Kolej Pulau Gadong

Hai warga FS semua. Aku nak share beberapa kisah mistik yang pernah aku alami dengan korang semua. Nama aku Mimi. Dan aku berasal dari sebuah negeri di Pantai Timur.

KISAH 1 : ANAK KERAK

Jun 2006 aku berpindah ke UiTM Dungun. Time ni aku berada dalam semester 5 dan ditempatkan di Kolej Duyung. Bentuk kediamannya seolah chalet dan dibuat daripada kayu. Kali pertama aku diganggu adalah semasa aku berjalan pulang dari mesyuarat fakulti. Waktu tu jam 10.45 malam. Ketika melewati dahan-dahan di depan dewan makan,tiba-tiba “BUUUKKK” bunyinya seperti sesuatu yang sangat berat telah terjatuh dari dahan.

Waktu aku menoleh, yang ada cuma cebisan dahan dan ranting yang telah patah. Aku abaikan dan kembali ke kolej. Malam itu, aku diganggu dengan bunyi derap tapak kaki kanak-kanak berlari di depan bilik aku. Anehnya rakan sebilik ku, Nik langsung tak terganggu. Sebaliknya Nik tidur dengan sangat nyenyak. Hampir seminggu aku digganggu hinggalah pada suatu malam, aku rasa haritu hari Rabu. Aku rasa sangat penat dan mengantuk. Nik pun rasa benda yang sama. Kami tidur selepas solat Maghrib. Dan tak sampai 1 jam aku melelapkan mata, aku dapat rasakan nama akau dipanggil.

Mata ni sangat berat untuk ku buka. Aku abaikan dan tiba-tiba muka aku dipijak oleh sepasang kaki kecil persis kaki baby. Dia bagaikan menari dia atas badan aku sambil memanggil namaku diselang selikan dengan ketawa mengekek persis anak kecil yang sedang gembira diagah. Nik yang tersedar ketika tu terus menarik tangan aku sehingga aku terjatuh dari katil. Anak kecil tadi serta merta ghaib. Yang tinggal cuma gema suaranya yang masih bersisa gelak ketawa.

Dan kali ni Nik pun turut mendengarnya. Sebelum matahari keluar, aku dan Nik dah bertolak balik ke kampung Nik di Kelantan untuk berubat. Inilah pengalaman pertama aku dan hantu pertama yang muncul dalam hidup aku. Makcik yang ubatkan kami tu aku panggil Mokcik Burp. Kenapa nama camtu sebab dia ubatkan orang melalui sendawa. So kuat sendawa maka kuatlah jin setan yang ada dalam badan kau..tu kata dia lah. Alhamdulillah, selepas malam tu semua kembali seperti biasa.

KISAH 2 : BEREBUT KATIL

Habis diploma, aku sambung degree kat UiTM Kampus Bandaraya Melaka. Pengalaman masa 1st semester macam cliché sangat gangguan yang aku terima. Masuk 2nd semester tu yang extreme sikit. Masa ni aku masih layak mendapat penginapan asrama dari pihak universiti. So aku ditempatkan di Kolej Pulau Gadong, dan masih di rumah yang sama. Cuma yang berbeza, kali ni bilik aku dah dirembat oleh freshie. So aku angkutla barang-barang aku dari stor kolej ke bilik tengah. By the way, masa 1st semester dlu, bilik tengah ni tak pernah aku dan housemate yang lain gunakan sebab dulu kami cuma tinggal bertiga.

Sekarang, freshie kat bilik depan tu jer dah 4 orang. Nasib la Puteri kawan aku tu sempat cop bilik belakang (bilik lama dia). Dengar cerita ada 2 orang lagi nak masuk, nasib lah. Hari pertama aku masuk bilik tu, aku bagi salam. Lepas salin baju, operasi mengalih perabot dan mengelap berlangsunglah dengan jayanya. Mula pukul 1pm berakhirnya lebih kurang during Asar. Then aku gi tapau nasi goreng kat restoran depan. Dah masuk maghrib tu, Puteri datang ketuk pintu bilik aku bagitahu dia nak keluar dinner dengan cousin dia. Freshie 4 orang tu pulak ada program kat kampus. Jadi tinggallah aku sorang diri melantak nasi goreng sambil bertemankan game DinnnerDash.

Alih-alih laptop blackout. Aiseehh, lupa nak sambung charger kat suis. Masa nak bangun tu aku terperasan yang ada akak pakai telekung kat belakang aku. Bila toleh takde. Bila aku duduk balik and intai kat screen laptop, eh dia ada balik?! Tapi bila aku toleh tetap takde. Seriau dah aiih cenggini. Aku tutup polisterine nasi goreng tu then aku sandar kat katil (Bilik ni ada 2set bunk bed). Katil aku belah bawah tepi tingkap ngadap pantry dan toilet. Oh,dapur ngan toilet orang sebelah pun boleh nampak.

Entah bila aku tertidur pun aku tak sedar. Alih-alih aku terjaga pasal rasa katil bergoyang macam ada orang la pulak kat atas tu. Masa tu kat katil belah atas takde tilam. Yang ada cuma kayu plywood pasal aku ambil tilam atas untuk buat tilam aku double. Dan-dan lah pulak time aku dah letak kepala, aku nampak akak pakai telekung tu ada balik siap tengah mundar-mandir dalam bilik. Kadang-kadang dia berhenti tepi katil aku. Muka dia cam manusia normal so takdelah aku nak seram or takut. Aku abaikan dan tidur jer maybe sebab penat sangat drive dari kampung ke Melaka then sambung pulak berkemas. Makanya malas nak fikir.

Tapi kusangka lena sampai ke pagi rupanya katilku digoncang sekali lagi. Bergegau sampai berbunyi ‘kruk-krek-kruk-krek’. Bila aku buka mata nah…dia tengah duk pandang aku dengan muka marah. Aku pun nangis sampai merapu-rapu sebab terlalu takut. Aku cakap kat dia ‘Alaa..janganlah marah aku. Kita share lah bilik ni. Takkan kau tak kenal aku. Aku kan yang duk bilik sebelah sem lepas. Aku datang sini nak belajar. Aku tumpang jer’. Eh, eh, eh akak tu hilang. Pastu aku rasa nyaman jer bilik tu. Menguap sekali terus lena sampai ke pagi. Fuuh!

KISAH 3 : WAHIDA

Kat atas tadi aku ada mention kan yang pihak kolej nak sumbat lagi 2 orang student kan? Roommate baru aku nama Wahida. Budak Pontian. Dia budak freshie so macam sopan la sikit perangai. Hehe. Aku pulak jenis tak bertapa kat bilik sebab aku ada boyfriend time ni. Satu hari ni, aku tengah nak naik tangga ke rumah kami. Entah kenapa aku macam nampak satu kabus. Dalam kabus tu ada housemate aku tengah berborak dan bercakap pasal aku.

Hilang kabus,aku sambung menapak ke rumah.Bila pintu aku buka,korang kena percaya apa aku cerita ni. Dorang kat dalam rumah ni pakai sama macam aku nampak tadi. Lagi terkejut bila Wahida cakap “eh..kami baru bercakap pasal Kak Mimi tadi. Bibah tanya Kak Mimi gi mana”..then Puteri menyampuk “aku jawabla kau pergi dating, mana lagi. Kau gi datingkan?”. Pastu dorang berderai gelak masing-masing. Aku tengah blur ikut gelak. Masuk bilik Wahida tanya aku sakit perut aku dah ok ke?
Aku tanya dia balik bila pulak aku sakit perut? Masa ni muka Wahida dah berubah. Dia dah warning aku jangan main-main.

Kata Wahida, semalam masa dia duk study aku bangun duduk bersandar kat katil. Bila ditanya katanya perutku sakit. Then kata Wahida lagi, aku bangun terus ke tandas. Peliknya, Wahida cakap dia sambung study. Tapi bila dia pusing nak ambil nota kat atas katil, aku dah tergolek tidur. Walhal baru tadi aku dia nampak aku keluar. Jawapan aku pula, yang sebenarnya aku langsung tak bangun dan tak ke tandas. Tapi aku tak bagitahu budak tu sebab aku takut dia tak berani nak stay up.

KISAH 4 : TUKANG KEMAS RUMAH

Malam tu aku dan housemate lain buat makan-makan kat rumah tu sempena birthday one of budak2 freshie tu. Sebab dah tengah malam, tepung-tepung yang berselerak bercampur dengan segala sampah sarap kami kumpulkan setempat kat living room tu. Esok baru cuci. Lepas tu semua masuk tidur. Bila dah tidur aku bermimpi yang aku memakai baju kafan yang kotor.

Aku dah bising taknak pakai. Puteri suruh aku cuci. Aku pun ikut kata Puteri. Bila tengah mencuci, aku berkemban dengan towel jer masuk ke bilik. Tapi aku dengar ada orang tengah berkemas kat depan. Bila aku jenguk ada sorang perempuan cantik tengah sibuk mengemop dan duk masukkan sampah yang kami dah tinggalkan ke dalam plastik sampah. Then dia lalu depan aku tanpa langsung menoleh ke arah aku. Aku menyarungkan baju yang ada kat atas katil aku dan bergegas ke dapur untuk melihat dengan lebih dekat gerangan perempuan tu.

Aku nampak dia tengah basuh pinggan. Kali ni dia menoleh kat aku yang berdiri kat tepi sinki. Dia senyum kat aku then lalu tepi aku menuju ke pintu bilik aku. Aku ikut tapi bila sampai ke bilik dia dah hilang. Tiba-tiba ada suara Puteri datang dari belakang menegur aku. Time tu Puteri menjerit sambil berkata “Mimi! Kenapa kau pakai kain kapan?!”. Aku pandang pakaian aku dan baru aku sedar. Ya! Aku pakai kain kapan yang dah dibelit ke tubuh aku. Aku menangis dalam mimpi tu hingga aku terjaga dari tidur. Bila sedar, bilik tu pula gelap. Makinlah kuat aku menangis.

End up Wahida terbangun dan buka lampu. Dia datang peluk aku sehingga aku tenang. Pastu kami sambung tidur. Esoknya, housemate aku semua puji aku rajin sebab kemaskan sisa-sisa jamuan semalam. Kenapa dorang fikir aku? Sebab semua orang tak ngaku yang dorang yang mengemas. Padahal bukan aku!

KISAH 5 : BAU KAPUR BARUS

Malam tu Wahida datang pegang tangan aku. Katanya dia bimbang dengan condition abahnya yang sedang sakit tenat. Kalau boleh nak jer dia balik malam tu tapi esok dia ada quiz dan test for whole day. Mak dia pun larang dia balik sebab katanya everything will be ok. So aku pujuk dia yang aku hantar dia esok bersama Puteri. Dia nampak lega. Then dia angkut buku2 dia bersama nota ke Blok 1 untuk buat study group. Aku pula tarik kerusi nak sambung study.

Alih-alih hidung aku tangkap sayu bau yang sangat jarang aku bau. Rasanya kali terakhir aku bau ketika nenek aku meninggal tahun 2003 dulu. Hurm..memang sahlah ni bau kapur barus. Tercari-cari aku mana datang bau tu.A ku nampak Bibah & Puteri lalu depan bilik aku, aku paksa dorang datang hidu. Semua cakap tak bau ape yang aku bau. Bau AirWick ada la kata dorang. Aku tiba-tiba teringat mimpi berkain kapan. Masa tu aku fikir yang aku nak m**i malam tu agaknya. Aku call nenek dengan tok ayah kat kampung. Aku call Mama dan abah juga. Semua dah pelik bila aku cakap minta ampun bagai. Haha.

Masa aku duk borak dengan nenek,tiba-tiba satu suara perempuan menjerit dengan nyaring bergema kat Kolej Pulau Gadong. Semua students berlari ke arah suara tu. Rupanya Wahida yang menjerit. Ayah dia dah meninggal. Malam tu aku bersama Pn. Maya (pengurus asrama) dan Puteri bertolak ke kampung Wahida. Tentang bau tu, aku sangkakan cuma kebetulan. Tapi sebenarnya itu yang aku akan alami sekiranya ada kawan-kawan atau keluargaku yang akan kehilangan (kematian). Sekarang aku selalu terfikir, bagaimana bila tiba masa aku nanti? Macamana untuk aku bau kematian sendiri?

KISAH 6 : TEMANKAN WAHIDA

Aku rasa Wahida kat kampung adalah dalam 9 hari kott. Dalam masa tu juga, aku masih macam dulu. Kejap balik Kolej kejap tidur kat Cempaka (rumah classmate aku). Masa ni masing-masing dah tengah prepare untuk final. Nak dijadikan cerita, ada satu hari tu aku balik ke kolej. Bila aku masuk bilik aku nampak nota-nota Wahida ada kat atas katil. Dari bilik nampak towel Wahida tergantung kat pintu tandas. Aku unpacked barang-barang dari dalam beg sebab aku baru sampai dari Batu Pahat mengikut classmate aku balik kampung. Bila siap berkemas, aku pergi mandi. Then aku dengar suara Wahida tegur aku. Pastu dia cakap “Kak Mimi, thanks tahu temankan kita”.

Aku dah tak faham. Aku just jawab OK jer la. Lepas mandi, aku masuk bilik dan aku tanya Wahida mana semua orang pergi. Wahida pandang aku macam pelik giler. Dia cakap Puteri balik Muar, petang ni baru sampai. Bibah dan yang lain-lain keluar.Bila aku tanya bila si Wahida balik kolej, dia lagi terkejut sambil datang dekat aku. Raba-raba dahi dengan leher aku. Tapi bila Wahida cakap yang dia dah 2 hari kat kolej and “aku” yang temankan dia since 2 days ago ,tang tu aku pulak yang terkejut! Daaanngg…

KISAH 7 : DIA TERGANTUNG DI TINGKAP BILIK

Lega rasa hati bila dah dapat balik kampung. Tapi aku perasaan tiap-tiap malam ada macam bunyi tapak kaki orang belakang rumah. Aku syak budak kampung ni .Maklumlah rumah kampung takde pagar. Masa ni jugak mama dan abah aku baru lepas satu krisis besar. Walaupun dah berbaik tapi kadang-kadang datang juga angin ribut petir mama aku, hah! Macam kat medan perang gayanya. Malam tu aku dan adik aku dapat menghidu macam ada WW3 akan tercetus. Kami masuk bilik awal-awal.Kami tutup lampu so takyah jadi referee nanti kalau nama kami ‘naik’ dalam WW3 dorang tu. Sambil tunggu mata lelap sambil kami borak dan akhirnya dua-dua dah senyap.

Tapi lebih kurang pukul 2 pagi aku terjaga sebab ibu jari kaki aku rasa dicucuk and bisa-bisa (sebenarnya aku dah alami ni sejak di Kolej lagi). Mulanya aku suluh jer guna lampu di handphone. Tiba-tiba aku dengar macam suara perempuan membebel kat tepi bilik aku. Dah kenapa mama melepak kat belakang tu? Kott yer pun merajuk..aduiii! Aku kejut adik aku, dia pun macam tak caya tu mama. Kami sepakat bangun untuk gi pujuk mama kat belakang. Eh! Elok jer mama melepak dengan abah depan TV tengok hindustan. Kami bagitahu lah kat dorang. So mama sarankan kami buka pintu bilik.

Tapi bila aku baru nak lelap, dalam samar cahaya yang masuk dari ruang tamu, aku nampak seolah ada satu makhluk perempuan sedang bergayut dan tergantung di tingkap bilik (bilik takde langsir sebab aku cuci petang tadi). Memandangkan tingkap bilik aku jenis berkabut, makanya memang aku yakin tu bukanlah pantulan atau bayangan dari luar. Apalagi,a ku jerit la kuat-kuat. Mama datang dan buka lampu. Aku cerita kat mama yang ada perempuan rambut putih panjang mengurai duk tergantung kat bilik. Sebab mama aku jenis boleh rasa, dia cakap dia temankan aku tidur. Abah still duk layan hindustan. Kami tidur tutup lampu.

Sekali lagi dalam kelam bilik tu, kaki aku kena gigit. Rasa dia macam jari kau digigit kucing. Terjerit-jerit aku. Mama pulak time tu dia pun menjerit pastu aku dengar cepat-cepat istighfar. Rupanya mama nampak yang tidur sebelah dia bukan aku tapi perempuan yang aku nampak tadi. Abah meluru ke bilik kami dan pasang lampu. Mama suruh aku stay kat bilik. Dia nak gi minum air. Adik aku peluk aku. Time ni lah tilam kami dicakar dan digaru dari bawah. Adoiii. Abah datang baca apa-apa yang patut, then gangguan hilang. Kami tidur kat bilik parents kami sudahnya malam tu.

KISAH 8 : DEMAM TERUK

Esoknya aku demam teruk. Abah panggil nenek sedara dia yang pandai mengubat demam terkejut macam aku ni. Dibaling-balingnya lada hitam pada badan aku .Time ni badan aku terangkat dari tilam. Nenek sedara abah minta bawa jumpa orang yang lebih pakar. Aku teringat Makcik Burpp. Makanya kami ke Pasir Mas untuk berubat. Aku sampai selepas azan maghrib and solat di surau yang betul-betul berdepan dengan rumah Makcik Burpp. Giliran aku yang pertama. Makcik ni dia mengubat kat depan orang ramai dan dengan membuka pintu dan semua tingkap. Takde bacaan mantera sebaliknya sekadar ayat al-Quran yang biasa didengar .Saat dia sentuh kepala aku, dia sendawa dengan sangat kuat dan panjang. Kemudian dia mula bercerita apa yang dia ‘nampak’.

Sebelum procedure bermula, dia pesan untuk jangan sekalipun aku toleh ke belakang. Berbalik pada apa dia nampak, katanya bilik yang aku huni ada 3 kepala. Aku berkeras katakan cuma 2 – aku dan Wahida. Dia pun degil jugak cakap dia nampak 3. Sorang lagi tidur sekatil dengan aku. Part ni tanpa sengaja aku toleh ke arah makcik tu then apa yang aku nampak bukan Makcik Burpp tapi satu makhluk dengan rambut beruban dan kusut masai menggerbang. Matanya buntang dan pipinya labuh dengan kedut seribu. Mulutnya merah macam baru lepas makan sireh dan apa aku nampak tu sekejap jer. Lepas tu kepala aku ditunjal untuk pandang ke depan oleh Makcik Burpp.

Bila selesai upacara sendawa tu, Makcik Burpp tenung muka aku lama-lama. Dia tanya pada aku samada aku sanggup tak terima dia sebagai kawan. Haiiiih! Simpang 44 malaikat lah oiii. Aku terus pegang lengan makcik tu sambil tergeleng-geleng. Dia cakap susah nak suruh makhluk tu pergi. Tu pun dia duk tunggu kat tangga. Bila Makcik Burpp pegang telinga aku, aku dapat dengar suara tangisan benda tu yang sangat sayu. Makcik Burpp bekalkan aku beberapa p****g ayat sebagai amalan. Pesan makcik tu lagi ,turun jer dari rumah dia, pada tangga ke-3 dah start baca sampai masuk dalam kereta. Jangan toleh atau pusing ke belakang. Takuttt hooiii!

Perjalanan pulang kami malam tu pula sekali lagi diuji. Mulanya kami nampak macam ada burung terbang dari tingkap depan disusuli bunyi ‘bedeebukkk’ jatuh atas bumbung kereta. Abah dah cuak kalau-kalau bumbung kereta dia kemek. Perlahan-lahan kereta jadi makin berat sehingga kami tiba di rumah. Syukur bumbung kereta Abah tak kemek. Hehe.

KISAH 9 : 3 HARI 3 MALAM

Sepanjang sebelum menjelangnya 3 hari macam Makcik Burp tu cakap, setiap malam kami sekeluarga tidur kat ruang tamu. Malam pertama,kami bergilir-gilir ditindih. Mula-mula Abah, then aku. Lepas tu Mama dengan adik lelaki aku. Last sekali dah nak hampir Subuh, adik perempuan aku pulak yang kena. Siang-siang hari pula, nak masuk ke bilik pun aku tak berani. Bukan takat macam ada kelibat jer, tapi lalu depan bilik pun rasa seriau meremang-remang segala bulu kat badan ni sama naik dengan kepala. Rasa besar jerr..

Pernah sekali mama masuk waktu siang hari, tiba-tiba pintu almari terbuka dengan sendiri. Belum sempat mama nak pergi rapatkan balik, berdentum pintu almari tu tertutup dengan sendiri. Mama apalagi, terus langkah seribu keluar dari bilik sambil menyumpah-menyumpah benda alah tu. Sedang kami nyenyak diulit mimpi, tiba-tiba muka Abah ditampar dengan kuat hinggga Abah terjaga. Pastu kami nampak seakan-akan kain putih melayang ke dapur. Tiba-tiba bunyi periuk belanga berdentum-dentum bak orang tengah mengamuk. Takut giler kami time ni. Tapi bila mama ke dapur untuk jenguk apa yang dah jadi, takde apa-apa yang pelik. Periuk dan pinggan still tersusun tak terusik pun. Kami berjaga sampai azan Subuh.

Esoknya lebih kurang pukul 10 pagi, aku beranikan diri masuk ke bilik aku tu. Tak sempat aku tutup pintu bilik, dia dah tolong tutupkan. Kat dalam tu, ada suatu perasaan sayu, sebak dan sedih yang sangat aneh meresap dalam diri aku. Aku dapat rasakan yang aku tak berseorangan. Aku cuba berdialog dengan dia. Mana datangnya idea tu pun aku tak pasti. Aku minta dia keluar dan aku bagitahu dia yang aku dan dia tak boleh berkawan sebab dunia kami berbeza.

Mulanya aku rasa macam ada angin yang sangat panas berhembus kat muka aku. Tapi lepas aku menangis dan merayu dia pergi, aku dengar bunyi ketukan pada tingkap bilik. Aku cepat-cepat buka tingkap. Kang lambat buka, naya. Buatnya dia ubah fikiran..mampus! Aku tahu dia dah keluar bila bilik aku yang suram sejak beberapa hari lepas macam ada udara baru masuk. And mama dah tak rasa meremang bila jenguk ke bilik aku. Semester baru, aku terus pindah duduk kat rumah sewa. Tak sanggup aku tinggal kolej lagi. Serik!

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 2]
Mimi

20 thoughts on “Kolej Pulau Gadong”

  1. Interesting….masa saya kt hostel U dulu pun ada sorg akak ni mmg rapat dgn kami, dia pun ada kisah mcm ni, ‘benda’ tu nk berkawan. Puncanya sbb masa dia mula2 masuk U semester 1, masa nk g toilet time mlm kena lintas mcm taman kecik ada bangku batu sblh tepi toilet tu, dia nmpk mcm ada akk senior duduk kt bangku tu..sebabkan hormat dia pon senyum (akak ni rabun teruk tau tp mmg spanjang kami kenal, dia mmg xnak pakai spek)..sejak tu ‘benda’ tu suka ikut dia sampaikan dia sambung Degree pon still ada.

    Reply
  2. “Tapi kusangka lena sampai ke pagi rupanya katilku digoncang sekali lagi. Bergegau sampai berbunyi ‘kruk-krek-kruk-krek’. Bila aku buka mata nah…dia tengah duk pandang aku dengan muka marah. Aku pun nangis sampai merapu-rapu sebab terlalu takut. Aku cakap kat dia ‘Alaa..janganlah marah aku. Kita share lah bilik ni. Takkan kau tak kenal aku. Aku kan yang duk bilik sebelah sem lepas. Aku datang sini nak belajar. Aku tumpang jer’. Eh, eh, eh akak tu hilang. Pastu aku rasa nyaman jer bilik tu. Menguap sekali terus lena sampai ke pagi. Fuuh!”

    HAHAHA part ni lawak xD

    Reply
  3. interesting, tapi akan jadi interesting kalau jalan penceritaan disusun dengan lebih tersusun? ehh? ke rapi? ntoh le

    Reply
  4. I pun student uitm kbm. Tp tak pernah duduk kolej. Sekarang kolej tun mamat. Situ lift dia angker, suka bawak student ‘jalan2’ dr level ke level malam2. Tapi i duduk kt aym je dulu.

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.