Kolej Matrikulasi Se*****R

Assalammualaikum, hye dan terima kasih untuk admin serta pembaca FS. Kali ni aku nak cerita pengalaman yang memang aku alami sendiri sepanjang aku belajar di Kolej Matrikulasi Selangor. Aku ni bukannya orang yang dianugerahkan boleh nampak tapi ada je rezeki yang aku taknak aku dapat.

Aku penghuni blok MIRA, budak SEMAC tahu lah blok MIRA ni sebelah je dengan blok lelaki CANNOPUS dan CAPELLA tuh. Tapi, aku ni bernasib baik sebab bilik aku menghadap kafe Carina dan blok POLARIS kediaman perempuan. Aku ni jenis yang suka tidur awal bangun pagi pukul 3 untuk belajar tapi suatu pagi tuh aku tak bertuah ler.

Sedang aku khusyuk belajar, pintu bilik aku diketuk *knock knock* aku tak berani lah nak tanya who’s there, kot yang menyahut nanti benda lain jadi aku abaikan je aku pekakkan je telinga buat buat tak dengar. Tak lama lepas tu, tingkap bilik aku diketuk dan aku rasa kurang pandai malam tuh sebab aku lupa tutup tingkap, aku tak fikir panjang terus tutup buku tarik selimut tidur. Maklumlah penakut.

BUDAK KECIL LELAKI
Esoknya, aku kunci mulut taknak cerita kt roommate tapi pagi tu aku pelik sebab roommate aku yang seorang ni lari pergi tidur sebelah roommate aku yang lain. Kami tanyalah kenapa tak tidur atas katil sendiri. Dia pun cerita “malam tadi aku dengar bunyi bising sangat kt luar dalam pukul 3.30 pagi macam tu, aku dengar tapak kaki budak kecil berlari lari kt luar aku sumpah tak boleh tidur weh, aku terus cabut tidur sebelah korang, sorry tapi bunyi tuh kuat depan bilik kita”.

Aku dah telan air liur dah, kesian pun ada kt roommate aku ni. So, esoknya waktu aku berbual dengan jiran jiran bilik aku ni, sebab bilik blok kediaman KMS ni semua dekat dekat ja jadi senang nak melepak mengeteh dan berseloreh kan. Tengah syok berbual datang kawan aku ni, dia ni sixth sense jadi dia selalu jelah nampak kadang mimpi. Dia dengan muka selamba kata “korang, aku tak aman gosok gigi malam ni, ada budak lelaki ni kt hujung tanda kita”. Beb tak kelakar beb budak mana ni anak felo tak mungkinlah kan. Aku dah fikir satu je ‘uh budak lelaki tuh ke yang malam tadi kacau aku dengan roommate aku hmm’

KAFE ORION
Ni kisah yang orang lain alami tapi sebab ni ada bukti dan viral seluruh matrik kami sampaikan aku sendiri padam gambar tuh. Ok kisah ni mungkin nasib malang lah untuk budak lelaki ni yang tak sengaja terambil gambar kt KAFE ORION dari aras bilik dia. Tapi, sebab gambar ni real dan seram kami budak perempuan ni cuak sikit lah. Dalam gambar tuh dengan jelas, aku pun dah tengok gambar tuh ada penampakan sosok pontianak tengah duduk kt kerusi kafe orion tuh. Aku memang jarang pergi makan kt kafe orion tuh. Ramai cakap tapak kafe orion tu bekas kubur, aku tak tahulah betul atau tak aku pun tak pasti. Yang penting gambar tuh aku taknak tengok dah sampai bila bila.

KEDIAMAN PEREMPUAN BLOK VEGA
Blok ni ramai budak cerita ada nampak pocong aka kakcong tapi alhamdulillah aku tak nampak dan aku taknak nampak. Oleh kerana banyak sangat cerita pasal blok vega mungkin ‘benda’ tuh nak buat comeback kot jadi dia munculkan diri dalam salah satu gambar budak perempuan yang ‘bertuah’ tuh.

Dalam gambar tuh kiranya ada tiga orang lah budak perempuan ni roommate lah kot mereka ni, berlatarbelakang kan tingkap bilik dorang yang sedang terbuka dan dibalik tingkap tuh ada penampakan wajah pocong yang aku taknak describe sebab bagi aku seram. Untuk pengetahuan bilik mereka ni aras 4 ya aras paling atas dan pocong tuh mampu sampai aras 4. Orang kata kalau kita ambil gambat ganjil akan ‘ada’ yang genapkan itu aku tak tahulah kesahihannya tapi hati hati ambil gambar takut TERAMBIL BENDA lain pula.

BILIK BELAJAR BLOK MIRA
Ada juga kisah kawan kawan aku yang lain sibuk belajar overnight kt bilik belajar kena ganggu. Tapi, bilik belajar Blok MIRA memang seram sikit bagi aku since bilik aku pun atas je daripada bilik belajar tuh. Pernah juga ada yang cerita tengah belajar tetiba bau wangi dan perempuan mengilai pukul 3 pagi waktu orang semua sedap tidur. Ada juga yang cerita terasa macam ada ‘orang’ teman belajar. Apapun aku cerita ni bukannya nak menakutkan tapi Cuma pengalaman sendiri. Walauapapun, matrik selangor di hati. Cewahh.

Cah

Sila tinggalkan komen yang berkaitan dengan cerita :)

12 Comments on "Kolej Matrikulasi Se*****R"

avatar
krik31

kahkahkah…citerla kt felo blok mira woiii..ko paling tkut felo yang mana satu?

Ex

Haha.. bekas ex semac here.dlu suka blaja dgn classmate dkt blik belajar blok mira kot. Pstu rentas polaris nk ke vega. Ahamdulillah, xde pape jd ?

#batchangah

kolej tepiian neraka

ok.cerita lah kat page alumni ke hapa.boring

darkaz

adik aku pernah stay kat blok polaris kot..

Acha Chan

Ini batch 2014-2015 ni. Polaris boleh tahan seram jugak weyh. Malas je nak cerita.

muhammad aqil haziq bin azman
muhammad aqil haziq bin azman

kan2. time batch saya ni. tak boleh melupakan

Mokna
Selalunya tingkat 4 paling keras sbb x de penghuni..penah guna washing machine tgkt 4 naik ats sorang2 memang feel lain mcm meremang bulu roma..then klu cuti sem aku x blk mmg akan ada satu bilik yg lampu terbukak..then penah kne kacau “benda” tu jatuhkn besi langsir time aku sedap2 tgk movie sorang2..nk ckp angin kuat mmg x la sbb x bukak langsung tingkap…3 kali “benda” tu jatuhkn besi langsir tu..kali pertama n kedua aku rajin lg angkat blk..kali ketiga aku malas da nk angkat biar la “benda” tu main sorang2..keesokan harinya roomate aku blk, aku buat2 tidur tp mata aku bukak ckit tgk sorok2..roomate aku buat muka pelik sbb besi langsir tu x penah jatuh..n dia tlg angkat kn..terima kasih roomate..hehee..then penah aku tidur ada “benda” lalu laju sebelah aku, terasa angin laju..masa aku terkejut n terjaga nasib baik “benda” tu x tunjukkn muka..huhuu..ada lg tgh2 nk exam, aku tgh karok ngn kwn dlm bilik..ttbe ada org kne histeria dpn bilik kitaorg..kitaorg pun ape lg terus x jd karok n senyap..masa mula2 masuk n hari orentasi pun ada org kne histeria dkt dewan antares masa… Read more »
RLX

haaaaa, kenangan tingkat 4 n histeria kat dewan antaress tuuu

Ecah

Hai. Saya bekas matriks selangor batch 2015/2016. Dulu polaris. Apa apa pun awak buat kalau duduk blok polaris malam malam jangan merayau dekat aras 4 yang takda orang tau. Saya yang duduk aras 3 selalu dengar orang berlari + budak menangis + perempuan mengilai dari atas tu ? Tapi takda apa la. Kita tak kacau dia, dia tak kacau kita pun.

328

Rindunya dekat KMS ya Allah. I batch 13/14, sepanjang i stay sana Alhamdulillah okay je. I stay blok Polaris, 3rd floor. Masa zaman i tu kitorang ramai sbb ada budak budak yg supposed masuk matriks kelantan tapi masuk situ sekali. So 4th floor penuh. Tak kosong pun. Btw i had so much fun when i was in matriks. It was a good memories for me until today. I nak habis degree dah but i still tak move on zaman i kat matriks. Gosh how i miss makan dekat cafe orion dengan my classmate waktu budak lelaki solat jumaat. Masa tu laa nak usha crush hahahah. Good times KMS, i’ll remember it forever. Much loveeeee

Syah

lps aq abes blaja kt kms baru aq tau byk kisah seam ni.. haha ketinggalan
time aq dulu ade kes histeria je..jiran selang 1 bilik blok polaris tp alhamdulillah aq and roommate xalami bende2 ni

Syah

aq tau kesah seram kt blok aq je..jiran selang 1 bilik blok polaris pernah kena histeria (normal), jiran2 kate sume org kecoh time tu.. tp aq wonder asal aq ngan roommate xtau ape2 pon pasal tu? esoknye, dlm kelas, klasmet yg cite kat aq. satu lagi, ade student pompuan ni selfie kt aras 4 konon nye nak wat story kowt sbb time tu blackout, and die xprasan ape2 yg pelik pon.. but then kwn die tgk semula gmbr tu and realize ade “candy” dlm gmbr tu..

wpDiscuz