Kubur Belakang Rumah

Sejuknya hujan-hujan ni sambil ambil selimut tutup kaki.. bangun tengok luar dah macam tengah malam, punya la gelap petang ni, padahal baru senja.. ingat lagi pesan mak aku masa aku kecil-kecil ” hang kalau balik lepas maghrib hang duk luar” biar hantu ambil.. pergh! punya la nak gempar.. main-main hantu pula.. tapi memang aku ikut cakap mak aku pun, bukan takut hantu tapi takut getah paip air singgah kat peha belakang.. hahahaha.. sambil teringat sambil gelak.. mana tak gelak, setiap kali mak aku nak pukul, aku teriak macam kena sawan Kera.. ziappp!!!! kena la belakang peha.. berbalok-balok la lepas kena penangan mak aku..lewat kenapa? pasal suka sangat main tuju kasut.

Dalam masa tengah mengimbau kenangan.. tiba-tiba!! anak jiran sebelah menjerit.. mak! mak! ada org m**i!! dalam hati aku, siapa la pula yg m**i ni.. simpan pula di kubur belakang rumah aku, orang kampung dekat sini kot? sebab kalau kubur belakang rumah aku tu macam dah penuh ja untuk orang luar.. hurmmm.. sambil fikir sambil dengar anak jiran beria sungguh nak pergi tengok siapa yang m**i.. sampai boleh dengar dua beranak tengah cakap, ” hang jangan duk pi na! dah la dekat maghrib, hujan renyai2 pulak tu.. hang pi aku tibai” tu dia! kena warning dengan mak dia, dalam masa yang sama, aku pun buat berani buka tingkap nak tengok juga.

Aku perasan Van jenazah tu tulis Hospital Alor Setar, uihhh!! jauh sungguh mai simpan sampai sini.. tengok orang tak ramai pun, mesti bukan orang sini. Pastu tiba-tiba mak aku bagitahu, Pak Derus JKK yang pergi ambil mayat tu dekat Hospital Alor Setar sebab dah dekat 3 hari tak ada orang tuntut.. dalam hati aku dah rasa pelik, kenapa la waris dia buat macam tu.. dalam hati tak fikir apa lagi, sampai la esok pagi.. Mak aku bagitahu sambil makan cucur kodok, ” ni… bini Pak Derus hang pengsan semalam” aku pun, kenapa pula dah? kencing manis ka d***h tinggi?

Dak aihh….Mak aku pun mula la cerita dia, dalam mulut tak habis lagi duk mengunyah cucur kodok.. pastu dan lagi hirup kopi, “ni hang tau dak semalam.. masa Pak Derus hang simpan mayat semalam dia duk rasa berat tengkok dah..dia duk ingat lenguh angkat keranda tu, pastu dia buat dek ja, kira duk pikiaq nak balik rumah nak suruh mak jah urut.., trengggg … trenggg dia start mutu c70 dia sampai lupa angkat jek.. “hahaha” mak aku gelak” … ni mesti mak aku menambah..

Aku pun.. pastu apadia mak?? “haa… pak derus hang biasala loqlaq.. sampai rumah ja.. terus buka pintu.. haram tak bagi salam..buka – buka pintu ja… Abannggg!!!!!!!! terus terus Mak Jah jerit, Mak Jah kata hang bukan dah balik ka tadi? tu! tu! dalam bilik siapa dia? Mak Jah tunjuk kat dalam bilik.. Apa lagi, terus Pak Derus masuk pi tengok dalam bilik.. Astagfirullahalazim !! mengucap Pak Derus tengok lembaga sebijik muka dia tengah duk bercangkung duk hadap tingkap luar.. apa lagi, Mak Jah hang terus pengsan.. kedebuk!! atas lantai.. Nasib baik la Pak Derus hang tak panik.. Depa habaq..Dia Azan kuat-kuat sampai jiran sebelah rumah dia lari mai tengok.. lepas dengar Azan ja.. terus benda tu hilang” MasyAllah.. mengeluh mak aku…

Aku pun… kaih kaih sambung cerita.. haa..
“Bila benda tu dah takdak, terus Pak Derus angkat Mak Jah hang letak kat kerusi.. pastu dia lari p panggil pak Imam Masjid mai tengok, Pak Imam sampai ja rumah dia, pak Imam suruh Pak Derus pi ambik air satu gelas.. pastu Pak Imam baca-baca bagi air tu kat Pak Derus suruh sapu muka Mak Jah.. dan! dan! Mak Jah bangun.. Pak Derus terus tanya Mak Jah, awat hang ni? Mak Jah pun cerita, tadi abang balik.. sepatah haram pun tak cakap, Jah tanya mayat siapa? abg tak cakap, Jah tanya abg nak makan ? abg angguk.. Jah masak abg tak mau makan plak.. pastu Jah sambung tengok TV.. dalam Jah duk tengok TV tgk abg masuk rumah..dah la tak bagi salam.. hurm, apa benda tu bang? Pak Derus pun tak tau nak buat macam mana.. dia tanya Pak Imam, agak-agak benda pa tu imam? Imam duk rasa benda tu hak milik mayat yg hang simpan tadi.. dia ingat hang tuan baru dia kot.. Pak Derus apa lagi… telan air liur terus.. esok pagi nak kena cari orang pandai berubat”..

Mak aku sambung lagi cerita dia”Esoknya, ada 2 orang pi rumah Pak Derus.. ingatkan siapa, rupanya waris mayat yang Pak Derus hang simpan tu.. Rupanya waris dah tau kata arwah dah meninggal tapi siapa pun tak berani nak pi tuntut mayat sebab waris semua tau, arwah membela.. jadi betul la tekaan Pak Imam semalam.., waris sendiri takut nak pi tuntut..Pak Derus yang tak tau apa jadi mangsa” aku pun tambah cerita, Pak Derus ni jenis baik, dia tunaikan tanggungjawab dia sebagai seorang khalifah dimuka bumi ni, Last dia yang terkena pula dah.. nasib baik Pak Derus kenai orang yang pandai berubat.

Dalam keseronokan mendengar mak aku cerita, Tiba-tiba!! Mak aku stop!, dia ubah topik..” hang malam ni kalau mak gerak hang, hang bangun na.. awat plak??.. Mak kencing kerap la ni… biasa la orang tua”.. dalam hati tanya balik.. apa kaitan cerita Pak Derus dengan kencing kerap, terus aku tekan tanya mak aku.. sambung la cerita mak! berhenti kenapa? Mak aku pun sambung, “Pak Derus dah pi berubat”, aku pun Alhamdulillah, pastu? “depa dah p hantar benda tu tunggu dekat kubur tuan dia”..owh selesai la masalah Pak Derus, Mak aku terus muka lain.. “Ha la… Masalah Pak Derus selesai, masalah kita la pulak”.. KUBUR TUAN DIA BELAKANG RUMAH KITA..

Astagfirullahalazim mengucap aku.

-TAMMAT-

\Hntar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Emcee Faren

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 5]

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.