Terima kasih buat FS kerna approve cerita aku. Kisah ini tentang sebuah rumahtangga bahagia namun si isteri yang cemburu buta telah menyihir suaminya sendiri dengan bernekad mengambil pendamping sebagai penyelamat hubungan rumahtangga mereka. adakah selamat? jom baca!!!
“Tidak lama kau dah nak kahwin Sara. Papa harap Sara jadi bini yang soleha. Jaga suami jaga tingkah laku sebagai seorang isteri. Solat jangan ditingalkan.” Kata Papa kepada ku. Aku hanya tunduk saja. Ya betul tinggal berapa hari lagi aku akan bergelar isteri kepada lelaki yang aku cintai iaitu Rizal.
Percintaan kami sudah mencecah 20tahun baru namun sekarang kami berkahwin. Ini semua Kerna Rizal menunggu ku tamat pengajian di luar negara. Aku tidak tahu kenapa hati ku tidak tertarik sama sekali dengan Rizal tidak seperti dulu. aku selalu memikirkan Rizal curang dengan ku. Mana mungkin dia sanggup menunggu ku sampai 20tahun lamanya. Hmm mungkin juga takdir. aku jadi keliru dengan perasaan ku saat ini.
Hari yang dinantikan telah tiba. Hari ini aku sah menjadi isteri kepada Mohd.Rizal bin Riduan. Aku diberi sebuah mobil sebagai hadiah perkahwinan ku dengan Rizal dari papa ku dan sebuah rumah banglo milik keluarga Rizal diberi kepada kami berdua. Satu permulaan hidup bagi kami berdua yang baru bergelar suami isteri.
Rizal meminta cuti selama 1bulan kerna ingin berbulan madu dengan ku, tapi aku menolak dan memberi seribu satu alasan. ku katakan lagi cukup lah selama 1minggu 3hari dan juga aku telah memilih tempat ku berbulan madu iaitu di rumah baru kami yang dihadiahkan oleh Mama sama Papa Rizal kepada kami berdua. Rizal akur dengan permintaan ku. Aku semakin pelik. setiap apa yang aku katakan pasti Rizal turutkan saja. Lansung tiada bantahan dari suami ku ini. semakin aku mengesyaki bahawa Rizal ada simpanan lain.
Setiap malam, selepas pulang dari tempat kerja, aku pasti akan mengecek handphone Rizal. Aku takut, suami ku berSMS dengan orang lain. Namun semua ku lihat hanya berkaitan dengan kerja dan juga SMS dari aku.
Aku lansung tidak puas hati dengan semua itu. sampailah satu hari aku bertekad ingin menyihir suami ku sendiri agar dia akan mendengar segala kata kata ku dan akan tunduk kepada ku.
Pada masa itu aku lansung tidak pikir tentang syirik. Aku dikuasai cemburu buta yang teramat sangat. Aku pergi berjumpa dukun Tok Merah. Aku memberitahu Tok Merah tentang hajat ku. Tok Merah menyarankan ku agar aku mempunyai pendamping. Aku lalu mengambil pendamping tersebut tanpa berpikir panjang.
Tok Merah menjelaskan bagaimana hendak menjaga pendamping tersebut. Segala apa yang Tok Merah perkatakan aku hanya menganguk. Selesai saja ku berikan Sampul surat berwarna perang berisi wang 50 sebanyak 100keping. Wang pada ku boleh saja dicari. Namun jika suami ku curang aku pasti menyesal seumur hidup. aku tidak ingin itu berlaku. sama sekali tidak ingin.
Sebulan sudah aku mempunyai pendamping, segala peraturan dan pantang larang aku masih ingat siap aku tulis didalam nota kecil lalu ku simpan diatas almari pakaian kami.
Perubahan ketara pada Rizal sudah mulai tampak. Semakin hari Rizal semakin sayang kepada ku. Apa saja aku minta pasti dipenuhi. aku tahu usaha ku berhasil. tidak sia sia aku pergi berjumpa Tok Merah tempoh hari.
Setahun lebih sudah perkahwinan kami, aku disahkan mengandung. Aku sangatlah bahagia kerna bakal menimang cahaya mata. Kandungan ku disahkan berumur 3bulan. Aku memberitahu Rizal tentang kehamilan ku. Rizal tidak memberi ku bekerja lagi walaupun didalam syarikat Ayah ku sendiri. dia takut terjadi apa apa pada anak pertamanya itu. Aku angkur dengan permintaan Rizal.
Selama aku mengandung, Rizal melayani aku dengan cukup baik. segala kerja rumahtangga Rizal kerjakan sampai lah dia menemukan seorang pembantu rumah iaitu bibik Rina. Aku melihat kesungguhan Rizal menyayangiku. disana barulah aku sedar bahawa suamiku benar benar sayang kepada ku. tanpa menggunakan sihir pun suami ku tetap sayang kepada ku. Aku menyesal kerna pernah menyihirkan suami ku.
Aku bertekad untuk membuang pendamping ku. Aku mencari dimana aku meletakan tangkal yang tempoh hari diberi Tok Merah kepada ku. Aku menemui tangkal tersebut lalu aku membakar tangkal tersebut lalu ku tanam abu abu dari tangkal tersebut dibelakang rumah. sebagai peringtan diatas tanah tempat ku menanam tangkal tersebut aku letakan pasu bunga Rose.
Aku berdoa agar pendamping yang pernah aku pinta pada Tok Merah tempoh hari telah tiada lagi. Aku benar benar ingin bertaubat dan tidak ingin menyekutukan Allah dan mempertuhan syaitan yang menyesatkan manusia. Tapi itu hanya apa yang ku pikirkan. Adakah pendamping tersebut telah hilang? ataukah ini satu permulaan dalam kehidupan aku. nantikan yang ke-2 KU SIHIR SUAMIKU SENDIRI!!!
Assalamualaikum,
(Dari : A.S)
Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Tak best. Tak yah sambung
jgn ah ckp gitu . x baek la .
tak best. bosan. xyah sambung
apa benda lahhhhhh…..xbest lgsg…..
Ya Allah tergamaknya seorang isteri menyihir suami sendiri sebab cemburu buta! Mls nk ckp byk. Ni dah taubat belom? ? Semoga Allah mengampuni si isteri dan memberkati kehidupan kalian.
kenapa sebok sangat
biar lahh kalau penulis nk smbung story
Up cite ko plak, nk bace best ke tak..asyik nk judge org je kau ni..biar la dia nk smbung ke x..tak best x yah bace..jibake..
Hmmm please jangan sambung. Tak best
Macam kopi pes cerita Indonesia jer? Ke penulis ni memang orang Indonesia? Konpius jap.
sambung je..nak tau gak apa jadi kat penulis….biar jadi teladan pd isteri2 yg suka sihir suami ni…
buat cerita sendiri la then org nilai cerita kau pulak best ke tak.. taw nak kondem je..
20 TAHUN??? KAU BENCINTA DR KECIK KE?
Ni mesti family kenal dh lame then diorg kwn dr kecik…
Tapi advance gak tu umur 6-7 tahun dh pandai cintan cintun…
tak ada hati tapi takut suami curang? ke aku yang x faham?
nk cerita yang jadi terkini ..tp mcm old version je..
Sambung , yg tak nak baca tak perlu baca .
tapi lamanya bercinta 20tahun. kalau dah anak dah masuk UITM dah. hmm
Ape ar motif dok sihir suami tu…
Suami ko yg setia nk tggu 20tahun…
Suami ko yg bersungguh nk cuti sebulab utk honeymoon…
Suami ko yg baik turutkan semua cakap ko…
Suami ko yg setia di samping ko…
Pastu ko plak yg sebenornye makin tawar hati…
Ko yg bg alasan xnak honeymoon…
Tapi udahnye ko plak yg mandremkan suami tu…
Kompius banget lhooorrr…
Papepon, nnt smbg detail lg kesan dan akibat selepasnye tu…
Kandungan tu selamat tak…???
Nk tau gak…
Dia kata ni cerita dia. Benar ke rekaan dia tak kata pun.. Nak semua cerita best susah laaa. Hidup kita pun bukan semua dramatik. Sambung je penulis..
banyak sgt tgk dvd ni…
kau main-main ya tulis macam ni.
kau tak ingat perjanjian kita?
kau bakar rumah aku..
akan ku tuntut darimu
Errrkkkkk…
Apekah????
Seruan dari tangkal!!!
Hahahhahahahahha dh mcm drama indon le pulak..
minta sambungan nt gantikan bibik Rina tu dgn oma berta la..
sebb nmpak bibik rina cm xde skrip je dlm cite ko..skrgnye2 oma berta mata dia leh tuko warne merah pastu ckp “tatap mata gueee”
pehh drama tv ke apa ni?
Sambung aje je la . Nak tengok jugak penghujung nya macam mne. Penghujung tak best baru kondem. Wahahahaha
hambarrrr
Tgk tajuk mcm gempak sekali isi…layu beb..
Xpyh la nak berangan siri ke2 xdenye aku.nak approve..rekaan dgn benar lg best cerita benar .cerita ko ni rekaan je..xbest plak tu
tak baik ko ckp mcm tu admin… approve je la… kwn2 ofis saya semua tunggu kesudahan citer ni… apa la ko pilih kasih… dowhh….
kalo ikot aku ni nak jugak aku sihir laki aku.. baran cerewet wt aku mcm tunggul.. mcm tak wujud.. time die nak bermanja2 bleh je die usik2 aku.. aku lyn je.. tapi bile tang aku siap buat muka rentap tgn dia bila aku pegang.. kalo becakap gn aku tak sesudah tuduh aku ada jantan lain.. aku punya la stress bosan dok uma hadap dinding bleh plak tduh aku ada jantan.. basi mulut aku kt uma takda kwn borak.. smpi bila jumpa adik aku ke sesapa aku jd susa nk bercakap sb da biasa padahal dulu aku byk ckp.. tapi bila pk dosa tu takkan terampun kalo suami atau org yg kita naya tak ampunkan n membayangkan jadi hamba setan opkos la setan mesti akan usaha smpi aku jahanam.. tak sanggup.. jadi aku buat keputusan mohon cerai di mahkamah.. lantak ko la meroyan ke apa.. time aku syg ko tak hargai.. time aku nak pegi baru hegeh2.. pigidah
Nyesal bca.. ahhahahha..
bestnya dapat hadiah pekhawinan sebijik rumah banglo. haha.
~20 tahun dia tunggu? huuuu, satu dalam sejuta. haihh~ ?
Kejappp2.. ni tayangan ulangan ek.. dah penah bace kot..
Cume yg smbungan cm x smpai2 g..
#RindukakYulieLamamnyepipergikemane