#KOLEKSI SHOPING COMPLEX

#KOLEKSI SHOPING COMPLEX

Assalammualaikum dan terima Admin FS kerana memberi peluang pada penulis penulis macam saya untuk berkarya . Kisah #hantushopingcomplex adalah pengalaman benar yang di ubah nama dan termasuk kisah ini adalah kisah benar #rahsiashopingcomplex . Terimalahh hasil nukilan saya
Aku , Rafiq , Ismail didalam group yang sama . Aku bahagian Elektrikal , Rafiq pula bahagian Mekanikal dan Ismail bahagian civil . Masih dalam bangunan yang sama kami bekerja . Rutin harian kami tak membezakan kerja , kalau Rafiq turun maknanya satu kumpulan kena turun untuk belajar benda baru . Setakat cari permasalahan sistem memang perkara mudah buat kami tetapi kalau permasalahan sistem itu berkait perkara mistik itu memang masalah untuk kami .

1 . Puteri Bunian
Rahman adalah penyelia yang amat rajin memang ringan tulang dia n dan dia bos kepada Ismail. Segala permasalahan dia uruskan dan sebagai penjaga jentera BO dia perlu memikul tanggungjawab sebagai bos. Susahlah kita nak tengok Penjaga Jentera BO gaji belas ribu ni nak buat kerja susah baik dia bagi anak buah dia yang buat tapi dia ni memang bagus dan berbeza. Kerja betul paip pun dia boleh buat. Hebat orang nya dan asal Sabah. Pernah dengar penjaga jentera memeriksa tandas setiap tingkat? Betulkan saluran sump pump yang tersumbat? Panjat siling untuk betul lampu? Mesti tak pernah kan. Tapi dia buat semua tu. Ada yang kata dia ‘memakai’ entah betul ke tidak tah sebab dia pun kena sakat hahaha.

Nak di jadikan cerita, Rahman buat kerja memeriksa setiap tandas kalau kalau ada masalah pada pum tandas, lubang air keluar, sinki dan banyak lagi. Bermula dari tingkat Ground Floor sehingga tingkat 6 . Apabika dia nak masuk saja tingkat 7 tandas lelaki, Rahman terdiam seketika. Aku yang teman dia pun naik pelik. Aku memeriksa untuk pintu keselamatan di tangga gerak sekali mudah sikit kerja. Rahman dah termenung dan senyum sendiri. Aku apa lagi terus ke tingkat 8. Dah siap kerja aku lepak la kat bilik juruteknik, tiba tiba Rahman masuk dengan menggigilnya

“Kau dah kenapa ? Tadi termenung kat depan tandas nak kata ada orang, tingkat 7 tu lah paking kurang orang ? ” kata ku

Rahman tetap berdiam diri sehinggalah dia ajak aku minum kat depan sebelah shoping complex .
“Naz, kau tak nampak ke tadi masa kat tingkat 7? ” kata Rahman
“Ah kau jangan buat pasal . Apa benda yang kau nampak ? ” kata ku
“Waktu aku melangkah je masuk tandas lelaki satu wangian yang amat amat wangi tak pernah aku bau tiba tiba je aju terhidu ” kata Rahman
“Alah kau ni pun . Ada la orang pakai minyak wangi tadi . Entah entah ‘arbok’ sembur perfume tadi ke ” kata ku tergelak

“Aku tak main main la woi serius ni ” muka Rahman agak marah
“Aku cari tak jumpa punca bau tapi wangi tempat tandas terakhir memang wangi sangat . Aku pun ingat mungkin mainan je. Aku pun teruslah periksa cermin kat sinki tu ” kata Rahman
Aku dah start berpeluh dah time tu .
“Lepas tu aku nampak kat cermin itu perempuan pakai baju warna kuning ala2 diraja tengah tengok aku dalam cermin tu , cantik sangat sangat ” sambung Rahman
“Kau biar betul man? ” kata Aku

“Betul. Aku ingat manusia kalau kalau salah masuk tandas. Dia cakap dia puteri bunian, terpikat dengan Aku sebab aku comel dan rajin ” kata Rahman
“Hahahaha poyo betul ko ni ” aku gelakkan Rahman kuat kuat
“Oooo ko gelakkan aku ye. Nanti aku tunjuk nak teruskan cerita ni ” kata Rahman bengang
“Aku cakaplah aku tak nak sebab isteri aku dah dua orang. Tak nak kawin dengan orang bunian , sekali dia tukar rupa buruk gila dengan darah hitam pekat melekat, penuh lalat dalam bilik air dia campakkan aku satu benda sebelum aku lari dari tandas tu ” sambung Rahman
“Dia campak apa ? ” soal Aku pelik

“Nah ” senyum Rahman serahkan kat Aku
Aku pulak satu hal pergi bukak kat kedai makan.
Allahuakbar Pad perempuan penuh darah, berulat, penuh lalat hurung aku dan Rahman .
“Wei kau bawa benda ni dah kenapa busuk la bengong ” aku cakap kat Rahman
Aku dan Rahman buang benda tu dalam tong sampah nak termuntah tengok benda tu tak sanggup.

2 . Penjaga
Aku , ismail dan Rafiq di tugaskan untuk memeriksa bilik vvip yang mana kalau ada majlis macam artis datang akan duduk bilik tu. Pada mulanya aku anggap bilik tu biasa je kalau ikut fengshui macam tu la kot. Aku dan yang lain memeriksa dengan teliti sebab bilik VVIP kena selalu di periksa. Entah kenapa mata aku terpandang satu bekas buah tapi buah tu ada dalam air dan di sudut atas siling ada labu sayung( rasanyala yang tempat simpan air zaman dulu dulu). Aku ingatkan hiasan.

Tengah tengah periksa tu, lampu yang betul betul dekat dengan labu tu terpadam. Aku pun nak la tukar, dekat lampu tu tiba tiba aku ternampak mata warna merah tepat mata bertentang mata, aku dah mengigil atas tangga terus aku lompat lepas tukar lampu tu. Aku terus blah tapi kocakan air dalam bekas buah buat aku nak tengok. Aku tengok air putih jadi warna merah, aku dan yang lain terus keluar. Rahman datang tengok muka aku dah cuak .

“Dah nampak ke ? ” Rahman soal tersenyum
“Ada apa dalam tu man ? ” soal aku walaupun tengah mengigil
“Itulah penjaga tempat ni. Kau tak pelik shoping complex kita ni bukan ada apa apa pun tapi berduyun duyun datang kat sini? Itu lah salah satu sebab kenapa kat sini ramai yang datang ” kata Rahman
Aku terdiam patutlah shoping complex ni ramai orang ada kaitan dengan makhluk halus rupa nya

“Tak payah hairan sangat. Bos kita itu orang cina memang la ada kaitan dengan benda tu. Buah tu makanan untuk dia kalau kau nak tau. Setiap pagi buah akan di tukar. Selagi tak kacau kita buat tak tau je ” kata Rahman tersenyum

3 . Lorong Patung
Lokasi yang buat aku kecut perut kalau buat overtime atau waktu ada majlis mula dari pukul 8 hingga 10 malam. Tempat ni ada lorong tersembunyi laluan dari bilik Aircond kalau perasan kat shoping complex, ada cermin luar yang menempatkan patung patung pameran. Aku, Ismail dan Rafiq serta budak baru Iwan. Kitaorang kena periksa suhu bilik aircond dan melakukan pendawaian baru untuk booth yang baru nak buka. Bilik panel dalam bilik Aircond.

Memandangkan aku, Ismail dan Rafiq tengah sibuk buat kerja so aku suruh iwan masuk bilik itu untuk hidupkan panel soket dalam itu. Tapi dia pun tak tau budak barulah katakan, jadi aku ikutlah dia masuk dalam tu. Suis pun di hidupkan. Aku pun nak keluarlah sekali iwan cakap..

“Naz , ini bilik apa? ” kata iwan
“Bilik patung pameran jangan masuk ” kata Aku
“Tapi tadi aku nampak ada orang masuk waktu kau on kan panel tu ” kata Iwan
Aku memanggil ismail dan Rafiq untuk memeriksa takut takut ada pencuri jadikan tempat tu tempat lepak.

Saat aku buka pintu tu bau hamis, busuk, lembap menyinggah kat hidung. Aduh bau apa pulak ni. Saat aku pusing je tepi, Allahuakbar aku tersembam tepat depan mata aku ada kepala aku menjerit di selang dengan jeritan yang lain. Tapi iwan hanya gelak

“Woi itukan kepala patung hahaha. Korang dah kenapa ? ” gelak iwan kat aku dan yang lain
“Kepala otak ah. Kau suluh betul betul patung ke kepala orang siap berdarah bagai. Kita orang blah dulu ” aku dan yang lain terus berlari keluar

Iwan gelak gelak menekan perut sambil menyuluh ke arah tu. Ketawa tadi terus senyap sepi, sebab iwan nampak lebih dari itu. Kepala 5 orang beserta bau hamis darah, perlahan iwan melangkah dan salah satu kepala berpusing ke arah nya

“Dah tahu ke ?. Jomlah duduk sekali ” senyum terukir
Terus lari iwan esok terus berhenti. Bila di periksa hanyalah kepala patung yang pecah sebab jatuh dan tak boleh di gunakan lagi. Mungkin itu pengajaran untuk iwan .

4 – Mandi Manda Di Tengah Malam
Rafiq budak mekanikal dan wajib untuk amik bacaan meter air memandangkan sistem auto rosak dan dia menggantikan Ismail yang bercuti. Rafiq di temani pak rahim iaitu otai paling lama bekerja di shoping complex itu. Tapi entah kenapa panggilan dari walkie talkie memanggilnya atas urusan yang penting

“Rafiq , ingat hati hati masa lalu kawasan atas bumbung tu. Keras sikit ” kata Pak Rahim

Tepat pukul 10.30 Rafiq naik ke atas untuk mengambil bacaan meter air dan menutup lampu neon papan tanda. Rafiq terlupa pesanan pak rahim sebentar tadi. Dia melalui jalan pintas untuk ke panel lampu neon, Rafiq membuka pintu. Terasa angin suam menyentuh di wajah nya di tambah bunyi kipas aircond yang menyeramkan. Rafiq berlari anak menutup panel lampu dan secara tiba tiba Rafiq terjatuh.

Rafiq bingkas bangun dan di suluh nampak susuk tubuh tengah merangkak terus Rafiq lari. Tapi larian Rafiq melalui bumbung jalan jauh, tengah berlari Rafiq terdengar bunyi air dan orang menyanyi. Rafiq terhenti dan atas sebab ingin tahu Rafiq tengok sendiri. Seorang wanita cina berpakaian zaman dulu kala muka putih melepak tengah mandi dekat dalam Cooling Tower atau Menara Penyejukan. Wanita tu terus pandang ke arah Rafiq dan menjerit kelam kabut Rafiq lari. Malam itu Rafiq duduk luar dari shoping complex dan di ceritakan pada Pak rahim .

“Kan aku dah cakap hati hati. Kat situ memang ada jelman wanita selalu mandi. Tak yah takut sebab kita tak kacau dia tapi dalam bilik panel tu mungkin dia nak menyakat kau je ” senyum Pak Rahim

Banyak lagi kisah juruteknik sebab kerja sebagai juruteknik ada yang shift malam. Saya akan kongsikan di kemudian hari. Mengantuk sudah. Ingat satu fakta, darjat manusia lebih tinggi dari syaitan dan iblis so fahamkanlah kenapa kita tak perlu takut pada mereka . Tq Kerana membaca #east

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

5 comments

  1. kalau tpt cina jgn hairan…memang ada yg memuja utk lariskan perniagaan dorg..tpt keja aku dlu pun camtu. bila boss yg selalu puja dia tu balik kampung cuti 2 minggu, budak2 kilang ramai kena histeria. sbb xkena bagi makan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.