Assalamualaikum, nama aku Ain, aku berasal dari Pulau Pinang. Aku nak share cerita yang pernah jadi masa aku tingkatan 5 dulu. Terima kasih kalau admin sudi publish cerita aku, selalunya jadi silent reader ja. Ni first time nak try publish sini kalau-kalau ada luck kan..
Benda ni jadi masa hari Jumaat, sekolah aku kalau tiap Jumaat mesti akan ada bacaan Yasiin sebelum masuk kelas. Lepas bacaan Yasiin tu biasalah, pengetua berucaplah, cikgu disiplin naik untuk sepatah dua kata lah.. paham-paham jalah sepatah dua kata tu berapa lama kan. Masa diorang dok bercakap kat stage tu la aku nak gi tandas. Disebabkan masa tu tengah ada kat tapak perhimpunan, aku malas nak ajak kawan aku teman. Lagipun toilet ada kat bangunan yang sama je dengan tapak perhimpunan tu. Aku nak settle cepat-cepat. Sebabnya kalau ajak member, mesti nak bercerminlah.. apalah. Aku masa tu memang niat nak buang air, pastu duduk balik kat tempat berkumpul tu.
So aku pun bangunlah tanpa ajak kawan, walaupun cikgu-cikgu dah pesan suruh ajak kawan kalau nak gi tandas sebab minggu sebelum kejadian ni ada histeria besar kat sekolah aku, tapi aku degil dan anggap yang kita kan baru lepas baca Yasiin, mesti hantu tak kacau punyalah. LOL!
Aku pun pergilah toilet tu, masa tu aku ingat lagi dalam pukul 8 camtu. Dah tak gelap dah pun, Cuma biasalah bila dalam toilet dia nanti gelap la sikit sebab bertutup kan. Aku ni pulak ada satu habit, jenis kalau ada 10 toilet pun kat sekolah tu, aku akan pilih yang satu tu jelah, kubikel toilet pun memang akan masuk yang sama ja. Takkan tukaq-tukaq dah. Yalah, satgi masuk satu, ada yang tak berpaip laa, flush rosak laa.. So aku masuk ja yang sama sepanjang tahun tu hahaahahah.
Nak dijadikan cerita, masa aku masuk toilet ni, elok-elok nak gi masuk kubikel yang aku selalu guna. Aku check paip, air pulak takde. Kubikel yang aku selalu masuk tu terletak kat paling depan, dah tu bila air takde, aku check yang kubikel kedua. Elok pulak ada airnya. Aku masuk la yang kedua tu sebab aku memang malas nak buang masa.. aku pulak sorang ja dalam tandas tu masa tu. Masa aku masuk kubikel tu, tengah settle urusan aku, aku dengar kubikel yang first tadi tu ada bunyi air mengalir. Sedangkan aku pasti sangat yang aku dah tutup pili paip tu masa aku tak jadi masuk tadi.
Aku mula tu takda la rasa macam takut ka apa ka, anggap macam masalah paip ka apa lah kan, buat bodoh jelah. Tapi makin lama rasa macam kena cepat keluar dari tandas ni sebab rasa terlampau sunyi and bunyi air mengalir kat kubikel sebelah tu bukan macam kita buka slow tau, air tu mengalir macam kita pulas pili tu sampai hujung. Air mengalir bunyi deras sangat… padahal kalau ikut logiknya, kita nak test air function ke tak, mestilah buka ala kadar ja kan. Masa tu aku dah siap semua, aku unlock pintu..
Masa buka pintu kubikel tu, berhadapan dengan kubikel aku tu memang menghadap sinki (sederet ada la dalam 4 sinki) jadi memang buka pintu kubikel tu terus nampak sinki la senang cita. Elok-elok ja aku buka pintu kubikel, tiba-tiba air keluar deras dari semua pili sinki and kubikel-kubikel lain kat sebelah kubikel aku, termasuk kubikel yang aku baru pakai tadi. Dah la tu, serentak tu bunyi pintu kubikel semua kena hempas, macam orang tutup kuat-kuat dari dalam kubikel tu. Aku memang tak tunggu la, terus lari keluar. Kebetulan masa aku patah balik ke tapak perhimpunan tu, diorang dah habis berucap dan nak gerak masuk kelas dah.
Aku ajak kawan aku gi tandas tu balik pasal rasa serba salah sebab tinggal keadaan tandas yang air dok deras macam tu kan. Bila aku patah balik ke tandas tu, mengalir air dari sinki semua, lencun semua lantai tandas, aku kelam kabut ajak kawan tutupkan semua pili tu. Kebetulan masa tu ada makcik cleaner datang, makcik tu terkejut tengok situasi tu, dia macam nak marahlah jugak, tapi bila aku explain keadaan yang betul, dia pun macam boleh hadam la jugak kot sebab sekolah kami masa tu pun teruk sangat histeria dekat sebulan dah, siap ada yang kena rasuk tu siap cakap ada j*nin dalam satu tandas. Guess what, benda yang merasuk tu marah sangat sebab buang j*nin tu dan suruh orang cari balik j*nin tu, siap mention nama pelajar tu lagi. Tapi tulah, benda rumors.. aku pun tahu takat tu je..
Harap-harap korang semua terhibur dengan kisah ringkas aku. Kalau ada kesempatan dan rezeki, bolehlah aku share lagi pengalaman lain pasal histeria kat sekolah aku. Kalau nak taip semua, boleh jadi novel sini XD
Byeeeee đŸ™‚
Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit
seram jugak