#KondoPandanIndah

Hai assalamualaikum warga FS.terima kasih admin sudi publish cerita saya. Nama aku zara dan aku ada cerita yang agak seram masa aku melanjutkan pelajaran di Ipts di tengah bandaraya Kl pada tahun 2009. Kisah seram ni berlaku di hostel kami di pandan indah. Sebelum aku mulakan cerita aku nak terangkan secara ringkas tentang hostel aku. Disebabkan aku siswi ipts maka hostel yang kolej bagi adalah kondominium yang disewakan untuk menempatkan pelajar2 kolej iaitu sebuah kondominium di pandan indah (Sebelah Highway). Ketika sem 1 aku ada 3 orang kawan baik iaitu Lisa,Kema dan Yaya. Bermula episod seram aku duduk kondo ni..

Cerita 1

Kisah ni terjadi pada diri aku masa ini kami tengah cuti Midterm selama seminggu. Disebabkan cuti seminggu jadi housemate aku (1 rumah ada 10 orang pelajar) semua balik ke kampung masing masing kecuali aku dan Lisa. Aku ambil keputusan untuk teman Lisa sebab kampung Lisa ni jauh jugak la di utara. Kampung aku pulak dekat je di seremban jadi aku memang tiada masalah untuk temankan si Lisa ni. Selama 3 hari aku duduk rumah tu memang okay je sampai lah satu malam tu Lisa nak keluar makan dengan Bf dia dan dia ajak aku tapi aku tolak dengan alasan aku malas dan aku mintak kirim makanan je untuk aku.

Lisa pon okay je dan dia cakap dia tak lama lepas makan dia balik. Setengah jam lepas Lisa keluar tu aku rasa macam ada orang tengah pulas tombol pintu jadi aku bangun dari katil dan cuba nak tengok siapa yang balik. Bila aku bukak je pintu memang tiada siapa pon. Masa ni aku tak fikir apa lagi aku duduk hall sebab nak tengok tv. Tak lama lepas tu,aku dengar katil berbunyi macam ada orang tengah panjat tangga nak naik katil yang belah atas(katil double dacker).

Masa ni aku dah start rasa ada yang tak kena dan aku panik gila kot..mana tak paniknya kunci rumah dengan phone aku semua ada dalam bilik. Bila aku rasa macam dah reda dan okay aku terus berlari masuk bilik tukar baju dan ambil keputusan nak keluar dari rumah ni tapi tiba tiba je ‘Bammmmmmm’ bunyi pintu terhempas kuat dari arah luar. Aku syak ini bukan Lisa balik tapi ‘benda’ tu yang tengah main main. Bedarau jantung aku selama aku duduk rumah ni kali pertama aku duduk seorang tambah2 pada waktu malam. Aku capai phone aku terus call Lisa.

Lisa :Hello,wei kenapa call aku?
Aku :Wei balik cepat boleh tak..aku kena kacau ni..aku nak keluar bilik pon takut ni benda tu main main dari tadi..
Lisa :Hah yeke?!!Aku balik sekarang kau tunggu kejap..jangan pergi mana mana..
Tutttttt panggilan dimatikan..

Tak lama lepas aku letak phone tiba tiba angin kuat macam ribut dalam rumah aku(rumah aku tingkat 24) sampai tercabut rail langsir sliding door dekat hall (kami memang jarang tutup sliding door sebab nak bagi angin keluar masuk)masa ni aku dah start nak menangis dan menyesal sebab degil nak tinggal seorang. Aku beranikan diri keluar dari bilik alangkah terkejutnya aku,segala kertas dan kerusi semua berselerak di tengah2 hall itu..(Hall ada sebuah tv dan 10 buah meja study dan kerusi). ‘Takkan lah sebab angin sampai jadi macam ini’.. Aku bercakap dalam hati..

‘Krekkk’ bunyi pintu grill dari arah luar.. Wei Zara,zara buka pintu.aku ni Lisa’..Yessss Lisa dah balik. Aku berlari buka pintu dan Bf dia ikut sekali hantar lisa sampai depan rumah..

Cerita 2

Kisah ni diceritan pada aku oleh kawan baik aku Kema. Masa ni semua orang pergi kelas kecuali kema sebab dia cakap dia demam. Pada mulanya Yaya nak temankan Kema kat rumah tapi memandangkan haritu kami ada kelas untuk belajar tentang procedur baru(Kami ambil Course Nursing) dan tak lama lagi nak posting, si Kema ini beriya suruh semua pergi kelas dan mengatakan dia nak rehat dan tidur je kat rumah. So semua orang pon okay dan kami suruh Kema rehat je, kalau ada apa apa mesej atau call je..

Pukul 11.30 macam tu Kema mesej Yaya tanya siapa budak rumah yang tak pergi kelas..Aku pon perhatikan je kelas tengok semua budak rumah aku ada je dalam kelas kecuali Kema..

Mesej

Yaya : Semua ada je kenapa wei?
Kema :Tadi aku dengar suara orang sembang dekat hall. Lepastu dengar bunyi flush jamban dekat bilik air luar. Bila aku bangun tengok tiada siapa pun dekat luar
Yaya :Perasaan kau je kot. Sebab semua ada dalam kelas ni (sambil menaip semua nama budak rumah). Kau okay ke tak,kalau tak okay kejap lagi waktu break pukul 1 kitaorang balik rumah..
Tiada balasan mesej dari Kema. Kitaorang assume yang Kema mungkin tertidur.

“Wei korang nak balik rumah tak tengok kema”? Lisa bertanya pada aku dan Yaya..” Hurm aku rasa macam malas nak balik takut tak sempat nak masuk skill lab tepat pukul 2,kang tak pasal2 kena denda dengan Madam”ujarku pada Lisa…” Aku try call Kema bagitahu dia kita tak jadi balik”..Yaya cuba memberi idea..

Yaya : Ma,kau okay tak?lapar tak?
Kema :Hurm okay..tak selera..
Yaya :Kitaorang tak jadi balik takut tak sempat nak masuk kelas madam..
Kema :okay..

Thank You Madam,Goodbye..kelas habis tepat pukul 5..Aku, Lisa dan Yaya terus ambil lrt balik ke rumah..Sampai je rumah dengar housemate aku(Kak mar) dia ni sebilik dengan Kema menjerit jerit panggil nama Kema. Kitaorang meluru masuk bilik nak tengok apa yang dah jadi. Ya allah. Masa ni aku tengok Kema dah terbaring dengan mata terbeliak. Mata putih je yang ada..”Kak mar kenapa ni”?aku tanya kak mar dengan keadaan panik. “Akak pon baru je sampai ni..akak masuk je bilik tengok Kema menggigil dengan mata terbeliak,akak ingat dia kena sawan tarik”..kata kak mar….”Sorang call warden suruh dia datang rumah sekarang jugak”. Kak Mar bersuara…

Warden datang dengan tiga orang lelaki..salah seorang darinya adalah ustaz manakala yang dua orang tu mungkin pembantu ustaz tersebut..Masa kejadian ustaz nak ubatkan Kema,warden tak bagi sesiapa pon tengok kecuali kak mar dan warden tu sendiri..(warden kami perempuan)

Aku skip masa ustaz tu ubatkan si Kema sebab aku pon tiada kat situ..yang aku dengar cuma suara Kema terjerit jerit sakit dan suara ustaz je..adalah dalam 20 minit ustaz ubatkan Kema dan alhamdulillah benda tu keluar..

Semua orang berkumpul dekat hall masa warden panggil..”Siapa yang lekat kertas 3 Segi di setiap penjuru rumah ni”tanya ustaz kepada kami. Kami masa tu pandang satu sama lain dengan muka blurrr..”Kamu tahu tak benda ni syirik”..kata ustaz lagi..”Patutlah benda tu suka kacau kamu sebab kamu dah perangkap dia dalam rumah ni tapi kamu tak layan dia..sebab tu dia gangu kamu”..tambah ustaz lagi..” Lepas ni jangan tampal apa apa kertas dalam rumah ni melainkan doa harian atau ayat ayat al quran” kata ustaz. Pembantu ustaz tanggalkan semua kertas tiga segi di setiap penjuru rumah. Bukan di luar sahaja tapi di dalam setiap bilik pon ada. Ustaz pon balik bawa kertas tu untuk dibakar katanya..

“Saya nak tanya semua yang ada di depan saya ni,saya harap dia mengaku..siapa yang tampal kertas tu?sebab rumah ini kamu semua penghuni baru. Sebelum kamu masuk kami dah bersihkan rumah ini. Dinding ini pon baru di cat jadi jangan cakap kertas ni dah lama ditampal sebelum kamu masuk”..marah warden kepada kami. Senyap, tiada seorang pon diantara kami yang mengaku..”Baiklah kalau kamu taknak mengaku takpe,nanti saya suruh ustaz tengok siapa punya kerja..okay saya balik dulu”..kata warden…

Warden pon balik sebab tiada sorang pon nak mengaku…Kami satu rumah pon berbincang pasal kes tu tapi jawapan tetap sama,semua tak buat..okayyyy(manusia kalau korek hidung masuk mulut mana nak mengaku kan)..

Seminggu lepas kejadian kena ganggu tu,rumah kitaorang aman tapi pelik dengan perangai seorang roomate aku ni,kecik namanya(orang pahang..koi,aok)..Dia pergi class sorang memang taknak tunggu geng dia lagi 2 orang kat rumah tu..Bila time geng dia dalam rumah tu masak,makan aku tengok dia x join juga..Aku ada la tanya salah sorang geng dia yang rapat ni kenapa dengan kecik tu,dia cakap kecik ada masalah keluarga je..and aku pon percaya la..lagipon aku dengan kecik ni boleh dikatakan rapat jugak sebab aku dengan kecik ni duduk sebilik..

Kecoh dalam kelas pasal kes rumah aku kena ganggu padahal dah nak dekat 2 minggu dah berlalu..rupanya geng kecik tu jugak yang menyebarkan cerita tu satu kelas sampai bila si Kema ni masuk je tak sempat nak duduk dorang semua serbu Kema nak tanya nampak apa dalam rumah..Sambil Kema tengah cerita tu,Madam pon masuk kelas..

Yaya :weh perasan tak kecik tak datang..

Lisa  :Yelah kecik takde,tapi pagi tadi aku nampak dia keluar rumah sorang..Geng dia arini pergi kelas awal tak tunggu dia..

Aku&Kema :Owhh….


Waktu Lunch Pukul 1

Geng kecik ni ada 2 orang..aku panggil dorang Syu dengan Ton je..Dorang datang dekat kat kami(Aku,Lisa,Kema,Yaya)..”Sebenarnya aku nak bagitahu pasal kertas tu..Korang mesti tak percaya..kertas tu kecik yang bawa masa awal kita semua masuk rumah tu..and kitaorang yang tolong dia tampal dekat setiap penjuru umah termasuk bilik”..Syu bersuara…Masa ni dalam hati aku perghh rasa macam nak maki(teringat pulak kes aku kena kacau sampai angin ribut dalam rumah) tapi aku cool je tunggu penjelasan diorang..”Mula tu kecik cakap kertas ni ayah dia yang bagi masa diorang baru sampai rumah tu dan ayah dia dah siap pagar rumah tu dari sebarang anasir luar”..tambah Ton lagi..”kitaorang percaya la ingat benda ni betul dan masa tu kitaorang tak fikir panjang,kitaorang mintak maaf”..syu cuba jelaskan lagi…

“Aku dah suruh kecik mengaku tapi dia tak nak..dia marah cakap dia tak buat salah..dia cuma nak tolong kita semua tapi lain pulak jadinya”..kata Syu..”Tolong kita semua sampai aku dengan Kema kena kacau??Ustaz pon cakap benda tu syirik..Korang dengar kan apa ustaz cakap,kita buat ‘benda’ tu terperangkap dalam rumah kita..Korang tak kena macam aku kena”..ujarku sambil menagis(sebenarnya aku takut sebab aku tak pernah ada pengalaman macam ni)..

Dalam bilik aku tengok kecik biasa je langsung tiada perasaan bersalah..makan maggi sambil dengar lagu..semua orang dalam bilik pon dia dah tak tegur termasuk aku..kira dalam hal ni bukan 1 rumah pulaukan kecik tapi dia sendiri yang menjauhkan diri dia dari semua orang..Aku pernah la senyum dekat dia tapi dia balas dengan jelingan je..Macam Kak Mar(budak bilik depan)tegur kecik masa kat dapur pon kecik buat tak tahu je..Tak lama lepastu kitaorang dengar cerita kecik nak berhenti study..Last day dia dalam rumah pon dia masih mengelak lagi dengan semua orang..Dia keluar dari rumah awal pagi subuh sebab Si Syu ni nampak dia bawak keluar barang dia..

Cerita 3

Dah nak dekat setahun duduk rumah tu sejak kecik keluar belum pernah jadi apa apa lagi sampailah Lisa pula yang kena ganggu..Cuti hari Krismas(Cuti 2 minggu)
Masa ini semua orang ambil keputusan nak balik kampung termasuk aku(Rindu masak lomak cili api mak aku)..Lepas habis kelas pukul 5ptg aku naik KTM balik seremban,Kema pula ambil bas balik sabak bernam,Yaya ambil bas balik Bahau dan tinggal la Lisa sorang je yang balik rumah sebab tiket bas dia pukul 1.30 pagi(Balik Aloq Staq)..

Pukul 11 malam Lisa siap barang dia semua sambil tunggu BF dia datang ambil pergi makan dulu then baru gerak pergi Puduraya..Lisa time tu tengah bersiap tiba tiba dengar bunyi flush jamban dari toilet luar(kes sama macam yang Kema dengar masa part 1)…Dalam hati Lisa ni dah tak sesedap tadi..’Kriukkkk’ bunyi pintu toilet terbukak dan ‘Bammmmm’ pintu toilet dihempaskan..Lisa call BF dia suruh datang cepat sikit tapi masa ni coverage hilang(No signal)..Dia terus ambil kunci meluru keluar dari rumah masa sampai part nak bukak gate rumah tu adalah benda berterbangan bertenggek dekat atas bumbung rumah tingkat 25 tengah menghadap muka Lisa(tempat bertenggek tu adalah tangki air)Lisa terus menjerit sambil menangis benda tu masih duduk di situ..Dari penjelasan Lisa benda tu besar sangat,hitam dan mata dia berwarna merah..Zupppppp benda tu hilang sepantas kilat dari pandangan mata Lisa..Masa ini Lisa dibantu oleh guard untuk bawak dia turun kebawah dan masa cuti dikampung dia demam seminggu..

Sampai sekarang aku masih terfikir gangguan yang kami kena ni ada kena mengena dengan kertas 3 segi yang dibawa oleh kecik atau rumah tu memang ada penunggunya..Sampai hari ini kami percaya ‘benda’ tu akan suka ganggu bila kita kita tinggal berseorangan je..Nasib la takde kes pelajar maut terjun tingkat 24 ke sebab bagi aku kondo ni memang seram dan tak sesuai langsung untuk dijadikan hostel..

Sampai sini je cerita aku pasal.TQ sebab sudi baca. #ApartmentWangsaMaju

Ex Student SEgiKL
Rumah tingkat 24

29 thoughts on “#KondoPandanIndah”

  1. Ingtkn kondo dpan hospital ampang..dlu ada blajar kt kolej..pn sama kena ganggu..”benda” tu tindih sy msa sy tido..rasa mcm dh ujung nyawa dh..nk buka mata x bole..mcm digam..cuba skuat ati bca zikir..sy paksa n try cuba gk..nasib “benda” tu lpaskn..sbb btul2 rasa kt ujung nyawa msa tu..rupanya..ada kwan yg bole lihat benda halus..”benda” tu marah sbb kita msuk rumah dia..nasibla benda tu cuma ganggu sy skli jer..pastu letak yassin bwah bantal..

    Reply
  2. salam,nk cerita juga ni..dulu masa study kt kl stay kt kondo tu jugak tingkat 22,kawan 1 bilik tu asyik kne histeria je..prnah skali tu berangkai2 smpai 5 org kena skali…pas tu x lama kne pindah ke wangsa maju n junior pulak stay situ…

    Reply
  3. Mengikut pengetahuan saya kertas tiga segi memang pendinding tapi syirik la….benda yang ganggu dia tu bukan dia datang tapi dia memang tinggal kat dalam tu….sepatutnya sebelum letak pendinding perlu lakukan proses pembersihan mengikut islam…

    Reply

Leave a Comment