KUCING

Assalamualaikum pembaca FS. Cik mimpi kembali. Maafakan aku dah lama tak menulis sebab kekangan masa. Kali ni aku nak cerita salah satu pengalaman misteri aku. Benda ni terjadi tahun lepas dimana waktu tu aku kerap sakit terkena sihir. Alhamdulillah sekarang aku dah bertambah sihat.

Aku mempunyai seekor kucing betina. Badan bertompok 3 warna coklat, hitam & putih. Senang je nak kenal pasti kucing aku ni sebab dia ada tompokan hitam dekat atas mulut dia ala-ala Charlie Chaplin dah aku tengok..hahaha..suatu hari tu aku lepaskan kucing aku dekat luar. Kebiasannya dia akan pulang ke rumah tengahhari tapi kali ni sampai ke petang dia tak balik-balik. Aku dah naik risau sebab pagi tadi dia elok je lepak kt car porch. Satu taman perumahan aku cari tapi tidak jumpa. Sedih memang sedih tapi aku anggap mungkin dah tiada rezeki untuk aku.

28/08/2017

Aku bermimpi binatang. Tikus, lalat, lipas, cicak & labah-labah. Setiap binatang tu ada benda. Lepas tu ada orang letak barang dekat rumah aku. Lepas dia letak barang dan terus dia pergi tinggalkan rumah aku. Bangun pagi tu aku periksa betul atau tak ada barang tu. Yang aku jumpa bulu burung gagak sahaja. Sejurus aku jumpa bulu burung gagak tu, telinga kiri aku berdesing. Lepas hilang berdesing terus rasa sakit dekat pinggang. Aku dah rasa something. Selalunya pengamal perubatan kata kalau telinga kiri berdesing kena berhati-hati. Waktu ni aku tak endahkan yelah aku tak nak la pikir negatif sangat. Aku anggap mimpi aku tu mainan tidur sahaja

Hari berlalu seperti biasa sampailah tarikh 3/9/2017. Hari ini merupakan hari kedua hari raya korban. Ayah aku sibuk di masjid melapah lembu. Nasib tidak menyebelahi ayah aku. Sewaktu hendak menumbangkan lembu, kaki lembu tersepak pergelangan tangan ayah. Tangan ayah terseliuh tapi ayah tetap teruskan kerja-kerja korban. Waktu asar ayah balik dan ceritakan insiden pagi tadi. Aku tengok tangan ayah aku dah mula membengkak. Aku ajak ayah untuk ke klinik tapi beliau suruh pergi lepas maghrib.

Seusai solat maghrib aku, mak, & angah bawa ayah ke klinik berdekatan. Waktu tu langit masih kelihatan senja. Ayah aku dah tidak tahan rasa sakit berdenyut sebab kena tendang tadi. Sedang lalu di lorong rumah aku ternampak seekor kucing. Ya Allah itu kucing aku si Charlie Chaplin. Seronok bukan kepalang dapat jumpa kucing aku balik lepas 6 bulan dia menghilang. Suasana waktu aku jumpa kucing tu keadaan sunyi je..yelah orang ramai yang balik kampung, jalan dekat area perumahan aku pun lengang. Tanpa berlengah, aku suruh mak aku ambil Charlie sebab aku yang drive waktu tu. Bila dah ambil dan bawa masuk kereta, aku panggil nama dia & dia menyahut ‘meow’..mestilah dia bunyi meow tak kan la hai pula..hahaha

Lepas je kutip charlie, aku patah balik ke rumah simpan dia dalam sangkar sebab tak kan aku nak bawak dia sekali pergi klinik. Waktu emak masukkan dia dalam sangkar, emak sempat dicakar. Emak dah rasakan kelainan pada charlie. Charlie bukan macam ni. Dia seekor yang manja tidak garang seperti ini. Aku tidak endahkan apa yang emak cakap.. Pada aku, aku cukup bersyukur & gembira giler dah jumpa balik kucing aku.

Sampai je klinik, doktor check tangan ayah & x-ray. Doktor katakan yang tangan ayah aku terseliuh & seperti ada urat yang terputus. Doktor bagi refer letter terus ke hospital. Lepas habis rawatan di klinik, kami nak bawa ayah ke hospital tapi ayah aku ni ketegaq dia kata sakit sikit je padahal dia malas leceh-leceh nak ke hospital. Kata dia, dia boleh tahan sakit. Jadi aku malas nak bertekak, kami pulang ke rumah.

Malam tersebutlah berlakunya benda yang menakutkan..jeng..jeng..jeng..aku diserang demam panas walhal maghrib tadi aku segar bugar. Balik dari klinik masuk rumah aku terus demam panas. Malam tu aku tidur lebih awal dari waktu biasa sebab aku tidak tahan sakit kepala. Kepala aku rasa seperti hendak pecah. Aku siap-siap ambil wuduk, selawat, baca ayat qursi & 3 qul. Aku pun tidur. Sedang lena aku boleh tersedak & tersedar. Aku terbau benda yang busuk. Aku ni pula jenis tidur berselubung dengan selimut. Sebabkan dah tersedak, aku nak bangun minum air. Tekak pun rasa kering giler sebab dalaman aku panas. Elok je aku selak selimut aku, MasyaAllah aku nampak perempuan berselubung hitam berdiri di pintu bilik aku. Wajahnya mirip orang yang menyihir aku. Aku kaget, terkejut, takut semua bercampur baur tapi mulut tak henti-henti baca ayat qursi sambil aku pejam mata. Aku beranikan diri untuk membuka mata & alhamdulillah bayangan hitam tu dah hilang.

Sepantas kilat aku keluar dari bilik dan terus ke bilik emak & ayah. Aku tak hirau dah bisa demam yang aku tengah tanggung, yang aku tahu aku nak selamatkan diri. Ketuk-ketuk bilik emak, lama juga aku tunggu yelah aku ketuk waktu tu pukul 2 lebih pagi. Emak aku tengah lena tidur. Dalam 3 minit macam tu pintu dibuka. Aku cakap dengan emak, aku nak tidur dalam bilik mereka. Emak tanya kenapa tapi aku cakap esok aku ceritakan. Esoknya aku cerita apa yang berlaku. Berkali-kali emak istighfar. “tu lah mak dah cakap jangan bawak balik charlie. Memang dia kucing kita tapi emak memang dah rasa tak sedap hati dari semalam. Charlie dah tak macam dulu”. Aku diam je sebab aku tahu aku salah.

Lepas peristiwa jejak kasih kucing, dekat sebulan aku demam on off & sebulan gak aku tidur merempat dalam bilik emak & ayah. Dalam tempoh tu gak setiap hari aku pergi buat rawatan susulan. Rumah aku “dipagar” semula. Lepas semua ni terjadi baru aku teringat kembali mimpi aku bulan 28/8 dulu. Perawat aku tu kata, disebabkan rumah aku dah “dipagar”, dia susah untuk menghantar sebab tu dia gunakan medium kucing sebagai perantara sebab syaratnya tuan rumah yang kena bawa masuk sendiri.

Gitulah salah satu kisah misteri aku. Maaflah kalau cerita aku panjang & tidak berapa misteri untuk pembaca FS. Untuk pengetahuan pembaca, sebulan lepas kejadian ayah aku ditendang lembu, tangan beliau terpaksa dibedah sebab urat dia dah terputus & tulangnya lari. InshaAllah ada masa, aku akan ceritakan lagi perkara-perkara misteri yang aku alami. Terima kasih sudi baca kisah aku.

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 5]
Cik Mimpi

18 thoughts on “KUCING”

  1. Orang yang menghantar sihir tu saudara aku sendiri. Charlie aku bela macam biasa sebabnya perawat aku kata tujuan benda tu tumpang charlie untuk sakitkan aku. Lepas benda tu dah transfer kepada aku, charlie dah ok. Charlie tu sebagai perantara je. Alhamdulillah lepas dah pagar semula & rawat charlie kembali seperti seekor kucing yang manja.

    Reply
      • biasalah manusia ada perasaan hasad..2 nyawa tlh t’korban..sy mangsa seterusnya..Alhamdulillah Allah masih pinjamkan kekuatanNya utk lawan dia yg b’topengkn syaitan

        Reply
        • Mcm arwah ayah sy. Lama dia tanggung. Rumah dh dipagar dan org yg menyihir x blh nk letak sihir dia. One day, org yg menyihir buat kenduri. Dijemput kami sekuarga, tp kami x pegi pun. Dihantar mknan…. Yg pelik bkn mknan hanya telur yg dibungkus dlm plastic hitam aje. Yg bwk pulak adik sy perempuan last. Dia ni ssh nk percaya benda2 mistik ni.. malam tu, rumah terasa bahang. Ayah meracau dlm tidur die ckp, pegi pegi knp kau dtg. Mcm mn kau blh msk rumah aku. Benda ckp, kau yg jemput aku… Huhuhu… Sian ayah. Smpi habis hayat dia tanggung akibat dengki khianat org.

          Al-fatihah utk mak dan ayah… 😢😢😢

          Reply
    • Wei sedihnya cik mimpi😢 saya tak dapat nk tolong awk tpu sy hrap semoga awk sntiasa kuat, tabah, dipanjangkan umur dan dipermudahkan sgala urusan😙 Aaminn.

      Reply
  2. weh aku pun pernah mimpi ada orang letak barang kat depan rumah. dua tiga kali jugak lah. siap pernah mimpi bangkai diikat kat tiang. lepastu kucing aku selalu hilang secara tiba-tiba dan sakit serta m**i tiba-tiba. baru-2 ni kucing aku hilang lepastu jumpa balik. ada orang pulangkan .katanya sbb nampak aku post kat insta. dia jumpa kucing aku belakang rumah dia. hilang selama seminggu tapi langsung tak comot. pelik kan? masa aku ambil diorg semula pun, diorang tak lapar apa pun. bila kau cakap ‘kucing ni perantaraan je’ adoi aku dh fikir macam-2 ni. sebab skrg aku rasa rumah aku panas gila. pls kalau sesiapa tahu number perawat Islam , bagii la tahu aku.

    Reply
    • Ni no ustaz khaled (0166939061) ,cubalahberubat dgn dia,last die buang jin hindu dlm bdn sorg muallaf yg xboleh nk syahadah,xsilap jin tu dh berdamping sejak dia lahir.Wallahualam..

      Reply
  3. Sihir adalah satu cabang mistik yang paling menyeramkan. Kalau Allah izinkan, merana kita dibuatnya. Terima kasih kongsi cerita sihir ini, ada juga saya belajar sesuatu darinya.

    Reply
    • “Benda tu” dh dikeluarkan..kucing tu ak bela mcm biasa..”benda tu” cuma menumpang dlm bdn kucing..lepas “benda tu” dh transfer ke bdn aku tu yg aku demam panas..hampir sebulan aku demam on off..Alhamdulillah aku dh sihat skrng cuma aku still kena berhati-hati sbb org tu masih tak berpuas hati & masih mencuba utk sihir aku..

      Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.