Kolej Mawar, UiTM Shah Alam

Assalamualaikum semua. Rasa terpanggil untuk berkongsi kisah seram yang pernah dialami semasa sedang belajar di UiTM dulu.

Masa tu dah tahun akhir and dah last semester. Semester tu tak dapat kolej (hostel). So, sementara nak buat rayuan kolej, menumpanglah dulu di bilik adik yang baru masuk degree sem tu. Kolej dia adalah Kolej Mawar. Bilik nombor berapa, dah lupa. Almaklumlah, dah tua. Tidurlah dekat lantai beralaskan lapik tidur dan sebiji bantal leher yang selalu orang bawak bila travel tu. Tanpa selimut pun. Kadang-kadang guna tuala untuk selimut or kebas selimut adik. Tapi tu bukan main point dia.

Nak dijadikan cerita, suatu hari tu, kelas pukul 10:00 pagi. Adik and roommate dia kelas pukul 8:00 pagi. Biasanya walaupun adik dah ke kelas, still sambung tidur atas lantai je. Tapi haritu, terasa nak naik tidur atas katil. Tak pernah-pernah pun sebelum ni walaupun masa tu dah minggu ketiga menumpang dekat situ.

Baiklah, as stated, kejadian ni berlaku pada waktu pagi. Lepas dah naik atas katil tu, tak fikir apa dah. Sebab selesa dapat tidur atas tilam berbanding lantai keras tu. Baru jer nak lelap, rasa mata macam dipaksa buka padahal waktu tu dah mamai. Rasa dipaksa tu macam ada orang pegang kelopak mata untuk bagi dia buka. Try untuk terus pejam mata, tapi tak berjaya. Mata tetap terbuka walaupun sedikit. Bilik tu nampak suram walaupun sebelum tu dah bukak langsir luas-luas dan katil dia pulak tepi tingkap. Sah-sahlah cahaya matahari terang sepatutnya. Then badan tak boleh nak gerak walaupun dah try nak gerak.

Paling seram bila nak sebut “Allahuakhbar” tak boleh. Jadi gagap and mulut macam dipaksa tutup. Masa tu dah rasa berdebar gila. Then sudut pandangan bertukar memandang ke pintu. Tak tahu macam mana jadi macam tu, sebab memang positif sangat yang badan berbaring tegak masa nak tidur tu. Dekat pintu tu nampak ada lembaga tinggi masuk menembusi pintu dan bergerak laju ke arah katil. Dahlah mata tak boleh pejam. Benda tu pulak menampakkan diri. Nak tak nak kena tengok jugak. Bila dah dekat, dia hilang macam tu je.

Then sudut pandangan bertukar lagi jadi baring menegak. Nampak ada lembaga hitam panjang, tapi berbeza dengan yang dekat pintu tadi. Benda tu dok berdiri dekat hujung katil. Dia berdiri mengangkang, di mana kaki aku berada antara kaki kiri and kanan dia. Then dia dok main dekat kaki aku tu. Sampai katil tu berbunyi, “kriekk… kriekk…”

Dia bergerak kiri kanan, kiri kanan. Katil berbunyi mengikut pergerakan benda tu. Masa tu dah tak tahu nak buat apa. Baca al-Fatihah pun tak jadi apa.

Tengah berdebar-debar tu, benda tu hilang. Then aku dengar macam benda bernafas dekat bahagian kepala. Macam kucing bernafas. Bunyi tu agak kuat. Rasa macam direct dekat telinga. Walaupun tak nampak apa benda tu, tapi dapat rasakan benda tu dok mencangkung dekat tepi kepala, dekat dengan meja study. Tak tahulah macam mana, walaupun tak pandang benda tu sebab masa tu dok baring menegak dan hanya nampak shilling atas jer, tapi dapat rasa benda tu macam Smeagol yang dalam cerita Lord of The Ring tu. Tak pun macam elf dalam cerita Harry Potter.

Yang kelakarnya, aku siap hempuk lagi benda tu dengan bantal walaupun badan langsung tak bergerak bila dah sedar tu. Bila dah hempuk tu, dia senyap, tapi aku still tak boleh gerakkan badan. Sedar balik bila alarm dekat phone berbunyi. Nasib baik buat alarm. Kalau tak, tak tahulah bila boleh bergerak balik badan tu.

Lepas tu dah tak berani nak tidur atas katil tu walaupun siang. Sanggup lagi tidur dekat atas lantai. Ingatkan tidur maghrib or lepas asar jer kena macam tu. Rupa-rupanya tidur pagi pun boleh kena (maybe sebab bilik tu kot). Sebelum ni selalu jer tidur balik lepas subuh, tapi tak ada pulak kena macam tu. Ini kali kedua kena tindih, tapi this one paling teruk. Siap nampak bagai. Banyak pulak tu.

Untuk pengetahuan korang, adik pun selalu kena dekat bilik tu. Bila tidur, tak sah kalau dia tak meracau. Tapi dia dah memang selalu macam tu walaupun dekat rumah. Tiap malam aku yang kejutkan kalau dia meracau. Tak tahulah macam mana dengan dia lepas aku dah keluar dari bilik tu.

Sorrylah kalau tak seram sangat. Mungkin juga cara penceritaan tak menarik. Tapi bila diri sendiri mengalaminya, memang seram!

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Rating Pembaca
[Total: 6 Average: 3]
Aina

35 thoughts on “Kolej Mawar, UiTM Shah Alam”

  1. Ke ko yg 1 team dgn dia org c hasani hassan tu… Yg dok m’carut tu…. Dh lama aku lyn fs ni… Dia org team yg ko mksd tu xkn m’carut kalau org mcm korg ni yg mula dlu… Bru2 je lyn fs nak fitnah org mcm…. Budak bru nk up la kta kn…. Kesian hdup ko… Sma mcm ko jgak… Ksian… M’kritik je lebh… Ko up la cite ko… Seram sgt ke… Tah2 lg truk ko kne krtik kne carut….

    Reply
      • Zety… Sabar. Biar je budak Husni Hasani ni. Hidup dia tak tenang kalau tak kecam orang. Specially maira ngn lain2. Kesian family dia dapat ahli keluarga IQ zero.

        Reply
      • Yg mulut longkang tu ko….
        If aku geng dia org pun ko pa hal… Kesian hdup ko x geng ko bro… Xde mj backup ko….
        Yg bngang nye ko….
        Ksian hdup m’bagang kn diri sndri… Ko dk hina org… Sbnarnya ko hina dri ko sndri…
        Sma la mcm ko tnjung 1 jari ko pg org… Tp ko x sdar 4jari ko tnjuk dri sndri…. Kesian aku dgn spsis ko ni…. Mta koa b’nanah ke bro…

        Reply
  2. Bg hakak seram 5/10. Yg ckp x seram tu..kena lalui juga kot..hehe. Tp akak xbrp paham.. Badan xbleh bgerak tp ble hempuk dgn bantal? Tgn ja eh ble gerak?

    Reply
  3. Walaupun cite x padat tapi ade seramnye jgk la bila sampai bab yg dy mencangkung kt ats katil..mau x seram huhuhu

    Reply
  4. Kolej mawar ni kolej baru time aku last sem kt uitm.. tahun 2004.. sempat la merasa melepak sana sbb ada kakak angkat dok kolej tu.. aku plk dok kolej paling lama kt uitm.. kolej seroja.. tu je nk bgtau.. sorry la klu x seram.. 😂😂

    Reply
  5. Komen2 bnda2 baik tp ayat tk mcm org komen biadap .. elok lah pergi masjid bwak2 sedar diri skit.. akhlak tu kene ada baik nye ..

    Cerita seram 8/10

    Reply
  6. kne himpit sy dh sllu kne..bulan puasa pon kne jugak..tp itu berpunca dr anggota badan kita..terlalu letih..cara senang je..tenangkn diri,mengucap awal²..then truskn tido..

    Reply
  7. kne himpit sy dh sllu kne..bulan puasa pon kne jugak..tp itu berpunca dr anggota badan kita..terlalu letih..cara senang je..tenangkn diri,mengucap awal²..then truskn tido..

    Reply
  8. Pnah kna himpit skali kat uma..menjerit pggil emak tp suara tak keluar nafas tersekat sekat..10 minit dihimpit tp rasa mcm sejam..bila dh bleh bgun trus lari bilik air amek wuduk..lpas tu sambung tidur mengiring kekanan…

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.