Assalamualaikum…. Nama aku M. Aku pelajar di KV Pahang. Nama KV tidak diberitahu untuk menjaga imej KV . Di sini kami hanya belajar untuk 4 tahun.. Ok cukup intro.
Pada akhir semester kami membuat keputusan untuk melakukan ‘Challenge’. Pada malam itu kami membuat keputusan untuk mengenakan budak asrama perempuan. Asrama KV kami mempunyai 4 tingkat.. Challenge pun berlansung, aku dan kawan aku L ditugaskan menyakat di tingkat 2 manakala yg lain akan memerhati dari jauh.
Jam menunjukkan pukul 2 pagi, aku dan L membuat keputusan untuk mengetuk dan mencakar tingkap. Usikan kami berjalan lancar sampailah L membuat keputusan untuk naik ke tingkat 3. Ditingkat 3 kami melakukan usikan seperti biasa. Lupa nak bagi tau yang asrama ini berbentuk segi empat sama blok A, B, C dan D.. Ditengah asrama terdapat kolam ikan. Kembali kepada usikan aku ditugaskan untuk mengetuk dan mencakar tingkap hadapan bilik A dan B manakala L di blok C dan D. Gangguan pun bermula. ketika sedang khusyuk melakukan usikan aku di sapa oleh angin yang lembut. Kesemua bulu romaku meremang. Namun aku membiarkannya sahaja dan menyambung usikan. Ketika aku tiba dihadapan pintu bilik. Setiap blok mempunyai 9 bilik dari bawah.. Ketika aku dihadapan pintu bilik yang ke 9. Aku mula mengetuk dan mencakar tingkap tapi yang mengejutkan aku ketukan aku tu dibalas. Namun ketika aku ingin mengetuk semula aku terdengar bisikan ‘jom main sama-sama ketika itu aku syok sendiri. Membayangkan ada awek yang belum tidur dan ingin bermanja. Tanpa berfikir panjang kami berbalas ketukan. Aku tersentak apabila L menarik baju aku, L mengajak aku turun dari tingkat 3. Sesampai nya aku di tingkat 2 aku memukul kepala L lalu bertanya ‘asal kau ni? ‘.L memandang aku dengan mata yang merah menyala lalu tersenyum sinis. Aku terkaku… Aku lari seperti ferrari yang memecut 100km/j. Tangga yang berliku aku lompat seperti lompat jauh. Setibanya aku di GrounFloor rakan-rakan ku melihat aku lalu terkaku. Aku terperanjat melihat Ustaz dan beberapa kereta peronda Polis di hadapan aku. Lantas aku pun menanyakan apa yang berlaku. Aku dibawa ke bilik warden dan aku dikehendaki tidur disana kerana telah lewat malam.
Keesokannya rakan ku membuka cerita. Menurutnya aku telah hilang selama 3 hari di asrama…
Lantas L pun membuka cerita..
Aku dengan M ingin mengusik pelajar perempuan namun perutku meragam. Aku berlaku ke tandas. Apabila aku keluar aku melihat M masuk ke dalam asrama perempuan namun apa yang mengejutkan aku, M tembus melalui grill keselamatan yang dikunci seperti hantu. Nak menjerit
pun ada. Ketika aku mengikuti M dari belakang aku dihalang oleh lembaga yang hitam dan besar. Aku lari mendapatkan warden dan rakan yang lain. Satu asrama di geledah namun M masih tidak kelihatan. Polis dipanggil untuk membantu pencarian. Mereka menggunakan anjing K9 untuk mencari aku sehingga tiga hari berturut-turut turut. Tiba-tiba M muncul dari tangga yang sama dia naiki. Semua orang tergamam. Apa yang lebih menakutkan tingkat 3 asrama perempuan telah pun dikunci untuk kerja pembaikan. Dan asrama perempuan turut dikosongkan kerana penyakit beguk.. Jadi siapa yang mengikuti M untuk usikan dan siapa yang bermain ketuk ketuk dengan M.. Misteri kekal hingga hari ini… Sekian..
Sorry kalau cerita tak seram..
aku x faham cter berjela2 mcm xnak stop!
Pelik la cerita ko. Sebenarnya, siapa yg hilang kena sorok hantu dlm cerita ni?