Kondo Berpenghuni

“Wa… Oh wa.. Member kau datang dia ade kat luar tengah tunggu kau” kejut bela sambil menepuk bahu kayong .
“Haaa 5min jap g aku bangun” jawab kayong sambil menggaru peha yang tak gatal .

Assalamualaikum dan hi….. Harap semuanya sihat dan ceria menjalani hari hari yang indah ini.
Di sini kayong ingin bercerita tentang gangguan yang di hadapi oleh kayong sendiri dan member kayong di puchong (tempat biar lah rahsia).
Kayong pernah tinggal di kondo selama 5bulan dengan 4 members kayong .

Sebelum tu, ya! Kayong lama menyepi(cewah ayat) di sebabkan ada masalah sikit, cerita FS yang kayong terima dari email juga kadang kayong baca(tak boleh terlepas beb) tu pun kalau kayong tak busy. Entah lah sejak kebelakangan ni kayong banyak mimpi benda pelik pelik . Kadang ingat dan kadang lupa. Tunang kayong suruh berubat tapi…….. Kayong macam takut takut nak berubat.. Ade satu mimpi tu betul betul terjadi. Semua tu nanti kayong cerita.. So maybe cerita ni agak panjang(memang panjang pun!!) tapi kat sini kayong akan share kat FB cerita ni,(fb baru bikin beb hahahah) sekadar ingin berkongsi .. And yaa!! harap apa yang kayong sampaikan kali ni kat korang , sampai lah hahaha.. Cerita yang kayong nak kongsi ni cerita baru(baru tak baru jugak lah) , ate moh lee, cenggini ceritanyee kome!!

Kondo ni terletak di area puchong .
Di sebabkan ingin berdikari sendiri dan rela berjauhan dari keluarga yang tinggal di perak demi mencari rezeki. Masa masuk kondo tu mula mula ada member yang suruh join depa sekali tinggal kat kondo tu , jadi kayong pun terima laa tawaran depa . Jimat kos jimat jugak menyewa kondo tu kalau duduk ramai ramai. Tak gittew?

Ain dan aina ni adik beradik . Kayong kenal depa semasa kayong kerja di butik dekat sunway . Di sebabkan kayong tinggal dan menyewa sekali dengan minah dua ekor ni dekat puchong , kayong pun kerja lah dekat area puchong ni (tempat kerja biar lah rahsia)
Ain dan aina ni orang kedah. Datang sini pun sebab kerja , nak merantau katanyaa! Haha

Kondo ni boleh tahan laa , minah dua ekor ni pun pembersih(nasib baik laa hangpa dua ekoq ni pembersih noh. Kalu dak memang hangpa dok dengaq laa aku ni berleteaq pagi petang siang malam haha)

jadi bila nak masuk ke pintu utama , korang akan nampak dapur, jalan sikit dalam 6-7 langkah dari tepi ade lorong , master bedroom(ade toilet) dan dua lagi bilik sederhana besar . Bertentangan dari 3 bilik ini adalah bilik mandi dan jamban, dekat belakang nye pulak tempat basuh kain (kecik je ruang dia, asal boleh laa kami kami ni menonggeng basuh dan sidai kain) seterusnya keluar balik dari lorong tu ruang tamu , tepi kiri tu ade sliding door (dalam rumah kondo ni bentuk T. 3 bilik dan 3 bilik air)

Bilik kayong dekat master bedroom . Yang adik beradik ni tanak tidur dekat master bedroom sebabnye besar dan depa dua ekoq ni memang penakut habis , so depa tidur di bilik tengah.. Bilik hujung tiada berpenghuni lagi . Mula mula kayong , ain dan aina jee yang duduk dekat kondo ni.. Seminggu duduk dalam tu si ‘dia’ hanya bagi salam perkenalan jee selepas itu~ jeng jeng jeng

So let’s begin the story!!……..

“Assalamualaikum” kayong bagi salam sambil membuka kasut ‘nike’ dan letak di atas rak kasut .

“Waalaikumsalam.. Masuk jee la yong . Hang bagi salam pun bukan ada orang sahut salam hang aihh” balas ain sambil melulu masuk dan duduk di atas sofa.

“Uihhh ada jaa orang bagi salam tadi.. Rumah even tade orang kene bagi salam hang tau..(berjalan sambil menarik beg bagasi menuju ke sofa) bukan kita jaa tinggal dalam ni” bahas kayong sambil membuka selendang.(faham faham lah kalau kayong cakap macam tu, kayong memang dapat rasa dah ade entiti)

“(Ain Mendekatkan muka ke bahu kayong) ya kah? Awat yong?! Hang ada nampak ka sapa sapa selain kita kat sini?” Tanya ain sambil membulatkan mata.

“Aah ade.. tadi baru jee beb” balas kayong sambil membesarkan mata.

“Weihhh hang biaq betui!!! Kat mana yong?” Tanya ain lagi sambil melihat kekiri dan kekanan .

Kayong berdiri menuju ke bilik untuk mengemas baju baju ke dalam almari “kau laa pun yang jawab salam aku tadi… Eihhh ade yang kene shoot kejap lagi… (Memulas tombol pintu) eh ain air gas , kopi kopi tade ke? Aku da haus laa” balas kayong sambil memuncungkan bibir .

Ain mula mengerutkan kedua kening sambil menyepetkan mata “hang ni yong… (Mengangkat p******g dan menuju ke dapur) hang memang laa yong dari dulu tak berubah kan. Ni hang nak ayaq apa weih?!” Jerit ain sambil membuka peti ais .

Kayong duduk di birai katil Queen sambil mata tertumpu ke satu sudut berdekatan pintu bilik air “aa….. Ah ni,, ayaq apa apa laa ain” jerit kayong tergagap dan mata masih lagi tertumpu pada sudut dinding berhadapan dengan kayong , “apa ben….” Belum sempat kayong habiskan ayat , ain melulu masuk membawa segelas air “nahhhh ni jaa ada” kata ain sambil duduk di tepi kayong .

Kayong pun meneguk air sampai habis “perrghhhh ayaq apa dia ni weihhh tawaq noh rasa” tanya kayong sengaja menyakat ain .
“Air sinki yong.. Maaf laa air dalam peti abih dah!!” Jawab ain sambil membelek beg kayong “weihh banyak baju hang bawak” kata ain lagi dengan muka tiada rasa bersalah .

“Weihhh agak agak laa bagi tetamu air paip pun !!!” Jerit kayong . Nasib lah member baik kalau bukan member da lama kene pijak bertubi tubi dia ni .
Ain hanya tertawa kecil .

Selesai memunggah baju dan mengemas balik masuk dalam almari , jam menunjukkan pukul 4 petang . Aina pun sampai dan kami berborak bersembang bercakap bergurau dan macam macam ‘ber’ lagi laa yang kami sembangkan .
Selepas maghrib Kami membeli sedikit barang dapur dan barang keperluan kayong . Alang alang berjalan , kami pun makan di luar . Selesai makan kami bertiga pun balik ke kondo pada jam 10.30 malam . Aina dan ain terus masuk ke bilik . Kayong mengemas barang dapur dan membancuh air tea ais “ain ! Aina ! Nak air tak??!” Jerit kayong (Well suara kayong ni kuat , korang kat bilik berkurung pun boleh dengar jelas lagi suara kayong ni hihikkk)

Si aina ni terkedek kedek laa dia keluar dari bilik “nak nak…. Woahhh thanks laa yong” kata aina teruja sambil memegang bahu kayong .

“Yee yee .. Tangan tu… Tayah laa pegang bahu aku rimas duh..!” Balas kayong sambil menurun naikkan bahu .
Ain pun keluar dari bilik terus menuju ke ruang tamu sambil membaca novel .
Selesai membancuh air . Kayong dan aina menuju ke ruang tamu , bila kayong duduk sambil menghirup air tea ais , kayong tiba tiba tak sedap hati , automatik otak kayong teringat dekat bilik kayong , “alamak bayangan jadah apa pulak ni” bisik hati kayong dan berhenti menghirup air tea ais .

“Yong hang jamban memang besaq noh? Baru tadi hang bedal ayaq , laa ni hang minum pun macam orang kehausan” sindir aina sambil mengorek telinga .

Kayong hanya senyum tak ikhlas , kayong pejam mata , kepala kayong sandarkan ke sofa . Apa yang kayong bayangkan sangat jelas .
Dari sudut dinding berdekatan dengan pintu bilik air dalam bilik kayong ada lembaga tinggi lampai sedang mengelilingi katil kayong .
Selepas kayong dapat bayangan tu , kayong pun berdiri dan masuk ke bilik .

“Kayong hang nak pi mana? Tidoq ka? Awai lagi.. Mai laa sembang sekerat dua sat” kata ain sambil menghirup air .
“Sat weih . nak amik fon” balas kayong sengaja tidak memberi tahu hal sebenar kepada budak dua orang ni. Kang tak pasal pasal berhimpit himpit kami tidur .

Kayong menguak daun pintu bilik , selangkah demi selangkah kaki kayong masuk akhirnya kayong berdiri betul betul depan pintu bilik air . Kayong rasa panas dan bahang , kayong angkat tangan kanan dan menepekkan tapak tangan di sudut dinding . memang panas!!!
“Aku kat sini hanya menumpang . Aku tak kacau kau dan kau jangan kacau aku!!” Kata kayong sambil menuju ke meja solek mengambil telefon .
Kayong keluar dari bilik dan join ain dan aina menonton tv di ruang tamu .

Tepat pukul 12 tengah malam , kayong off plug tv , ain sudah pun masuk ke dalam bilik terlebih dahulu . Aina pula tertidur di atas sofa , “naa …. Aina…. Mangkit weih pi tidoq dalam bilik nuh..” Kejut kayong sambil mengutip gelas dan menuju ke dapur untuk membasuh gelas .
Selesai membasuh gelas , kayong off suis lampu dapur dan ruang tamu . Kayong on suis lampu bilik air , kayong memulas tombol pintu bilik kayong sambil kepala kayong terangkat di celah dinding “ish aina ni .. Weyyy bangun laa.. Hang tak takut tidoq sorang sorang.. Ayokkk ade……huhuuuuu” jerit kayong sambil tersengih sengih .

Si aina pun menggelupur bangun “weyyy hang mulut ….” Jerit aina sambil berlari masuk ke bilik tengah..
“Haa tahu takut…” Bisik hati kayong sambil menutup pintu bilik .

Kayong mengorak langkah menuju ke bilik air untuk mencuci muka dan memberus gigi . Setelah selesai kayong menutup pintu bilik air , lampu bilik air kayong tak off . Selepas itu kayong memakai cream penjagaan muka dan menutup suis lampu .
“Fuhhh tido pun sedap ni… Esok cuti lagi boleh laa bangun lambat” bisik hati kayong sambil merebahkan badan di atas katil .
Sebelum tidur, biasenya kayong akan membelek belek telefon cek ‘instagram’ ‘wechat’ ‘whatsApp’ dan ‘youtube’ .
Bila da scroll ‘youtube’ kayong tertengok aktiviti paranormal “haihhh bangang!!! Depan depan pontianak lak” monolog kayong sendiri dan cepat cepat off telefon .

Mata mula pedih dan mengantuk . Kayong letak telefon di tepi bantal . Tidur hampir nyenyak tiba tiba lagu dalam telefon kayong terpasang ~takkan ku biarkan walau ribut menyentakmu yang tidur~ Kayong terperanjat dan meraba tilam untuk mencari telefon , setelah telefon dapat dalam genggaman, kayong pun cepat cepat off lagu “takyah laa kacau aku tidur… Tak kesian ke kat aku? Letih ni” kata kayong sendiri dalam suasana bilik yang samar samar gelap .
Kayong tidur semula , nyenyak sampai esok pagi..(pagi ke? Petang kot hahaha)

Hampir seminggu duduk kondo tu, tiada lagi benda tu tunjuk belang , munculkan diri . Cuma gangguan bunyi macam ada orang berjalan sambil mengheretkan kaki . Kadang bunyi sudu atau pinggan jatuh , tapi bila cek tengok , tiada apa apa. Bunyi orang mandi dalam bilik air dan bunyi orang berdehem/batuk suara lelaki . Padahal kami bertiga perempuan ..

“Kayong!! Weyyy bangun laa … Hang tidoq pukul berapa semalam? Tau tak sekarang da pukul berapa?” Jeritan aina membuatkan kayong tersentak dari tidur.(nasib jee time tu mata ni ngantuk sangat beb , kalau tak, memang aku da bagi ciuman maut kat kau ada pewangi tambahan lagi)

“Aduihh bising laa kau ni aina.. Aku MC hari ni bagi laa aku can…” Balas kayong sambil menekup terlinga dengan cekelat. (Cekelat ni bantal busuk kayong. Tak besar pun dan bukan bantal peluk. Cukup untuk menutup satu muka jee heee)

“Yeke MC? Ah tak kire!! Aku tetap nak sambung ayat aku.. Tau tak sekarang da pukul berapa ?” Bahas aina sambil menarik cekelat .

“Haaaa barapa?” Balas kayong dan menarik balik cekelat dari genggaman aina .

“Pukul 8 suku!!! Bangunnn laaa!!!” Bahas aina sedikit menjerit

“What ??? Weyyyy awal lagi laa gila!!! Dah dah!!! Get out!!!! Please ….” Jerit kayong sambil menunding jari telunjuk ke arah pintu bilik..

“Hahahaha ye laa .. Haa tido tido.. Awak saya nak pergi keje ni.. Awak jaga diri lelok eah..” Kata aina sambil ketawa

“K…..daaaaaaaa~” balas kayong dan menyambung buat taik mata..
Aina dan ain sudah pergi ke kerja , kayong sendirian di rumah . Bila da puas tidur kayong bangun dan terus ke dapur .
Dengan tak mandi tak gosok gigi dan tak cuci muka, kayong membuka peti sejuk.
“Ape nak masak ni? Lapar laa pulak” monolog kayong sendiri . (Jam da pukul4 lebih mana tak lapo ye dok)
Kayong keluarkan ayam dan rendam di sinki , kayong mengupas bawang dan sediakan bahan bahan untuk di masak .

“Yeah ayam kicap dan bandung soda… Pergghh sedap ni mencekik depan tv” monolog kayong sambil menggaul ayam kicap dalam kuali .
Selesai masak dan membancuh bandung soda. Kayong pun makan depan tv , suapan terakhir masuk ke dalam mulut , telefon kayong berdering menandakan ada panggilan dari seseorang .
Laju kayong berlari untuk mendapatkan telefon di dalam bilik .
“Yowww!! Apa cel??” Kata kayong pada bela yang menelefon kayong sambil menjilat jari jemari (buruk perangai! Bini sape laa ni hahahah)

“Beb… Free tak ? Aku ade kat kl sentral ni… Jum chill out” balas bela di hujung talian .

“Okay.. 30minit sampai..(30minit laa sangat!!) Tunggu aku kat situ” kata kayong lagi dan menamatkan perbulan . Kayong menuju ke ruang tamu mengangkat pinggan untuk di basuh . Air bandung soda satu jug kayong letak dalam peti ais . Suara lelaki batuk tu biasa lah, kayong tak layan , tapi cuak jugak. Dah la sorang sorang kat rumah,(ikutkan hati memang nak bagi dia cap ibu dan anak jee biar berhenti batuk hahaha)
Selepas itu kayong membersihkan badan dan bersiap .
Kayong menaiki texi menuju ke kl sentral , setelah sampai , laju kaki kayong mengorak langkah masuk ke pintu kl sentral , mata kayong mencari kelibat si bela sambil menghubungi bela “beb ade mana? Wa da sampai ni..”kata kayong sambil berjalan .

“Haaa kfc ni . Sini laa” balas bela di hujung talian .
Kayong pun menuju ke kfc ternampak laa kelibat si bela ni tengah sedap makan .

“Hoiiii… Ewah ewah.. Awak lapar yee.. Kesian” kata kayong sambil menepuk bahu bela . Terperanjat jugak si bela ni sampai ternaik bontot dia hahahah (sorry beb, kalau kau baca ni . Mohon jangan kecam i)

“Allah!!! Cik nur syazwani boleh tak awak bagi salam dulu… Terkejut laa aku gila!” Jerit bela sambil meneguk air .

“Eh assalamualailum… Cik bela asyikin maaf laa .. Excited doh jumpa kau aaahahhahhaah” balas kayong sambil melabuhkan p******g duduk di tepi si bela .

“Waalaikumsalam.. Haa kan sopan macam ni.. Baru ayu lembut sopan dan santun .. Baru ade lelaki terpikat.” Bahas bela sambil tersengih .

“Ah sudah laa kau… Tak kuase aku nak pikir pasal lelaki sekarang ni.. Eh btw kau apa cerita .. Lama duh tak jumpa .. Datang kl apa hajat (sambil menepuk beg galas pakaian bela) lari rumah ke? Heeeeeee” tanya kayong bertubi tubi .
Bela ni kawan dari perak , dia kecik molek jee . Hitam hitam manis .

“Wah…. Da songsang ke ? Tak suka lelaki da ? Hahahahah” balas bela sambil mengangkat kening kiri . (Macam ziana zain separuh siap)

Kayong menampar bahu bela “gile.. Derr mulut jangan loji sangat boleh tak? Lelok makan nasi guna tangan kang tak pasal pasal makan nasi guna kaki… (Kayong Menongkat dagu) tade laa gile.. Aku lurus lagi.. Eh aku tanya tu jawab laa..” Herdik kayong sambil menyepetkan mata.

“Sorry laa.. Ni mai sini sebab nak keje . Eh kau ade tahu mana mana bilik kosong tak? Yang murah laa. Aku baru start nak cari keje ni . Sen pun sikit jaa”. Jawab bela sambil memimikkan muka .

“Serius ke ? Bagus sangat laa tu.. Ade.. Tapi kalau kau cakap yang murah, sorry beb , ni kl duh mana ada murah dan aq pun tak tau.. Yang aku tau sekarang ni aku nak ajak kau tinggal sekali dengan aku .. Macam???” Soal kayong .

“Ye ke? Kat ne ? Nak wehh!” Balas bela sambil memegang tangan kayong . Laju jee kayong tepis , bukan boleh percaya minah ni heee (bela ….. Uit uit ku shayang kau puihhhh… Hihikkkk)

“Pegang aku macm aku ni balak kau pehal.. Kau songsang ke aku songsang sekarang ni? Hahahah biul laa kau.. Yee aku serius .. Kat kondo . And now aku pun tinggal kat kondo tu jugak, tapi bukan aku sorang, ade lagi member aku dua orang adik beradik” kata kayong .

“Haaa kondo ? Mahal tu…” Balas bela sambil memuncungkan bibir .

“Masuk kau nanti kite berempat laa. Eh okay laa tu . Kita share bayar sewa gila!! Pasal aina dan ain kau jangan risau .. Depa pun okayy gak . Macam kau biul biul happy go lucky” balas kayong

“Agak sikit.. Kau pun biul . Haa boleh laa yang penting kau ade” jawab bela setuju .
Kayong dan bela pun bergegas balik ke kondo .

Dalam perjalanan bela ni dok potpet potpet kat kayong . MeMacam cerita dia bawak , nasib telinga ni macam telinga kuali kalau tak, rasanya da keluar nanah kot . Bila dah sampai kondo , bela dan kayong pun naik lift lepastu bukak kunci grill dan masuk , semasa kayong masuk ada kelibat berlari dari ruang tamu ke bilik kayong. Padahal pintu bilik kayong tertutup . Tapi nampak jelas apa yang kayong nampak , si bela tolak kayong sebabnya kayong dok tercegat kat pintu masuk tu menghalang dia.

“Weyyy kau pehal wa? Bagi laa aku lalu .. Tepi sikit!” Kata bela sambil menolak kayong menggunakan p******g .

Kayong diam jee lepastu kayong menuju ke arah peti ais mengambil air bandung soda yang kayong buat tadi. Sambil berjalan sambil tu jugak laa kayong meneguk air dalam jug . Kayong tanya si bela dia nak tidur dengan kayong atau pun dia nak tidur bilik hujung . Si bela pun cakap dia nak tidur berdua dengan kayong tapi~

“Cannot!!!! Kau tidur laa bilik hujung sorang sorang .. Aku tak suka berhimpit himpit ni . Aku tidur ganas beb sedar sedar esok ade kat bawah katil da.. Heeeee so kau tidur bilik hujung nun .. Meh aku tolong kau angkat beg ni.. Kemon” kata kayong sambil mengangkat beg si bela . Si bela membontoti kayong .

“Ganas laa sangat.. Wa aku kenal kau bukan sehari dua tau.. Kau ngan aku cam adik beradik jee .. Aku kenal sangat cane kau tidur.. Sangat sopan tak ganas pun..” Balas bela panjang lebar .

“Aah adik beradik . Cuma kau hitam aku putih hahahahahahahahahhaha” bahas kayong menyakat si bela sambil memulas tombol pintu .

Si bela mencubit belakang kayong “aku hitam pun aku comel” balas bela lagi sambil melihat sekeliling bilik . Kayong mengejek bela dengan membuat mimik bibir dan menggoyangkan badan.
Bela ni tahu yang kayong boleh nampak benda halus . Tapi bela ni ada kelebihan juga , kelebihan dia cuma boleh rasa kehadiran benda halus . Dia tak boleh nampak sebab hijab dia tak terbuka pun .

Da dua hari benda tu tidak mengganggu atau main kasar lagi . Tapi pada malam rabu , kayong aina ain dan bela sedang lepak makan jajan dekat ruang tamu sambil membuat kerja masing masing , si bela bertanya ,

“Wa , kau masuk mula mula kondo ni kau tak rasa apa ke?” Tanya bela sambil melipat pakaian yang telah pun di basuh petang tadi .

“Errr takde” balas kayong sambil menyiku bela supaya tidak tanya benda pelik lagi. Takut ain dan aina ketakutan pula nanti. Si bela angguk tanda faham.

“Kenapa bela? Kau ada nampak apa apa ke kat sini?” Tanya aina selepas mendengar pertayaan bela pada kayong.

“Nampak tu tak.. Tapi mana mana tempat tinggal pun ada benda lain yang tinggal kan wa” balas bela lembut sambil senyum pada kayong.

“Haa?? Aah betul laa tu .. Tapi kat sini tade laa aina .. Kayong tak rasa pun” pujuk kayong supaya aina tidak menanyakan lagi . Tiba tiba ‘buuuummmmmmmmm!!!’ Pintu bilik di tutup seperti ada yang marah .
Kayong dan bela berpandangan , ain dan aina menjerit sebab terkejut . Kayong mendapatkan aina dan ain untuk menenangkan dua beradik ni . Bela pula menuju ke bilik dan melihat kalau ada apa apa yang pelik .

“Wa…. Oh wa..” Panggil bela sambil matanya terpaku tengok pintu bilik kayong

“Haa nape ?” Jawab kayong sambil berjalan ke arah bela .

“Weyyy aku dekat dengan bilik kau bulu roma aku naik laa. Kuat sangat ni naiknya” kata bela sambil meramas ramas tengkuk

“Aku pun rasa gak.. Jap kau tunggu sini . Tu ain dan aina cam cuak gila aku tengok..” Perintah kayong sambil kayong memulas tombol pintu . Bila kayong bukak jee pintu tu tiba tiba angin kuat keluar dari bilik, sejuk satu badan kayong.. kayong pejam mata , kayong nampak perempuan cantik(bunian) sedang terangguk angguk .
Kayong celikkan mata dan kayong suruh aina ain dan bela baca ayat pendinding diri . Kayong pergi ke dapur , mata kayong sedang melilau mencari satu kelibat hitam . Ya!! Kayong nampak kelibat hitam ada di atas siling berhampiran dengan kipas siling. (Time tu memang cuak jugak laa. Tapi kayong sebagai hero pada 3 orang ni, kayong kuatkan semangat jee laa)

“Kau jangan ganggu kami!!! Kami tak ganggu kau!!” Jerit kayong sambil menunjuk kelibat hitam di atas siling . Bela aina dan ain terkejut dan melihat di atas siling .

“Yong .. Hang cakap dengan sapa wey?” Tanya ain sambil memeluk lengan aina .

“Benda tu kat atas ain.. Korang teruskan baca ayat pendinding”. Balas kayong . Mulut kayong terkumat kamit baca ayat kursi . Benda hitam tu pun hilang tah pergi mana . Puas kayong mencari di setiap sudut dinding , tapi tiada . Last sekali kayong masuk bilik kayong , hati kayong berdebar debar dan takut . Kayong panggil bela , tapi si bela ni haram nak temankan kayong masuk bilik . Takut katanya. Nak tak nak kena hadap laa. Kayong pun beranikan diri .

Nak tau tak apa jadi ?? (Mestilaa korang nak tahu kan.. Hahah relax malam masi muda)
Bila kayong masuk bilik , perempuan cantik(bunian) tu muncul betul betul depan kayong. Kayong terpaku (bukan takut) tapi dalam masa yang sama kayong nampak benda hitam tu keluar dari sudut dinding sedang berhadapan dengan perempuan cantik(bunian) tu . Bilik jadi bahang dan panas!!

Lepastu benda hitam tu pun lesap macam asap , automatik bilik jadi sejuk . Kayong masih lagi kaku , perempuan cantik(bunian) menuju ke arah kayong seperti terbang di udara.

“Usah lah takut lagi si manis.. Dia hanya tidak suka dengan kehadiran mu ke sini. Kerna kamu punya kelebihan”. Kata perempuan cantik(bunian) macam biasa suaranya lembut bila bercakap tapi bibir tak bergerak pun kayong tengok, tapiiiii suaranya jelas kedengaran..

Kayong menuju ke birai katil , perempuan cantik(bunian) hilang dari pandangan kayong . Kayong sendiri tak faham .. Setiap kali ada gangguan mesti ‘dia’ muncul . Biasanya dalam mimpi tapi ni muncul depan depan!!!
“Boleh ke aku balas balik pe dia cakap tadi? Tapi bibir cam berat lak nak bercakap.. Ke tadi mimpi?” Kayong bermonolog sendiri. Perasaan takut langsung tiada.! , si bela terngendap ngendap di celah pintu bilik.

“Kau kenapa gila ? Masuk jee laa” kata kayong .

“Tak.. Aku nak tengok jee pastikan kau okay.. Tapi ni betul betul kau ke wa?” Tanya bela

“Da tu…sape lagi? Nenek kau!!?” Balas kayong geram sambil menjeling .

“Hee okay okay , kasar kasar cam ni tak lain tak bukan , memang kau wa… Eh tapi kau cakap dengan sape tadi?? Asal kau boleh duduk kat katil tu? Bukan tadi ada gangguan ke ? Ni aku tengok cam nothing happen jee” tanya bela pelik dengan tingkah laku kayong .

“Tade sape .. Eh bela sini jap..” Panggil kayong ingin menanyakan sesuatu pada bela . Tapi si bela was was dengan kayong . “Kau kenapa gila? Ni aku laa weyyy!!! Ain dan aina mana?” Tanya kayong lagi .

“Ade…tuuuuu kat sofa tengah ketakutan lagi..” Balas bela yang masih lagi berdiri depan pintu bilik .

“Ouh.. Ain aina!!! Dah laa tayah takut.. Benda tu da tak kacau da .. G laa masuk tido..(jerit kayong pada dua beradik aka paling penakut tahap melampau lampau) bela sini jappp!!!!” Panggil kayong lagi .

“Yee yee .. Jap .. Bagi salam dulu , sebut nama panjang . Nombor ic dan nombor telefon now!! Nak pastikan kau ni orang ke…” Belum sempat bela habiskan ayat kayong terus memotong ayat bela.

“Ape ?? Haa nak kata aku orang orang? Jaga sawa padi? Ape bodohnyee kau ni.. Ni aku gilaaa!!!..” Jerit kayong .

“Haa tengok bukan nak bagi salam ke apa dulu ..” Kata bela sambil memeluk tubuh . (Budak bela memang suka bikin panas..)

“YaAllah!! Assalamualaikum cik bela asyikin binti bapak kau , di sini nursyazwani binti bapak aku . 950202--68 . 019 yang lain ade kat bulan… ade yg kene shoot ni kang! Eh hangguk kau laa ni aku gila ..” Jerit kayong lagi dan menuju ke arah bela . Bela tersengih sengih , kayong tampar leher bela .

“Sakit bongok!! Yee aku percaya ni kau” kata bela sambil menjeling . Kayong ketawa dan kayong suruh ain dan aina masuk tidur . Muka aina dan ain nampak begitu pucat, langsung tak bercakap, cuma diorang balik balik cakap “yong teman tido”.. (Nasib kayong ni baik hati.. Sanggup juga teman diorang berdua ni tidur)

Malam ni malam yang malang.. Kayong bertape dekat bilik budak dua beradik ni.. Jaga depa tidur .. Bela suda pun masuk ke bilik .
“Heyy apa laa nasib… Terasa cam ada anak sekarang ni..”bisik hati kayong .
Kejadian tadi buat aina dan ain tak banyak cakap . Risau jugak takut kene sampuk ke apa kan.. Kayong mana terrer nak ubat orang.. Kayong terrer sakat orang jee..
Kayong tengok jam dekat telefon . Sudah berganjak ke pukul3 pagi.. Kayong tengok ain dan aina .. “Ain.. Aina.. Nak susu tak?” Kata kayong , tapi ain dan aina tak layan . “Yesss aku boleh keluar dan tidur dengan aman jayanyaaa malam ini!!! Goodnight ain aina..” Bisik hati kayong gembira , kayong keluar dan menutup pintu bilik .

Kayong terus menuju ke bilik kayong . Dan menutup pintu , kayong masuk bilik air bersihkan apa patut sebelum masuk tidur .. Selepas kayong keluar dari bilik air , kayong nampak bela tengah sedap lending kat atas katil kayong .. “Hoiiii sape suruh kau masuk bilik aku??!! Aduhhh p****g laa!! Baru ingat nak berguling guling tadi.” Kata kayong sambil mengelap muka guna towel .

“Heee tumpang.. Malam ni jee” balas bela sambil buat muka comel .

“Dah laa tayah buat mata cam tu.. Buruk gila.. Nak muntah aku.. Kau tido sini kau tendang tendang aku siap kau eah..!! Jangan sampai aku jadi super sayya pulak tendang kau jatuh bawah katil!” Sakat kayong , sambil memakai cream malam (muka harus di jaga hahah)

“Haha yee laa .. Wa kau pakai cream apa? Sakan kau jaga kulit an.. Bende tadi pun kau cepat jee lupa” tanya bela sambil memeluk cekelat..

“Ni haaa(menunjukkan kotak cream pada bela) bela kau peluk apa tu?” Tanya kayong

“Ouh .. Patut muka flowless huhu… Peluk bantal laa” balas bela sambil menunjukkan cekelat .

“Cekelat aku kau takyah nak peluk peluk . Nanti hilang peta aku ukir kat cekelat tu” bahas kayong .. Kayong pun off lampu bilik dan baring di atas katil .

“Cekelat? Ni bantal busuk kau ke wa?” Tanya bela .. (Minah ni memang banyak tanya.. Ade yang kene solatep kang)

“Yee .. Bak ni(ambil cekelat) Da tidur .. Esok aku keje . Aduh m**i laa nak kene bangun kol8 lagi..” Kata kayong sambil menekup muka . Tengah sedap sedap tidur , kayong terbangun dek lutut si bela hinggap ke perut kayong. Senak beb rasa!!!! Memang gila minah ni. Sebab tu kayong tak suka tidur dengan dia ni .. Kayong pun apa lagi tepis laa lutut si bela kuat kuat . Nak tendang tak sampai hati! Nak tampo tubi tubi lak pikir kawan jee ni. Sila meninggal! Marah kayong subuh subuh arab . Da laa nak kena bangun pukul 8 , sekarang pukul 5.40 . Aarrghhhh

Kayong pun tidur laa balik . Hujan hujan pulak tu memang sedap laa tidur kan..
Petir berdentum dengan kuat . (Kelemahan kayong dengar bunyi petir) memang cuak habis.. Terjaga balik dari tidur . Kayong dekatkan diri dengan si bela yang tidur m**i ni. Lepastu kayong tertidur..

“Wa oh wa.. Member kau datang dia ade kat luar tengah tunggu kau” kejut bela sambil menepuk bahu kayong .

“Haaa 5min jap g aku bangun” jawab kayong sambil menggaru peha yang tak gatal . Kayong duduk sambil menggeliat “kawan mana lak datang ni… Aduihh ngantuk nyee~~ ni kalau tarik selimut ni . Fuhhhhh nyenyak beb tido….” Bisik hati kayong , kayong tengok jam kat telefon baru pukul 7.. Pelik sapa yang datang pepagi bute ni??

Kayong keluar dari bilik , kayong menuju ke pintu utama . Kayong keluar dan tengok “aikkk mana nyeee kawan yang datang!!! Bela oh bela!!!!!! Weyyyy belaaaaaa!!!” Jerit kayong bengang . Da la kene kejut pukul 7 . Awal lagi ni dengan tak cukup tidur nyee , kayong masuk keje pukul 9 , biase kayong bangun pukul 8 . Kayong pun masuk dan mencari si bela dalam bilik kayong. Tapi takde . Kayong cari dalam bilik dia . Sedap jee dia tengah tidur . Kayong masuk tarik selimut dia .

“Weyy gila bangun!!!! Kau kejut aku pepagi bute !! Cakap ada member aku datang !! Mana mana????” Jerit kayong sambil menarik narik selimut si bela

“Ape kau ni wa?? Bila aku kejut kau??” Balas bela mengerutkan kening dengan muka yang pelik .

“Habis tadi sape kejut aku kalau bukan kau gile! Kau kata ada member aku datang.. Tayah laa memain weyy.. Tahu tak aku tak cukup tido!!!” Marah kayong sambil membaling bantal ke muka bela.

“Sumpah weyy aku tade kejut kau.. Aku bangun terus masuk bilik aku . Ain dan aina kot?” Teka bela sambil menyelimutkan badan .

“Dah laa.. Cedoiii aaa..”kata kayong . Kayong menuju ke bilik ain . Tapi diorang masih lagi tidur . Kayong cuba kejut tapi tiada respon.. Habis tu sape yang kejut kayong?!
Kayong malas nak fikir kayong masuk bilik kayong dan tidur semula .
Kayong kalau tak cukup tidur mula laa nak marah marah .. Dah rupe ini perangainyee , sape tak marah tidur kene kacau ..
Lepastu kayong dengar ain dan aina bising bising kat luar . Kayong bangun lepas tu kayong tengok jam kat telefon da pukul 8.40!!!!
Kayong berlari keluar .

“Weyyy aku da lambat!!!!” Jerit kayong . Ain dan aina hanya mentertawakan kayong . Diorang pun turun pergi kerja . Kayong call boss kayong “hello boss.. Errr saya nak cuti hari ni.” Kata kayong .

“Cuti ? Again??” Kata mr fad di hujung talian

“Alaaa fad.. Kau sebut ‘Again’ tu cam aku banyak kali jee amik cuti” kata kayong lembut .

“Tade laa yong . Ni cuti sebab pe lak? Yee laa , esok datang tau . Ade budak baru masuk ni . Fad nak suruh kayong ajar dia” pinta fad aka boss kayong .. Kayong iyekan ajee .. Fad ni boss tempat kayong berkerja . Kami rapat sebab tu kayong kadang panggil boss, fad or kau aku jee hahahahah

Bila da dapat cuti tu , kayong sambung tidur balik .. Masa kayong tidur kayong mimpi , dalam mimpi tu ada 3 perempuan di luar , perempuan cantik(bunian) pun ada sekali cuma dia ade dekat sebelah kayong .. Dari mimpi tu laa kayong bercakap dengan perempuan cantik(bunian) ni .

“Eh korang ni sape? Cari sape?” Tanya kayong pada 3 perempuan di luar.

“Kami mahukan mu”.. Jawab salah seorang perempuan tersebut

“Tidak! Kalian tidak boleh berdamping dengan anak ini.. Dia jagaan ku!” Tiba tiba perempuan cantik(bunian) ni marah . Kayong terkejut , lepastu perempuan 3 orang ni tadi berubah wajah jadi yang sangat teruk ..

“Allah!!!” Itu je yang kayong cakap sebab terkejut . Kayong menundukkan muka . Perempuan cantik(bunian) berada di depan kayong menghalau 3 perempuan tersebut . Kayong lari masuk bilik , sepantas kilat perempuan cantik(bunian) berada di tepi kayong .

“Mereka ingin berdamping dengan mu. Tapi aku sudah pun menghalau mereka . Usah lah bimbang anak manis..”kata perempuan cantik(bunian) sambil membelai lembut pipi kayong .

“Tapi… Kau siapa? Kau saka ke? Kenapa setiap kali ada gangguan kau selalu muncul menolong ku?” Tanya kayong yang masih lagi terkejut .

“Aku menjaga mu anak manis.. Aku bukan lah saka.. Aku menjaga mu sejak kamu masih bayi..” Jawab perempuan cantik(bunian) dan melemparkan senyuman . Memang cantik dia ni..

“Haa?? Biar Allah jee yang jaga aku.. Dari mana kau datang? Takkan lah dari aku baby kau yang jaga.. Aku tak faham” tanya kayong lagi . Tapi perempuan cantik(bunian) tetap senyum dan hilang dari pandangan . Kayong terus terbangun . Kayong duduk bersila atas katil . Cuba fahamkan apa yang perempuan cantik(bunian) tadi sampaikan . Tapi macam biasa tak sampai sampai…hampehhh!!!

Kayong biarkan jee.. Kayong pun tengok jam kat telefon da pukul 12 tengah hari . Kayong pun mandi . Lepas mandi , kayong keluar bilik menuju ke dapur , kayong tengok pintu utama terbukak . Kayong pelik , sape bukak pintu?
Lepastu kayong biar jee laa , mana laa tahu si bela yang bukak .si bela ni tak kerja lagi . Jadi kayong pun masak makan tengah hari . Masa kayong tengah masak , kayong dengar ada orang panggil kayong , cara dia panggil tu bersiul tau, 2-3x jugak kayong layan tapi bila da banyak kali dia panggil sampai kayong siap masak semua kayong abaikan jee .. Baik kayong layan perut yang tengah lapar ni kan ? Lagi bagus…

Tengah sedap mencekik kat meja makan, si bela bangun duduk di tepi kayong . Bela diam jee . Dah orang diam kayong pun diam , lagipun tengah makan kan? Takkan nak bercakap lak . Lepas tu si bela pergi ambil pinggan , bela cedok nasi then duduk balik dekat kayong .

“Wa… Semalam mimpi ke? Yang pasal gangguan tu?” Tanya bela sambil menuangkan kuah kari ke dalam pinggan.

“Mimpi laa tu… Nape ? Dasyat ke kau mimpi semalam?” Tanya kayong balik sambil meneguk air sirap .

“Mimpi kepala hotak kau.. Benda semalam datang kacau kita kot.. Mimpi apanya kau ni”.. Balas bela sambil menjeling maut ke arah kayong .

Kayong menyuap nasi masuk ke dalam mulut “haaa tu laa.. Bangang!! Da tau semalam bukan mimpi lagi nak tanya pahal kau gila?? Memang ade gangguan pun semalam.. Tu laa lain kali kalau mandi jangan sabun sekali otak tu! Kan dah biul” balas kayong sambil menjilat jari..

“Haha aku pulak yang kene? Yee laa . Tapi kan aku pelik sikit aa.. Kau macam nothing jee, tak takut ke wa??” Tanya bela lagi .

“Takut tu takut. Tapi aku buat berani . Eh ikutkan hati semalam aku lari keluar tau.. Nasib aku pikir kau dengan budak dua orang tu je.. Mulut aku even jahat suka sakat kau orang tapi aku sayang member aku.. Jadi nak tanak kene hadap laa.. Allah ade dengan kita.. Selalu la baca ayat pendinding diri . Baca tu pula kene laa tahu apa maksud dia. Bukan main bedal jee.. Ade faham??” Balas kayong panjang lebar sambil menuju ke sinki .

“Respect aa kat kau wa.. Kau even solat tak 5 waktu pun kau tetap kongsi benda baik kat kami kan .. Terharu aa kau jujur sangat.. Kau sayang aku.. Hehehehe” bahas bela sambil membuat muka comel

“Hahahahahahahahaha bangang! 5 waktu tu slow sikit.. Kantoi kang ..” Kata kayong .lepastu kayong pergi ke bilik ambil telefon , masa kayong dalam bilik , bulu roma kayong meremang . Kayong pandang cermin , terperanjat kayong rupa rupanya dalam cermin tu kayong nampak perempuan cantik(bunian) tu tengah senyum dekat kayong. Kayong pun gelak laa(gelak untuk diri sendiri beb) kayong cakap kat perempuan cantik(bunian) tu

“Hoooo , terkejut wa.. Ada apa ni? Kenapa muncul tiba tiba? Biasa nya takut nak muncul” sambil kayong ikat rambut depan cermin (wajah kayong kat cermin tak nampak, kayong nampak ‘dia’ jee)

“Maaf.. Aku tidak berniat menggangumu anak manis,, aku boleh muncul karna kamu bisa bercakap denganku waktu tidurmu” katanya lagi , mata dan senyuman yang tetap . Mata tak berkelip . Nasib senyuman dia bagi omeyy angat!! Kalau cam joker or clown fffttt .. Idak lee nak hadap

“Haa dalam mimpi? (Kayong cuba ingat mimpi tadi) ouh jadi maksudnya…….. Okayy aku faham.. Tapii” kayong cuba nak tanya dia lagi mendalam pasal ni tapi si bela tiba tiba masuk bilik (p****g betul minah ni)

“Weyyy wa kau apa bikin? Cakap sorang sorang.. Mimpi ape ??” Jerkah bela . Kayong cuba selindung tanak bagi tahu bela . Kayong tengok kat cermin . Kelibat perempuan cantik(bunian) tadi hilang .

“Haa tade pape.. Aku tengah chat dengan balak aku… Eh kau masuk bilik aku boleh bagi salam dulu tak..? Ketuk dulu ke??” Kata kayong sambil membuat muka marah . Si bela ni pulak sengal. Dia ketuk dan bagi salam laa balik kat depan pintu bilik then duduk kat tepi kayong .(pembaris budak ni baguss)

“Kau takyah nak kencing laa wa.. Balak konon.. Balak pun tade.. Tak laku laa tu” ejek bela sambil ketawa .

“Bahabikkk laa kau bela.. Jatuh martabat wa!! Balak aku tade . Aku je malas nak cari.. Elehhh ramai jee orang pikat aku tapi aku jual mahal sikit.. Bukan sikit tapi banyak.. Bukan cam kau.. Pantang nampak laki puih” balas kayong keluar dari bilik , di ekori oleh si bela .

“Hahahahhaah cedoii mulut hang.. Da jodoh aku.. At least aku ade.. Kau? Ado?” Ejek bela lagi.

“Hahhahaha ade.. Insyaallah jodoh halal.. At least tade dosa di hindari dari maksiat.. Kau kat sini balak kat perak.. Aku rasa balak kau curang weyy” balas kayong saja mengusik bela . Si bela buat muka palat(tak puas hati)

“Yee laa kau menang.. Eh mulut kau wa.. Jangan la cakap cam tu..” Bahas bela sambil menolak bahu kayong .

“Menang? Der ni bukan game.. Tu laa lain kali cakap guna otak.. Ah sudah laa kau. Aku nak keluar jalan. Kau nak follow tak? Ke kau nak dok umah jee temankan bende semalam tu hahahahahhahahaha” kata kayong memujuk si bela..(kita bagi panas pandai pandai laa bagi sejuk dia balik kan hihi) si bela pun apa lagi laju je dia bersiap tanak tinggal punya pasal..

Lepas da bersiap tu, kayong tanya dia pasal pintu terbukak luas tengah hari tadi. Tapi si bela kata dia pun baru bangun, mana ada dia bukak pintu tu.
Kayong pun buat nothing je laa. Tanak fikir panjang dan tanak fikir bukan bukan .
Kayong dan bela jalan jalan makan angin sambil teman si bela ni cari kerja .
Lepas da puas berjalan , kami pun balik .
Sampai kondo da pukul 3 lebih.
Semasa kami berdua di kondo . Si bela ni tengah baring kat depan tv, kayong lepak dekat balkoni sambil dengar lagu . Tengah feeling nyanyi lagu gurauan berkasih , si bela menjerit , masa tu juga kayong stop nyanyi dan lari masuk tengok si bela ni .

“Weyyy pehal ni?!!!!” Tanya kayong sambil mencekak pinggang .

“Wa… Aku takut… A..aku nampak benda hitam lalu depan aku masa aku tengok tv”. Jawab bela yang masih baring depan tv sambil menutup muka .

“Haaa??? Kau biar betul? Kau ngigau ni” kata kayong lagi sambil berjalan menuju ke dapur .

“Aku tak tidur laa tadi!! Benda hitam tu jelas sangat aku nampak. Dia cam baru keluar dari dinding terus lalu depan aku” jawab bela lagi meyakinkan kayong.
Masa tu bulu roma kayong da tegak , memang lain rasanya petang ni. Kayong menuju ke arah bela , tiba tiba gelas tercampak ke dinding, macam ada orang sengaja campak gelas tu kat dinding berhampiran dengan sliding door.
Si bela ni apa lagi menjerit laa lari keluar dekat balkoni..

“Bela, jangan takut.. Kalau kau macam ni suka laa dia kacau kau..” Kata kayong sambil mengutip gelas yang di campak tadi , kayong menuju ke dapur , bulu roma macam nak lari dari kulit(tak sanggup nak hadap kot) lepastu kayong letak gelas dekat dalam sinki .

“Wa.. Jom keluar!!! Weyyy lain macam ni gangguan dia..”jerit bela dari balkoni .
Kayong tak layan . Kayong terus pergi bilik kayong(tah mana dapat keberanian tahap maksimum ni) “weyyy jangan ganggu kami laa bodoh!!! Ape kau nak!!!!” Jerit kayong dalam bilik , lepastu pintu bilik bela di buka dan di hempas dengan kuat “buuuuuummmmmmm!!”
Kayong berlari lagi ke luar menuju ke bilik bela . Masa Kayong pulas tombol pintu bilik bela , angin sejuk terasa di belakang , kayong pusing laa nak tengok siapa , rupa rupanya perempuan cantik(bunian) tu datang . Dari segi muka dia , kayong dapat agak, dia macam nak bagi tahu something . Jadi kayong masuk la dalam bilik si bela ni . Kayong nampak benda hitam tu berdiri betul betul di depan almari kecil . Benda hitam tu macam nak bagi tau something gak tapi kayong tak pasti.

Kayong rasa time tu nak keluar lari sebab terkejut . Yee laa nampak jelas kot rupa bentuk bende hitam tu even dari sisi dia je . Bila kayong dapat nampak dia dengan jelas , benda hitam tadi terus jadi kepulan asap warna kelabu lepastu hilang . Kayong pergi laa dekat tempat benda tu berdiri . Yang perempuan cantik(bunian) pulak ada je kat tepi kayong , perempuan cantik(bunian) ni diam tapi tangan dia tunjuk arah almari kecik tu . Tepi almari kecik tu ada bakul sampah , kayong bukak almari kecik tu punggah nak cek apa yang ada . Tapi tak jumpa . Lepas tu kayong pun duduk laa melutut , kayong ambil bakul sampah tu , kayong nampak ada pelastik hitam . Kayong bukak nak tengok , kayong baru bukak sikit kayong terus jerit panggil bela .

Si bela tak muncul muncul.. “Mana dia ni… Lari ke apa? Jangan buat gila!!!” Monolog kayong sendiri . Lepas tu kayong keluar bawak pelastik hitam tu nak tunjuk kat bela . Si bela tengah duduk dekat balkoni . Macam fobia tahap gila da kayong tengok..(yee laa tak perna nampak spisis dia kan hahahahahah) yang perempuan cantik(bunian) tu ada lagi ikut je kemana kayong pergi.

“Oiii bela.. Da laa tade pape da.. Eh ni haa barang kau tolong buang tempat yang betul!” Kata kayong tegas sambil campak pelastik hitam tadi kat depan bela.

“Eh mana kau dapat ni?” Tanya bela dengan mata terbeliak .

“Tu laa . Kau tahu rumah ni ade penghuni lain, kebersihan kene jaga beb. Benda tu pun tak suka kalau kita ni buat sampah kat tempat dia. Sama jugak macam kau, kalau aku buat sampah dalam bilik kau. Tentu kau marah kan? Da g buang pad tu..” Kata kayong lembut .

“Aku lupa wa.. Aku lupa nak buang tadi” balas bela sambil menuju ke dapur.

“Eh nak g mana tu? Cuci dulu bagi bersih! Pengotor laa kau ni bela.. Eeeee yekkk..” Jerit kayong duduk depan tv .
Si bela tak berani masuk toilet sorang sorang, terpaksa la kayong temankan dia . Masa kayong menyandar dekat dinding , perempuan cantik(bunian) ni pula ade kat depan kayong tengah senyum dan,

“Nampaknya kamu semakin pintar dan pandai menyelesaikan masalah.. Tidak lama kamu juga akan tahu apa yang kamu perlu tahu selama ini” kata perempuan cantik(bunian) depan kayong ni . Kayong angguk jee tanda faham . Kang kalau kayong balas , tak pasal pasal pulak si bela kata kayong gila cakap sorang sorang . Bila da selesai , kayong dan si bela duduk dekat sofa tengok tv , si bela duduk dekat dekat sebab dia takut lagi . Entah macam mana kayong dan si bela ni boleh terlelap sampai lah si ain dan si aina ni balik kerja pukul10 malam (nampak tak? berapa jam kami tidur) aina kejut kayong , aina tanya kalau kayong ada masak makan malam , kayong cakap la tade dan malam itu kami berempat hanya makan maggi kari je. Lauk tengah hari tadi cukup untuk sorang je .

Lepas makan . Ain dan aina mandi bersihkan apa patut . Kayong suruh si bela pergi mandi dan ingatkan si bela ni supaya bersihkan pad tu baru buang . Si bela pun cepat cepat lah tunggu giliran pergi mandi sementara ain dan aina mandi , kayong pun masuk bilik dan bersihkan diri. Bila dah settle , kami semua berkumpul dekat bilik si bela. Cerita pasal tudung , pakaian , makanan dan percutian . Masa tengah kecoh dengan suara kami yang tak habis habis bercakap tiba tiba kami dengar tv di bukak(suara tv tu memang kuat gila dia pasang.. Sound trouble ni hantu dia) lepastu kami senyap.

Si aina cakap jiran sebelah. Kayong suruh si aina ni diam. Si bela pulak cakap perompak(Aje gila minah ni) , ain cakap kalau perompak tadenye dia bukak tv kuat kuat macam tu. Kami pun decide nak keluar tengok . Macam biasa lah kayong yang mengetuai diorang ni . Kayong pulas tombol pintu slow slow . Tv3 berita midnight pukul 12 malam tu , kayong terus jalan cepat cepat nak tengok siapa yang tengok tv tu. Bila da ada dekat ruang tamu tu, kosong!! Tiada sesiapa . Pintu cantik jee da kunci , jadi tak lain tak bukan . Ade gangguan lagi .

Kayong off plug tv terus tak banyak bunyi.. Kayong terus suruh bela ain dan aina ni tidur . Jadi malam ni malam yang paling malang lagi lah bagi kayong .1 Katil Queen dengan 4 gadis(gile sempit!!!!) kayong redha jee . Kayong cuma mintak diorang ni jangan tidur ganas sangat .
Kami pun lelap , tiada lagi istilah borak sebelum tidur , lepas gangguan tv tadi sampai masuk bilik kayong dan lending , mulut terus senyap macam kene zip. Kayong dan aina tersedar dari bunyi pinggan jatuh dekat lantai dapur , kayong nak bangun tengok tapi si aina ni tahan kayong. Kayong pun tak pergi la. Lepastu tiba tiba lagu dekat telefon kayong terpasang ~seharum bunga yang menggoda~ si aina terus peluk kayong dari belakang . Kayong cepat cepat off telefon .

“Aina… Jangan laa peluk aku, aku tak selesa.. Lagu jee tu yang terpasang. Dah tidur” kata kayong perlahan supaya ain dan bela tak terjaga . Tapi si aina tetap peluk kayong jugak(sumpah weyy tak selesa tidur kene peluk) kayong masih tak boleh nak lelap, si aina da nyenyak . Slow slow kayong lepaskan pelukkan si aina ni. Baru kayong selesa dan dapat lelapkan mata.

Kayong bangun awal pukul7.30(dengan bantuan alarm. Kalau tak harapan setinggi gunung kinabalu la kayong nak bangun hahaha) lepastu kayong siap siap mandi, bila dah selesai kayong masak bihun untuk sarapan, kayong dengar suara ain kejut kakak dia si aina . Lepas da siap masak, kayong masuk bilik balik pakai tudung get ready nak turun kerja . Lepastu kayong kejut si bela .

“Weyy bela…” Kejut kayong sambil menggoyangkan ibu jari si bela . Si bela pun bangun duduk atas katil dengan mata yang tertutup . “Weyy… Wa , ain dan aina nak g koje. Sat g hang pandai pandai laa makan suap sendiri eah . Lauk basah dalam peti ais ada lagi , masak laa. Kalau malas masak , maggi , nugget sosej pun ade tu.. Nasi aku belum masak. Aku masak bihun jee” kata kayong sambil menyembur perfume . Si bela terus bukak mata luas luas(da macam sarkas hilang anak kayong tengok)

“Aku sorang sorang kat rumah ke ? Wa aku takut laa.. Nak ikut boleh tak?” Kata bela dengan muka yang panik .

“Ikut g mana ? Koje ? Mana maunye.. Wa koje bukan jalan.. Tade apenye kat umah ni.. Jangan mrepek la” jawab kayong menuju ke ruang tamu , si bela membontoti kayong . Ain dan aina pun da siap . Kayong gerak sekali dengan diorang.

“Aduhh kalau benda tu kacau cane?” Tanya bela sambil menyilangkan kedua tangan .

“Ape kau ni ? Tayah laa ingat dia.. Kalau kau ingat dia nanti dia muncul padan muka.. Tade laa , jangan takut sangat leh tak? Tak senang keje aku kang” balas kayong duduk di sofa sambil memakai stokin.

“Tape bela . Ain balik tengah hari ni.. Ain rasa nak kerja half day jaa.. Rasa cam tak sihat” pujuk ain berdiri di pintu . Kami pun pergi kerja pagi tu. Tinggal si bela sorang sorang. Harap tade laa gangguan ke atas bela ni . Masa di tempat kerja , kayong tengah sembang sembang dengan budak baru masuk kerja ni , lepastu hati kayong rasa macam lain macam. Ingat dekat si bela ni jee , sebabnya kayong risau . Lepastu kayong call si bela ni to make sure yang si bela ni okayy ke tak.(nampak tak bela bertapa risaunya kawan hang yang comel ini hahaha perasan jap!!)
Laju jee bela ni jawab call. Kayong tanya dia macam mana duduk rumah sorang sorang. Bela kata dia okay jee, dia lepak dekat balkoni rumah. Lepas da tanya keadaan bela kayong tamatkan perbualan dan sambung buat kerja dengan budak baru ni..

Pagi berganti tengah hari, tengah hari berganti petang. Fad(boss) kayong tengah sembang dengan budak baru, budak baru ni lelaki , nama dia keyri . Kayong pun menyampok perbualan diorang.

“Amboii sembang kemain kencang, sembang apa ni?” Tanya kayong

“Ni sembang antara lelaki dan lelaki jee yong.. Kerja sudah siap?” Balas fad(boss) lembut. Keyri sengih sengih sambil menyusun file di atas meja.

“Sebab dah siap laa kayong menyampuk ni haa.. Hehehe haa key. Cane keje sini okayy idak? Ade kene buli dengan fad?” Tanya kayong pada keyri .

“Haa okayy jee. Banyak lagi kene belajar . Boss tade buli pun . Boss banyak bagi tau hal kerja dan berhadapan dengan cust” jawab keyri . Selepas berborak , kayong sedang bercakap dengan si bela . Si bela ni bagi tahu ain demam teruk. Kayong suruh si bela ni hantar ain pergi klinik, tapi si ain pulak taknak, dia cakap demam sikit jee. Kayong risau jugak. Lepastu masa nak balik dari kerja kayong tak singgah mana mana dah. Sebab risau dengan si ain ni, masa kayong sampai rumah , kayong di kejutkan dengan si bela yang berlari pantas mendapatkan kayong .

“Weyy pehal kau bela? Ade ape??!” Tanya kayong dan meletakkan beg di atas meja makan.

“Wa… Ain wa.. Ain..” Kata bela dengan muka ketakutan.

“Haa ape hal? Napa dengan ain? Aina mana??” Tanya kayong lagi. Kayong nak pergi tengok ain dalam bilik tapi si bela ni tahan kayong . “Kau pehal gile? Aku nak g tengok ain. Dia demam kan? Yang kau gelabah ni pehal?” Tanya kayong tak puas hati .

“Wa ain.. Ain kene rasuk!! Aku kurung dia dalam bilik dia.. Nasib baik kau datang cepat. Seram gila tengok dia macam tu.. Ketawa sorang sorang lepas tu nangis sorang sorang.. Kau rase??” Jawab ain sambil meramas tengkuk .

“Haa? Kau biar betul?? Aina mana?” Tanya kayong . semasa kayong nak tengok si ain ni, si aina baru datang . Si bela jadi repoter laa. Cerita dari A to Z , lepastu kayong, aina dan bela masuk bilik ain . Kayong tengok ain elok jee tidur . Kayong datang dekat ain nak selimutkan ain dan rasa suhu badan ain , tiba tiba mata si ain terbeliak tengok kayong

“Oh mak kau!!” Kayong termelatah , si bela dengan si aina terus keluar dari bilik . Kayong pegang dahi si ain , “ain hang okayy ka? Awat hang tengok aku lagu tu wey? Tak puas hati ka??” Tanya kayong , ya kayong tahu tu bukan ain. Lepastu si ain ketawa tapi suara lelaki .. Kayong pun terus tahan tangan si ain. Tapi apakan daya , kayong ni orang dia tade laa sado , kurus jaa. Kayong panggil si bela dengan si aina ni haram tanak masuk!!(memang bikin panas laa) lepastu kayong nak keluar , tiba tiba kayong rasa badan macam terapung , time tu si bela dengan si aina ade tengah ngintai kayong dekat pintu bilik . Lepastu kayong tak ingat apa apa dah . Sedar sedar je kayong ada dekat bilik kayong .

Menurut dari cerita si bela dengan si aina , diorang berdua ni kata kayong buat sesuatu dekat si ain, si ain pun da okay da time kayong da sedarkan diri tu. Ain ade jee dekat sebelah kayong dengan baju tebal, dengar cerita dari si aina dan si bela

Aku disini sebagai bela~

Bela : wa , tadi jelas gila kami tengok kau buat sesuatu dekat si ain ni. Masa kau nak keluar dari bilik tu , tiba tiba muka kau bertukar , bercahaya kau tau! Makin cantik berseri jee!! Lepas tu kau patah balik g tempat si ain . Kau letak tangan dekat umbun umbun si ain sampai lah dekat kaki si ain ni! Aku cakap dekat si aina yang kau tengah scan si ain . Lepas tu keluar bilik pergi dapur amik air masak satu jug , aku panggil kau dan tanya kau nak buat apa? Time tu si ain diam diam da . Tapi kau tak layan aku pun . Kau jalan jaa dengan tutup mata . Si aina ni pulak dok tarik tarik baju aku. Lepastu kau masuk bilik si ain ni balik . Kau duduk dekat tepi si ain , sambil pegang umbun umbun si ain ni, lepastu kau baca sesutau dekat air dalam jug tu then bagi minum si ain, autometik si ain lelap tidur kot!! . Kau pergi dapur balik letak jug tu atas meja lepas tu kau pengsan!! Aku dengan si aina da cuak habis .. Sebab terkejut.. Kau jalan tutup mata dengan wajah kau yang berseri.. Fuhhhh aku dengan si aina pun angkat kau wa masuk bilik..


Aku disini sebagai aina~

Aina : aah yong . Pelik gila kami tengok hang tau dak?!! Hang tutup mata merawat si ain dan berjalan pergi dapoq patu hang masuk bilik balik, hang nampak ka wey?? Setengah jam gak hang pengsan , kami biaq hang dulu dalam bilik hang . Kami p tempat si ain .. Elok jaa ain duduk kat ataih katil ni mintak ayaq sambil dok picit pala.. Aku pun bagi jaa ayaq dalam jug tu bagi si ain minum . Dalam hang tak sedaq diri lagi , si ain p mandi sat, badan lekit lekit , takpa laa aku biaq si ain p mandi biaq si ain ni selesa . Lepastu kami duduk dalam bilik hang , tahu tahu jaa hang sedaq! Mula mula hang sedaq tu hang senyum kat kami . Lepastu hang tidoq balik , 5 minit cam tu hang terus sedaq . Ni hang okay dak?? Nak ayaq ??

Kayong dengar jee apa depa ni cuba sampaikan . Okayy kali ni sampai dan jelas hahaha . Kayong time tu pun blurr lagi . Alhamdulillah laa tade pape jadi lepastu . Jam pun dah pukul11 malam . Kayong mandi , lepastu kami makan sama sama . Lepas da makan kami bersembang kejap depan tv . Si bela balik balik suruh kayong ingat pasal tadi . Tapi kayong betul betul tak ingat apa . Lepastu kami masuk tidur , masa kayong masuk bilik , perempuan cantik(bunian) ni tiba tiba muncul duduk di birai katil . Kayong bagi senyuman jee kat dia.

“Maaf aku meminjam tubuhmu untuk membantu kawanmu anak manis”. Kata perempuan cantik(bunian)

Kayong terus pandang ‘dia’ “haa? Jadi tadi…… Kenapa apa yang jadi?” Tanya kayong selesai memakai cream malam(sebok sebok pun muka kene jaga beb hahaha)

“Tiada apa apa. Cuma penghuni rumah ini terlanggar kawanmu dan sesat dalam tubuh kawanmu..lagi pula kawanmu tidak sihat.. Sekarang usah kuatir.” Jawab perempuan cantik(bunian) dengan senyuman yang tetap.

“Ouh.. Okayy..” Kata kayong dan baring di atas katil.. Kayong bercadang nak balik perak jumpa keluarga di sana . Masa kayong nak terlelap tu kayong ada laa bukak mata sikit tengok ‘dia’ , ya! ‘Dia’ masih lagi ada tengok kayong tidur . Tak selesa jugak laa bila ada yang memerhatikan kayong ni tidur , tapi kayong malas nak layan , sebab mata da mengantuk tahap maksimum.

Hari demi hari , semua berjalan lancar , tiada gangguan lain, sekadar gangguan kecil je . Kami da biasa dan kami tak layan .bela, Ain dan aina pun da makin berani sikit , tu pun kalau kayong ada , kalau tade , harapan laa..
Da 3 bulan duduk kat kondo tu, semuanya okay .
Pada hari jumaat petang , kayong balik perak dengan si bela naik ktm jee . Aina dan ain balik kedah .
Kami sampai batu gajah pukul 7.44 minit malam . Kami naik texi pergi rumah kayong . Si bela tidur rumah kayong malam tu .

Bila da sampai rumah , kami makan dulu, banyak jugak lauk mama kayong ni masak . Sambil makan tu kayong sembang sembang dengan mama , ayah time tu duty kerja malam . Adik adik kayong tengok tv . Si bela ni dengar jee laa kayong sembang dengan mama . Mula mula tu kayong bagi tahu peristiwa di kondo tu, sampai lah cerita perempuan cantik(bunian) ni , lepas tu mama kayong pun cerita laa perkara yang kayong cari selama ini ..

Mama : masa kau belum wujud lagi yong , arwa atok(belah ayah) kau kawin dengan seorang bunian, sebulan jugak atok kau hilang. Arwah nenek kau setia je tunggu arwah atok . Lepastu arwah atok kau muncul dekat pokok ara tepi rumah berbogel . Arwah nenek kau yang nampak dulu terus tutup arwah atok kau guna kain batik . Arwah atok kau cerita lah yang dia dah kawin dengan puteri bunian . Orang orang bunian dekat sana tak pernah tinggal solat kata arwah atok kau, tapi mama tak tahu la plak kalau arwah atok kau ade anak dengan bunian tu.. Arwah atok kau orang berilmu , banyak harta peninggalan dia dekat indonesia sana tu , makcik(adik bongsu ayah) kau yang jaga, bahagian ayah ade tapi ayah kau suruh jee makcik kau jaga kat sana. Kau ingat tak? masa makcik kau ade kat malaysia ni?(kayong angguk) kan arwah atok kau meninggal dekat indonesia masa umur kau 14 tahun dulu..
Arwah atok kau tu sayang sangat kat kau.. Sebab kau cucu pertama dia. Yang ade dekat kau sekarang ni bini arwah atok kau. Atok kau yang mintak bini dia jaga kau dan tengok tengokkan kau . (Kayong terkejut sampai tersedak) sekarang ni kau perlu tahu dah sebab umur kau da 22 tahun . Jadi pandai pandai laa guna kelebihan yang ada pada kau. Jangan silap guna sudah.. Dulu mama tak berani bagi tahu, takut kau takut je, tapi bila mama tengok kau macam ni. Mama yakin kau berani hadap.. Bunian tu ada dalam diri kau yong..

Kayong bulatkan mata, terkejut lagi dengan apa yang mama cakap . Kayong tanya laa sama ada itu saka ataupun bukan , syukur lah mama kata bukan saka . Dia cuma menjaga atas permintaan arwah atok .
Baru lah kayong faham semuanya.. Si bela tengok kayong lain macam , lepastu si bela cakap dekat mama kayong, sama ada benda tu bahaya atau tak. Mama kayong gelak , lepastu mama kayong cakap, tak, sebabnya bunian tu baik . Datang jika ada masalah je.

And ya! Kayong tak sangsi lagi, thanks mom! Sedekahkan Alfatihah buat arwah atok dan arwah nenek kayong ya kawan kawan..
Dua hari je kayong kat perak lepastu kayong balik kl balik . Alhamdulillah lah tiada gangguan, gangguan bunyi bunyi tu normal lah, kami tak layan. Si bela pun da dapat kerja , kami makin sibuk dengan kerja masing masing .

“Yong.. Kau sure ke balik perak ni? Kau nak kerja kat mana nanti? Si ain bertanya sambil menyumbat nasi ke dalam mulut.

“Yeah… Alaaa kat perak banyak lagi keje, takpe lah , ada rekzi kita jmpa lagi” balas kayong . Kayong akan balik ke perak , manakala si bela akan terus berkerja di KL dengan ain dan aina..
Tiba masanya pula kayong pulang ke rumah duduk dengan famly kayong.

Untuk pengetahuan korang, mereka bertiga masih lagi duduk di kondo tu.
Masa kayong da ade dekat perak , barulah kayong jumpa dengan tunang kayong ni . Semasa kayong jalan jalan dengan tunang kayong pun kayong akan nampak ‘benda’ , pernah hari tu lepas tunang kayong teman kayong shopping , kami singgah di petronas batu gajah , kayong nak pergi toilet .
Toilet terletak di belakang , memang gelap kawasan belakang tu macam hutan sikit . Tunang kayong isi minyak , lepas tu kayong pun buang laa segala hajat dalam toilet tu . Bila da settle, kayong menuju ke kereta , tunang kayong menunggu di luar berdekatan dengan kereta , kayong senyum kat tunang kayong “sayang okayy tak?” Kata tunang kayong . Kayong pun cakap laa okayy jee , lepastu kami pun masuk ke perut kereta . Kayong tertengok ke arah hutan tu, kayong nampak mr pocong!!!

“YaAllah…. Abiyy cepat laa gerak”kata kayong sambil memegang bahu tunang kayong.

“Nape sayang?” Tanya tunang kayong dengan muka terkejut.

“Tade pape.. Jalan jee” balas kayong tenang sambil tersenyum.
Tunang kayong ni penakut sikit , tapi alhamdulillah dia takpernah di ganggu mahupun ternampak ‘benda’ halus ni.

#mimpi dalam mimpi

Ada satu malam tu hari khamis malam jumaat , kayong tidur awal di sebabkan sakit kepala , katil kayong ni menghadap tingkap , tingkap kayong tak tutup pun , sebab nak biar angin masuk , biar sejuk sikit bilik ni.. Kayong pun tidur dengan jayanya , jadi dalam mimpi tu kayong terbangun , kayong tengok tingkap , dekat luar tingkap ada seorang perempuan . Kayong tak tutup langsir masa tu malah tingkap pun kayong bukak. Lepas kayong ternampak perempuan dekat luar tingkap tu kayong pun terbangun dari tidur(beb yang ni stay dalam mimpi) lepastu kayong bangun pergi tutup langsir jee , lepas tutup langsir tu kayong nak baring laa balik atas tilam sambung membute, bila kayong toleh belakang , kayong terkejut sebab kayong nampak diri kayong tengah baring atas tilam tu pucat , macam da m**i . Kayong terduduk dekat tepi katil lepastu baru lah kayong terbangun betul betul dari mimpi tu. Kayong terus baca doa lepas baca doa tu , kayong tengok langsir dah tertutup , padahal langsir belum tutup pun masa kayong tidur . Kayong cuba ingat apa kayong mimpi , lama jugak laa kayong bertape atas katil sebab nak ingat mimpi tadi. 1jam kemudian!!! Baru kayong ingat mimpi tu . Gile ko sape suruh kan tak tutup tingkap! Haa padan dengan muka kayong. Tapi macam biasa kayong macam tiada prasaan . Nak kata takut tu memang takut tapi lepas terjadi benda tu kayong buat biasa jee laa..

Kayong ada cerita dekat tunang kayong, tunang kayong pun apa lagi! Marah laa.. Hahahahahha insyaallah nanti kami pergi berubat , tunang kayong banyak kali suruh pergi berubat tapi kayong jee degil tanak pergi.. Sebab takut nak berubat!!!!

Huh~~~ itu saje cerita dari kayong. Banyak lagi mimpi yang pelik pelik dan penampakan yang pelik pelik tapi jari jemari kayong letih nak naipnye pun aduihh.. Tape insyaallah ada rezki kayong share lagi eah…

Thanks beb sebab sudi baca sampai habis cerita kayong ni.. Kayong tengah taip cerita ni pun , perempuan cantik(bunian) ade kat depan kayong tengah senyum senyum.. Hahaha
Jadi ingatlah sabahat!! Kalau masuk rumah baru tu bagi salam, jangan di sangka rumah yang kosong tiada penghuni lain.. Jaga kebersihan tu penting jugak..

Pada cik bela jangan call wa balik balik suruh kayong stay kondo tu balik. Sebab mr tunang tak bagi saya pergi jejauh.. Maaf deh hahahah..
See ya soon guys…!!!!

#peacenowar

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Kayong

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

54 thoughts on “Kondo Berpenghuni”

  1. Ermmmm aaaaa..percayelah wahai kayong aku cuba menghabiskan cite ang nihhh..tapi ceq tak mampuuu..too much unnecessary dialogue…banyak sangat hang beletiaq nih..punch line lambattt..terus ceq stop baca…sapa yg abih baca mehla habaq sinopsis kat cheqqqq..tulun..

    Reply
    • Mahap xdapat nak rate..huhu..aku rs nilah first cite yg aku xmampu nak habeskan pembacaan..storyline ada tapi xberkembang dgn smooth..kayong try baca cerita org lain yg panjang2 tapi still seronok dibaca..teguran membina ni..cuba lagi okayy?

      Reply
  2. Alahai..tolonglah kayong, jin &manusia xbolh bergaul..mula2 konon2 dtg jika bmsalah..lama2 tergelincir jd pgharapn dkt benda tu..dia bkn makan masa sekjp.boleh jadi lama dan btahun2..mohon jauhkn diri.

    Lgpun benda tu jd galak nk bdamping sbb solat tak tetap..jin mmg suka manusia2 y fasik (melazimkan dosa2 kecil..er tp tggal solat dosa besar) ni.

    Mkcik nk pesan lg pon takut ckp mbebel.tp pecayalah sbb mkcik syg la tegur..lgpun xd mood nk tulis lg sbb kucen m**i kena lenyek kete..

    Reply
  3. Masuk rumah baru ni ada adab-adabnya. Azan kan dulu rumah tu, baca surah Al-Baqarah, solat jangan tinggal, baca Surah Yasin (terutamanya 7 malam pertama) and Al-Quran jangan lupa baca.

    Reply
  4. nak cerita pasal kondo hangpa yang berpenghuni. makanya hanya cerita bab tu saja. bab melepak, bergurau senda ngan member, masak, mandi, lipat kain, pegang bahu pa semua tak payah lah cerita. panjang sebab mende tak patut pun hang cerita yong oii. messy babe messy.

    Reply
  5. Aku tak tau tang mana seram sebab aku tak habis baca pun. Banyak sangat unnecessary scenes laa. Tooooo longggggg. Anyway, kipidap

    Reply
  6. cerita ni best. tapi betul kayong, antara dunia kita dan dunia mereka tdk sama. jgn menyekutukan allah sudah. selagi masih berpegang teguh dgn ajaran allah, alhamdulillah. tapi pada akhir cerita, kayong mcm tak kisah bunian tu menjaga kayong padahal kayong tahu kan “kelebihan waktu mengubat ain” yg diberi tu dtg dari bunian sebab waktu tu kayong tak sedar dgn apa yg berlaku. jadi kayong tak boleh percaya sbnrnye.
    byk cerita dlm FS ni yg benar, iaitu apabila kita percaya dengan makhluk lain selain pencipta kita, maka? kayong tahu jawapannya.
    maaf andai tersilap bahasa. 🙂

    Reply
  7. Aq bace cite ni smpai part bunian terhangguk2 tuh tros skrol ke bwh… bosan.. citer ade tp banyak sngt dialog sampingan yg xde kene mengena… sori kayong.. pasnih please jgn ade dialog smpingan.. he3x.. pis no war

    Reply
  8. I just..kenot. Dialog tak berkenaan dengan cerita boleh cut kot. Memula ingat aku je yang pening bila masuk perenggan kedua. Then tengok komen nampaknya iols tak berkeseorangan.

    Reply
  9. ingat sy je mcm tu..rmai upenya…
    cerita mmng ok..tp terlalu details…setiap bende awk buat..awak tulis..
    itu yg jd meleret-leret…Good Luck for next story…

    Reply
  10. Akk baca sampai habis dik! Akk suka je baca. Xde pun rasa mengantuk atau bosan haha.. Tapi dari awal baca akk membayangkan yang ko ni ppuan cantik dgn badan chubby sikit hhaha, bila ko kata ko kecik je kurus, tak boleh nak hadam pulak haha. Apapun citer ko best. Satu anugerah ko diberi kelebihan macam tu.

    Reply
  11. better straightforward je cerita ni tanpa perlu ada apa2 dialog sampingan..mungkin boleh tapi sikit2 je la sbb citer pnjang sgt & byk terpesong jdi tak fhm..last2 tak seram pun

    Reply
  12. aku habis baca. ok jugak lah cuma ada benda meleret buat pembaca x kuasa nk habiskan cerita ni. ok lah x mau comment byk, at least dia rajin jugak nk menulis ye dak?

    Reply
  13. Suka gak cerita panjang2 ni..
    Tapi takleh lawan citer kawan aku psycho tu punya panjang..
    Mungkin ada yang tak suka panjang2, aku suka je..
    Pendek sangat p****g stim lak..

    BTW pergi je berubat.. Ustaz tak makan orang

    Reply
  14. best cerita ni…panjang n sentiasa berdebar…tertarik dgn “perempuan cantik” tu…btw, mmg rumah sewa ni selalunya ad kisah2 seram ke?….huhu…

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.