Aku adalah penjawat awam yang mendiami kuarters kerajaan di tingkat paling atas. Sewaktu aku mengandung anak sulung, aku mengangkat kain baju yang di sidai di luar (sebelum Maghrib). Aku melintasi suamiku yang berbaju T hitam yang sedang duduk tengok tv di kerusi malas. Aku ingin menyimpan baju ke dalam bilik utama namun langkah aku terhenti kerana aku ternampak suamiku yg berbaju T putih sedang duduk melunjur kaki di atas katil. Aku pun segera keluar daripada bilik dan melihat suamiku yang berbaju T hitam masih berada di ruang tamu. Kerana tidak puas hati, aku masuk semula ke dalam bilik namun kelibat suamiku yang berbaju T putih tiada di situ. Aku pun merapati bucu katil kerana aku ingin meletakkan semua pakaian di situ. Tiba-tiba aku terasa kakiku ditarik daripada bawah katil sehingga nyaris jatuh! Aku yg sedang sarat mengandung waktu itu pun cuba melihat ke bawah katil namun aku tidak nampak apa-apa (cuma gelap sahaja).
Selepas abis berpantang di kampung akupun balik ke kuarters. Sejak dari hari pertama lagi anak sulungku asyik menangis! Teruk betul cara anakku menangis (menjerit-jerit sambil mendongak ke atas)! Akupun ikut petua mak aku untuk meraup muka anakku sambil selawat 3x sampai anakku senyap. Tapi dalam waktu tengahari, asar, maghrib dan tengah malam anakku akan menangis lagi! Ada sekali tu, aku tengah masak di dapur dan tiba-tiba aku terdengar suara wanita menyanyi di tangga rumahku. Disebabkan aku boleh nampak tangga tu dari dapur maka akupun melihat keluar dan ternampak seorang wanita berbaju gaun putih tengah duduk di anak tangga teratas. Waktu itu movie Pontianak Harum Sundal Malam 2 sudahpun ditayangkan di pawagam. Lagu yg dinyanyikannya adalah lagu “Ku Seru”. Ini bait lagu yang dinyanyikan:
Oh dengarlah sayu tangisanku
Mengapa degupanmu ku seru
Kerna kesepian nan terlalu
Kembalikan hidup yang ku rindu
Akupun cepat-cepat lari ke ruang tamu untuk jenguk anakku dan nasib baik dia tak menangis sebab sebelum aku tinggalkan dia di situ aku sempat membaca surah Ayatul Kursi sebagai pendinding. Tapi tiba-tiba aku terase seperti ada orang di belakang dan bila aku toleh sedikit ke kiri, aku dapat nampak rambutnya yang panjang mengerbang dan gaun putihnya yg melurut sehingga ke lantai. Aku pun terus memandang muka anakku dan ketika anakku menoleh dari kiri ke kanan, dlm masa yg sama wanita itu pun bergerak daripada kiri ke kanan dan terus terbang keluar ikut sliding door yang aku tak buka pun sebab dah hampir waktu Maghrib.
Aku bernasib baik sebab tak lama selepas itu aku dapat berpindah ke tingkat bawah. Kali pertama aku masuk rumah tu, aku rasa tenang sangat dan anak aku pun tak pernah menangis lagi sejak hari itu dan hidup kami aman damai. Ada sekali tu dalam waktu rehat tengahari (hari Jumaat), aku balik sekejap ke rumah lama di tingkat paling atas untuk mengambil saki-baki barang yang tertinggal. Disebabkan kepenatan, aku tertidur sekejap di sofa. Sebelum tidur, aku sempat membaca ayat Kursi. Aku tidur tak lama kerana aku perlu masuk kerja semula pada pukul 2.30 petang. Tidak lama selepas itu, suamiku yang baru pulang bekerja, singgah sebentar di rumah lama untuk mengambil barang juga. Dia pun sempat terlelap sekejap namun tidurnya terganggu kerana dia terdengar suara wanita menanya, “Buat apa tu?” sebelum dia merasa ditindih. Suamiku cuba membaca ayat Kursi dan dia dapat bergerak dan terus bergegas keluar daripada rumah itu. Tidak lama kemudian, ada cleaner yang datang membersihkan rumah kami yang telah ditinggalkan agak lama kerana tidak ada sesiapun yang ingin mendiami rumah itu. Cleaner tu datang awal pagi dan ketika masuk ke dalam rumah dia terserempak dengan seorang wanita bergaun putih dengan rambut panjang. Cleaner itupun terus berhenti kerja!
Aku ingatkan gangguan tamat bila berpindah ke rumah baru. Ada sekali tu aku bergegas balik waktu maghrib. Anak kedua aku yg baru berumur beberapa bulan sahaja asyik menangis. Aku pun cepat-cepat masuk ke rumah dan pasang CD bacaan ayat-ayat suci al-Quran. Tapi anak aku masih menangis dan tidak mahu berenggang denganku sampai ke tengah malam!
Aku terjaga bila aku terdengar namaku dipanggil. Aku terkejut sebab terasa ada perempuan duduk di hujung kepala aku dan terase kepalaku panas dan pelan-pelan panas itu turun ke leher. “Ah sudah, dia ni nak merasuk aku ke?”. Dalam keadaan panik, aku menjeling anakku yang sedang nyenyak tidur dan cuba tenangkan diri sebab sejak namaku dipanggil “benda” itu sambung ketawa tak henti-henti! Aku cuba gerakkan mulut tapi nampaknya aku tak dapat bercakap dan bergerak langsung! Perlahan-lahan aku baca ayat Kursi di dalam hati dan peliknya “benda” itupun boleh ikuti bacaanku seperti dia boleh dengar suara hatiku! Tapi, dia cuba porak-perandakan bacaanku dengan mencampur-adukkan ayat tu!
Nasib baik aku masih dapat baca dgn betul dan dengan sepenuh hati aku teruskan bacaan di dalam hati. Bila sampai ke bacaan “WA LAA YUHITHUUNA…”, dia tak dapat ikut dan terus menjerit! Sekaligus aku dapat mendengar seakan bunyi angin menderu dgn kuat! Akupun menghabiskan bacaan dan tiba-tiba keadaan menjadi senyap sunyi. Akupun terus bangun dan buka lampu. Aku tunggu sampai ke subuh baru aku tidur semula dan aku masih trauma untuk beberapa hari walaupun aku tidak lagi mengalami apa-apa gangguan di rumah.
Sekian sampai disini saja perkongsian aku kali ini.. Assalamualaikum…
Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit
Kenapa aq suka baca di FS sbb blog ini tak letak gambar² seram. Serius kalau baca malam² nampak gambar seram² jadi takut juga. Huhu
Admin mana nak click untuk next story, jadi susah la nak kena back2 menu utama.
Setuju… kadang ter-back banyak kali sampai hilang feel nak baca tu. Minat sgt dgn fiksyen shasha… cuma lepas x de button recent dengan next story ni jadi agak terbantut nak baca. Plis admin… nak button tu je 😢
Cerita akan jadi lebih seram lagi jika letak beberapa gambar yg sesuai dgn jln cerita..
Aku pon pernah kena.. Mak aku selalu buka bacaan yaasin kat fon tiap kli tdo mlm. 1 mlm tu aku tdo kat ruangtamu kedua (depan bilik mak) ngan anak2 buah aku. Tetiba kena tindih. Masa kena tindih tu, aku dengar suara budak2 dlm 5-6 org ikut bacaan yaasin tu sambil gelak2.. Aku baca surah kursi, pn deorg pusing2 ayat tu sampai aku hilang fokus. Sudahnya aku takbir “allahuakbar”.. Mse tu aku nampak budak2 ni (duduk ats bdn aku) berlari ke dapur, menyorok sebelah freezer.xlama adik aku keluar g toilet. Aku trus smbung tdo.. Upenye, lepastu dia ikut adik aku msuk bilik. Kena tindih jugak.. 😅