http://fiksyenshasha.com/kucingkelabu-dua-dalam-satu/

#KucingKelabu : Perawat Dirawat – Rawatan Terakhir Pak Lang

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat sahabat sahabat alam maya saya. Semoga semuanya sihat dan sentiasa dalam rahmat dan kasih sayang Allah SWT. Terima kasih buat admin Fiksyen Shasha kerana sudi menyiarkan kisah aku. Kalau kira sekali dengan yang ni dah masuk kisah ke tujuh aku. Terima kasih jugak buat sahabat dan pembaca pembaca tegar Fiksyen Shasha yang support kisah aku. Mohon maaf kepada pembaca semua yang menantikan kemunculan kisah baru dari aku. Banyak kekangan waktu dan kesihatan untuk aku siapkan kisah ni. Harap sudilah memaafkan ye.

Untuk kisah kali ni adalah sambungan dari kisah aku yang lepas iaitu Anip dan Alam Universiti. Sebenarnya berat rasa hati nak mengarang kisah kehidupan aku ni bila masuk part ni. Tapi untuk korang semua aku gagahkan jugak. Kalau ada kekurangan dalam kisah ni nanti aku mintak maaf banyak banyak ok. Ok… let the story begin. Bismillahirrahmanirrahim….

#throwback Kisah lepas:
Aku terjaga dan automatiknya kepala otak aku flashback balik apa yang berlaku dan aku baru perasan yang makhluk Jin yang aku tanam pg tadi adalah makhluk yang sama aku nampak dekat kedai makan dan dekat dalam kereta dia. Aku sangkakan makhluk tu menumpang tapi tak. Rupanya dibela. Aku beristighfar dan mengucap panjang. Tak sangka kawan baik selama ni rupanya duri dalam daging. Sanggup buat benda n ikat aku dan keluarga aku. Tapi puncanya apa?? Aku tak tau. Aku bangun dan terus ke bilik air dan ambil wudhuk. Malam tu jugak aku sujud dan bersyukur dengan petunjuk yang Allah berikan. Punca semua ni aku yang kena cari sendiri.
…………………………………………………………………………………………………………….

Pagi esoknya aku, dan ayah terus ke rumah Paklang. Mak tunggu kat rumah ngn Kak Long, Kak Lang dan adik adik yang lain. Sampai je kat rumah Paklang, aku terus bagi salam dan masuk ke dalam rumah. Duduk sembang sembang dengan Paklang… Tanya keadaan dia macam mana. Barang barang untuk merawat memang aku dan bawak sekali siap siap sebabnya petang tu lepas Asar aku nak start merawat Paklang. Masa aku nak rawat Paklang ni Maklang aku minta Ayah hantarkan ke rumah kami.

Bermula lah pada petangnya lepas solat Asar. Ayah dah datang balik lepas hantar Maklang kat rumah. Memang aku tak nak Maklang ada masa rawatan sebabnya takut akan ada kesan pada Maklang. Kenapa aku pilih lepas Asar? Sebabnya waktu ni lah Paklang cakap bisa bisa santau dan sihir tu aktif. Tempoh aku merawat Paklang ni la yang paling lama… 2 minggu lebih jugak. Masa aku nak prepare barang nak berubat tu aku dah mula nampak Paklang dah mula sakit sakit. Paling teruk di bahagian kaki dan belakang.

Pak Lang: Ngah, betul ke kamu boleh buat ni? Paklang risau nanti mudarat pada kamu.
Aku: Insyaa Allah Paklang… Angah cuba dulu… yang lain kita serah pada Allah SWT.

Banyak tugas yang aku buat seorang diri kali ni. Paklang tidak dapat membantu aku melalui kudratnya. Hanya kedengaran bacaan ayat suci al-Quran dan juga zikir yang tidak putus keluar dari mulutnya. Aku persiapkan diri aku untuk merawat Paklang. Sementara menunggu waktu Maghrib, aku turut sama berzikir dan membaca al-Quran didalam rumah Paklang. Gangguan dari pada makhluk halus mula kedengaran di luar rumah bila waktu Maghrib kian tiba. Rumah dirasakan seakan bergegar dan kedengaran ada sesuatu jatuh kat atas bumbung rumah dan bergolek turun. Makhluk makhluk ni hanya mampu mengganggu dari luar saja dan tak mampu untuk masuk ke dalam rumah kerana Paklang telah pun memagar rumahnya dari makhluk halus. Cuma yang aku musykil sekarang adalah macam mana bisa bisa sihir boleh terlepas masuk.

Aku: Paklang… memang setiap hari ke macam ni?
Pak Lang: Macam ni la Ngah.. sakit sakit ni memang akan rasa makin kuat bila nak dekat Maghrib.
Aku: Angah tanya pasal tu haa.. gedegung gedegang kat luar tu.. Pasal Paklang memang Angah dah tau…
Pak Lang: Ingatkan kamu tanya pasal Pak Lang tadi… Jarang jadi macam ni… ada jugak la jadinya tp takde la seteruk macam ni. Mungkin benda tu tak suka kamu datang sini.
Aku: Paklang nak saya buat apa skarang ni?
Pak Lang: Meh bantu Paklang bangun. Nak gi ambil wudhuk. Dah nak Maghrib dah ni.. Kamu jadi imam ye malam ni.
Aku: Iyelah… boleh.
Ayah dah ke Masjid masa ni untuk uruskan apa yang patut… Kadang dia yang jadi bilal sementara. Tinggallah aku dengan Paklang je berjemaah kat rumah. Selesai Solat Maghrib Paklang dah terlentang tak sedarkan diri. Aku angkat Paklang dan baringkan kat ruang tamu. Air campuran limau nipis yang dibacakan ayat Qursi aku sapukan ke muka Paklang. Selang beberapa minit Paklang dah sedar semula dan dia bagitau aku sesuatu.

Pak Lang: Ngah… Lelaki Misteri ada datang tadi dan dia ada tunjukkan satu tempat yg kamu kena bersihkan. Kat bawah kerusi kayu tu ada sesuatu. Kamu tengokkan ye.
Aku: Insyaa Allah… Kejap lagi Angah tengokkan. Sekarang ni nak selesaikan bisa yang ada dalam badan Paklang tu dulu.
Aku: Kita teruskan ye Paklang… Paklang pun tau apa yang kena buat kan?
Pak Lang: Mari teruskan.

Paklang mulakan dengan bacaan Al Fatihah dan diteruskan dengan ayat 7 dan kemudiannya Paklang terus berzikir tanpa henti. Aku mengambil posisi di belakang Paklang dan mulakan dengan bacaan Al Fatihah dan kemudian disusuli pula dengan bacaaan 3 Qul sebanyak 3 kali.

Aku: Paklang… Ni air daun bidara yang Paklang suruh Angah buat.
Aku menghulurkan segelas air yang dah dicampurkan daun bidara yang ditumbuk dan juga dibacakan ayat Qursi dan 3 Qul.
Pak Lang: Terima kasih.
Paklang ambil air tadi dan minum sebanyak 3 kali teguk. Paklang kemudian kembali berzikir tanpa henti. Aku kemudiannya membaca ayat pemutus dan pembatal sihir sambil jari yang aku letakkan di bahagian bawah tulang belakang Paklang aku gerakkan ke bahagian atas iaitu sampai ke leher. Ayat yang aku baca ialah ayat 81-82 dari surah Yunus dan juga ayat 118-122 surah Al A’raf dan surah Toha ayat 69. Selesai saja baca ayat ayat tersebut, Paklang seolah olah seperti hendak memuntahkan sesuatu. Pantas aku capai besen kecik yang aku dah sediakan dari awal tadi. Aku ulang lagi skali apa yang aku buat tadi. Sampai satu saat bila jari aku dah hampir kt belakang leher Paklang, terus…

Pak Lang: Uuuweeerrkkk!!!! Uuuweeerrkkk!!!! Uuuweeerrkkk!!!!  Ni bunyi orang muntah ok bukan bunyi bayi..hahaha
Aku: Keluarkan semua Paklang… biar habis semua bisa tu.
Hampir penuh besen tu dengan muntah yang pada aku pelik isi muntahnya. Nak kata Paklang ada makan banyak mana adanya. Minum air je dengan nasi sikit je dijamahnya. Kesian aku tengok keadaan Paklang.

Pak Lang: Uuuweeerrkkk!!!! Uuuweeerrkkk!!!! Uuuweeerrkkk!!!!
Pak Lang: Ngah… Paklang dah tak larat dah ni… letih sangat.
Aku: Sabar Paklang. Keluarkan semua… ada sikit lagi ni.

Paklang terus memuntahkan saki baki bisa yang ada dalam badan dia. Perit tekak dia cakap. Mana tak nya. Ape je yang tak ada. Gumpalan rambut, serbuk kaca, jarum halus dan juga ketulan ketulan darah. Aku bagi Paklang minum air yang dah aku bacakan Yassin Tunggal. Paklang minum dan kemudian satu senyuman dia bagi kat aku. Kemudian Paklang rebahkan badan dia untuk berehat. Raut wajah Paklang dah tak menunjukkan rasa sakit yang seperti sebelum ni.

Aku: Paklang rasa macam mana sekarang ni? Dah kurang sikit ke?
Pak Lang: Alhamdulillah… Kurang banyak Ngah… Paklang tau benda ni boleh buang. Tapi Paklang tak boleh nak buang sendiri.
Aku: Alhamdulillah… tapi kene berubat lagi ni. Tak habis semua lagi.
Pak Lang: Haa… yelah… Angah cuti lama kan… boleh la tolong Paklang.
Aku: Paklang.. Angah sebenarnya pelik ni. Macam mana benda semua ni boleh ada dalam badan Paklang. Paklang ada makan makanan yang orang beri ke?
Pak Lang: Tak ada Ngah… benda ni dia nak hantar tak semestinya dari makanan… banyak cara. Paklang nak rehat kejap ni. Penat…
Aku: Tapi sebelum tu Paklang… nak mintak tolong sikit. Yang kat luar tu nak kene selesaikan. Paklang boleh tolong. Angah dah rasa ada aura datang ni…
Pak Lang: Boleh… duduk sini..
Paklang arahkan aku duduk. Aku rasa korang dah tau untuk apa. Ye… Nak gunakan badan aku sebagai medium untuk Lelaki Misteri. Aku duduk dan kosongkan minda aku. Paklang bacakan ayat untuk memindahkan Lelaki Misteri ke dalam badan aku. Serius aku dapat rasakan macam ada benda masuk dalam badan masa Paklang pegang kepala aku dan lurut ke bawah. Lepas pada tu aku tak sedar apa dah. Fully controlled by Lelaki Misteri. Aku dah jadi Remote Control Man… Cuma remote je tak ada..haha..

Cerita dari Pak Lang
Lelaki Misteri: Assalamualaikum….
Pak Lang: Waalaikumussalam…
Lelaki Misteri: Macam mana keadaan kamu sahabat?
Pak Lang: Alhamdulillah… semakin baik.
Lelaki Misteri: Alhamdulillah… izinkan aku kebawah ye.
Pak Lang: Mohon untuk bersama kebawah.
Lelaki Misteri: Silakan jika tidak menyusahkan.

Lelaki Misteri turun ke bawah bersama dengan Paklang yang gagahkan diri untuk membantu jika perlu. Ditepuk tepuknya tanah di hadapan rumah dan kemudiannya duduk bersila seperti orang zaman pendekar dahulu kala  ni badan aku tau… Cuma di controlled oleh Lelaki Misteri… segala perbuatan adalah dari Lelaki Misteri cuma badan sahaja aku punya..hehe.
Awal bismillah dimulakan. Kemudian disusuli dengan bacaan Al Fatihah dan kemudian Surah Al Baqarah ayat 1-4 dan di ikuti pula Ayatul Qursi dan ayat 256 dan 257 surah Al Baqarah dan disudai dengan 3 ayat terakhir Surah Al Baqarah. Setelah selesai membaca Lelaki Misteri diam seketika seakan menumpukan pada sesuatu. Seketika kemudian Lelaki Misteri iaitu aku bangun dan membuka langkah silat. Langkah silat itu sedikit pun tidak sumbang. Aksi berlawan silat itu berterusan selama satu jam.

Abg Lah (Jiran): Lang, dah kenapa si Angah tu.. bersilat sorang sorang waktu macam ni.
Tanya Abg Lah setelah lihat aku bersilat sendirian kat depan laman rumah.
Pak Lang: Saje je tu… pelepas angin dia…
Paklang jawab sambil senyum.

Setelah satu jam seakan bertarung dengan sesuatu dengan asksi seakan berlawan pedang, Lelaki Misteri berhenti dan berdoa. Kemudian dia melangkah datang pada Paklang.

Lelaki Misteri: Sahabat… semua yang ada di sekitar ni telah aku halau dan ada yang telah tersungkur.
Pak Lang: Alhamdulillah…
Lelaki Misteri: Tempat itu kau tawarkanlah bisanya.
Sambil tunjukkan ke arah kerusi kayu yang selalu jadi tempat istirehat petang petang.
Lelaki Misteri: Izinkan aku pergi dulu…Assalamualaikum…
Pak Lang: Baiklah… Waalaikumussalam…
Aku rebah dan pengsan untuk beberapa minit… Paklang kejutkan aku dan bagi air untuk aku minum.
…………………………………………………………………………………………………………………………………….

Aku sedar dan bangun. Badan masih lagi rasa lemah dan letih. Tapi solat Isyak masih belum ditunaikan.

Aku: Paklang… Jomlah kita solat isyak dulu… jauh terlepas awal waktu ni.
Pak Lang: Itulah yang Paklang nak cakap tadi… Kamu larat ke ni Ngah…
Aku: Larat lagi Paklang… selagi ada kudrat ni Solat 5 waktu tak boleh tinggal…
Pak Lang: Macam tu la anak sedara Paklang. Jom kita.
Kami pun berjemaah dan skali lagi aku jadi imam… tapi kali ni aku dapat rasakan yang jadi makmum aku ramai. Bukan Paklang sorang je. Selesai solat Paklang bagitau aku.

Pak Lang: Ngah… Nanti kamu tolong Paklang tawarkan bisa yang ada kat bawah kerusi kayu tu ye.
Aku: Insyaa Allah Paklang… Angah cuba..

Vrooommmmmmmm… kedengaran bunyi motosikal kat luar rumah….

“Assalamualaikum…”

Kami: Waalaikumussalam….
Aku: Ohhh Ayah rupanya.. Mana kereta?
Ayah: Ada kat rumah. Saja je datang dengan motor… Malas nak pulas kereta datang sini.. Naik motor cepat sikit sampai.
Pak Lang: Haa Man… Naik la dulu…
Ayah: Iyelah… nak naik la ni…
Aku: Ayah… Maklang tak ada… kalau Ayah nak minum Ayah buat sendiri ye… Angah nk selesaikan yang kat bawah tu dulu.
Ayah: Haa…. Yelah… Ayah singgah kejap je ni… Kejap lagi nak balik ambik Maklang kamu.
Aku: Ok…

Aku turun semula ke bawah bersama dengan garam, limau purut dan juga lada hitam. Aku taburkan garam dan lada hitam yang telah aku bacakan ayat Qursi dan 3 Qul dan Ayat pemutus sihir kat sekitar kawasan kerusi kayu dan kemudiannya aku perahkan limau purut kedalam air Yassin Tunggal yang dah aku sediakan dari awal lagi seterusnya aku siram dekat sekitar kawasan yang sama dan dari bawah kerusi yang selalu Paklang duduk tiba tiba keluar asap dari celah batu batu kecil… Aku cepat cepat ambik cangkul dan korek tempat asap keluar tu. Agak dalam jugak aku gali tu… ada la dalam 1 kaki setengah macam tu dan akhirnya aku menjumpai satu bungkusan kain merah. Aku keluarkan dan aku bukak bungkusan tu. Ada satu patung kecik yg dibuat drpd jerami padi dicucuk dengan jarum dan bahagian leher di ikat dengan rambut dan juga diletakkan sekali dengan serpihan kaca dan lada.

Aku tuang lagi lebihan air tadi ke atas bungkusan tu dan asap putih masih lagi keluar makin lama makin kurang dan hilang menunjukkan yang bisanya sudah ditawarkan. Paklang bernasib baik sebab hanya satu bungkusan sahaja yang ditanam. Tapi orang yang menghantar benda ni memang nak Paklang merana. Aku masih lagi bersangka baik dengan Mus. Masih lagi tidak percaya yang kawan baik aku sendiri yang lakukan semua ni walaupun aku dah pun dapat petunjuk tentang si pelaku.

Tapi tu lah… aku masih lagi pelik… Paklang yang selama ni selalu bantu orang merawat tiba tiba dia yang terkena buatan orang. Tu tandanya yang manusia ni tak kebal dan tak hebat. Allah nak tunjukkan yang sepandai mana pun manusia ni merawat dan mengubat orang, dia juga tak akan terlepas dari rasa sakit. Allah nak tunjukkan tiada siapa yang hebat di dunia ni.. Hanya Dia yang Maha Kuasa.

Ayah dah pun balik ke rumah untuk ambik Maklang dan hantar ke sini. Setelah selesai semuanya aku naik semula ke dalam rumah dan aku tengok Paklang dan pun landing atas tilam dia. Penat mungkin… Aku pun rasa macam nk rehat jugak… walaupun bukan aku yang bertarung tapi badan aku yang digunakan… penat dia tu Allah je yang tau. Aku sediakan air untuk mandian Paklang sementara menunggu Ayah datang balik ke sini. Aku kejutkan Paklang yang aku lihat dari tadi berbaring sambil pejamkan mata. Paklang ni dah macam Ayah no 2 aku. Dari kecik lagi aku duduk dengan dia. Dia pun dah anggap aku macam anak sendiri.

Aku: Paklang… Air daun bidara dan siap dah Angah sediakan… Mandila dulu sikit.
Pak Lang: Haa… Yelah… Paklang mandi kejap lagi ye. Tunggu Maklang kamu sampai.
Aku: Angah nak rehat jap. Penat sangat tubuh ni.
Paklang masih lagi nampak lemah tapi semangat dia untuk membantu orang tu tak pernah hilang dalam diri. Seumur hidup aku dialah orang yang aku kagum dengan semangat dia. Sikap dia yang tak pernah meminta. Sentiasa mudah memaafkan orang. Akhlak dia sgt baik.

Dalam 30 minit kemudian Ayah pun sampai dengan kereta dengan Mak & Maklang sekali.

Ayah: Assalamualaikum…
Aku yang seakan mamai ni jawab.
Aku: Waalaikumussalam…
Kaki berjalan melangkah ke pintu dan membukanya.
Aku: Mak pun ada sekali?
Mak: Saja nak teman Ayah kamu ni. Nanti kalau kamu nk tidur sini Ayah kamu balik sorang plak. Karang melencong ke kedai kopi.
Ayah: Ish kamu ni… Haa…Ngah… nak ikut balik ke nak tidur sini.
Aku: Tidur sini rasanya Ayah… lusa kot Angah balik. Esok nak sambung lagi ni.
Ayah: Kalau dah camtu kami balik dulu lah ye.
Maklang: Tak nak naik minum dulu ke Man?
Ayah: Dah malam ni… esok lusa nnt kami datang lagi.

Aku salam dengan Mak dan Ayah sambil pesan supaya bawak kereta elok elok.

Malam tu aku tidur macam biasa… dengan badan yang tersangat penat aku masih lagi pasang niat untuk bangun tahajjud nanti. Dan malam tu aku mimpi Lelaki Misteri datang dan masih lagi memegang rantai yang di ikat di leher orang yang sama.

Lelaki Misteri: Assalamualaikum sahabat…
Aku: Waalaikumussalam sahabat…
Lelaki Misteri: Kamu masih tidak yakin dengan apa yang kamu lihat? Jangan terlalu meletakkan kepercayaan pada seseorang.
Aku: Bukan aku tidak percaya… Cuma sukar untuk aku terima semua ni.
Lelaki Misteri: Tak apalah… Suatu hari nanti orang yang buat semua ini akan datang pada kamu sendiri. Sentiasa ingat pesanku… Jagalah hubungan kamu dengan Allah SWT…
Aku: Insyaa Allah… aku ingat semuanya.
Tidur aku dikejutkan dengan bunyi talifon aku yang menandakan ada mesej yang masuk dan kemudian disusuli dengan bunyi alarm. Mesej dari Syud.

Syud: Assalamualaikum Rul… dah bangun tahajjud ke belum?
Aku membalas kembali mesej dari Syud.
Aku: Waalaikumussalam… Dah bangun ni… baru je… awal bangun… selalunya saya yang kejutkan awak.
Syud: Hihi… Saya belum tidur lah..hihi..
Aku: Laaaa… buat apa tak tidur lagi…
Syud: Tengah layan movie…hihi. Tak apalah… Awak gi la Tahajjud dulu.
Aku: Iyelah… awak tu pun tidur lah.. Assalamualaikum
Syud: Waalaikumussalam.

Aku tersenyum sendiri dan terus ke bilik air. Masa on the way ke bilik air tu aku dapat rasakan ada sesuatu yang datang. Secara tiba tiba badan aku rasa panas. Selalunya bila aku rasa macam ni ada sesuatu yang tak kena dan cuba datang nak mengganggu. Aku buat tak kisah je dulu dan teruskan niat aku untuk ambil wudhuk dan solat tahajjud. Selesai solat tahajjud aku bukak pintu rumah dan ye… memang ada sesuatu yang datang… Hantaran baru agaknya… tapi dari segi rupa dan bentuk sama dengan apa yang aku benamkan sebelum ni… dia panggil semula ke? Tapi aura kali ni lebih kuat. Sedang aku memerhati gerak geri makhluk ni tiba tiba……………………….to be continued………..kat bawah…hehehehe..

Tiba tiba Paklang tepuk bahu aku dari belakang..

Pak Lang: Assalamualaikum… tengok apa tu sorang sorang pagi pagi macam ni ni Ngah..
Aku: Astaghfirullahalazim…. Waalaikumussalam.. Paklang…. Terkejut Angah… tak ada apa.. Cuma tu ha…

Aku menunjukkan makhluk yang aku nampak pada Paklang.

Pak Lang: Hemmmm… datang lagi… Kamu boleh selesaikan ke?
Aku: Insyaa Allah boleh… nampak gaya macam nak kene bakar terus dah ni.
Pak Lang: Terserah kat kamu Ngah… Paklang nak tahajjud dulu ye…

Sakit sakit macam ni pun masih lagi dengan amalan yang tak pernah dia tinggal… itu lah Paklang kalau korang nak tau.

Berbekalkan kain pelikat dan baju tshirt je aku sarungkan selipar crocs yang aku sentiasa pakai..ringan dan senang nak gerak. Lantas aku capai bekas yang sentiasa ada ditepi tangga. Iaitu bekas garam yang telah dibacakan dengan Ayatul Qursi dan 3 Qul…

Aku melangkah ke arah makhluk yang dari tadi skejap muncul kiri sekejap muncul kanan…

Aku: Assalamualaikum wahai makhluk Allah SWT.
Makhluk: huuuuuhhhhhhhh….grrrrrrr
Aku: Islam atau kafir?
Makhluk: huuuuuhhhhhhhh….grrrrrrr
Aku: Apa tujuan datang ke sini?
Makhluk: Tuan aku hantar!!!!
Aku: Siapa?? Siapa tuan kau??
Makhluk: Manusia!!!! Macam kau!!!!HAHAHAHAHAHA!!!!
Aku: Baliklah kau ke tempat asal kau sebelum aku bakar kau kat sini….
Makhluk: Aku tak boleh balik!!!! Keluarga ni akan aku hancurkan!!!
Aku: Kau kenal Allah??
Makhluk: Jangan disebut nama tu!!! Aku takut!!! Sakit!! Panas!!!
Aku: Kenapa kau takut? Bukan ke kau datang untuk tunjuk kehebatan kau?
Makhluk: Aku tak tau!!!!
Aku: Aku bagi kau 2 pilihan… Balik semula kepada tuan kau atau aku bakar kau hidup hidup kat sini…
Makhluk: Aku tak nak balik… Tuan aku akan bunuh aku.
Aku: Baik…

Aku mulakan membaca Al-Fatihah… belum pun habis surah. Makhluk tu dah menjerit sakit dan panas.

Makhluk: Sakit!!!! Panas!!! Panas!!!!
Aku tidak pedulikan kesakitan makhluk jahat tu dan aku terus menyambung surah Al Baqarah ayat 1-4 dan kemudiannya Ayat Qursi sambil aku menggenggam garam yang aku ambil tadi. Selesai bacaan aku lemparkan ke arah makhluk tadi dan badannya menerima kesan seperti terbakar.

Makhluk: Panas!!!! Sakit!!!! Cukup!!!
Aku: Belum cukup… Bagitau aku siapa tuan kau dan mana tempat kau diletakkan…
Makhluk: Aku bagitau!!! Aku bagitau!!!
Aku: Aku tiada masa untuk menunggu kau…
Lantas satu lagi balingan garam singgah di bahagian badan… terbakar badan makhluk tu.
Makhluk: Tuan aku kawan kau!!! Dia hantar aku!!!
Aku: Mana tempat kau bersembunyi?
Makhluk: Di situ!! Di bawah tiang tepi rumah!!!
Aku: Sekarang kau nak pergi dari sini atau kau nak di bakar?
Makhluk: Aku pergi!! Aku pergi!!

Balingan garam yang ketiga mengenai sepenuhnya badan Makhluk tersebut dan kepulan asap putih muncul serentak dengan hilangnya makhluk tu. Aku segera ke tempat yang diberitahu oleh makhluk tadi dan taburkan garam sekitar kawasan tiang tu. Seterusnya aku mengambil gayung dan isikan air. Aku bacakan Al Fatihah dan 3 Qul. Lalu aku siram ke sekitar tiang tu. Asap putih mula keluar menunjukkan lokasi sebenar benda itu diletakkan… Aku hairan… macam mana dengan hanya waktu singkat je benda tu ditanam. Dan yang paling hairan tiada kesan gali langsung. Bila aku fikir balik… Jika dah namanya sihir… apa pun boleh dibuat. Aku biarkan benda tu kat situ sebab bisa dia aku dah tawarkan dan aku tandakan dia dengan sebiji batu. Dengan Kekuasaan Allah SWT tiada apa lagi yang perlu ditakutkan melainkan Dia. Aku naik ke rumah dan berehat. Penat yang semalam masih lagi terasa. Nasib baik yang tadi yang ringan dan tidak sekuat yang aku sangkakan.

Selepas Subuh aku turun semula ke tempat kejadian dan nak menggali untuk keluarkan benda tu. Puas aku gali tempat yang aku tandakan awal pagi tadi. Bahkan sekeliling tiang aku gali. Tetap tak jumpa.

Pak Lang: Ngah… Kamu cari apa kat tiang tu.
Aku: Cari barang hal yang awal pagi tadi. Kat sini la tempatnya. Tapi ni sekarang dah tak ada.
Pak Lang: Kenapa kamu tak buang terus je td?
Aku: Angah penat sangat tu yang Angah tanda dulu dan nak gali lepas Subuh.
Pak Lang: Tuan dia dah panggil balik la tu. Lain kali penat macam mana pun kamu kene selesaikan terus. Tak boleh simpan. Tak apa lah… dah tak ada dah tu.
Aku: Yelah.

Aku naik semula ke rumah dan Maklang panggil untuk sarapan nasi goreng orang kampung. Nasi goreng biasa je… campur kangkung dan ikan rebus. Aku panggil Paklang untuk sarapan skali. Paklang datang dan dah nampak makin sihat. Raut wajah pun dah makin ceria. Dah tak macam sebelum ni. Alhamdulillah… Allah izinkan Paklang untuk sihat semula.

Aku: Paklang… ni nak rawatan susulan tak ni?
Pak Lang: Tak perlulah… kamu balik la rehat kat rumah… Insyaa Allah tak ada apa apa dah ni.
Aku: Kalau dia hantar lagi macam mana?
Pak Lang: Allah ada bantu Pak Lang. Insyaa Allah…
Aku: Kalau macam tu kejap lagi Angah balik ye.
Pak Lang: Iyalah nanti kirim salam dengan Ayah dan Mak ye.

Pak Lang: Ni angah… Paklang nak pesan… kamu balik Universiti nanti jangan kamu berdendam dengan sesiapa. Apa yang dia buat biar Allah je yang balas.
Aku: Iye Paklang… Insyaa Allah…

Selesai sarapan aku bersiap untuk balik kerumah. Cuti semester aku banyak aku habiskan dekat rumah aku dan rumah Paklang. Sekali sekala keluar ke bandar beli barang barang yang aku nak bawak ke Universiti. Paklang makin sihat dan dah nampak berisi sikit dari sebelum ni. Habis je cuti semester aku sambung semula pengajian aku di tahun akhir dan……. Sesuatu yang pelik berlaku… sambungan di kisah seterusnya…. Tak jauh pun… Kat bawah ni je…hehehe

#KucingKelabu : Selamat Jalan Pak Lang

Sesuatu yang pelik bila mana masuk semester baru. Aku dan Syud tercari cari mana Mus. Tak nampak langsung kelibat dia dari hari pertama dan sehingga masuk hari yang ke 17 sejak bermulanya semester baru. Aku dan Syud plan nak gi tanya pihak pentadbiran Universiti pasal Mus dan jawapan dari pihak pentadbiran memeranjatkan kami. Mus tangguh semester atas sebab yang tidak dapat pihak pentadbiran beritahu.

Aku mula fikirkan sesuatu… Adakah betul semua tanda yang aku terima sebelum ni?? Tapi aku masih lagi tetap dengan pendirian aku untuk bersangka baik dengan Mus.

Aku: Syud… Awak rasa apa sebab Mus tangguh sem? Takkan result dia teruk kot?
Syud: Entahlah awak… Mus pun tak ada bagitau saya. Mungkin masalah family kot.
Aku: Hemmmm…. Mungkin… Awak tak cuba call dia ke?
Syud: Ada jugak tapi tak berjawab.
Aku: Tak apalah… dia ada masalah dia la tu…

Hari hari berlalu seperti biasa… Aku dan Syud masih lagi dengan team study dan team assignment yang sama. Projek tahun akhir pun kami dengan satu lecturer yang sama. Mungkin sebab dah selesa kerja bersama kot. Tiada apa yang pelik berlaku sepanjang semester berlangsung sehinggalah pada suatu malam tu.

Aku tengah menyiapkan assignment part aku yang telah pun kitorang bahagikan dalam kumpulan. Rumah yang aku sewa rumah lain dari semester lepas. Rumah ni jenis rumah dua tingkat. Dan aku duduk sebilik dengan Syafiq dan Hafiz di tingkat atas bilik master. Meja study aku pulak aku letakkan menghadap tingkap. Pada malam tu, semasa aku tengah buat assignment tu pandangan mata aku tertangkap satu susuk tubuh berdiri tegak dan berpakaian hitam memandang ke arah aku dari luar pagar rumah. Dari segi bentuk badan dan rupa memang aku yakin tu adalah Mus. Aku perasan pandangan mata dia seperti sangat marah dengan aku. Aku mengalihkan pandangan aku seketika dan cuba memerhatikan semula… Susuk tubuh itu hilang entah kemana.

Aku mula rasa tak sedap hati dan rasa seperti ada sesuatu yang akan terjadi. Badan aku mula rasa panas. Cepat cepat aku melangkah ke bilik air dan ambil wudhuk. Aku stop sekejap buat assignment. Kemudian aku bentangkan sejadah dan solat sunat hajat 2 rakaat. Lepas solat aku kosongkan fikiran dan cuba ingat balik semua petunjuk yang Allah bagi pada aku. Mood untuk sambung assignment dah hilang entah kemana… Aku kemaskan meja study aku dan terus landing atas tilam.

Malam tu aku bermimpi sesuatu yang menguatkan kenyataan bahawa dialah yang lakukan semua ni. Dia muncul dalam mimpi aku.

Mus: Kau tak akan selamat Rul!!! Kau tunggu apa yang aku nak buat kat kau dan keluarga kau!!
Aku: Apa yang kau tak puas ati dengan aku Mus?
Mus: Semua yang aku nak kau yang dapat!!! Kau ingat aku nak duduk diam??
Aku: Apa yang kau nak? Kau ambil lah… aku tak da niat nak sakitkan hati sesiapa..
Mus: Semua orang suka dengan kau!!! Syud!!! Langsung tak pandang aku sebab kau!!! Kau tunggu.
Aku: Tak apalah Mus… Jika kau nak teruskan begini teruskanlah… aku minta maaf jika ada sakitkan hati kau. Aku masih ada Allah SWT. Cukuplah Allah sebagai Pelindung.
Mus hilang dari pandangan mata aku dan Lelaki Misteri muncul.

Lelaki Misteri: Assalamualaikum sahabat…
Aku: Waalaikumussalam sahabat…
Lelaki Misteri: Jangan kamu takut atau gentar. Allah ada melindungi kamu. Kamu cuma hanya perlu menjaga hubungan kamu dengan Allah. Ingat pesan aku.
Aku: Insyaa Allah… Akan aku ingat pesan mu itu.
Lelaki Misteri: Dia akan datang nanti… Aku akan bantu apa yang perlu.
Aku: Allah akan lindungi hambaNya yang beriman kepadaNya.
Lelaki Misteri: Aku pergi dulu. Assalamualaikum…
Aku: Waalaikumussalam…

Aku terjaga dan beristighfar dengan mimpi aku tadi. Aku jadi blurr. Tak tau sama ada nak percaya atau masih nak bersangka baik dengan Mus. Aku capai phone dan aku message Mus.
Aku: Assalamualaikum… Mus… Ada banyak benda yang kita perlu bincangkan… Kalau kau ada kelapangan bagitau… bila bila je.
Aku hantar dan kemudian bangun menuju ke toilet untuk bersihkan diri dan ambil wudhuk. Selesai ambil wudhuk aku capai phone balik dan message Syud.
Aku: Assalamualaikum… awak bangun tahajjud…
Send…dan aku letak phone atas meja untuk solat. Tiba tiba…

Zzzzzz…zzzzzzz….  Bunyi vibrate phone… bukan tidur ok.

Aku capai phone dan tengok reply message dari Syud.
Syud: Waalaikumussalam… terima kasih awk… saya dah bangun.
Aku senyum dan teruskan solat. Kali ni aku minta pada Allah supaya jelaskan semuanya biar aku yakin siapa punca dan dalang dalam semua ni. Bukan apa sebab Mus tu kawan baik aku sendiri. Sementara menunggu Subuh tu aku terlelap sekejap dan sempat bermimpi Paklang datang dalam mimpi aku dengan berjubah putih dan melambai tangan ke arah aku seakan mengajak aku ke tempat dia. Belum sempat aku melangkah tidur aku dikejutkan dengan azan Subuh. Aku bangun memikirkan balik mimpi aku tadi. Moga taka da apa yang buruk berlaku.

Pagi tu hari Selasa… masa dalam perjalanan nak ke kelas. Aku tumpang kereta Syud. Tengah dok bersembang sembang tu tiba tiba satu mesej masuk… aku tengok skrin phone… Mus!! Aku bukak dan baca mesej dari Mus.

Mus: Aku sibuk… banyak hal aku nak settlekan termasuklah kau… tak payah sibuk nak jumpa aku. Kau dah tau kan.

Terkejut aku terima mesej dari Mus. Rasa nak marah pun ada. Mood nak belajar terus hilang.
Tiba tiba….  banyak pulak tiba tiba kali ni kan…hehe

Phone aku berbunyi menandakan ada panggilan masuk. Aku lihat skrin phone aku. Mak… Panggilan dari Mak. Cepat cepat aku jawab.
Aku: Assalamualaikum Mak…
Mak: Waalaikumusalam Ngah… Angah kat mana ni?
Aku: Angah sekarang tengah nak ke kelas ni Mak. Kenapa Mak?
Mak: Boleh tak Angah balik sekarang?
Aku: Ada apa ni Mak? Cuba bagitau Angah kenapa.
Mak: Paklang Ngah… Paklang tenat… Angah balik sekarang ye.
Aku: Allahurobbi… Macam mana boleh jadi macam tu?
Mak: 3 hari lepas Paklang jatuh dalam bilik air. Lepastu tak sedarkan diri. Bawak gi hospital dah x ray apa semua tak ada apa yang teruk. Semalam Paklang dah sedar. Cuma keadaan dia makin tenat.
Aku: Nak balik sekarang bas taka da ni Mak. Malam nanti Angah naik bas.
Mak: Iyelah… Angah balik ye.
Aku: Insyaa Allah…
Mak: Elok elok ye kat sana… Assalamualaikum.
Aku: Iye Mak… Waalaikumussalam

Aku letakkan phone.
Aku: Allahuakbar…. Laa ilaha illallah… Muhammadur Rasulullah….
Syud: Kenapa awak?
Aku: Boleh tak awak hantar saya balik rumah semula. Saya nak kena balik rumah malam ni. Ada kecemasan. Paklang saya tenat.
Syud: Boleh… Awak nak balik dengan apa malam ni? Bas?
Aku: Ye. Takkan awak nak ikut saya balik pulak. Tak manis.
Syud: Saya hantarkan awak ye malam ni…
Aku: Tak menyusahkan awak ke nanti?
Syud: Mana ada awak pernah susahkan saya. Saya hantar awak ke rumah lepas tu saya pergi kelas maklumkan pada pensyarah dan pihak fakulti ok?
Aku: Ok. Terima kasih awak.

Syud hantar aku kerumah dan terus pergi ke kelas semula. Aku terus masuk ke dalam rumah dan kemas apa yang patut. Petang tu habis waktu kelas dalam pukul 3 lebih macam tu, Syud terus datang nak teman aku ke Melaka Central. Aku banyak terhutang budi pada Syud. Nak turun dari kereta tu sempat aku nak selitkan duit kat tempat selalu aku selitkan. Belum sempat aku nak selitkan Syud dah bersuara.

Syud: Haa…buat apa tu? Selit duit la tu… Tak payah nak selit duit sangat la… kalau nak bagi bagi je terus kat saya. Apa la awak ni. Ingat saya tak tau ke awak selit duit tu?
Aku tersenyum malu.
Aku: Ingatkan awak tak tau…hihi… yelah… Ni duit untuk awak isi minyak kereta.
Syud: Ada saya mintak ke?
Aku: Kan saya selalu tumpang kereta awak.
Syud: Ok. Kali ni saya tolong awak ikhlas… tapi lain kali minyak full tank… Ok?
Aku: Insyaa Allah…
Syud: Saya gurau jelah… dah lah. Jom cari tiket utk awk.

Aku dengan Syud terus ke kaunter tiket untuk tanyakan ada tak tiket balik ke kampung aku. Alhamdulillah ada. Sementara nak tunggu bas malam tu sempat la Syud bawak aku jalan jalan ke Klebang, minum coconut shake. Lepas tu Syud bawak aku ambil angin pantai kat Pantai Puteri. Katanya nak tenangkan fikiran aku. Kami duduk lepak kat situ sekejap lagipun tak boleh lama sebab bas pukul 9.15 dan dah nak senja dah masa tu. Sempat la jugak Syud tanya pasal Paklang dan sempat la aku ceritakan serba sedikit. Sembang punya sembang dah nak masuk waktu Maghrib. Asar? Kami dah solat dah kat Petronas sebelum ke Pantai Puteri tadi. Kami pun singgah ke Masjid berdekatan untuk solat. Selepas selesai solat Syud terus hantar aku ke Melaka Central balik.

Sampainya kat sana aku terus ke platform untuk tunggu bas. Syud ikut. Aku suruh dia balik terus tapi dia berkeras nak ikut. Dia teman aku sampai aku naik bas. Baik sangat dia pada aku.

Sepanjang perjalanan balik ke kampung langsung aku tak tidur. Fikiran aku berterusan fikirkan Paklang dan aku terus teringatkan mimpi aku sebelum Subuh tadi. Macam macam yang bermain dalam minda aku. Moga tiada yang buruk berlaku.

Sampai je kat stesen bas Ayah dah tunggu. Terus balik rumah solat Subuh dan kemudian aku terus ke rumah Paklang. Mak dah memang duduk rumah Paklang sejak Paklang terlantar sakit. Kak Long dan adik adik semua dah kat rumah Paklang dari semalam lagi. Sampai rumah Paklang aku terus ke tempat Paklang baring. Aku salam cium tangan. Paklang bukak mata badan dia lemah. Terus dia buka mulut seolah nak cakap sesuatu.
Aku: Assalamualaikum Paklang.
Pak Lang: Waalaikumussalam… Angah… bila sampai…
Aku: Pagi tadi. Paklang macam mana?
Pak Lang: Macam ni lah Ngah… dah nak sampai masa Paklang dah.
Aku: Apa Paklang cakap macam tu.
Aku menahan airmata.
Pak Lang: Ingat sentiasa pesan Paklang ye Ngah. Jangan berdendam dengan orang. Jangan sakitkan hati orang. Jaga hubungan dengan Allah. Bantulah orang yang dalam kesusahan.
Aku: Insyaa Allah… Angah ingat semuanya.
Pak Lang: Boleh tak Paklang nak minta tolong?
Aku: Tolong apa Paklang? Boleh.
Pak Lang: Paklang nak berwudhuk. Angah tolong ye.
Aku: Yelah…

Aku kedapur dan ambil besen dan isikan air. Aku angkat Paklang dan dudukkan dia. Aku sapu dan ratakan air ke bahagian wajib wudhuk Paklang. Tersenyum sayu Paklang memandang aku. Kemudian aku baringkan semula Paklang dan aku perhatikan gerak geri Paklang. Ya… Paklang solat. Solat sunat Dhuha. Betul aku terkesan dengan akhlak Paklang. Dengan keadaan dia yang tenat macam tu masih lagi sempat untuk menunaikan solat sunat. Selesai solat aku dengar Paklang berdoa. Dan aku tertangkap satu rangkap doa Paklang. “Ya Allah… Mudahkan jalan aku menujuMu Ya Allah…”

Aku dah tak dapat tahan air mata. Bercucuran keluar. Aku sedih dalam masa yang sama kagum dengan Paklang. Aku sempat menjaga Paklang dua hari saja kerana pada hari Jumaat selepas solat Subuh aku terdengar Paklang sesak nafas dan aku sempat mengajar Paklang mengucap dan tak lama lepas tu, Paklang pergi buat selama lamanya pada usia 68 tahun. Aku meraup wajah Paklang dan mencium dahi Paklang. Tenang wajah Paklang dan bibirnya seakan tersenyum. Segala urusan mandi dan kafankan jenazah Paklang aku, ayah dan Imam yang uruskan. Ramai orang kampung datang menziarah. Dalam rumah penuh dan kat luar ada yang berdiri menunggu untuk bawa jenazah ke masjid untuk disembahyangkan.

Ketika mengkafankan jenazah Paklang. Aku dapat lihat wajah Arwah Paklang tersenyum dan disekitar bahagian atas bibir dan jugak dahi Paklang berpeluh. Janji Allah itu pasti buat hambaNya yang beramal soleh didunia pasti akan diberikan pengakhiran yang baik.

Ketika jenazah di keluar dari rumah aku dapat lihat kelibat Lelaki Misteri berdiri dari jauh memandang ke arah aku. Inilah kali pertama dan kali terakhir aku lihat Lelaki Misteri dalam waktu sedar. Beruntungnya Paklang meninggal di hari Jumaat disaat waktu sembahyang jenazahnya ramai sekali yang jadi makmum kerana jenazah Paklang disembahyangkan selepas solat Jumaat dan Imam memberi ruang pada aku untuk menjadi Imam solat jenazah tersebut.
Aku kemudiannya mengepalai perjalanan terakhir Paklang ke tanah perkuburan. Tak terasa berat saat mengusung jenazah ke liang lahad. Dan semua sesi pengebumian dan talkin berjalan dengan lancar dengan keadaan cuaca yang redup.

Sehinggalah saat aku pusing untuk pulang dan aku terpandang……Mus……. Aku tersentak dan sekali lagi cuba memandang ke tempat yang sama tapi kelibat Mus dah hilang. Aku buat tak tahu dan balik kerumah Arwah Paklang untuk kemaskan apa yang patut. Aku masih lagi bersedih dengan kepergian Paklang. Pada aku terlalu cepat dia pergi. Tapi pada masa yang sama aku gembira dan berbangga sebab Paklang pergi dengan tenang dan mudah. Pengakhiran yang baik. Husnul Khotimah. Tapi semua tu hilang selepas aku bukak mesej yang diterima dalam phone aku. Mesej dari Mus yang pada aku sangat melampau dan tak boleh aku maafkan.

Mus: Mati pun orang tua tu. Senang kerja aku lepas ni… Takziah lah ye Rul… hahaha
Aku: Kau tunggu balasan Allah SWT.

Aku terus matikan phone dan terus nak ke bilik aku.  untuk yang tak tau kat rumah Paklang memang ada bilik aku.
Ayah perasan perubahan air muka aku.

Ayah: Angah… Sabar… Allah ada…
Aku: Ye….
Aku terus melangkah ke bilik dan mengunci diri aku sorang sorang. Aku hanya keluar sekali sekala untuk ke bilik air untuk berwudhuk dan ketika sesi tahlil saja. Aku berterusan macam tu sehinggalah pada malam tu. Saat dimana semuanya berlaku dan saat kali terakhir Lelaki Misteri muncul dalam mimpi aku dan dia terus menghilang sehingga sekarang dan telah memberi kesan pada aku.

Insyaa Allah semua ni akan aku kongsikan kemudian di dalam kisah Anugerah Yang Hilang. Mungkin kisah Anugerah Yang Hilang memakan masa yang lama untuk disiapkan kerana ada masalah masalah tertentu yang aku tak dapat elakkan. Mohon maaf sekirannya kisah aku kali ni tak seperti apa yang kalian semua inginkan. Aku hanya ingin berkongsi pengalaman agar kalian semua dapat pengajaran dari kisah aku. Biarlah perit mengimbau kenangan tu aku yang tanggung asalkan pengajaran dan iktibar dapat disampaikan kepada kalian semua agar sentiasa menjaga hubungan dengan Allah SWT dan tidak mensyirikkan Dia.
Mohon izin beransur dahulu. Semoga kita semua diberi kesihatan yang baik dan sentiasa dalam lindungan dan rahmat serta kasih sayang Allah SWT. Jumpa lagi nanti. Assalamualaikum.

Al-Fatihah buat Arwah Paklang A. R. b. Hj. H

#KucingKelabu -Rul-

Next: Anugerah Yang Hilang

19 comments

  1. aku tak pernah missed baca kisah #kucingkelabu ni. Sebb bagi aku jalan cerita nya best. Selepas anip & alam universiti aku tggu2 cerita ni. Hari2 cek tkt terlepas pandang. Tak Sabar Tggu cerita yg seterusnya!!

  2. Sedih sgt2 😭😭,trima kasih ats nasihat yg diberikan..byk pgajaran yg dpt..kpda pnulis harap bersabar..allah bg ujian tnda allah ingat n masih syg pd kita..

  3. takziah atas pemergian arwah paklang…sangat terkesan dgn penulisan penulis,berat sungguh dugaan ni..moga kite sentiase menjaga hubungan dgn Allah SWT..keep it up!c

  4. Dalam kisah ‘Dua dalam satu ini’, aku hanya harapkan dua benda sahaja.

    1. Mus mati akibat perbuatan dia ke atas Paklang. 😠
    2. Syud jadi Isteri Rul (Angah) sehingga ke hari ini. 😍

    Btw, tertarik dengan ayat 7.

    Siapa amalkan, dia akan rasa aman dan terhindar dari segala kebinasaan. Terpelihara dari gangguan jin. Kalau dibaca pada orang sakit, In Sha Allah tenang dan boleh menyembuhkan dengan Izin Allah.

    Al-Fatihah buat Arwah Paklang A. R. b. Hj. H

  5. menitik air mata..tringat arwah pkcik sy,terkena buatan org jgk.dia seorg mualaf..kmi org asli..dkt kg kmi ada bbrpa kluarga je yg islam..wlaupon kbykkn jiran dye x islam tp dorg sllu lepak kt umah pkcik ak,sbb pkcik ak bujang n suka karoke,lagu rock2 smue dye lyn,time msok wktu smbyg dye tggl je kwn2 dye lepak kt umah tu,dorg pon dah phm dah..pkcik kmi ni rpt ngn kluarga kmi wlaupon dye cume adik sdre mak je,surau kt kg dye la yg jdi imam,dye kje kt jaip(jbtn agma islm prk) kdg2 dye ajak budak2 jd makmum dye..mse dye pegi umonye dlm 40an,.saat dye sakit dye msh lg bgun smbyg,.smpai la dye msok hspital,muntah darah tu dah jd biasa,siap dgn pasir lg..mse dye koma kwn2 dye yg ustaz2 bkmpung kt hspital,kluarga ak tdo dpn wad icu,ustaz2 tu la yg tlg kluarga kmi kesane kesini,disbbkn kmi bknnye org sng,knderaan pon xde..mse dye dah xde,ak bru blk dr shah alam sbb kje kt sne,akk ak bkk slimut yg tutup muka dye,subhanallah,,tersenyum je jenazah pkcik ak..muka dye mcm muka sllu ak tgk yg suka senyum,suka mngusik,itu la pkcik ak..

  6. Salam. Rul, takziah untuk allahyarham Pak Lang. Aku rasa nak pijak ludah pastu hempap je kepala member yang mengaku member kau tu. Eiii kalau dapat kat
    aku memang aku hantar terus ke alam barzakh. Lahanat punya manusia. Dalam family aku pun pernah ada yang kena sihir, kesan dia tu sampai sekarang ada lagi. Bezanya aku tak boleh nak tolong sebab alahan atas jasad aku. Kalau kena kat diri sendiri mungkin boleh counter, insyaAllah tapi kalau atas orang lain aku tak boleh tolong langsung. Aku
    respek & salute dengan kau. Semoga Allah lindungi kau & keluarga kau selalu Rul. Al-Fatihah untuk Pak Lang. Semoga ditempatkan di kalangan Syuhada & Para Solehin.

  7. your stories bring me to tears !
    i cried so hard.. T_T
    ALLAHU..
    alhamdulillah, ALLAH memuliakan arwah PAK LANG rul..
    meninggal di hari yang baik dan dalam keadaan yang mulia..
    beruntunggnyaaa arwahh..
    alhamdulillah, kematian yang sangat indah..
    innalillahiwainnailaihirrojiuunnn..
    rul, teruskan menulisss..
    banyakk imu, panduan serta pengajaran yang rul kongsikan dengan kami..
    anugerah yang hilang tu nanti cerita terakhir rul ke ??

  8. Allahuakbar…
    Mengalir2 airmata seumpama merasakan pemergian arwah abah 5tahun dlu…
    Penceritaan Angah tentang Paklang selama ni buat akk jatuh sayang, kasih pada keperibadian mulia Paklang…
    Bila Paklang sakit, terase pedihnya…
    Bila Paklang solat Dhuha dan berdoa, terasa sebaknya…
    Bila Paklang pegi, terasa peritnya…
    Pergilah Pak Lang pada yg Maha Pencipta lagi Maha Pengasihani…
    Tenanglah, damailah Paklang di sana…
    Semoga kami dapat meneladani keperibadian, ibadat dan ketulusan Paklang…
    Innalillahiwainnailaihirajiun…

  9. Sedih aku baca kisah ni Rul… Tak sangka kawan baik boleh buat membe mcm tu.. Al Fatihah utk arwah Pak Lang ko Rul..

  10. innalillahiwainnailaihirrojiuunnn…
    Sedih dan menitik air mata bila baca cerita kali ini.. Semoga tabah hadapi hakikat kehidupan mmg di luar sana ramai org yg busuk hati .

  11. Sedih baca part kali nie sbb kperibadian paklang yg sntiasa menitikberatkan agama buatkan kita smua jtuh syg pda arwah..harap paklang ditempatkan dikalangan org beriman dan beramal soleh dan smoga kita semua sntiasa dlm lindungan dan rahmat Allah..smoga kita juga beroleh kesenangan di dunia akhirat ..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *