Kuala Terengganu ke Melaka

Assalamualaikum semua, terlebih dahulu aku ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada admin fiksyen shasha kerana sudi menyiarkan kisah aku ni di page mereka…

Kisah yang aku ingin ceritakan ini adalah kisah benar yang berlaku kepada aku lebih kurang 3tahun lepas pada awal tahun 2017.

Aku dan kawan baik aku ada buka 1 kedai di mydin kuala terengganu. jadi sepanjang proses untuk setup kedai di kuala terengganu ni kami terpaksa le berulang alik dari melaka ke terengganu, boleh dikata kan hampir setiap hari kami akan ulang alik melaka ke kuala terengganu mengguna kan lebuhraya LPT2.

Sepanjang melalui LPT2 ni kami cukup tertarik dengan 1 perhentian yang ada di kawasan LPT2, kalau orang yang biasa menggunakan LPT2 ni memang tidak asing lagi dengan perhentian perasing. perhentian ni memang cantik, terletak jauh dari lebuhraya lpt2 ni. kalau kita susur nak ke hentian tu dari lebuhraya, kena ambil masa 2-3 minit juga le untuk sampai ke hentian tu.kalau kita lalu dari lebuhraya, sayup je mata memandang keindahan hentian perasing ni.

Aku dan kawan aku ni banyak kali nak singgah di hentian tu tapi niat kami tidak kesampaian disebab kan bila kami tiba saja di hentian tu, mesti dah lewat. so aku dgn kawan aku ni selalu le bergurau untuk masuk kehentian tu tapi kami tak jadi masuk dan terus meneruskan perjalanan.

Waktu di kuala terengganu, semasa sedang menunggu pekerja kemas barang2, kami berkenalan dengan seorang anggota polis yang berkhidmat di IPD kuala terengganu, kebetulan anggota tersebut orang melaka juga. jadi semakin rancak lah kami berborak sehingga lah termasuk kepada cerita mengenai perhentian perasing ni. anggota ni aku gelar awie, awie ada nasihat kan kami supaya tidak singgah dihentian perasing ni pada waktu malam, dia kata banyak kejadian aneh yang berlaku kat hentian tu bila menjelang malam. so kami ni macam tertarik juga le dengan cerita awie ni sebab hentian yang dia sebut ni adalah hentian yang memang kami idamkan untuk berhenti disitu.

Sehinggalah pada 1 hari tu, aku dan kawan aku ni serta seorang lagi rakan kami aku panggil mereka wan dan ayie jele, aku wan dan ayie sampai awal di kawasan hentian perasing tu dan kami ambil keputusan untuk singgah. itu lah kali pertama setelah berkali kali kami lalu di lpt2, kami singgah di hentian perasing. sumpah memang cantik sangat hentian tu, struktur bangunan dia memang cantik, luas sangat hentian ni kerana hentian ni menghubungkan 2 arah iaitu dari kuala terengganu ke kuala lumpur dan kuala lumpur ke kuala terengganu, senang cakap 2 hala kongsi 1 perhentian le.

Kedai dekat situ memang banyak tapi yang peliknya tiada 1 pun kedai yang buka, jadi kami singgah kesitu untuk berehat dan melepaskan hajat je le. tandas tak usah cakap le, memang luas betul, bersih pun bersih. kami pun cop la bilik tandas ni sorang 1, maklumlah banyak tandas dan cuma kami bertiga sahaja yang ada di hentian tu. jadi kami pun melepaskan hajat masing2.

Waktu masing2 tengah leka melepaskan hajat masing2 tiba2 terdengar bunyi air pancuran dari bilik air seolah2 ada orang sedang mandi dan disertai dengan bau sabun sekali. so aku fikir ada orang lain yang singgah dikawasan tu untuk mandi, maknanya bukan kami je yang ada. selesai membuang hajat, kami pun berjalan ke parkir kereta, yang peliknya hanya kereta kami je yang ada disitu, mungkin orang yang mandi tu parking kereta di sebelah haluan kuala terengganu ke kuala lumpur. jadi kami bertiga pun pergi lah ke parkir disebelah sana. Pelik memang tiada kereta lain, jadi untuk pasti kan memang ada orang mandi dibilik air, kami bertiga pun pergi periksa 1 per 1 bilik air yang ada. yang bertambah pelik, bilik air semua kosong dan kering seperti dah lama orang tak guna. so kami pun malas nak fikir kan apa yang berlaku, kami teruskan perjalanan ke kuala terengganu.

Mulai dari hari tu kami tidak pernah singgah lagi di hentian tersebut, tapi selalu lah kami bergurau hendak masuk ke susur hentian tu, tapi tak jadi, kami terus kan perjalan.

sehingga lah pada hari pembukaan kedai kami, malam tu kami konvoi, aku bawa hilux bersama 1 perkeja wanita, Wan bawa syarex bersama beberapa pekerja dan keluarga dia, driver pertama kami zul bawa van dan driver ke 2 tony bawa lori. waktu masuk ke lpt2 dari gambang, kami berpecah, wan jalan dulu sebab dia tak bawa barang, aku yang kedua sebab x boleh laju sangat, belakang kereta ada chiller.

Zul ketiga dan tony keempat. waktu aku sedang leka berbual dengan staff perempuan yang ada dengan aku ni, tiba2 ada 1 kereta p****g kereta kami, kalau tak silap aku kereta viva kot. aku nampak kereta yang p****g kami ni laju betul dan bila tiba didepan kami nampak macam kereta ni terbabas ke kanan jalan. jadi staff ni menjerit kata kereta tu terbabas, aku pun nampak kereta tu terbabas ke kanan jalan. tapi bila tiba saja ditempat kereta tu terbabas, rupanya memang jalan tu membelok ke kanan. aku yakin yang aku perasan jalan tu jalan lurus, tiada bengkang bengkok. alhamdulillah kami x ikut apa yang kami nampak, kalau kami ikut jalan yang nampak lurus tu berkemungkinan kami dah terbabas ke dalam gaung. so aku pun teruskan perjalanan dan alhamdulillah selamat sampai ke mydin lebih kurang pukul 6 pagi.

Jadi aku dan yang lain(wan dah sampai dulu) lepak di kedai mamak dekat mydin menunggu yang lain tiba. sewaktu zul sampai, mukanya kelihatan pucat sangat, jadi aku bertanya kepada zul apa yang berlaku. zul mengatakan sewaktu hampir tiba di susur keluar tol batu anam, dia melihat seorang perempuan tua sedang berdiri bongkok ditengah jalan.

Apabila zul tiba berhampiran perempuan tua itu, secara tiba tiba wanita itu menoleh kepadanya dengan wajah yang hodoh dan melintas seperti ingin melanggar van yang dipandu oleh zul.

Zul terpaksa berhenti secara mengejut dan ini mengakibatkan Dalson(pekerja nepal) terhantuk ke dashboard van menyebabkan kepalanya benjol. keesokkan hari nya zul demam teruk dan terpaksa dimasukkan ke hospital.

Aku ingat ganguan itu cukup sekadar itu, tapi aku silap. sewaktu semua acara pembukaan kedai telah selesai aku dan wan pun bergerak untuk pulang ke Melaka. Zul masih di wad manakala tony diarahkan untuk menunggu lebih kurang seminggu di terengganu untuk memastikan semua keperluan kedai cukup.

Aku dan wan memulakan perjalanan menggunakan kereta yang dipandu masing2. sewaktu keluar saja dari tol batu anam, aku perasan yang lampu alternator kerets yang aku pandu menyala, hati aku mulai rasa tidak enak seperti ada benda tidak baik yang bakal berlaku.

Aku tidak memaklumkan pada wan yang memandu kereta dihadapan kerana aku tak nak dia risau. ksmi meneruskan perjalanan sehingga lah tiba disusur keluar hentian perasing, tiba tiba lampu kereta yang aku pandu menjadi seperti lampu suluh kurang bateri.

Aku menelefon wan memaklumkan perkara itu, pada mulanya wan takut nak berhenti kerana kami betul betul berada disimpang masuk hentian perasing. tetapi kereta yang aku pandu betul betul m**i di simpang masuk tersebut, jadi nak ke tak nak, suka atau tak kami terpaksa berhenti disitu.

sewaktu aku sedang memeriksa kenderaan, aku terdengar suara kanak kanak ketawa diatas bukit di susur masuk tu. jadi aku mengambil keputusan untuk naik kereta wan dan cari susur keluar terdekat untuk menghantar semua staff perempuan dan keluarga wan ke situ.

Susur keluar yang berhampiran waktu tu kalau tak silap susur keluar Jabor(tak berapa ingat). Sewaktu aku dah naik kereta, aku perasan yang staff perempuan yang naik kereta dengan aku tak ada bersama kami. Jadi aku dan wan turun semula dari kenderaan untuk mencari staff permpuan tersebut. apa yang pelik, staff perempuan ni sedang duduk mencangkung diatas divider di tepi jalan, waktu tu aku rasa macam ada yang tak kena.

Aku memanggil staff tersebut(ikin nama dia) dan mengajak dia masuk kedalam kereta safwan. alhamdulillah kami selamat menghantar semua kaum wanita ni ke simpang keluar jabor dan mereka menunggu kami di situ sementara kami mencari alternatif untuk membetul kan kenderaan yang tersadai di simpang perasing.

Alhamdulillah berkat usaha kami, kami berjumpa dengan anggota bomba yang bertugas di balai bomba dan penyelamat indera mahkota(syed nama dia). jadi syed lah yang membantu kami menyelesaikan masalah kereta tu sehingga lah kereta tu berjaya dihidup kan(terima kasih syed). aku dan safwan pergi mengambil semua kaum wanita yang kami tinggalkan di simpang jabor dan kami meneruskan perjalanan untuk pulang ke melaka.

sepanjang perjalanan dari Jabor menuju ke gugusan palong, semuanya berjalan lancar. tetapi setibanya kami di gugusan palong, waktu tu aku rasa mengantuk sangat dan aku membuka sedikit tingkap untuk menghisap rokok. Sehinggalah habis aku isap rokok, sku menutup semula tingkap dan pada ketika tu tiba tiba ikin cakap kat aku

i : boss baca apa apa surah

a: kenapa ikin

i: baca saja lah

jadi aku pun mula membaca surah yang aku hafal termasuk lah ayat kursi. selesai aku membaca ayat kursi, tidak semena mena ikin menangis.

a: kenapa menangis ikin

i: sedih!!!

a: sedih kenapa plak

i:(diam tanpa respon dan terus menangis)

a: ikin jangan menangis, nanti kalau ada roadblock polis, polis ungat saya buat apa apa kat awak

i:ni bukan ikin

ya allah, waktu dia cakap ni bukan ikin, bulu roma aku berdiri serentak, seram yang teramat sangat waktu tu.

a: kalau bukan ikin, baik kau duduk diam. kalau kau kacau aku, aku tumbuk muka kau( sebenarnya waktu tu aku takut takut berani, lebih takut dari berani)

Waktu tiba dekat area palong 7,8 aku tengok ikin menurunkan badannya dari kerusi penumpang dan membuka sweater yang dia pakai dan membalut diatas kepalanya. aku cuba mengerling kearah ikin pada ketika tu(nak tengok betul betul tak boleh sebab sku tengah memandu). ya allah waktu tu ikin nampak seakan akan pocong yang terkujur sebelah aku, siap dengan bunjut yang dia ikat diatas kepalanya. waktu tu punya lah aku seram, biasa tengok cerita dalam television ska, sekali ni berlaku betul betul pada dia. hanya allah saja yang tahu perassan aku ketika tu. aku nak call wan suruh berenti, tapi tak sampai hati keran wan ada bawa budak kecil bersama dia. jadi nak ke tak nak aku terus kan perjalan walaupun ketakutan menguasai diri.

Sewaktu kami melepasi simpang ke palong 13, tiba tiba ikin bersuara

Ikin: dah tiba ke?
Aku: tiba mana?
Ikin:  dah tiba ke?
Aku: tiba mana?
Ikin: ooo dah lepas

Aku tak tahu apa yang dimaksud kan dengan dah tiba dan apa yang di maksud kan dah lepas. aku teruskan memandu dengan ikin yang masih menangis di sebelah aku.

sehingga lah tiba di pasir besar baru lah aku tak dengar suara tangisan ikin dan dia seperti tertidur.

alhamdulillah sesampainya kami di pekan gemencheh, ikin mulai sedar dan tidak lagi menangis seperti tadi, bila aku tanya pada ikin apa yang berlaku tadi, dia kata dia lansung tak sedar, dia kata dia cuma tertidur.

Mungkin bagi sesetengah orang cerita ini kurang menyeramkan, tetapi bagi aku yang mengalami sendri peristiwa ini, hanya allah saja yang tahu.

aku juga minta maaf sebab penceritaan aku tak cukup baik.

hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Rating Pembaca
[Total: 10 Average: 4.7]
nazrulazam

10 thoughts on “Kuala Terengganu ke Melaka”

  1. Tak pelik pun ulang-alik hari-hari.. Yang peliknya ulang-alik balik hari hari-hari. haha..

    Jalan cerita mudah faham dan memang seram. Macam mana ikin boleh tertinggal ye?? Ada tak tanya dia….

    Reply
  2. palong 7,8 ikin trnkan bdnye dr seat.

    palong 13 tnye da tiba ke blom,

    pastu tbe2 da smpai pasir bsr? mcm mne dr palong 7,8 pastu naik palong 13, pastu trn blk pasir besar???? pening oi

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.