Kondo Port Dickson Tepi Laut yang Berhantu

Assalamualaikum FS. Aku Hairi, berumur 25 tahun. Kejadian ini terjadi tahun lepas.

Aku mengajak seorang rakanku untuk pergi ke Port Dickson untuk bercuti. Aku berdua sahaja. Yelah dah habis exam kat U. Konon nak relakskan minda.

Dari KL kami menyewa kereta Myvi. Dan Lepas sahaja Zohor kami bertolak ke PD. Tanpa persediaan nak menginap di mana. Kami main terjah sahaja.

Sampai di PD petang tu, tak tahu nak menginap di mana. Barulah kami sibuk google nak menginap di mana. Satu-satu tempat kami pergi, semuanya penuh.

Ada hotel yang kosong, tapi rate sangatlah tinggi. Tak mampu kami nak bayar. Hinggalah sampai ke satu hotel yang terletak di tepi jalan je. Kami pun masuk tanya sama ada ada bilik kosong tak. Akak di dalam office tu menyambut kami dengan senyuman. Katanya, nak cek dulu ada ke tak kosong.

Dalam 5 minit menunggu, kakak tu bagitahu yang semua bilik dah full.

“Bilik dah full la dik”
“La ye ke kak. Kami dah pergi hampir seluruh kawasan penginapan kat PD ni macam semua full je.
“yelah dik, datang masa cuti memang selalu macam ni”
“Oo, tak pe lah kak kalau macam tu”

“eh, tapi akak ada kawan yang ada buat pakej penginapan ni, tapi bukan hotel la. Kondo”

Dipendekkan cerita, kami terpaksa mengambil sahaja tawaran akak tadi. Dia tunjukkan peta dan kami sampai ke kondo tersebut.

Dari jalan utama, masuk ke simpang dan turun sikit bukit. Nampaklah kondo tersebut. Waktu tu dah maghrib.

Sampai di sana, kami berjumpa seorang apek katanya kawan akak tadi. Serius, kondo memang nampak usang. kat basement parking, walaupun banyak kereta parking. tetap menyeramkan. Ada juga beberapa kereta nampak dah berhabuk seperti lama terbiar di sana.

Naik lif, sampai ke tingkat yang kami sewa. Bilik jauh sedikit dari lif.Sepanjang perjalanan ke bilik tu, aku cuba melihat pintu-pintu bilik yang lain kot-kot ada yang tinggal. Nampak macam tak ada orang langsung.

Selesai apek tu tunjukkan bilik, kami pun berehat la kejap. Dari beranda rumah tu boleh nampak laut yang luas terbentang. Memang cantik view kondo tu. Dan juga nampak kolam renang. Aku konon beriala ajak kawan tadi untuk tengok kolam tu lepas ni.

Sekitar pukul 7.30 malam. Aku dan kawan tadi cuba turun ke tingkat di mana ada kolam tadi.Nak tengok kolam yang kami nak mandi esok kan. Sebab memang nak turun cari makanan.

Lif berhenti di tingkat ada kolam tadi. Bila pintu life terbuka je, gelap gelita. Cuma diterangi cahaya samar-samar dari lubang-lubang yang terdapat di sekitar bangunan tu. Kami pun tengok la kolam tu dan langsung tak ada lampu. Dengan keluasan macam tu, terasa macam memang bangunan kondo tu terbiar.

Dari kolam tu, aku dongak atas tengok kalau ada orang menginap. Aku cuma nampak ada 2,3 bilik yang berlampu.

Sebab dah rasa seram, kami pun tak jadi nak ronda-ronda kolam. Jadi kami nak turun ke bawah sebab nak beli makanan.

Aku cuba tekan butang lif turun. Tak ada respon. Lama tunggu. Takkanlah lif rosak.Tadi masa turun ok je. Nampaknya tak ada pilihan lain, kami kena turun mmelalui tangga.

Bila aku buka pintu tangga. Ya Allah, gelap gelita. Langsung tak nampak apa. Bila aku on kan lampu hp, nak tengok keadaan tangga tu. Terkejut aku sampah berselerak kiri kanan tangga.

Dahlah nak kena turun tangga gelap, dengan keadaan macam tu. kang ada apa-apa sembunyi kat tangga tu. Tak nampak langsung. Kami tak ada pilihan langsung, nampaknya kena turun tangga juga. Kawan aku berjalan dahulu. Aku di belakang.

Dengan keadaan takut, kami berjalan turun, tiba-tiba terasa ada tangan menyetuh bahu kananku. Aku dah tak tahu nak buat apa. Apa yang terfikir hanya nak cabut lari. Aku dengan cemas lari sekuat hati. Kawan yang di depan tadi pun ikut cabut.

Sampai di basement, cepat-cepat kami naik kereta nak keluar dari kawasan kondo tersebut.

Semasa turun lari tadi, mata aku sempat menangkap kelibat seperti perempuan berpakaian putih berada di kiriku.

Di luar kondo kami mencari makanan untuk mengisi perut . Selesai makan, jam dah pukul 9 malam.

Aku ajak member tadi balik, tapi dia takut. Aku tak payah nak cakaplah, memang lagi takut.

Ikutkan hati, nak je kitorang blah malam tu juga. Tapi barang-barang masih tinggal kat atas. Nak tak nak kena naik balik ambil.

Sebab kami berdua dah takut nak pergi sana. Kami ambil keputusan untuk tidur sahaja dalam kereta.

Bila dah berada dalam kereta tu,aku cuba google pengalaman penyewa lain yang menginap. Memang kebanyakkanya pernah alami kisah mistik di sana. Ada yang cerita tempat tu ada kes perempuan bunuh diri.

Kisah aku ni rasanya tak cukup mistik berbanding dengan yang orang lain alami. Tapi bila dah baca tu, menguatkan lagi perasaan takut kami untuk bermalam di sana malam itu.

Akhirnya, duit burn macam tu je. Tanpa kami dapat tidur pun di sana.

Keesokan harinya, pukul 8 pagi, kami kembali ke kondo mengambil barang. Alangah terkejutnya kami bila lihat keadaan dalam rumah tu seperti ada yang tinggal semalam. dengan cadar dan bantal berselerak sana sini. padahal kami tak sempat tidur pun.

Kami dah ketakutan, cepat-cepat ambil barang call apek tu untuk kembalikan kunci, dia suruh letak je atas meja.

Pagi tu juga kami kembali ke KL dengan perasaan takut. Pengajaran yang aku dapat, kalau nak menginap mana-mana cek dulu background tempat tu.

3 comments

  1. Macam kejam jer akak dalam office tu… Bri lah cdgan tmpt penginapan yg okey skit.. Huhuhu, walaupun niat baik nak tolong carikan, tpi biarlah yg memuaskan pelanggan.. Huhu.. Kesian plak kne burn duit camtu jer.. 😠😪

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *