Kupu-kupu?

Assalamualaikum semua, sebelum tu aku nak ucapkan terima kasih kepada Fiksyen Shasha sebab sudi siarkan cerita aku ni. Ini second time aku hantar cerita. Yang pertama tu tahun 2016 kalau tak silap, tajuk dia ‘SUNDEL BOLONG”. Kisah ni pendek je. Kisah ni terjadi waktu aku still study dulu, sekarang aku dah bekerja dah. tunggu nak kahwin je tak lama lagi.

Okay, long story short. Waktu aku study dulu (di sebuah tempat yang dirahsiakan), aku stay dekat asrama, duduk dekat tingkat tiga, bilik aku dekat hujung sekali. Keluar je dari bilik ada beranda dekat sebelah kanan yang boleh direct tengok padang dan depan tu dinding tepi bilik lain. Sebab asrama kitaorang ni jenis kotak atau empat segi. Boleh imagine tak?

Kisah ni terjadi time satu malam tu, aku tengah on the phone dengan kawan aku. Aku time on the phone tu, bedirilah dekat beranda, so basically aku berdiri menghadap padang yang gelap. Time tu awal lagi, dalam pukul 9:30 malam macam tu. Orang pun still lalu lalang lagi dekat level tu.

Nak dijadikan cerita, tengah syok-syok on the phone tu, tiba-tiba je aku tengok sekali imbas, ada benda lalu dari arah depan tu terus melekap dekat tepi kiri bangunan yang mana area tu, ialah area belakang bilik berdepan bilik aku.

Aku still blur lagi time tu, lepas tu aku perhatilah dekat area belakang bilik tu, tapi tak nampak apa-apa. Then aku buat macam biasa je, tapi mata still lagi perhati area tu. Tiba-tiba aku tengok macam ada cebisan kecil sesuatu berwarna putih melekap dekat hujung sisi bangunan tu. Aku pun tertunggu-tunggulah jugak apa benda tu, sebab benda tu nak kata kain tak jugak, dia lebih mcam sayap kupu-kupu malam yang bulu-bulu kaler putih (moth). Tengah aku usha benda tu, tiba-tiba (lagi) ada suatu bentuk bulat merah besar warna merah maroon sikit, aku agak-agak saiz bola budak kecik, menjenguk keluar dari sisi bangunan tu. Dia pandang aku, aku pun pandang dia jugak (Surely, not love at first sight).

Aku macam terkedu, serius aku tak boleh nak hadam apa benda tu. Yang aku nampak, benda merah bulat tu macam mata dia, dan dekat atas bulat tu ada macam dawai (aku rasa tu rambut dia), bengkok, warna putih kelabu… entahlah warna apa, yang pasti warna ala-ala putih kusam.

Benda tu time jenguk kepala dia keluar, slow je movement dia. Lepas je moment aku dan dia berpandangan tu, aku nampak dia macam keluarkan tangan dia ke apa, bentuk macam ranting kayu, tapi hujung tu macam ada cabang tiga atau empat )aku suspek tu jari dia) terus berpaut dekat sisi atas dinding tu and dia mula bergerak ke atas.

Yang paling aku tak dapat lupa, dia punya movement tu macam video rosak, tersekat-sekat tapi laju. Then benda tu naik sampai atas, aku pun tak tahu mana dia pegi lepas tu. Time benda ni jadi, aku speechless. Lepas tu baru aku ingat aku still on the phone. Tu pun sebab dengar kawan aku terjerit-jerit dekat telefon, dia ingat aku pengsan ke apa.

Benda pertama yang aku cakap dekat kawan aku tu adalah, “aku rasa aku nampak hantu.”

Punyalah kawan aku tu gelak. Dia ingat aku main-main. Aku matikan call, then aku masuk bilik. Aku pun cerita dekat roommate aku yang lain. Diorang semua macam speechless. Aku tahu diorang pun tak tahu nak percaya or tak.

Sampai sekarang aku tak tahu benda tu apa. Korang pernah jumpa atau tahu tak apa spesies benda tu? Okaylah, itu sahaja kisah aku.

Thanks semua.

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]
Sue

16 thoughts on “Kupu-kupu?”

  1. Benda2 pelik cpt je tertangkap oleh pandangan mata..sama mcm aku jgk..cuma aku bernasib baik x pernah nmpk benda yg menakutkan..mintak dijauhkan

    Reply
  2. Adik aku pernah cerita pengalaman dia meronda cegah maksiat di asrama. Malam tu dia dan kawan2 dia nampak natang lebih kurang sama dgn apa yg cik ni cerita. Ponti ke atau jenis lain.

    Reply
  3. Mula2 baca x fhm…baca lagi skali ape yg penulis nampak..baru laa fhm…mula2 baca x fhm tu ingakan penulis nmpk benda mcm pari2 yg namanya THINKER BELL yg dlm cerita ape tuu budak laki yg blh terbang tuu…hahahahah….jauh aq imagine kan…kali kedua baca bru dpt bayang betul2…ranting kayu mcm groot dlm cite avengers lak..haha…btw penulis pasni xyah otp kat luar laa ye…hehe

    Reply
  4. susah jugak nk imagine benda ape tu.. samar2. sb lain dari yg lain penampakan penulis berbanding hantu spesies yg biasa dijumpai kebanyakan org.

    Reply
  5. Jin ada macam2 rupa. Jadi, rasanya tak pelik juga. Rupa tu memang pelik, tak sama dengan kita tapi tak pelik pun kalau dia pelik. Cara dia tengok penulis pun macam dia pelik tengok penulis, kan? Kadang2 depa pun pelik bila kita nampak dia. Dan, cara dia bergerak tu agak ganjil sebab makhluk camni biasanya di dimensi lain.

    Reply
  6. Dr cara dye cerita tgn mcm ranting kayu n panjang. Bergerak ke ats bgunan tu mcm hantu galah. Tp x tau plak la hantu galah ada kepak cm moth tu ke x.. Haha.. Penah la bersua muka dgn hantu galah ni sekali..

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.