Ku Perlu Darahmu

Asalamualaikum firstly aku baru je jinak-jinak baca FS ni,tapi hati aku terdetik nak jugak kongsi cerita aku, dan aku berterima kasih kalau admin post citer aku ni. Ok citer ni berlaku masa aku form 1 means dalam tahun 2011 macam tu. Masa tu aku baru masuk form 1. Aku kalau ikutkan hati taknak pon duduk asrama tapi mak ayah aku paksa jugak duduk asrama,sekolah aku ni kat sebelah utaqa sana naaa..

Ok dipendekkan cerita, setahu aku kat sebelah rumah aku memang ada seorang pengamal ilmu hitam tapi sekitar tahun 2008 dia dah berpindah tinggal kat kampung sebelah, aku tak pasti kenapa tapi dia memang tak sukakan keluarga aku. Mungkin sebab ayah aku ni pandai sikit hal agama. Masa hari pertama aku masuk asrama, parents aku yang hantarkan aku sampai dalam bilik. Mula-mula hari pertama masih ok lagi. Aku suai kenal dengan kawan-kawan. Malam tu kite orang belom ada apa-apa aktiviti sebab senior nak kami semua istirehat.

Esoknya kite orang ada buat ice breaking. Petang tu dalam jam 6 petang aku dah rasa tak sedap ye lah aku ni kan mudah nampak sikit, tapi tak sangat mungkin Allah bagi kelebihan ni kat aku untuk aku berhati-hati. Masa aku lepas mandi aku tengah keringkan rambut kat tepi tingkap tiba-tiba datang seekor burung gagak kat tingkap bunyi bising. Ape lagi menjerit la aku,memang bising sangat-sangat halau pon dia masih kat situ lagi. Mata dia memang merah, warna bulu dia memang gelap gila. Aku dah merinding bulu roma.

Senior dalam bilik suruh tutup tingkap, aku tutup je ikot arahan. Lepas tu kite orang nak turun makan dorang suruh bawak telekung sekali sebab nak solat. Masa tengah nak pergi makan tu aku tengok la kat langit serious aku tengok langit memang scary gile, dengan gelap awal berkepul-kepul macam nak bagi amaran yang sesuatu akan berlaku. Aku tanya kawan aku nak hujan ke, die gelak cakap aku rabun terang-terang cerah nak hujan ape. Aku diam ja. Ok lepas makan solat semua, kite orang pergi dewan sebab ada orientasi memang kite orang kena ragging gila-gila dengan senior sampai sembab mata aku menangis siap tunjuk video seksaan dalam kubur bagai. Aku memang dah lemah badan sebab menangis sampai rasa nak demam.

Lepas tu dalam pukul 10.30 kite orang dibenarkan balik, lepastu kawan aku cakap dia tertinggal telekung kat surau so tinggallah aku naik tangga sorang-sorang sebab budak-budak lain kebanyakanya duduk tingkat bawah. By the way asrama aku ni 4 tingkat aku tingkat paling atas, tapi masa aku nak naik tangga tu aku terbau wangi sangat-sangat aku tak pernah bau benda sewangi tu. Aku tengok belakang tiada sesiapa. Pastu aku naik tangga buat tak tahu je mane tahu dorang basuh baju pakai downy or softlan. Lepas tu aku naik tangga, aku berjalan aku rasa macam ade orang ikut jejak aku aku setapak die setapak macam berturut-turut. Aku berhenti dia berhenti, aku da merinding bulu roma, terus aku lari masuk bilik tercungap-cungap.

Senior tanya aku kenapa, aku cakap takda apa. Lepas tu dalam pukul 12 lebih semua orang dah tidur, aku masa tu baru lepas pakai losyen pun nak tidur. Masa nak lelapkan mata tu aku dengar macam ade orang tengah basuh baju dalam bilik air. Aku tengok semua orang semua ada ja, aku fikir positif mungkin bilik sebelah sebab bilik air kite orang berkongsi, tapi kenapa cuci baju jam 12?? Aku dah fikir bebukan tapi aku kuatkan hati jugak fikir positif. Pastu dengar orang mandi boleh katakan semua bilik mandi kat situ semua air dia bukak, memang berturut-turut. Aku dengar tapu aku pejam mata sambil dalam hati sebut nama ayah aku, sebab ayah aku kata kalau takut sebut nama dia, dia akan pagar aku.

Lepas tu aku dengar orang tutup pintu kuat sangat-sangat sampai aku tersentak hampir menjerit jantung aku dah berdegup kencang. Aku paksa diri untuk tidur last-last bunyi tu semua hilang macam tu jaa. Masa aku tidur aku rasa macam badan aku terhimpit, aku sesak nafas aku bukak mata Allah!!!!!! Ada benda hitam atas aku mata merah pakai kopiah muka sebijik macam jiran aku, muka dia memang seram gila dengan mata dia yang terjegil mulut aku terkunci lidah jadi keras. Dia berbisik kat aku, “KU PERLU DARAHMUU. KU PERLU DARAHHMUUUU”. Aku dah nak menangis masa tu aku pejam mata aku baca ayat qursi aku amek bantal aku tolak ‘dia’ terus dia hilang. Aku kejut kawan aku tapi sorang pon tak bangun, bayangkan aku tengok kat mana-mana ja dia ada kat hujung katil, kat almari sampaikan aku pejam mata aku boleh dengar tawa dia mengejek aku.

Kawan-kawan aku pulak seolah-olah dah terkunci aku kejut taknak bangun. Last-last aku amek keputusan aku nak call ayah aku. Aku bukak pintu lari turun bawah, aku cuba nak dail nombor ayah tapi jari aku jadi keras. Lepas tu aku nampak dia berdiri kat depan bilik warden sambil mengesot datang kat aku. Aku jerit terus lari naik atas, aku tersadung, tapi alhamdulilah aku tak luka apa-apa benda tu pon takdak tapi aku bau wangi. Aku tengok kat balkoni, ada seorang perempuan muka macam aku tenung aku. Aku menangis sebab aku tak boleh gerak aku merayu tolong aku jangan kacau aku. Dia senyum lepas tu ghaib. Lepas tu kaki aku dah boleh gerak aku lari naik bilik aku masuk kawan aku bangun tanya aku pergi mana. Aku menangis kat bahu dia, lepas tu dia tenangkan aku suruh aku tidur sambil berzikir n bacakan ayat qursi.

Alhamdulilah aku tidur tenang tanpa gangguan. Esoknya aku call ayah aku suruh datang asrama ayah aku datang, buatkan aku air untuk pulih semangat aku. Lepas tu ayah mintak kebenaran warden bawak aku balik. Masa kat dalam kereta aku kat belakang sorang-sorang aku nampak lagi perempuan yang wajah sebijik aku,aku terkejut aku terjerit. Ayah suruh aku tenang, ayah kata dia takkan kacau aku. Ayah aku cuma suruh aku baca ayat qursi 3 kali hembus kat perempuan tu. Aku baca lepas tu dia nangis dan terus ghaib. Esoknya ayah bawak aku gi jumpa ustaz untuk tengokkan aku. Aku diruqyah kan, dia kata aku ni memang mudah nampak tapi tak semua bila aku takut aku jadi mudah nampak. Ustaz tu kata jin yang menindih mintak darah aku tu adalah penunggu asrama.

Dia menyerupai jiran aku sebab kerana ayah aku kan tak berapa baik dengan jiran aku so dia nak kite orang fikir dia tu adalah jin yang dihantar jiran aku bukan penunggu asrama. Dia kacau aku sebab aku ni ada pendamping. Pendamping aku ni selalu menjaga aku daripada kena perbuatan ilmu sihir atau ilmu hitam. Dia rasa tercabar sebab tu dia kacau aku, perempuan yang menyerupai aku tu lah pendamping aku. Ayah aku tanya sejak bila pendamping tu datang. Ustaz tu kata sejak aku darjah 5 lagi, dia melekat pada aku masa aku camping kat gunung jerai. Dia tu jin baik dia takkan sesatkan aku, dia cuma nak menumpang pada tubuh aku, tapi ayah aku mintak untuk buang dia sebab taknak aku menyekutukan Allah.

Masa nak buang tu aku nampak dia kat hujung pintu rumah ustaz tu, tengok aku sayu ja, tak bersuara, aku pon sedih. Ustaz kata jangan terhasut, dia suruh aku baca ayat qursi hembus niat hembus pada dia. Lepas dah baca dia menoleh belakang lalu ghaib. Alhamdulillah selesai. Penunggu asrama pon dah selesai bila mana cikgu dan ustaz tu pergi buang dia kat pokok belakang asrama aku. Tapi aku memang tak duduk asrama sebab aku dah serik. So pengajarannya, janganlah terlampau taksub dengan kebolehan yang kita ada, jangan menyekutukan Allah, ingatlah allah selalu memerhatikan tingkah laku kita. Yakinlah selain kita ada lagi yang hidup di muka bumi ni, Assalamualaikum.

8 thoughts on “Ku Perlu Darahmu”

  1. Amboooiiii..
    X baek tau penunggu tu…
    Slumber jer menyamar nk buat fitnah menuduh2 utk memecahbelahkan sesama manusia…
    Dasar setan bajingan…

    Reply
  2. “sebab ayah aku kata kalau takut sebut nama dia, dia akan pagar aku.”
    Aataghfirullah sebut Allah bebanyak dik oi, bkn ayah.

    Reply

Leave a Comment