Kunci Hati (bhg. 2)

Assalamualaikum, terima kasih admin sebab siarkan cerita saya, Kunci Hati. Terima kasih pada semua yang doakan saya. Jasa anda tak dapat saya balas.

2017
Tengah aku siap2 nak keluar, tiba2 text dari nombor tak dikenali.

“Kau takkan pernah sayang mana2 lelaki kecuali aku. Aku takkan lepaskan kau.”

Aku terkaku…. Ibarat sudah jatuh ditimpa tangga. Sudahlah kesan nya sehingga sekarang aku tangguh. Dia datang lagi. Kali ni tak boleh jadi. Aku harus berani meneggakkan keadilan aku. Aku tak boleh jadi lemah. Aku tak sanggup lagi menghadap benda2 ni. Aku harus berani kan diri.


Flashback 2015.

“Kau nak apa lagi, Luq? Tak cukupkah selama ni kau seksa aku?” aku membalas mesejnya.
“Kenapa kau tak pernah nak terima aku seadanya? Aku tak cukup apa kat mata kau? Sampai kau cari jantan lain, tak cukup kah kasih sayang aku selama ni?”

KASIH SAYANG TOK NEK DIA!!!

“ Tak, masalahnya aku tak macam kau, curang dalam perhubungan, sekurang2nya aku cari laki lain lepas aku putus dengan kau”
“Kau sama ja dengan perempuan kat luar sana! Sundal! Aku akan pastikan kau takkan bahagia”

Ya, memang betul, selepas Luq, aku bercinta dengan seorang lelaki. Walaupun aku cerita dekat boyfriend aku pasal ni, dia tak percaya. Dulu, pernah awal2 hubungan aku, lepas dia approach aku, aku pernah menceritakan benda ni. Tapi dia tak percaya. Tapi dia paksa aku cerita sampai habis. Aku takmau benda ni jadi masalah kat kami nanti. Yala, nanti dia sihirkan aku untuk pisahkan kami. Tak ke haru. Ya, baru boyfriend. Aku tahu takdir tu kat tangan Tuhan, kalau dah tertulis berpisahnya kami, maka berpisahlah walaupun bukan dengan sihir.

Aku kerap termenung selepas conversation tu. Aku kerap memikirkan apa lagi lah aku nak kena nanti. Kenapa Luq tak boleh lepaskan aku? Hatinya keras betul. Egokah?


“Hi, awak. Awak free tak sekarang saya nak cakap sikit”, dari number yang tak kenal.

“Kau nak apa lagi, Luq? Aku minta tolong sangat jangan kacau aku lagi”,

Aku pasti yang contact aku ni Luq sebab number yang sama call aku tanya aku dekat mana, mungkin saja nak pancing aku nak tau tempat aku duduk sekarang, senang lah dia datang dekat aku nanti.

“Saya bukan Luq, tapi saya makwe dia, Luq ada kacau awak ke?”

“Makwe Luq? Haaa, elok sangat lah, saya pun tak larat dah kena kacau dengan Luq, tolonglah jaga boyfriend awak tu tolong jangan ganggu saya lagi, saya rimas lah”

“Saya tahu awak ni ex-gf Luq, sebab tu lah saya contact awak ni, saya ambil number awak pun dari phone dia senyap2 tapi dia tak tahu, dulu saya pernah soal dia tentang awak tapi dia tengking saya habis2 katanya saya tak berhak tahu dan perkara lama. Saya tahu selama ni dia takut kalau saya ugut dia pasal awak.”

“Saya minta maaf sangat kalau awak kena marah sebab saya. Tapi saya memang nak minta tolong sangat tolonglah jangan bagi dia kacau saya lagi. Itu je”

“Saya tahu awak tak salah, saya sayangkan dia. Tapi awak dari mana ya? Luq cakap awak asal Pahang?”

“Eh, bukan. Saya asal utara, ******”

“Awak serious ni?”

“Kenapa?”

“Luq hilang sekarang ni, dah 3,4 hari saya contact dia tak dapat. Dia cakap dia pergi sana lah rumah kawan dia”

Gulp!

PAPPPPP!!
Phone yang ada dekat tangan aku terlepas ke lantai.

Aku takut dia cari aku. Tangan aku dah mengigil dah. Orang psiko sanggup buat apa saja. Dia b***h aku tak ke naya. Itu saja yang dibenakku.


July 2017

Rumah aku dengan tempat kerja dalam 20 minit. Waktu aku balik kerja satu malam, macam biasa, lampu jalan yang dah gelap tiba2 menyala dan lampu yang menyala tiba2 terpadam, aku dah lali dengan benda ni. Tiba2 sampai dekat satu selekoh, aku Nampak kucing melintas, aku tekan break sampai terdengar seretan tayar kereta waktu tu. Aku mengucap banyak kali. Lepas2 ja aku nak teruskan perjalanan, terasa tempat duduk belakang ada orang tumpang.

‘Aku tak kacau kau, jangan nak kacau aku’. Aku cakap dalam hati ja waktu ni, tak berani nak keluar sura, maunya dia sahut aku pengsan tang2 tu jugak kang. Lepas2 ja aku cakap macam tu, terus kereta aku jadi ringan sikit, aku pun tak perasan bila masa kereta aku berat tadi. ‘Memang dia lah ni’ kata aku dalam hati.

Lepas aku sampai ja rumah, aku terus cuci muka basuh kaki salin baju dan tidur. Masa malam tu, aku mimpi ular sawa besar belit aku dan bukak mulut luas nak terkam aku dan aku terjaga tepat pukul 3pagi. Aku alihkan badan aku, aku ternampak dalam samar2 kegelapan housemate aku berdiri tegak dekat pintu tengah renung aku tajam. Lepas aku gosok mata terus hilang. Sampai ke pagi aku tak boleh tidur. Terkejut punya pasal. Esokkannya, aku tanya lah housemate aku ni ada tak bangun pi tandas, dia cakap takda. Pulak. Aku pun biarkan jela aku anggap just imiginasi aku kot. Tapi memang real gila, siap boleh Nampak mata dia tengok macam marah aku. Selepas malam tu, dua minggu berturut2 sehingga lah hari ni aku akan terjaga tengah2 malam. Dulu, iyalah aku akan terjaga tengok phone pukul berapa, memang akan tepat pukul 3. Lepas berapa kali kena macam tu, memang kalau aku terjaga pun aku akan pejam ja mata sampai tertidur sendiri. Memang aku rasa ada benda tenung aku setiap kali aku terjaga tengah malam. Pagi2 bangun ja dari tidur aku akan check lebam baru, memang tiap2 malam benda tu gigit aku.

Aku cerita dekat kawan baik aku, Iqbal. Dia ja yang paham keadaan aku dan kadang2 tolong aku pasal benda2 ni. Tahum lepas, ada sekali masa dia hantar aku balik rumah lepas lepak2, lepas berbye2 dengan dia, aku pusing lah nak masuk rumah, dia nampak rambut aku panjang cecah ke lantai, dia diam ja tapi muka cuak, bila aku toleh sekali lagi, dia pesan jangan lupa basuh kaki dan ambil wuduk sebelum tidur. Menurut Iqbal, kadang2 hijabnya pun terbuka. Masa dia otw balik rumah dia lepas hantar aku, ada benda lindung jalan dia, hampir2 dia kemalangan, bila dia turun dan azan barulah dia jumpa jalan macam biasa balik. Menurut Iqbal, benda tu memang tak suka aku rapat dengan mana2 lelaki, termasuk Iqbal. Berbalik kepada cerita asal tadi, lepas aku bagitau pasal keadaan aku sekarang, masa ni Iqbal otw balik kampung, Iqbal terus cari ustaz dan minta ustaz tu bacakan apa yang patut dan usahakan sesuatu.

Lepas Iqbal pulang dari kampungnya, dia bagi aku air yang telah dibacakan ayat suci alquran. Pada mulanya, aku minum sebelum tidur, dah takkan ada lebam2 dah, Cuma terjaga dari tidur tengah2 malam lagi. Dah tiga minggu aku amalkan minum air tawar tu sebelum tidur, mulanya nampak kesannya, lama2 sekarang ni dia tak peduli dah, sebelum tidur aku akan rasa sakit bahagian lutut dan ke bawah hingga tumit. Dia dah berani tidur sebelah aku, berani cuit2 aku sekarang. Bila aku ceritakan apa yang berlaku sekarang pula, Iqbal tak mampu buat apa2 lagi. Dia sedang berusaha mencari ustaz yang boleh handle benda yang lekat dekat aku ni. Tapi kalau ustaz mana pun, aku tak terus sambar, aku selalu beringat takut dia guna khadam tak ke menambah lagi masalah aku yang sedia ada ni.

Aku buntu, kebetulan kawan lama aku, Hairi contact dan seingat aku dia pernah cerita dia ada jugak pernah pagarkan orang atau rumah dari diganggu. Aku pun tanya lah dia dan cerita segalanya dekat dia. Dia cakap bila mimpi ular tu nak terkam memang benda tu ada dekat dengan aku, kalau terkam aku dah tu, benda tu masuk badan. Nasiblah ular dalam mimpi aku tak pernah terkam aku. Aku jadi takut dan minta dia ubatkan aku.

Satu malam, lepas Hairi balik kerja dia ajak aku lepak nak cerita pasal ni. Aku pun setuju. Masa aku nak otw pi dekat dia, kunci tertinggal lah, dompet lupa lah, dah tu aku bawak kereta aku rasa macam lama betul nak sampau padahal jalan tu boleh kata seminggu tu dua tiga kali kadang2 aku lalu. Pastu, aku berkhayal apa benda ntah sampai aku ambik side orang punya banyak nasib tak terlanggar kereta yang bertentangan. Mula sampai nya, Hairi pun ceramah aku pasal benda2 ni, surah apa kena baca, dia share dekat aku ayat pendinding. Lepas tu, dia bagi aku cium satu minyak wangi.

“Hah, busuk ka wangi ni?”

“Mana nak pi tau, wangi la kot, dah kata minyak wangi”

“Tak busuk lah kan?”

Aku geleng kepala.

“Dia baru duk ‘recce’ la tu”, Hairi balas dengan senyum sinis.

“Recce? Hang biaq betoi. Hang jangan bagi aku takut”

“Dakkk, maksudnya dia takdak lagi dalam badan hang, kalau ada dalam dah, mesti hang takleh nak bau minyak ni, busuk yang amat sebab minyak ni dah dibacakan ayat2”

“Oh, jadi dia takdak lah kan?”

“Ada kat tepi hang”

Dengan selamba nya dia balas dan dengan selambanya lah aku cepuk Hairi. Aku drive sorang kot balik satg. Dah la masa tu nak dekaf 11pm dah. Lepas sembang2 dengan sembang merapu tak berkesudahan, Hairi cakap nak bawak aku pi jumpa ustaz dia yang dia belajar. Aku pun anggukkan ja lah sebab aku betul2 nak buang semua.

“Tapi hang jangan bergantung 100% tu dekat aku dengan ustaz, sebab kami hanya membantu, 10% tu dari kami, yang lebih tu atas diri hang dengan tuhan, hang kena kuat, aku tau hang pun kuat sebab tu benda tu tak boleh masuk lagi dalam badan hang, sebab yang dia hantaq pun kuat, hang tengok lah boleh seberang laut siap, yang ni bukan calang2”

Aku tenung Hairi. Aku telan air liur. ‘Benda tu pun kuat’. Haihhhh

“Hang jangan takut, sebab tak da apa yang boleh lawan kuasa Allah. Hang percaya lah dengan Allah, yakin dengan bacaan hang. Jangan gagap atau was2. Baca dengan yakin. Walaupun surah al fatihah benda tu takkan kacau hang”

Aku tengok Hairi pejam mata dia. Aku dah diam sebab aku terkejut lagi.

“Macam ni lah, aku pagaq hang lani nah. Hang dengaq apa yang aku baca ni, Ya Allah ya Tuhan ku, kau jauhkan lah sahabat aku ni dari segala perbuatan syirik, benda2 yang tak baik dan seangkatan dengannya. Jauhilah dia daripada kekacauan syaitan dan iblis” , Hairi sambung dengan satu surah pendek dan tiup ke arah aku.

Aku bersyukur ada jugak kawan macam ni. Hairi pesan paling kyurang pun, setiap malam sebelum tidur, berwuduklah. Dah nak tengah malam aku duk lepak dengan Hairi. Kami pun beransur pulang. Aku tidur malam tu dengan lena nya, tapi tersedar seperti sebelumnya. Alhamdulillah tak da apa yang berlaku. Keesokkanya, aku whatsapp ayah aku, dalam text tu aku cerita dari mula. Ayah aku terkejut dan call aku tanyakan keadaan aku. Ayah aku cakap, dia akan usahakan berubat aku dari jauh dengan sepupu dia. Alhamdulillah satu lagi pertolongan.

Ku sangka kan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Seminggu sahaja aku tidur dengan senang hati tanpa gangguan.

Pranggggg!! Bunyi kaca pecah sedarkan aku dari tidur yang lena. Aku bukak mata aku perlahan. Masih lagi gelap.

Aku berjalan ke dapur dan bukak lampu dapur untuk check apa yang jatuh. Kosong! Seperti tiada apa yang pecah. Mungkin perasaan aku sahaj, cuba sedapkan hati. Aku masuk ke tandas sebab nak terkucil dek malam yang sejuk. Lepas habis urusan aku, aku kembali ke kati, tutup lampu semua, dah jadi tabiat aku selubung dari kaki sampai paras dada sahaja. Aku tak suka selubung sampai muka, boleh sesak nafas dibuatnya. Tiba2,

Zuppppp! Selimut aku ditarik.

Jantung aku masa tu jangan cakap memang macam nak pecah. Aku ambil bantal dan tutup muka aku. Takmau tengok apa makhluk yang tarik selimut aku tu. Lepas lama sikit, agak makhluk tu macam takda, aku cepat2 ambil balik selimut aku dan selubung satu badan, aku tindih segala buju2 supaya takleh kena tarik lagi. Bayngkan aku dalam tu berapa lama sampai aku dengar azan subuh, peluh jantan aku semua keluar masa tu. Masa azan tu, baru aku teringat, kan aku membuang tadi tapi tak amb wudhu balik. Patut dia berani kacau. Aku mengeluh.

Hairi ada passkan number ustaz dia dekat aku. Aku call dia. Aku pun cerita lah lebih kurang dekat dia. Dia suruh aku datang jumpa dia secepat mungkin. Tapi bila aku dah set tarikh dengan ustaz tu, ada ja benda tak kena, aku kena kerja lah, ustaz tu ada luar kawasan lah bila aku free.

“Dia cuba ni nak halang kamu berjumpa dengan saya”, begitu lah perbualan terakhir yang kami bualkan sebelum ustaz tu accident, admitted dekat hospital.

Ya, macam2 halangan, walaupun aku tengah taip ni, dia kadang2 ubah huruf aku, tak pun macam keyboard yang rosak, aku tekan satu huruf keluarnya sampai sepuluh. Maaf andainya tertypo.

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

48 thoughts on “Kunci Hati (bhg. 2)”

  1. Satu malam, lepas Hairi balik kerja dia ajak aku lepak nak cerita pasal ni. Aku pun setuju. Masa aku nak otw pi dekat dia, kunci tertinggal lah, dompet lupa lah, dah tu aku bawak kereta aku rasa macam lama betul nak sampau padahal jalan tu boleh kata seminggu tu dua tiga kali kadang2 aku lalu.

    perkataan ‘sampau’ tu pun kerja benda tu ke

    Reply
  2. Semoga segalanya dipermudahkan oleh-Nya.Setelah kesulitan pasti ada kesenangan.
    BERSABARLAH
    Anggaplah semua ini merupakan ujian daripada-Nya.
    Jaga diri baik-baik!?

    Reply
  3. weeii..masalah aku lebih kurg macam ko..dia punya simtom2 dia. aku skrg ni boleh dikatakan dah abis berubat kat darussalam sbb minggu ni dia kata ikut la..aku nak dtg lagi ke tak. tapi aku rasa msalah aku tak settle lagi ni. aku ada masalah dgn berat jodoh n gangguan2 lbih kurg mcm ko la. ada kata aku mgkin kene sihir ada juga kata..ada bunian suka kat aku. tp aku rasa macam ada org sihir aku..sbb dulu masa blaja ada sorg mamat minat sgt kat aku dlm diam.

    aku takleh rapat dgn mana2 laki. kalau tak..laki tu kena bala..teruk punya masalah smpai kena melarikan diri. dah 2 org dah. kesian ex n bf aku. aku baru je jmpe balik ex bf aku yg tahun lepas. baru seminggu declare balik..macam2 bala dpt. member sruh byr hutang la. kena kejar along la..skrg ni dah lari..balik kg. tak guna hp lg dah..dah jual..xde duit sgt. so tak leh nak contact langsung skrg. dah la sblm ni watsap dia problem. bleh wechat je. fb, ig pun dah xde sebab orang dok khianat dia.

    aku penah nmpk benda tenung aku masa tido. kalau aku tido awal..tepat 3 pagi akan terjaga. nape ek? tu pasal aku tiap2 ari tido kul 3. baru ok. skrg ni aku amalkan baca fatihah+ayat kursi+3 qul sblm tido. alhamdulillah..lena. tapi macam ko gak la..ada masa2 terjaga tgh malam nak terkucil..pastu terus tido je tak baca ape2. nah..amik kau aritu dia bagi love bite besar punya kat lengan. besar syiling 50sen siap ada tanda cakar lagi kat tgh2 lebam tu.

    aku tak tau la aku ni demam ke ape..asalkan malam je..badan sejuk..tapi muka panas mcm orang demam..muka merah sangat2. sebelum ni nak gi berubat..ada je macam2 halangan. esok pun..patutnya aku nak cuba kat orang lain. sekali abah kacau lak..nak kena gi kenduri rumah kawan dia..lepas gi kenduri rumah kawan aku..tak sempat nak berubat petang esok..tunda lagi. aku nak cepat2 settle

    tolong la..sape boleh tolong..umo aku dah 32..tak bleh nak kawin. asalkan ckp pasal kawin je..orang tu hilang. macam bf aku ni..baru je dia ckp aku bakal wife dia..terus..hilang..ada masalah smpai kena lari..tolong la..bkn aku je kene..benda ni melibatkan pasangan aku..aku taknak orang lain susah gak

    Reply
  4. Sihir tahap jin ifrit kalau teruk mcm ni..ko pasanglah rukyah dik tiap2 mlm sampai pagi..dlm kereta dan juga di tmpt kerja selain sentiasa keadaan berwuduk..bykkan mengaji setiap hari dan zikir Allah setiap masa..hanya Allah sebaik2 pelindung

    Reply
    • Dan juga…
      Maaf terdahulu akk mohon kalau terasa hati…
      Andaikata gambar profile tu mmg si penulis, sebaiknya ubahlar pemakaian tu…
      Pakaian mmg x melambangkan peribadi dan amalan kita, tp sebaiknya kita lindungilah aurat kita dan kemudian mohon perlindungan Allah utk selebihnya…
      Wallahualam…

      Reply
  5. Dulu, iyalah aku akan terjaga tengok phone pukul berapa, memang akan tepat pukul 3. Lepas berapa kali kena macam tu, memang kalau aku terjaga pun aku akan pejam ja mata sampai tertidur sendiri. Memang aku rasa ada benda tenung aku setiap kali aku terjaga tengah malam.

    Yang ni aku sama dengan kau. Aku pun selalu terjaga sharp at 3am! Tak kira aku tidur awal or lewat. Asal jam 3 pagi je, confirm aku akan terjaga. Sampai sekarang. Tapi aku tak lah sampai lebam bagai. Cuma effect aku sakit dekat bahagian bahu je. huhu.

    Reply
  6. Lebih kurang sama dengan situasi yang jadi dekat saya. Pasal ular tu memang ada mimpi ular hitam besar. Tidur memang tak pakai selimut tapi selalu mimpi jatuh dari tempat tinggi, kaki akan tersentak terus terjaga dari tidur dan memang pukul 3 pagi. Bunyi macam benda pecah masa tengah tidur, ingatkan gelas pecah, tengok dekat dapur takda apa-apa. Saya pernah hantar story ” Saka Tok Nenek” dan samalah kita. Banyak typo dan meleret2 jadi jalan cerita. Padahal dah copy dari word elok je. Entahlah maybe “dia” tak bagi kita bercerita.

    Reply
  7. saya almost setiap mlm ada yg ganggu… dh pegi jumpa ustaz, and dia ckp ni arwah nenek moyang punya… ustaz dh buang tp dia ckp benda tu still dtg tp dia xleh nk dtg dekat.. dia just dtg and tengok dlm jarak 20 meter mcmtu.. lps pegi berubat alhamdulillah ok.. tp lately mcm benda tu dtg balik.. sebaik je sy pejam mata dan terlelap, ada suara yg akn panggil nama.. jika sebelum ni hanya suara wanita je yg duk panggil nama sy, tp kali ni suara lelaki.. terus saya on quran dlm henpon.. play surah albaqarah.. alhmdulillah, sy tido lena tanpa gangguan smpai ke subuh

    Reply
  8. assammualaikum sis. saya ada kenal seorang pak ustaz ni. nama dia pak engku. kalau sis kenal sebab dia memang terkenal buang benda benda sihir ni. sebab abang saudara saya pernah berubat disana. alhamdulillah okay walapun tak sepenuhnya tapi dia takde meracau kena sampuk cakap sorang sorang lagi. alhamdulillah syukur pada Allah. oh ye jangan risau dia takde menggunakan khadam. dia menggunakan 100% ayat al-Quran kerana saya pernah tengok cara dia mengubat. sebelum mengubat dia dan pembantu akan mengambil wudhuk dan sebagainya. sis boleh buat pencarian pasal dia. semoga Allah beri kekuatan dan lindungi orang orang teraniaya seperti sis. assalammualaikum

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.