Assalamualaikum
Nama aku Zhaf. Aku ingin berterima kasih kalau cerita aku di siarkan . Okay aku ingin bercerita beberapa kisah tentang banglo berkembar di dalam kuaters kerajaan. Aku pindah dalam rumah itu sejak umur aku darjah satu , pada awalnya tiada ape yang berlaku just normal , TETAPI segala nya berubah.
Kisah 1
Dalam 3 bulan aku dengan family duduk dalam rumah tu , kami di usik usik manja , oh ye ayah aku dia jarang sekali ade dekat rumah , selalu outstation. Okay back to story , waktu dalam pukul 6.50 petang macam tu aku dengan adik aku bermain di depan halaman rumah biasa la budak – budak main tak ingat dunia , tengah syok main dgn adik aku ,aku terdengar satu suara yang cukup aku kenal , suara tu sama suara ayah aku , dia memanggil aku dengan nada yang agak kuat . Dan dengan pantas aku menyahut , akan tetapi adik aku ni dia menegur aku “kau kenapa bang” dalam keadaan yang sedikit hairan lalu aku memberitahu bahawa ayah panggil , akan tetapi aku baru teringat yang ayah aku tiada sebenarnya , kerana kerja dan tidak balik untuk beberapa hari . Lalu aku mengajak adik aku untuk terus masuk dalam rumah kerana takut di ganggu lagi .
Kisah kedua
Waktu ni umur aku darjah 6 , aku kena ganggu waktu aku lepas balik bercuti . Bila sampai je rumah , aku ambil segala barang dan terus masuk bilik , waktu tu dalam pukul 6.30 petang . Ibu ade pesan dekat aku jangan tidur dulu , akan tetap dengan kepenatan aku terlelap untuk seketika , HAHAHAHA betapa degil nya aku dahulu . Akan tetapi sikap keras kepala aku ni mengundang padah apabila aku terjaga , dalam pukul 3 pagi , dan tekak aku sangat la haus , oh bilik aku sebelah dengan dapur, jdi aku tak la takut sangat , lalu aku bangun dan terus pergi ke dapur .
Untuk pengetahuan korang ayah aku ni jenis suka bela burung dan burung yang di bela ayah aku letak dalam rumah betul–betul kat dapur , okay back to story , masa aku tengah sedap minum tiba ade seekor burung boleh pulak menyalak aduhai , tapi aku buat tak tahu je aku terus kan hajat aku , dah habis minum semua aku terus pergi ke singki nak basuh cawan (anak yang baik dikatakan) tengah basuh tu burung tu bunyi lagi , bukan seekor tapi 4 ekor terus , aku geram aku ambil air aku terus simbah hahahahaha , tapi tetap sama burung tu tetap bunyi , tapi lagi dahsyat burung-burung tu macam kena sawan nak keluar dari sangkar , aku ape lagi dengan tak sedap hati terus lari masuk bilik , dan terus aku tak boleh tidur dek kerana burung-burung tu .
Kisah terakhir
Rumah aku ni dia ada 3 bilik 2 atas 1 bawah dekat dapur , tapi yang hairan ruang tamu tingkat atas okay je takde ape ape gangguan , dekat dapur dengan bilik aku yang selalu ade gangguan . Waktu ni umur aku form 1 , aku kena ganggu waktu cuti hujung tahun , biasa lah budak baru nk up pergi Cyber cafe balik tengah malam , ibu aku ade marah tapi aku buat tak endah je , yela d***h muda dikatakan , aku berani balik tengah malam bila ayah aku outstation je HAHAHAHA ayah den garang tau ,pernah sekali kantoi teruk aku kena bukan batang paip ye , kepala tali pinggang yg askar punya tu 2 minggu jugak lah badan belakang aku nk baik huhuhuhu .
Okay sambung balik waktu dalam lebih kurang 1 pagi ibu aku ni jenis suka pergi dapur bila habis drama atau movie kat tv , tengah leka ibu aku minum air dia ternampak susuk tubuh serupa dengan aku dekat meja makan , ibu aku tergur la “ehh Tak keluar pulak duit dah habis ke tu” dengan nada seakan akan mengejek , tapi yang ibu aku pelik susuk tubuh yg menyerupai aku tu hanya diam dan dalam berapa saat terus bangun dan masuk ke dalam bilik , ibu aku pun tak tanpa berfikir negatif , lalu ibu aku pun terus naik ke tingkat atas .
Esok pagi tengah aku menikmati sarapan , ibu bertanya dekat aku “semalam kenapa diam je bila ibu tegur” dengan nada lemah lembut , lalu aku pun membalas “ehh semalam abang keluar LA pukul 3 baru balik” dengan nada yang agak terkejut , lalu ibu aku terus tergamam lalu ibu aku pun berpesan “lepas ni jangan balik lewat sangat takut kamu terkena nanti” , lalu aku pun menjawab ” ala ibu tenang je takde ape pun” dengan nada yang seakan akan riak huhuhuhu . Lalu ibu aku terus menuju ke ruang tamu sambil menjeling aku .
Satu pagi selepas aku balik dari Cyber cafe sedang aku membuka kunci rumah , seakan ade orang mencuit aku di bahu lalu aku menoleh ke belakang , namun tiada siapa di belakang , masa tu aku tak fikir ape ape lagi , tapi aku ingat pesan ibu sebelum masuk baca ayat kursi dahulu dan itu menjadi kebiasaan walaupun waktu siang hari , okay Bila aku dah masuk dalam rumah , dah mandi semua tu , sedang tengah scroll phone tingkap bilik aku di ketuk dengan kuat macam pencuri pun ada , mula mula aku hanya biarkan sahaja aku anggap musang , makin lama aku terdengar suara yang memanggil nama nama aku ” zhaf zhaf zhaf……” Dengan nada yang amat sayu , dan waktu tu aku dah fikir benda tu “aduhai time time ni la kau nk kacau” dengan nada yang agak perlahan , lalu aku biarkan dan terus tidur , tapi benda tu tak nak mengalah haree anak ayam betui HAHAHAHA , aku dengan berani nyee sikit je la takda la penuh , lalu aku berkata “hang jangan nak kacau aku la pergi main jauh jauh” terus dia berhenti tapi aku ingat dia bla , sangkaan aku salah haree punya hantu pelaq sungguh dia kacau lagi tapi ni lagi haree tingkap bilik aku di bukak tutup sambil ade suara yang sangat garau sekali , aku dah tak tahan sangat aku terus lari , pecut naik ke atas dan aku tertidur di atas sofa .
Dan keesokan nya aku bercerita dekat ibu aku lalu ibu aku pun ketawa dan mengejek aku… tamat . Moral the story jangan la kau ingat , kau balik tengah malam takde bende ikut ye mungkin dia perhatikan kau dulu HAHAHAHA hati–hati ye nak hehehehehe . Maaf kalau cerita ni tidak seram mana , kalau ada kesempatan lagi aku akan cerita gangguan di dalam pengkalan TLDM . Assalamualaikum..
Hantar kisah anda : fiksyeshasha.com/submit
anak navy ke?
anak navy ke? sama la kita huhu
bagus ..teruskan sambungan …