dinding, tapi kudratku tak mampu. Hilang terus mengantuk dan aku mula berpeluh.
Bunyi radio tidak lagi kedengaran. Tapi kesunyian itu tak lama. Akak cun yang mengejutkan aku dari tidur mula menyanyi, tapi aku tak tahu lagu apa kerana nyanyiannya di selang selikan dengan gelak tawanya.
Akhirnya ku biarkan sahaja akak cun buat konsert khas untuk diriku. Dalam hati aku tak henti-henti berzikir meminta kekuatan dan perlindungan dari Nya. Entah bila aku terlena kembali dengan bantuan dodoian akak cun, yang pastinya seluruh badanku bisa-bisa keesokkan harinya.
Bila kami berpindah ke IPTA lain untuk sambung degree dan berjumpa dengan super senior kami, barulah kami tahu bilik kami itu sebelumnya disita. Ada pelajar perempuan menggantungkan diri kerana hamilkan anak pendatang asing yang merogolnya. Dia minta teman sebilik merahsiakan perkara itu kerana tidak mahu dipanggil balik dan tinggal di kampung oleh ibu bapanya. Jadi apabila tiba cuti sem, rumah itu kosong, dia ambil kesempatan untuk menggantungkan diri di ruang tamu rumah. Sejak dari itu bermacam-macam perkara aneh berlaku.
Junior yang kemudiannya masuk ke rumah kami juga tak kekal lama, dalam sebulan mereka minta dipindahkan ke bilik atau rumah lain. Tak tahan katanya. Bila begini barulah terjawab segala persoalan kami kenapa setiap kali pertukaran sem dan bilik, rumah kami tak pernah menerima ahli yang baru, kekal berempat, tetapi rumah depan dan beberapa rumah di blok kami ditempatkan sehingga 8 orang serumah.
Itulah di antara pengalaman yang aku dan teman-teman semasa menjalani tahun-tahun matriks kami. Zaman ini antara zaman yang paling haru biru dalam hidupku. Zaman yang mengenalkan aku dengan dunia luar. Bila bab masuk degree di tempat lain, lain pula ceritanya. Lebih menekan dan tertekan seperti yang ku ceritakan di posting yang bertajuk βTerakhir Darikuβ.
best giler! teruskan menulis!
π
βkami juga terasa seperti superstar β π€£π€£π€£. Cekal betul awak semua.
hidup zaman tu.. bergetar hati memang ada, tapi bila dapat sahabat2 yg jenis malas nak fikir mcm2 pasal benda ni.. ku layan aje.
Wahh.. Best best!! Apa yg jd tu semua pengalaman kann tambah pulak dgn kawan yg sekepala.. Harap korg bersahabat smpai bila2 π
masih sehingga kini, cuma dgn ela sahaja kami semua terputus hubungan selepas dia kantoi masa 2nd sem degree.. dia tukar no phone n terus tiada contact kami lagi
Akak cun contact korang lagi tak?? Haha
Tajuk cerita diubah, utk makluman yg pernah duduk di kolej shah alam, kejadian ni berlaku di dua tempat. ada yang di kolej seksyen 6 (sekarang ni kolej cendana) dan kolej seksyen 18 (kolej akasia kalau x silap namanya). zaman kami tiada nama kolej sebab pppitm n itm under management berbeza, masih belum di merge kan lagi.
harap tiada kekeliruan tempat kejadian. π
Umah aku kat seksyen 24…depan tu jek..kat situ ada bomoh hindu tinggal bawah pokok besar tepi perumahan tu… Ko sebut seksyen 18 teringat aku kat gerai sup ekor kat depan tu…sedap beb..
Ok layanzzzz….
Apabila ada sesuatu kejadian pelik @ strange berlaku pada kita, kita kena kongsikan dengan orang lain, teman sebilik @ orang serumah. Jangan ada kata tak nak kawan @ keluarga nanti akan takut @ risau. Perasaan takut @ berani biar sama2 rasa @ tahu supaya senang apa2 tindakan boleh diikhtiarkan dan digerakkan. Tindakan cepat kita boleh mematahkan keseronokan usikan depa tuu.
Lagi kita simpan lagi laa depa nie seronok. Hangpa tau x depa nie balik kena buat report kat persatuan depa. Kalau hangpa x bagi tau sesiapa syok laa depa dapat reward hanya kat depa saja. Kalau hangpa kongsikan cerita rugi laa depa kena bahagi2 ganjaran. Hampeh tau!
Tak faham sgt cerita ko ni dek . Boleh la dari takde . Hambar sorry tau
Bnyk jugak kes gantung ni kt kolej uitm ni..kt perindu pun ada dulu..kes mengandung gak..boypren m**i eksidendia frust,gantung diri kt kipas..lepas dia m**i bilik tu asyik nmpk benda trgantung je kt kipas..terus bilik tu ditutup..sampai aku abis bljr bilik tu masih ditutup…itu blum lg awek terbang lalu kt tingkap tingkat 3 sambil tegur study ke Bang..berterabur lari..aku ex student kampus seksyen 17 gak..intake 2001..
yg tgh main terup tiba2 jadi 5 orang tu memang lejen..kalau ak kena..xtau la..kne pengsankn diri kot..
bilik mana yg kena sita tuu.. blok mna??
Terbaik sis.. nanti tlong share lg yaππ»ππ»ππ»
merokok ke semua ? haha
hoiyeahhhh . besttt . next story pleaseee k.namiiii
akak cun tu korang masih bersahabat ke? Haha…
best… cerita..apa2 pn memang hebat laa blh layan kak cun
What is akak cun?
Cerita mmg best.. tp pelik serious la korang serumah x takut dgn akak cun tu? & Takde usaha apa-apa utk halau akak cun tu? & Macammna korang leh bertahan lama langsung x request utk tukar rumah?
lawak la..hantu kena gangguan seksual..ada baca komen, korang tak takut ke? dia mcm ni, bila kita terpaksa menerima sesuatu yang tak nak keluar dari tempat tu, nak tak nak kena jugak biasakan diri..sebab aku dulu, ada jiran yang macam tu..serumah dengan kakak cantik la, dia tak nak keluar sebab dia dah declare itu rumah dia..syukur la, suami jiran tu pandai sikit bab2 mistik ni..
Sis dok bilik mana sis. Saya pon pernah duduk asrama tu. Boleh kata banyak jugak bilik kat asrama C tu ada akak cun. Btw, sis kat situ tahun bila yer.
pergh best2 smua jenis hati kental.. main daun terup jd 5 org tu xtahan.. tp apa2pun part plg xbleh blah bila akak cun kena gangguan seksual smpai sakit hati tp frust xsempat balas balik kat pemangsa hidung belang sudahnya kak nami jugak jd mangsa balas dendamπππ hahaha berdekah aku mmbayangkn situasi tu.. best giler pengalaman korang.. share lg klu ada pliz