Kolej Matrikulasi

Hai dan assalamualaikum semua, aku hani (bukan nama sebenar) nak cerita tentang satu-satunya pengalaman aku di matriks dan benda ni baru sahaja terjadi. Batch 2020/2021 yaa . Okay, matriks ni ada 3 blok perempuan (M, H dan G). So, aku nak cerita blok aku sahaja iaitu blok M.

Dalam bilik aku ada 4 orang so aku bagilah nama diaorang ni Ila, Hana dan Lin. Aku dan lin punya katil memang bersebelahan dengan tingkap dan memang dah biasa dah time tidur kitaorang akan buka la langsir adan tingkap yelah panas dalam bilik. Oh ya, kitaorang tingkat 1, bilik dirahsiakan ya. Nak dijadikan cerita, ada satu malam ni 3 dari 4 orang tidur awal taktahulah kenapa mungkin penat agaknya dan kalau tak silap ni malam jumaat maksud khamis punya malam tu ha gitulah .

Okay, time ni Ila dia tak tidur lagi dan tengah otp dengan bf dia atau bestfriend dia. Lupa pula sorry guys, so nak dijadikan cerita, aku terjaga pukul 4 lebih pagi ya disebabkan dengar bunyi jerit halus gitu dan ya lupa nak cakap bilik kitaorang ni jika buka tingkap memang menghadap padang dalam blok haa kiranya blok tu bentuk U lah. Then, aku dengar suara tu halus tapi jerit sakit macamtu dari padang, aku jadi cuak yang amat…dantime tu aku tengok roommate aku lain semua dah lena.

Aku nak bangun tutup tingkap tapi rasa terkaku, aku dapat rasakan ada benda tak kena ni… Almaklumlah ni kali pertama aku duduk dalam environment asrama dan ni first time la ada pengalaman camni. Then, aku terdetik buka phone untuk tengok pukul berapa kemudian terperasan eh message apa banyak-banyak dalam telegram ni. Rupanya, Chat group Blok Mira…aku pun buka dan baca, apa yang mengejutkan aku adalah ada lebih kurang 200+ orang yang online time tu dan semua cakap diaorang mengalami apa yang aku dengar tadi, Time ni memang seram sejuk.

Nak je aku kejut Lin, satu-satunya senior dalam bilik aku sebab kak lin dah pesan jika ada apa2, takut ke apa ke boleh kejut dia tapi aku terkaku tak mampu nak bangun sebab takut sangat. Then, muncul message dari ketua blok, “Sesiapa terjaga terdengar something buka ayat2 al-quran, pasang surah” pergh meremang bulu roma huhu. Jadinya, aku baca ayatul kursi lebih kurang 2 kali dan aku pun terlelap dan terbangun macam biasa la dalam pukul 6am. Waktu ni aku tengok roommate aku pun baru sedar, walaupun hati aku ni nak cakap je pasal tadi tapi mulut aku terkunci dengan banyak persoalan dalam minda.

Selepas mandi, solat subuh semua baru lah aku tanya pada roommate aku ada dengar ke apa2 semalam atau pagi tadi. Semua kata takde apa-apa. Kemudian, Aku cerita la apa jadi, then, Ila cakap “taktahulah benda ni berkait ke tak, tapi dalam 3am ila still otp and terdengar orang ketuk pintu bilik kita kuat sangat, disebabkan ila takut, ila pun tidur”. Time ni semua bulu roma meremang dan ambil keputusan takpelah mungkin ada la tu cerita muncul dalam kelas kejap lagi.

Tepat 8am, macam biasa semua turun bersiap-siap pergi ke kelas. Aku pun tunggu la kak Qi di depan blok macam biasa tapi tak lama lepastu dia muncul dari Cafe Carina which is cafe tu bersebelahan dengan blok. Peliknya, biasanya dia dari bilik dia. Then, tanya lah kak Qi apa jadi semalam? dia pun cerita “Semalam ada orang kena histeria, teruk, katanya sampai berlari-lari satu block, nak dijadikan cerita budak tu lari ada dua/3 lagi kawan dia pun kejar tapi susah gila…dan budak tu lari siap ketuk2 lagi pintu dengar cerita” Aku pun terkejut dan mula tertanya dengan cerita ila. Then, aku pula cerita side aku dan Ila. Dia kata ” Rasanya ya lah tu, akak pun terkejut dia punya hentakan kaki tu kuat sangat sampai satu bilik terjaga tapi yela masing2 takut so semua duk kat katil masing2″

Haih, meremang betul bulu roma aku time tu…Start dari kejadian ni banyak lah kes2 histeria contohnya selang berapa hari kemudian, aku dan roommate yang lain nak pergi beli makanan dan time nak keluar ada 3 orang pakai telekung dan seorang lagi pakai tudung dan menangis depan Pengawal, time ni apa yang aku dengar, pengawal cakap “Buka mata kalau tak lagilah benda tu senang masuk” then yang pakai tudung tu “Taknak tak boleh” sambil nangis kesakitan kemudian terus meracau menjerit dan pengawal suruh bawa dia ke surau untuk diubatkan.

Macam- macam lagi jadi tapi buat masa ini sahaja saya kongsikan pengalaman saya di Matrikulasi. Terima kasih sudi publish dan membaca kisah saya.

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Ika

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 95 Average: 3.9]

4 thoughts on “Kolej Matrikulasi”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.