Kondominium Mewah Berpenunggu

Salam kepada semua pembaca setia fs. Terim kasih admin sudi publish kan cerita saya. (Kalau tersiar) haha. Ok ni first time aku create story aku sendiri. Pengalaman aku sendiri. Kalau ada yang kurang mohon maaf ya. Oke nama aku Deeja. Benda aku nak cerita ni terjadi dua tiga tahun lepas.

Lepas dapat result SPM, emm not bad la keputusan aku, ayah aku suruh sambung belajar dekat IPTS kat Gombak. Ambik jurusan medical, nampak acah-acah doktor pula. Hehe. Aku lepas daftar masuk belajar apa semua, pihak kolej bagi rumah untuk penginapan para pelajar selama menuntut di kolejnya tu. Satu rumah dia bagi 8 orang tinggal. Ok, aku orang pertama yang jejak kaki masuk rumah tu. Then, aku dapat rumah di tingkat 14. Naik lah aku nak cari rumah aku ni. Lepas bukak pintu, masa tu aku tak rasa benda pelik pun. Rumah baru siap dibina, biasalah habuk2 kat lantai, kesan cat rumah pun still kelihatan.

Aku terus memilih bilik tidurku. Aku decide nak ambil bilik yang hanya untuk dua orang sahaja dan bilik aku ni bersebelahan koridor and dari bilik aku boleh nampak KLCC. Fuhyooo. Excited kan budak kampung masuk bandar. Haha. Oh ya, kondo aku ni kat kawasan Setapak. Bukan Gombak. Hihi. Ok , lepas pada tu seorang demi seorang masuk rumah and cukup 8 orang. Rumah tu agak luas, lagi2 tanpa perabot dan barang-barang. Aku dapat seorang housemate yang sekepala and senegeri dengan aku, Wadina namanya (sampai sekarang bff). Bilik depan aku, Jiya dengan Ziana. Bilik empat orang lagi tu, Nira, Bella, Haida dan Yuni.

Kami berkenalan, dan memandangkan sama kos, jadi kami rapat la dengan semua. Untuk pengetahuan korang, rumah kami duduk awal2 masuk tak dibasuh pun. Terus duduk macam rumah dah lama. Mungkin benda tu pun marah kan. Dalam bulan puasa, rumah kami tiada apa-apa gangguan pun. Kadang2 kami ni jenis berhuha-huha, sampai tak ingat dunia gelak sakan. Setiap hujung minggu , semua housemate aku balik rumah family masing2, sebab diaorang semua duduk dekat2 je. Aku dengan Wadina je asal Terengganu. Jauhh ooo nak balik melain kan cuti seminggu. Ok, si Wadina ni hujung minggu je dia keluar dengan bf. Tinggal aku sorang2.

Bukan dia tak ajak ikot tapi aku taknak kacau daun orang berdating kan. Kita ada bf pun bf asyik bz (sekarang dah jadi ex) haha. Ok la, hari tu tinggal aku sorang2. Masa tu hari ahad dah, dalam waktu nak dekat maghrib, kat luar pula hujan dengan petir sambung menyambung. Aku duduk je dalam bilik aku tu, tutup pintu and pasang lagu. Elok aku menyandar landing atas katil, tiba2 aku dengar macam ada orang bukak pintu depan. Aku rasa lega sikit sebab fikir mungkin Nira yang balik, selalunya dia balik awal petang ahad.

Aku pun sambung layan lagu, then tiba2 pintu bilik aku dibuka. Huiii sampai hari ini aku ingat aku nampak tombol pintu berpusing seolah2 ada orang buka dari luar, aku terdetik dalam hati, “awal pulak si Dina ni balik”. And kreeekkkkkkk pintu terbuka separuh je. Aku mula berdebar sebab tiada kelibat manusia pun kelihatan. Habis siapa yang buka pintu tadi? Macam2 persoalan bermain di fikiran. Mata mula berkac , iyelah aku ni penakut sebenarnya. Hehe. And waktu tu juga, tv dekat hall terpadam dan terdengar seakan2 meletop. Aku risau kang blackout , m**i aku sorang2 dalam rumah tu. Aku ambil jalan untuk keluar dari rumah. Aku memberanikan diri untuk keluar dan tanpa mematikan suis kipas dan lampu , aku terus berlari keluar dan turun ke swimming pool. Nadi masih lagi laju.

Pintu rumah aku lupa aku kunci ke tidak sebab terlalu takot. Baju aku basah lencun dek kerana peluh. Benda tu tak berhenti kat situ je, masa aku duduk rumah dengan Jiya, masa tu jam pukol 11 malam. Sedap elok duk layan drama kat tv sambil memasing baring kat lantai, tiba2 pengetip kuku yang duduk kat atas tv jatuh ke lantai. Takde angin takde ribut takde yang sentuh, tiba2 dia jatuh ke bawah. Aku dengan Jiya berpandangan sesama sendiri. Time tu juga kami terdengar seperti ada yang terkuis2 sampah dalam bakul sampah kat dapur. Bunyi dia jelas sekali macam kucing tengah selongkar sampah. Naik bulu roma aku wei. Jiya datang peluk lengan aku. Dah dua dua penakot, penyudahnya kami masuk bilik duduk diam2 dalam bilik. And ni ada cerita budak2 rumah aku termasuk roomate aku si Wadina yang masa tu cuti sem dia seorang tinggal kat rumah sebab lambat sikit balik kg.

Cerita wadina :
Masa tu jam 2pagi. Aku terjaga dari tidur lepas aku rasa macam ada yang meniup di telinga. Aku dapat rasakan ada angin yang melintang, tapi halus sahaja. Aku bukak mata, masa tu aku tidur di katil bawah (katil deeja) , dan tak semena2 deguppppp grill tingkap seolah2 ditumbuk kuat. Aku mula menggigil apabila mata aku terpaku memandang ke arah koridor , ada satu lembaga hitam tinggi tanpa kepala. Masa tu aku tak tahu nak buat apa lagi. Aku menjerit semahunya. Tapi tiada siapa pun yang dengar sebab jiran semua buat hal masing2 dan tak akan peduli hal rumah kiteorg. Lepas tu aku tak sedar apa apa sampai ke pagi, mungkin aku pengsan.

Cerita Bella :
Suatu hari tu aku tidur lewat sebab on call dengan bf aku. Dalam 2 pagi baru habis on call. Aku tengok si Nira dengan Yuni dah ke laut, lena dibuai mimpi. Haida mase ni dia ulang alik ke rumah sebab tak sihat. Aku bangun untuk ke tandas, nasib tandas dalam bilik je, lepas selesai aku pergi ke pintu bilik untuk periksa sama ada kunci atau belom. Lepas selesai semua, aku naik ke katilku. Tiba2 ku terdengar seperti ada yang sedang mandi menggunakan shower pancut tu. Aku berasa hairan kerana tiada siapa pun di dalamnya. Siapa yang mandi? Dan bunyi itu pun berhenti. Aku pun ingin menyambung niat untuk tidur namun ada benda lain pula yang menggangu. Aku terdengar seperti ada orang berjalan di ruang tamu dan seiring dengan itu terdengar loceng gelang kaki. Naik bulu roma aku tegak setegaknya. Aku cuba untuk mengejutkan Yuni dan Nira namun kedua2 nya tak mengendahkan aku. Aku membaca ayat2 suci yang aku ingat. Bunyi tu makin lama makin jauh. Aku pun tertidur dan malas nak fikir.

Selepas banyak kejadian yang menggangu kami, kami bersepakat untuk melaporkan pada pihak hal ehwal pelajar dan mereka menghantar seorang ustaz untuk memagar rumah dan melaungkan azan. Menurut ustaz, dalam bilik air kami ,satu berada dalam master room dan satu lagi yang dekat bilik aku, kedua2 nya ada penunggu yang melekat kat siling atas. Meremang bulu tengkuk kami bila dengar ustaz cakap macam tu. Nasihat ustaz, selalu baca yassin dan pasang ayat2 ruqyah dan al mulk untuk hindarkan mereka. Ustaz juga turut memagar dengan lada hitam dan garam kasar di sekeliling bahagian dalam rumah. Keadaan kembali normal selepas itu namun tak lama gangguan kembali menghantui kami.

Itu lah antara kisah yang aku nak share tentang rumah hostel kami. Ada lagi kisah tentang siapa Nira dan apa yang jadi pada Ziana. Kalau cerita ini admin publish, nanti aku cerita. Haha.

p/s : 1. tv kat rumah tu betol2 meletop dua bulan sebelum kitaorang habis sem 3 haha.
2. Mase kami mula daftar adalah dalam bulan puasa.

Deeja Husna

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 5]

19 thoughts on “Kondominium Mewah Berpenunggu”

    • Mulut awak memang tak boleh jaga ke ? baru SPM dah perangai macam ni. Awak sepatutnya layak jadi warga asing tau . Tak layak langsung ambik SPM . Mak ayah awak hantar sekolah tapi awak salah gunakan bahasa .Bahasa yang awak belajar awak gunakan untuk mengkritik orang . Sia sia je pahala puasa awak .

      Reply
    • jealous la tu orang dapat tinggal kondo wakakaka. daripada kau men’sampahkan’ diri bagus lagi kau p belajar .

      Reply
    • Budak spm ni mmg buat hal smua story..jgn korang pelik la..gigih baca lepas tu kutuk citer org.. cari publisiti ..

      Reply
  1. ya nama biak jeles ngn urg dpt bljr tinggi. . .adek kak tok nk mdh mun kaka ya jaga adab . .mun kau x maok bca better kau layan wc mybe kau biak wc nok selalu meroyan nk. . .so . .kau duduk diam ngn wc kau ya . .jgn nk lbh mulut sampy nk mak ho d sebut jwk

    Reply
  2. Standard lah student ipt dok kondo dik oiii…tambah2 ipt swasta…diorg dok kondo pn yg pihak pengurusan sediakan..bkn dok 3 org pn …ramai2….budak br Spm agaknyer x tau kot …jgn suka nk ngata org dik…cermin diri tu dulu

    Reply
  3. awk ny msti student picoms kan.. hehehe… same la… dulu time sy still belajar stay kt pv teeettt… x leh gtaw… hurm… mmg ade rasa lain mcm kadang2…tp alhamdulillah… klaw boleh x mau nmpk.. mintk jauh… penah satu hari tgh lepak2 kt ruang tamu dgn kawan2 tetibe nmpk tombol pintu mcm ade org pulas… hurm… positive je la… kekadang ade org main2 loceng umah… stress… penah jugak satu hari tu time sy tgh tdo.. dgar mcm org buka ngaji sayup2 je.. tp x tawu dtg dr mana… sbb time tu dok sorg2 je… yg lain semua pakat blik umah.. haa… satu lagi time tu baru lepas hujan… nk p buka tingkap… baru selak langsir, nmpk mcm ade kesan tapak kaki burung…mcm kesan wap tu… tp ya Allah… saiz sebesar tapak tgn kita… terkejut mcm x logik kan tapak kaki burung besar tpak tgn kita… mmg x la nk buka tingkap mlm tu… hehehe… sorry la panjang lak komen?

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.