Kucing Hitam

Assalamualaikum semua…
Benda yang aku nak share ni dah lama berlaku masa tu aku bekerja di sebuah kilang pembalakan di keningau sabah pada tahun 1995. Dah lama kisah ni, cuma tak pernah terfikir nak publish kat mana-mana. Masa tu aku kerja sebagai kerani, tinggal rumah kongsi dua tingkat. Untuk pekerja bujang semua duduk tingkat atas. Tapi jiran aku bilik sebelah belakang baru bersalin. Dia terpaksa duduk atas sebab semua bilik bawah dah penuh.

Nak di jadikan cerita masa anak sulung dia baru lahir dlm seminggu macam tu tiap malam asyik nangis tak henti-henti sampai la azan subuh. Aku yg berada di bilik depan ni pun jadi rimas. Dah la aku ni jenis pantang dengar sebarang bunyi terus tak boleh tidur jadi bila dengar suara bayi menangis tengah malam memang terus automatik buntang biji mata terbangun duduk garu kepala. Dalam hati menggerutu adoi matilah macam ni…besok nak keje.

Besoknya akibat dah tak tahan asyik dengar anak jiranku menangis tengah malam aku tanya kenapa anak asyik nangis….dia pun susah nak cakap…laki bini jadi tak boleh tidur sebab pujuk bagi tidur tapi tak boleh. Yang tak tahan asal tepat jam 12 tengah malam mesti mula nangis. Rupanya masa tengah borak tu ada seorang pakcik ni ikut dengar dan menyampuk minta jaga tengah malam ni kat luar bilik. Aku ni pandang pakcik tu semacam…yg jiran aku ni pandang pakcik tu penuh tanda tanya. Pakcik tu cakap buat je apa dia suruh…nnt sebelum jam 12 tengah malam dia minta jiran aku tu berjaga kat luar pintu bilik dia. Jiran aku tu angguk je. Aku ni terdiam terus tak berani cakap apa. Perbualan kami di tamatkan begitu sahaja sebab loceng tamat kerja dah berbunyi. Malam tu jiran aku tu betul-betul berjaga sebelum tengah malam.

Esoknya sebelum tamat masa rehat makan pagi jiran aku panggil aku dengan pakcik tu. Aku dah tak ingat kes dia di minta berjaga malam tu.
” korang tau tak apa aku nampak semalam? ” jiranku bertanya. Aku dengan pakcik tu berdiri tegak depan dia cekak pinggang ingin tahu.
” mana tau…ko cerita la…” aku jawab ringkas.
” masa tu sebelum jam 12…lagi 10 minit sebelum pukul 12 aku dah duduk tunggu kat luar….kan lampu kita dah kena off…generator lampu dah kena off….dalam samar-samar tu aku nampak kucing hitam” jiranku berhenti bercerita seketika. Aku yg dari cekak pinggang jd peluk tubuh dah. Pakcik tu angguk saja.
” mula-mula kucing hitam tu muncul depan aku anak aku terus nangis dari dalam bilik…bila tengok pintu bilik lepas tu tengok tempat kucing tu berada depan aku dah hilang…tengok belakang eh dah ada kat belakang pandang aku tak berkedip mata!!!” Bersungguh sungguh jiranku bercerita. Raut wajahnya risau. Aku ni bukan tak percaya. Cuma bukan pertama kali nampak benda-benda halus ni. Kami yg mulanya hanya bertiga bercerita menjadi semakin ramai pula yang berkumpul. Rupanya bukan hanya aku yang terganggu sebab tangisan anak jiranku ni. Hampir semua jiran yang terdekat pun sama terganggu. Tiba-tiba muncullah cadangan dari salah seorang yang senior dari kami.
” tak apa. Malam kita berjaga semua. Kamu ambik 2 batang dahan daun kelor.” Senior kami arahkan pada jiranku. Untuk apa daun kelor tu aku pun tak tau. Akhirnya kami sepakat malam ni kami akan berjaga. Hampir 30 org semuanya.

Keadaan malam itu macam biasa. Sejuk berkabus. Maklumlah kilang ni dalam area hutan tebal. Start jam 11 malam kalau bercakap atau berbual dengan kawan asap atau wap akan keluar dari mulut. Tepat jam 10.30 malam generator di matikan. Maka gelap gelitalah suasana. Masa tu bekalan elektrik syarikat hanya bekalkan dari jam 5 petang ke pukul 10.30 malam.
Aku yang dah mengantuk pun terpaksa dengar lagu dari walkman. Nanti tertidur terus kalau tak buat apa-apa.

Tepat jam 12 tengah malam aku terdengar jiranku bertempik DIA DAH DATANG!!! Tepat pada masa yang sama anaknya menangis kuat…terdengar jiranku kejar sesuatu. Bunyi orang berlari bagaikan sepuluh orang. Aku terdengar derap kaki benda yang di kejar dan derap kaki jiranku berlari laju berkejaran ke arah depan pintu bilikku. Dalam gelap aku terkejut bangun buka pintu dan ternampak dari jauh seekor kucing hitam berlari laju sambil kelibat jiranku mengejar dari belakang. Mulutnya tak berhenti jerit ITU DIA ITU DIA sambil tuding ke arah kucing hitam. Aku dalam masa yang sama keliru. Sebab kucing tu lariannya berbunyi tapak kaki manusia! Ah sudah keluhku dalam hati. Ini bukan kucing biasa. Segera tanganku capai pengecas bateri yang berada di dinding dekat pintu…baling tepat ke arah kucing hitam. Alamak….pengecasku berderai hancur kena lantai padahal tepat kena kucing hitam td. Bagaikan lutsinar.

Terasa angin kuat menerpa aku yang berdiri di tengah antara aku kucing dan jiranku. Sekelip mata kucing hitam sudah berpindah ke belakangku. Laju sungguh. Aku ikut mengejar. Orang ramai dah ramai yang tunggu di bawah tangga dengan lampu suluh dan dahan daun kelor di tangan masing-masing. Laju gila kucing tu lari menuruni tangga bila melihat ia telah di kepung. Orang di bawah membaling parang dan dahan daun kelor ke arah kucing tersebut. Makin kuat derapan kaki manusia berlari turun tangga padahal kucing yang berlari turun. Suana hiruk pikuk. Semua parang yang di baling melekat di anak tangga dahan kelor bertaburan. Sah kucing hitam itu lutsinar! Terang terang kucing tu terkena balingan parang tadi di depan mataku.

Semua berlari kejar kucing ke arah pondok generator. Aku ikut serta. Tapi yang buat kami terkejut sebelum kami sampai ke belakang pondok generator keluar pakcik yang bertugas jaga malam dengan mata terpisat pisat sambil bertanya
” apa yang korang kecoh malam malam ni? ” semua kami terdiam. Korang rasa ke mana kucing tu? Kenapa orang yang bertugas jaga malam bole tak tidur 1 kampung hiruk pikuk dan selamba keluar dari belakang generator dan bertanya bagaikan tiada apa-apa yang berlaku? Wallahualam…yang pasti sejak malam itu gangguan anak jiran aku tu dah berhenti. Agaknya kucing tu dah takut kena kejar lagi. Oh ya soal dahan daun kelor tu…menurut kata orang tua-tua makhluk halus takut dengan dahan daun kelor…wallahualam bissawab. Selama aku bekerja 7 tahun di sana banyak perkara mistik yang aku alami. Nanti aku ceritakan lagi ya di episod lain.Sekian terima kasih…

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Rating Pembaca
[Total: 3 Average: 4]
Fozan Hadi

2 thoughts on “Kucing Hitam”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.