Assalammualaikum semua pembaca FS. Ucapan terima kasih sekali lagi kepada admin kerana tak jemu-jemu menyiarkan kisah aku yang tak seberapa ni. Dan ucapan terima kasih kepada pembaca yang sudi membaca dan memberi kata positif berkenaan penulisan aku. Aku tak tahu kenapa aku boleh spend masa menulis kisah-kisah ni daripada menulis thesis aku. Kekeke. Ada juga yang minta adik aku, si angah yang bercerita sendiri. Amboi kau, demand eh. Haha. Bukan apa, masa tu, aku di univ dan angah di rumah. Jadi terbatas sikit la nak bercerita memandangkan kami berkomunikasi meggunakan whatsapp je. Macam biasa tagline aku,
Kalau tak seram, boleh skip, bukan kecam.
Maaf, intro panjang sangat. Okay, kita start.
Jam 1 pagi, tiba-tiba kawan angah, aku namakan dia Pija, kejutkan angah bangun dari tidur sebab pengetua nak masuk madrasah masa tu. Angah dengan terkocoh-kocoh sarung jubah dan tudung labuhnya. Semua pelajar dikumpulkan di ruang solat. Daripada jauh, dia nampak seorang kakak ni kerasukan. Aku bagi nama kak ni kak Limah la noh. Aku tak tau nama sebenar dan aku tak nak tahu. Haha.
Kak Limah masa tu terjerit, sambil berkata,
“Aku nak bunuh perempuan ini. Aku nak makan darah dia. “, kata Kak Limah pada diri sendiri.
“Aku nak bunuh kau juga. Kau dah ajar budak-budak ni Quran. Susah kerja aku!” jerit Kak Limah kepada Ustaz Pengetua.
Wajah ustaz agak kelihatan pucat kerana ugutan daripada hantu Kak Limah itu. Dengan segera, dia memanggil 3 orang ustaz daripada luar untuk menyembuhkan Kak Limah, memandangkan dia tiada kebolehan untuk membunuh benda-benda tersebut.
Kelihatan daripada jauh, ada satu lembaga hitam dengan wajah yang buruk, duduk berhampiran Kak Limah, berada dalam keadaan yang bengis dan marah. Kata angah lagi, mereka dikehendaki membaca manzil beramai ramai sehingga jam 6 pagi bagi membolehkan ustaz membunuh benda-benda tersebut.
Ustaz yang berpengalaman tu, bergilir-gilir mengubati Kak Limah. Angah melihat, sambil ustaz membaca ayat ruqyah, sambil itu tangannya menuju ke leher dan perut Kak Limah. Gayanya seperti hendak memotong anggota badan ‘benda’ tersebut. Kak Limah sudah kelihatan sangat lemah sehingga termuntah. Muntah yang dikeluarkan berwarna putih pekat.
Setelah selesai berubat, Pija menceritakan apa yang terjadi. Rupa-rupanya pada malam itu, Kak Limah mandi lewat malam dan pada masa yang sama dia uzur. Usai mandi, dia tidak terus tidur tapi bersembang dan gelak dengan kuat. Menurut Kak Limah, dia ada pendamping. Dari mana dia dapat ? Dia membuat perjanjian dengan pedamping tersebut memandangkan sewaktu itu dia tidak tahu apa-apa dan keluarganya tidak mempedulikan dia. Lantas, dia berkawan dengan pendamping tersebut. Apabila, dia dimasukkan ke Tahfiz, pendamping tu marah dan seboleh-boleh ingin membunuhnya kerana telah melanggar perjanjian.
Seterusnya, satu malam, kawan-kawan angah leka bermain congkak. Tak lama lepas tu, angah terdengar bunyi hempasan yang kuat. Kemudian, suara kawan-kawannya menjerit dan menangis-nangis.
Angah mendapatkan kawannya sambil bertanya apa yang dah jadi.
“Nur, masa aku main congkak tadi, ada satu almari terapung di udara dan bergerak ke tempat lain. Tak semena, almari tu jatuh terhempas di lantai.”, kata kawan Angah dengan ketar.
“Dah-dah, jangan main congkak malam-malam lagi. Benda tu marah. Pergi tidur.”, pesan angah.
Setiap malam, sebelum tidur, seluruh pelajar madrasah akan buat pagar, tapi malangnya, pagar tu cepat sangat roboh. Kata angah, kerana ada di kalangan pelajar tersebut yang suka mendengar lagu dan membuat perkara yang melalaikan sehingga pagar yang dibina, tidak bertahan lama.
Pernah juga satu hari, memandangkan hijab angah terbuka, aku tanya dia ada nampak apa-apa tak kat bilik ni? Masa tu lewat malam jam 11.30. Bed time story kata orang putih tapi versi mistik. Dia pandang aku, pastu mengagguk tanda ada. Lantas, tangan dia tunjuk ke arah atas almari.
“Tu, ada sekor. Atas syiling pun ada sekor. Lepas tu..” tak sempat angah sambung lagi bed time story dia, aku tutup rapat mulut dia. Sebab aku rasa meremang seolah-olah benda tu memerhatikan kami dan tahu yang kami bercerita pasal dia.
“Dekat tandas banyak long.” Kata angah lagi.
“Shhh..diam. Dah stop. Aku tak nak sambung lagi.” Kata aku
“Kat sebelah kau pun ada long.Kekeke” kata angah
“Eh pompuan ni, aku kata dah, dah lah bongok! Ada yang aku terkincit ni kang.”, marah aku
Korang bayangkanlah, meremang ke tak aku waktu dia cakap macam tu. Aduhai, rasa nak belangkung je minah tu.
Ada satu lagi kejadian baru-baru ni. Petang tu, mak baru balik dari kerja. Mak aku sebenarnya sakit, ada nenek tua yang duduk dalam badan dia. Sebulan lepas dah berubat, kata ustaz, nenek tu dah tak ada. Si angah ni tak ada experience lagi tengok mak aku kena rasuk memandangkan masa mak sakit, dia ada di Poly. Aku pulak lupa nak cerita kat dia. Huhu. Nak dijadikan cerita, mak balik daripada kerja jam 5 petang waktu.
Kemudian, mak bercerita dekat angah.
“Kau tau, tadi ada sorang budak perempuan ni, dia tak nak salam aku. Sebab dia nampak aku. Aku pun marah ler.. Dah elok-elok aku duduk diam, dia nampak aku pulak”, kata mak dalam keadaan marah.
Anga tiba-tiba beku sebab terkejut. Masa tu memang pakai kau-aku. Lepas mak bercakap, mesti mak agak ketawa mengilai.
Angah teruskan buat muka tak takut padahal aku tau yang masa tu dia dah nak terkincit. Hihi
“Kau takut ke ?” , usik mak aku dengan gelak tawa yang kuat.
“Aku tak takut, aku nak pergi dapur sebab nak letak pinggan ni ha”, kata angah
Mak gelak sehabis-habisnya.
Kata angah, silap dia juga, sebab masa bersembang dengan mak, dia pergi cerita kisah mistik dia masa di Poly. Terus mak cakap,
“Oh, kau nak cabar aku eh ? Kau ingat aku takut?” kata mak dengan tawa
Tu yang buat angah jadi terkejut dan trauma dan hampir nak nangis. Dia tertanya-tanya, kat mana mak aku. Cepat-cepat dia buka ayat Quran dan telefon atuk datang ke rumah sebab waktu itu, hanya ada dia dan emak saja.
Atuk datang dan baca ayat Quran. Terkumat kamit mulut atuk. Lepas tu, mak marah.
“Eh kau baca apa tu Din (nama atuk). Kau suruh Din keluar. Kacau aku je”,marah mak.
Atuk macam biasa, tak goyah pun dengan benda tu. Selepas dari tu, angah kata, dia nampak mak ambil wuduk dan nak solat asar. Fuhh, kebal betui setan yang dok dalam badan mak ni. Benda tu berlarutan sampai ke malam dan dengan sendiri, nenek tu keluar. Sejujurnya, aku clueless, kat mana lagi nak pergi berubatkan mak. Benda tu pandai menipu. Dah dua kali berubat, aku ingatkan dah keluar, rupanya ada lagi bersarang dalam badan mak. Kesian mak.
Itu saja kisah Angah untuk kali ini. Dan beribu maaf, jika tak seram dan penceritaan aku tidak berjaya buat korang meremang. Kekeke.
Macam biasa, setiap kali kisah seram, aku akan selit satu cerita berunsurkan prank yang pastinya tak seram, sebagai hiburan untuk hampa
Beberapa tahun lepas, jam 12.30 tengah malam, aku dan adik bongsu aku, dok bersembang kat bilik tengah kami. Saja-saja buat bed time story. Sebelum tu, aku nak bagi gambaran, bilik tengah ni special berbanding bilik lain, sebab dia lagi tinggi, dan ada tingkap. Tingkap dia tinggi sama macam syiling. Faham tak ? Ha, pandai-pandai lah hampa imagine, haha.
Adik aku, Ayep, dia gatai nak bercerita hantu malam tu. Okay, takpa, kita layan..sekali, aku buka citer aku.
“Ayep, cuba tengok tingkap tu. Aku ada nampak benda putih dok galak terbang.”
Ayep ni dah nampak muka dia annoyed dengan aku. Haha.
“Bodoh la kau, along. Mana ada “, marah Ayep sambil jeling kat aku.
“Eh, kau tak caya yep? Cuba lah tengok. Tu ha. Ha, nampak tak”, kata aku sambil tunjuk-tunjuk tingkap tu.
“Bodoh laa dak along”
Dia marah aku pastu keluar dari bilik tengah, tak lama lepas tu, aku dengar dia menangis dan mengadu kat mak aku. Kahkahkah
“Mak, tengok lah dak along tu. Takutkan ayep” teresak esak dia menangis pergi tidur kat bilik mak aku.
Aku apa lagi, gelak kaw-kaw dapat kenakan dia. Tak tentu pasal, aku rasa meremang tiba-tiba..
1 minit, aku okay lagi. Dok rilek baring.
2 minit, aishh..macam ada yang tak kena je..
3 minit, laju kaki aku berlari pergi bilik mak sambil jerit,
“Makkkk”
Actually tak dek apa-apa pun, Cuma rasa meremang tiba-tiba. Dah aku kenakan ayep, cakap ada benda kat tingkap, kau ingat aku tak terbayang sama ke ? Haha
Malam tu, aku, mak, ayep tidur sekatil. Tak pasal-pasal mak marah aku,
“Korang ni buat nama ada bilik, tapi berasak kat bilik aku”, marah mak.
Aku hanya mampu sengih siput babi ja masa tu. Tulah padan muka aku, nak takutkan orang, tak sedar diri sendiri pun penakut. Kikiki
Oh ya, aku nak bagi tau, segala unsur carut dalam kisah-kisah aku, hanya penambah perasa untuk kesedapan membaca. Itu saja, terima kasih sebab baca. Bye!
Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Tengok gambar pun da seram…
Huhu..tapi citer aku biasa2 je..ada yg lagi seram..haha
Tulah padan muka aku, nak takutkan orang, tak sedar diri sendiri pun penakut.
Ahahahaha lainkali jgn takutkn orang hehe
Overall best
Hahaha, dah tobat dah kak skrg.. Thankss ?
Thankss armyy ?
?
.
Thanks DS. Btw ni DS ori bukan spicy tang monyet kan ? Aq pun dah terjebak dgn isu kau. Haha. Mohon tabah ?
hahah..
adoi.
yang monyet tu biarlah die memonyetkan diri sendiri. malas aku nak layan. kah!
Same patern ngan akk…
Suke bajet2 berani takotkan org, tp sudahnye nnt akk yg overreact pastu takot sensorg…
Hahahahahaha…
Hahah, jd addicted bila tgk reaction org yg takut nih. Kahkahkah
Pernah terfikir tak kenapa orang tua tak takut hantu? Dan pandai handle kes rasuk?
Kita ni sampai bila nak harap orang tua. Satu hari nanti diorang tak ada macam mana? Sebab itulah pentingnya menuntut ilmu. Tak kisahlah ilmu apa. Tapi yang bermanfaat lah.
Btw, cerita LG best. Not bad.
7/10
Thanks a lot juri for the positive comment. Tulah, aq ada terpk nak bljr ilmu2 tu tp x kuat lagi. Btw aq tgh menanti stok citer seram hasil karangan kau ?
?
Why why why ? ??
?
Nyum nyum ?
ffuuuhhh… seram yg ni.
Hahah, besa2 je citer saya..alhamdulillah, so far, x dek lagi kena yg lagi seram..☺️☺️
thumbs up!!
Thankss budak comel ???
cerita best dan menghiburkan… hahaha tu lar takot kan orang lagi…
Kalau aku duduk tempat ko, mmg seram. Tapi, seram lagi gambar kat atas tu. huhu
Hahaha, thanks 🙂
.
Thanks 🙂
#akusuka
#?
weh, sihat?
ko asyik tanya dia je, haha
dia penah reply tak? haha, ini kawan lama ko ke? si minuman hahahaha tu?
yelah. minuman lah ni. dah tuka balik nama ciken tu. huhu.
lama x jumpa dia. dia dah lupa aku kot. sobs sobs~
tak, aku rasa dia saje buat2 tak nmpak ko. dia taknak nama dia terpalit. sebab nama ko FF, penuh kontorversi. haha
betapa mudahnya dia melupakan aku begitu sahaja. hm. dasar ciken!
sabarlah, dunia ni mmg kejam. haha
serupa dirimu ~ hahahahahahha
Aiyaaaa jangan merajuk ah.. Bukan tak nak reply susah sikit maklumlah takdo notification…?
alahhhh. ko register lah ken. senang sikit nak tengok sapa yg reply komen ko. kesian aku cari ko tapi ko x layan aku huhu
Tersentuh hati ? nah belanja ?? guai la ho
wahhhhh! sedap nyaaa. thanks, ciken. hahahah
Thanks beb 🙂
gambar tu ponnn dah seram , cerita ringkas seram jugak !
okaylaa ni best !
Hahaha..thankss sebab baca 🙂
best and santai je bce
Hahah..thanks sebab baca 🙂
BEST!?
👍
Ur mom kene mcm adik sy.dlm bdn de ada nenek tua.yg sgt tua.tetek dh labuh cecah tanah.de buat adik xdpt brsekolah..dh habis ikhtiar.kami sefamili buat biasa je…xlayan setan dlm bdn de…adik keene dr umo dia 9 tahun dn skrg dh 21 tahun…banyak yg kami lalu..mmg payah kalau yg kene ni jenis jin kuat2..belum jumpa lagi ug betul2 judu…semoga ibu awak sembuh dgn segera.