Korban Hantu Air

Assalamualaikum dan hai pembaca FS.
Pertama sekali terima kasih admin kalau publishkan cerita aku ni. Dah lama jadi silent reader kat page ni sebenarnya. So, tergerak hari lah nak share jugak pengalaman sendiri sejak kanak-kanak ribena sampai sekarang ni. Hehe

Perkenalkan diri aku sebagai Alin, terang-terang lah aku ni girl kn.. hihi.. Umur 23 tahun, belum kawen dan masih lagi belajar kat salah satu IPTA di Utagha. Banyak kejadian pelik yang aku alami sejak kecil sampai lah zaman aku tengah belajar ni. First of all, jangan expect cerita aku ni best ke haper. Aku just nak share apa yang penah aku lalui termasuk pengalaman kawan-kawan aku yg rapat dengan aku.
Sebut pasal kawan rapat ni, okehh lets start with my childhood story.

Masa zaman kanak-kanak dulu, aku ni berkawan dengan 5 orang ni jer. Aku perkenalkan, kami berenam iaitu 3 lelaki dan 3 perempuan terdiri daripada Aku, Isa, Yati, Epul,Soleh dan Emy (al-fatihah untuk arwah.

Yess story ni aku nk tulis pasal arwah ni) memang kamceng giler, main sama-sama jer selalu. Pendek kata dari main pondok-pondok, main kawen-kawen, lastik burung, ting-ting sume kitorang redah jer. Haha indahnya kenangan zaman budak-budak hingusan. Kitorang ni plak lebih kurang jer umur, pendek kata sama baya. Kalu beza pun setahun jer. So no hal nak kawan-kawan zaman ribena ni. haha
Buat pengetahuan korang, kampung aku ni sebuah kawasan Felda terletak di Kelantan. So, bila dah kampung confirm korang boleh imagine kan suasana dia macam mana. Ladang kelapa sawit yang luas, sungai, air terjun dan hutan tuh kira benda basic la.

Short to the story, kalau tak lupa kejadian ni berlaku masa tahun 2002. Dah lama sangat. Aku time tuh darjah 2 . suatu hari ni masa kitorang tengah main hide and seek macam selalu, tetiba Emy ajak kitorang pergi mandi sungai esoknya. Macam aku cakap, kampung aku ni ada sungai. Tp guys, sungai yg Emy ajak pergi ni sungai yg agak besar dan jarang orang pergi. Sebab kedudukan dia pom jauh terletak dalam ladang sawit, then kena lalui kebun getah plak. Jauh siottt nak jalan kaki oii. So kami yang gegirl ni tarik diri tak mahu ikot, alasan takot mak-mak menginga kat rumah. Haha. Tinggallah diorang bertiga yang jantan-jantan jer nk pergi.

Petang hide and seek pom berlalu dengan kami masing-masing balik ke rumah. Esoknya macam dah plan, diorang bertiga pun pergilah ke sungai berkenaan. Yess, sungai tuh cantik sangat guys. Biasalah sungai yang masih kehijauan, air yang sejuk dan seolah-olah bertingkat macam air terjun memang tak puas lah kalau mandi situ. Ikan plak banyak kejap-kejap timbul, besar-besar plak tuh.
Macam yang dirancang, mereka sampai jugak akhirnya kat sungai tuh. Apalagi excited giler la budak-budak ni tambah-tambah si Emy. Korang nk tahu, Emy ni punya excited sampai tak sempat-sempat bukak baju terus dummm terjun dalam air.

Epul dan Soleh plak terkulat-kulat tengah bukak baju terus hairan Emy ni terjun tapi tak timbul-timbul. Ala biasakan kalau kita terjun dalam air beberapa saat jer terus kita timbul balik kan. Tapi tidak terjadi pada Emy. Soleh dan Epul plak dah dupdapdupdap tunggu Emy timbul balik. Dalam masa seminit jugaklah, kemudiannya Emy timbul.

Guys, very surprised !. bila Epul dan Soleh tanya kenapa menyelam lama sangat, air dalam kah ?. guest what ?. si Emy terus jawab dia berjumpa dengan seorang perempuan cantik dalam air tuh. Perempuan tuh pakai baju cantik warna merah macam puteri. Emy cakap, masa jumpa puteri tuh dia diajak makan. Terus dihidangkan nasik dan air susu. Katanya makanan tuh sedap sangat. Then puteri suruh Emy naik ke darat untuk jemput Epul dan Soleh sekali makan. Apalagi terkejut la diorang berdua tuh. Emy beria-ia ajak diorang turun sekali, katanya puteri tengah menunggu. Puas diajak tetapi Soleh dan Epul masing-masing enggan terjun ke sungai tuh.

Guys, mungkin itulah hayat terakhir Emy. Kerana happy sangat dapat makan dengan puteri, sekali lagi dia terjun meninggalkan Soleh dan Epul. Mesti korang dh jangka kan apa terjadi lepas tuh . Yess, Emy terjun tak timbul-timbul lagi. Puas Epul dan Soleh memanggil-manggil Emy. Masa terus berlalu tapi Emy tetap tidak timbul-timbul. Korang bayangkanlah masa tuh kami dalam umo 8, 9 tahun. Apa jer mampu kanak-kanak baya kami buat untuk tolong Emy. Maksod aku, Epul dan Soleh tuh x berani nak turun menyelam mencari Emy. Yang mampu diorang buat hanyalah terjerit-jerit panggil nama Emy kat atas tebing jer.

Dalam keadaan menangis. Soleh dan Epul terus balik dan menuju kerumah Emy. Kedua ibubapa Emy dimaklumkan. Diorang berdua teresak-esak menangis. Apalagi meraunglah mak Emy memikirkan bukan-bukan dah berlaku. Petang tuh jugak lah, satu kampung anak-anak jantan remaja dan pakcik-pakcik dikerah mencari Emy disungai. Namun apakan daya, jasad tidak ditemui. Malam itu, laporan polis telah dibuat dan pasukan penyelamat telah dimaklumkan untuk meneruskan operasi mencari Emy keesokkannya.

Esoknya, kumpulan besar-besaran kembali ke sungai itu. Ada kumpulan diarahkan mencari diatas darat sekitar sungai. Ada juga kumpulan yang pandai berenang terjun mencari didasar sungai. Buat pengetahuan semua, sememangnya sungai ini agak dalam bagi kanak-kanak seperti kami. Mesti korang tertanya-tanya apa yang kami berlima kawan rapat Emy ni buat kn. Hmm dh sah-sahlah bila kejadian ni berlaku kami kena marah kaw-kaw dgn parents kami. Dan kami dilarang keras sekaligus dikuarantinkan daripada ikut kumpulan operasi ke sungai. Apa yang buat aku, Isa dan Yati ni tambah terkejut, rupa-rupanya diorang geng mandi sungai ni langsung tak mintak kebenaran parents diorang nak ke sungai tuh. Allahu …

Berkat doa dan usaha kumpulan pencari, akhirnya jasad Emy yang dah tak bernyawa dijumpa didasar sungai. Itupun sebab tersangkut dengan kaki salah seorang orang kampung yang ikut menyelam mencarinya. Bila dibawa ke atas darat, jasad sudah kaku, pucat dan kesejukkan. Perut arwah jugak kelihatan sedikit buncit mungkin kerana banyak tertelan air. Mayat dibawa ke hospital untuk dibedahsiasat. What so surprised again ??. guys, hasil bedah siasat mendapati, selaian dipenuhi air dalam perut arwah terdapat cacing tanah dan dipenuhi telur semut yang memutih. Allahurabbi. Mungkin inilah yang dimaksudkan oleh arwah makanan berupa nasi dan susu yang dihudangkan oleh puteri..

Dengan kematian arwah Emy, geng-geng kami dah tak berani nak buat benda-benda nakal tanpa pengetahuan parents kami. Hehe… Eh, copss mesti korang tanya, macam mana aku boleh tahu Emy jumpa puteri tuh sedangkan aku tak ikut diorang mandi sungai kan ?. hmm lepas berkabung dekat seminggu kitorang tak keluar bermain sama-sama, barulah kitorang jumpa balik kumpul lagi. Time tuh lah Epul dan Soleh cerita kat kami geng perempuan ni. Serius sedihh gilerr beb hilang kawan dalam keadaan macam ni.

Mengikut cerita orang kampung, mungkin puteri yang dijumpai oleh arwah itu adalah jelmaan hantu air ataupun penunggu disungai itu. Sebab kadang-kadang bila ada kaki pancing ke sungai tuh, sesekali mereka akan ternampak seekor ikan yang agak besar sebesar manusia timbul memunculkan diri dipermukaan air. Sisik ikan berkenaan keseluruhan berwarna hitam pekat dan berkilau-kilau. Selepas kejadian arwah, beberapa kes m**i lemas masih berlaku di sungai itu. Tapi memakan masa selang tahun yang agak lama. Kata orang kampung, penunggu sungai itu menagih korban. Korban apa itu aku tak pasti.

Wallahualam. Masa terus berlalu, sekarang dah 2017 pun masih ramai yang tidak berani mandi manda ke sungai tuh. Kalau ada yang pergi pun dalam kumpulan yang ramai-ramai dan tidak akan ada yang berani bermain di tempat arwah-arwah menjadi korban.

Sekian saja, sharing pengalaman aku untuk kali ni, next episod aku akan share banyak lagi kisah-kisah yang terjadi kat diri aku plak. Tq guys sudi baca. Maaf lah kalau tulisan aku berterabur dan bahasa agak lost. Apa-apa komen untuk penambahbaikan amat dialu-alukan. Terima kasih semua .

#Cik_Alin

#Cik_Alin

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 4 Average: 5]

8 thoughts on “Korban Hantu Air”

  1. kesian arwah emy. agaknya kali kedua br sedar tak wujud pun perempuan cantik ajak mkn tu , tapi terus terus tenggelam lemas. Allah je yg tahu mcmn emy struggle dlm air tu agknya :'(

    Reply
  2. Ajal Emy dh tertulis.. xnyempat2 dah dia nk bukak baju.. excited sgt nk terjun sungai.. Al fatihah utk arwah.. Tp baca crite ko ni mcm baca crite seram dr Eric Deco2.. 😀

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.